Mastitis - Jangkitan payudara & 8 cara mudah untuk mengatasinya

Assalamualaikum readers..

Dalam entry semalam, saya dah huraikan sedikit tentang apa itu Mastitis dan apakah simptom-simptom anda mendapat Mastitis.

Harini mari kita baca lebih lanjut tentang Mastitis ni..


Selamatkah untuk saya susukan bayi saya jika saya ada Mastitis?

Jika bayi anda lahir cukup bulan, tidak ada masalah untuk anda menyusukan bayi anda jika anda terkena Mastitis. Anda TIDAK PERLU untuk hentikan penyusuan kerana Mastitis tidak membahayakan bayi dan proses penyusuan juga TIDAK mengganggu proses penyembuhan payudara anda, kerana sebenarnya untuk menyembuhkan Mastitis ialah dengan mengeluarkan susu dari payudara anda dengan kerap. Jika anda tidak dapat menyusukan anak anda, gunakan breast pump atau hand express aje susu anda beberapa jam sekali.

Mastitis dan susu ibu

Susu anda berubah bila anda ada Mastitis. Terdapat peningkatan terhadap lactoferrin (sejenis protein yang hadir dalam susu, yang mempunyai ciri-ciri bactericidal dan iron-binding) dan antibodi seperti secretory immunoglobin A (IgA). Antibodi ini akan melindungi bayi anda semasa anda terkena jangkitan.

Semasa anda terkena Mastitis, kadar sodium (garam) dan klorida badan anda turut naik, menyebabkan susu anda berasa sedikit masin. Ada bayi yang tidak suka akan perubahan rasa ini dan akan menjadi punca bayi anda tidak mahu menyusu pada bahagian payudara yang terkena Mastitis.

Apa yang boleh anda lakukan jika anda terkena Mastitis?

1. Teruskan dengan penyusuan atau pam keluar susu anda. Penyusuan ibu adalah cara terbaik untuk anda kosongkan payudara untuk mengelakkan payudara bengkak dan saluran susu tersumbat.

2. Mulakan penyusuan dengan payudara yang sudah membengkak. Bayi akan menghisap lebih kuat diawal penyusuan, membolehkan lebih banyak susu dan mengurangkan kawasan yang tersumbat pada payudara anda.

3. Jika penyusuan pada sebelah payudara yang terkena Mastitis menyakitkan, ia boleh mengganggu let-down reflex anda. Apa yang anda boleh buat ialah susukan bayi anda pada payudara yang tiada masalah sehingga anda terasa let-down reflex bermula. Kemudian cepat-cepat pindahkan bayi anda untuk menyusu disebelah yang terkena Mastitis.

4. Pastikan bayi anda menyusu pada posisi yang betul. Posisi yang baik dapat mengurangkan rasa sakit pada puting anda, seterusnya dapat membolehkan bayi anda menghisap susu dan mengosongkan payudara anda dengan lebih berkesan.

5. Lekapkan bayi anda dengan hidung dan dagunya menunjuk ke arah kawasan yang tersumbat. Posisi ini boleh mengosongkan payudara dengan lebih baik.

6. Tukar posisi penyusuan setiap kali sesi penyusuan supaya kedua-dua belah payudara dapat dikosongkan.

7. Urut bahagian payudara yang tersumbat, mulakan urutan dari tempat yang sakit, mengarah ke puting.



8. Pam atau hand express susu anda setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan payudara benar-benar kosong.

9. Dapatkan rehat yang secukupnya.

10. Letakkan pemampat suam (warm compress) atau mandi air suam sebelum menyusukan anak untuk membantu let-down reflex dan memudahkan aliran air susu keluar dari payudara.

11. Cold compress atau daun kobis boleh digunakan selepas sesi penyusuan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Tapi jangan letak ia lama-lama kerana ia boleh mengurangkan supply susu anda.

8 Cara untuk mengelakkan Mastitis

1. Gunakan teknik penyusuan yang betul untuk memastikan bayi melekap dengan betul pada payudara, dan bayi dapat membantu menghisap lebih banyak susu tanpa melukakan puting susu.
Kedudukan mulut bayi semasa menyusu

2. Pastikan anda menukar posisi penyusuan pada setiap sesi supaya payudara kosong dan tidak sempat membengkak.

3. Jika anda memakai alas payudara (breast pads), pastikan anda selalu tukar supaya tiada pertumbuhan bakteria berlaku.

4. Makan kapsul lecithin untuk kurangkan bengkak payudara.

Lecithin Shaklee
5. Jangan pakai bra yang terlalu ketat.

6. Jangan wean off (cerai susu) secara tiba-tiba. Ini boleb menyebabkan payudara anda membengkak. Jika anda perlu cerai susu, pastikan anda lakukannya perlahan-lahan, bukan secara tiba-tiba.

7. Susukan bayi anda sekerap mungkin. Jangan pendekkan sesi penyusuan.

8. Jangan stress. Jangan buat kerja yang terlalu berat.

Itulah serba sedikit perkongsian tentang Mastitis. Diharapkan anda dapat ilmu dan manfaat dari perkongsian ini.

Sebarkan ilmu ini untul kebaikan bersama.


Salam sayang from your friendly SID,
Kak Sya
013.7799.624

Apa itu MASTITIS? Simptom Mastitis? Ibu menyusu wajib baca!

Assalamualaikum & good day readers

Semoga hari anda baik2 saja. Entry ni nak menceritakan pada anda apa itu MASTITIS dan bagaimana mastitis ni boleh diatasi?


Apa tu Mastitis?

Mastitis biasanya lebih dikenali sebagai jangkitan payudara. Selalunya berlaku pembengkakan (keradangan) payudara, kadangkala berlaku juga jangkitan bersama.  

Mastitis adalah masalah yang biasa berlaku dalam penyusuan ibu. Ia berlaku kepada 20% ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Selalunya mastitis terjadi dalam enam minggu pertama seleoas kelahiran bayi, atau bila-bila masa sepanjang penyusuan ibu berlangsung.

Tanda-tanda dan simptom Mastitis

• Kesakitan
• Bengkak, rasa panas pada payudara
• Kemerahan pada bahagian yang sakit
• Demam
• Seram sejuk
• Simptom demam selsema
• Lesu
• Sakit badan
• Loya

Penyebab Mastitis

Mastitis disebabkan oleh jangkitan. Anda boleh mendapat Mastitis melalui bakteria dan mikroorganisma lain yang masuk ke dalam badan anda melalui cracked nipple dan juga luka dibadan anda. Sekali bakteria dapat mengenalpasti jalan untuk masuk kem payudara anda, jangkitan boleh berlaku.

Satu lagi cara Mastitis boleh berlaku ialah apabila anda tidak mengosongkan payudara anda secara effisien dan tetap. 

Susu badan mungkin masih tidak dikeluarkan (masih tertinggal di dalam payudara bila:

 •  Bayi anda tidak melekap ke payudara dengan betul semasa menyusu.

Perbezaan pelekapan bayi pada payudara
• Bayi anda tidak menyusu dengan kerap.
• Bayi anda tidak menyusu dengan lama pada setiap sesi penyusuan.
• Bayi anda tidak sihat.
• Anda mempunyai bekalan susu badan yang melimpah ruah.
• Anda tidak sihat.
• Anda dan bayi anda bercerai susu terlalu awal.

Payudara yang bengkak dan saluran susu yang tersumbat juga boleh menjadi dua penyumbang berlakunya Mastitis.

Mastitis juga boleh disebabkan oleh:

• Bra yang terlalu ketat, bra yang mempunyai underwire dan juga jika anda memakai bra yang tidak padan dengan saiz anda
• Seriawan (thrush)
• Senaman yang berat terutamanya pada bahagian atas badan
• Tekanan
• Lesu
• Tidak cukup nutrien dalam pemakanan seharian

Anda ada tanda-tanda ini? Berjumpalah dengan doktor segera supaya keadaan anda boleh diperiksa secepat mungkin.

Saya akan sambung lagi tentang Mastitis ni di entry esok. Stay tune..

Happy breastfeeding! Don't ever giveup on breastfeeding! 

Jaga diri dan hargailah setiap titisan emas untuk anak anda!

Salam sayang,
Kak Sya

ALFALFA BANTU KURANGKAN DEMAM KUNING BAYI BARU LAHIR?

Bismillah..


Semasa dalam rahim ibu, billirubin baby dimusnahkan oleh hati ibu. Jadi, hal ini tak menjadi masalah. Tetapi selepas dilahirkan, hati baby terpaksa musnahkan billirubin ini dengan sendiri.

Billirubin adalah toksik yang terhasil dari sel darah merah yang kehilangan oksigen. Ia berwarna kuning atau oren. Senang cerita camni, sel darah merah mengangkut oksigen ke setiap bahagian badan kita. 

Setiap sel dalam badan kita termasuk sel darah merah akan mati dalam masa beberapa hari. Sel darah merah ni akan sampai waktu, dia akan mati bila oksigen dah takde dalam sel tu. Sel ini akan jadi billirubin.

Masalahnya ada baby hati dia tak berapa matang atau tak berapa kuat, jadi hati tu tak dapat nak proses sendiri billirubin dia. Maka terjadi lah masalah terlalu tinggi bacaan jaundice. Ini juga menjadi masalah utama kepada bayi pra-matang, hati bayi pra-matang adalah belum betul-betul matang. Sebab tu pre-mature baby kebanyakannya akan kena jaundice.

BAGAIMANA ALFALFA MEMBANTU? 

Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan hati baby. Kalau diambil di hujung kehamilan, In Sha Allah ia membantu kuatkan hati baby. Jadi, bila baby dilahirkan nanti, hati baby tu dapat proses sendiri billirubin di dalam badannya.

Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan baby kuning, ibu tersebut disarankan untuk menyusukan anak dan ibu ambil Alfalfa. Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu ni akan bantu  kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.

Semoga dengan amalan pengambilan Alfalfa Complex dihujung kehamilan ni mampu membantu dalam mengelakkan jaundice bagi bayi yang bakal dilahirkan ini. Kita hanya berusaha, berdoa, selebihnya Allah Yang Maha Menyembuhkan.

Alfalfa Complex sememangnya sangat sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin. Iyalah, banyak kebaikkan raja herba ni. Antaranya:-

# Mengurangkan paras kolestrol dalam darah
# Mencuci saluran darah 
# Menguatkan otot vagina (ala-ala kacip fatimah)
# Merawat sakit sendi
# Mengawal berat badan
# Penggalakkan penghasilan susu badan (milk booster)
# Kecantikkan

Ingin dapatkan Alfalfa sila hubungi saya:

Call/WA/SMS : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

Free consultation dan guide untuk customer2 tersayang saya!!