Showing posts with label Set Resdung. Show all posts
Showing posts with label Set Resdung. Show all posts

Testimoni set resdung Shaklee

Bismillah

Jemput baca testimoni Set Resdung Shaklee

Testimoni 1


Asbab makan Shaklee, sekarang bersih di pagi hari dah berkurang..

Sebelum ni kalau bersin pun sampai sakit dada. Nak solat Subuh pun sering terganggu sebab air hidung yang selalu keluar. 

Testimoni 2


MASALAH GATAL MUKA DAN HIDUNG AKIBAT RESDUNG HILANG, SERTA SAKIT ATHMA BERKURANGAN SEJAK KONSISTEN BERSHAKLEE

Alaaa...asma je tu, bukan teruk pun. Bagi die rehat, nanti lama-lama ok la tu."

Tu kebiasaan, yang Kak Yang selalu dengar bila seseorang di serang asma. Dulu Kak Yang pun ada berpikiran begitu. Tapi sejak berkahwin dengan orang yang mengidap asma, baru lah Kak Yang sedar tentang seksanya apa yang dihidapi oleh mereka. Asma ni boleh membawa maut jugak tau..huhuhu.

Sejak berkahwin Kak Yang dah memang biasa menemani suami amik NEB di klinik atau hospital. Tapi kalau boleh memang dia taknak menjejakkan kaki ke klinik tu. Nasib la orang dewasa, kalau budak kecil dah lama Kak Yang tarik dan dukung. 

Masih ingat lagi bila first time tengok suami diserang asma. Masa tu nafas dia laju, badan panas macam demam pun ada serta muka pucat. Kak Yang memang cuak giler, tak tau nak buat apa. Ajak ke klinik tak mahu, asyik minta ubat je. So bagi je la dia makan ubat salbutamol tu. Stok memang sentiasa ada dirumah. Kalau dah namanya orang lelaki, memang degil sanggup tahan sakit dari ke hospital.

Bukan sekali kejadian macam tu berlaku tetapi berkali-kali. Satu kejadian tu berlaku bila kami dalam perjalanan pergi bercuti ke Melaka. Kami kalau drive selalunya bertukar-tukar jadi driver. Masa kejadian tu, dia yang tengah drive tetiba dia minta tukar, dah letih katanya. So Kak Yang pun drive, tengok die dah rendahkan kerusi dan tidur. Sempat jugak jeling die, tak tidur pun tapi dok menggelisah. Rasa dahi dia panas dan nafas dah turun naik. Pastu dia cakap, "cari klinik boleh tak, tak larat la".  Masa tu dah la di tempat orang, siap berhenti bertanya orang dimana ada klinik. Akhirnya jumpa juga klinik kesihatan di Alor Gajah dan terpaksa la amik neb sekejap di sana. 

Sejak itu, Kak Yang sudah mula ambil tahu tentang asma ni. Ubat apa dan berapa dos yang diperlukan. Apa makanan yang perlu dielakkan dan cuaca yang bagaimana yang boleh mendatangkan asma. Yang Kak Yang dapat kenalpasti, suami tak boleh makan seafood terutamanya sotong dan ketam, tak boleh makan belacan, tak boleh kena hujan serta tak boleh tahan dalam tempat sejuk dalam tempoh yang lama terutamanya 'air cond'.  

Dia juga mengidap resdung. Kak Yang rasa kes suami ni berkait rapat antara RESDUNG DAN ASMA. Sebabnya bila dia tersilap makan ataupun berada di tempat yang berhabuk, mesti malam itu dia akan semput. Selalunya ia akan bermula dengan batuk dan selesema dan tiba malam hari, nafas menjadi laju. Bila keadaan begitu memang Kak Yang akan cepat-cepat bawa ke klinik untuk amik neb.

Pernah juga Kak Yang bagi dia makan hati unta yang dikirim melalui orang yang ke Mekah tapi tiada kesan. Kak Yang fikir sampai bila dia harus bergantung pada ubat sahaja, bila habis ubat pergi beli di farmasi. Sampai bila kan. Ubat bukan merawat tapi ia cuma melegakan kesakitan.

Jadi jalan yang Kak Yang pilih adalah memberi dia vitamin untuk menguatkan antibodinya. Set yang diambil adalah VITAMIN C, ALFAFA dan OMEGA GUARD. Kak Yang memang pantau suami supaya setiap hari tanpa miss amalkan set ini. Alhamdulillah memang nampak perubahan pada suami Kak Yang. 

Pagi-pagi dah kurang bersinnya, gatal-gatal muka, resdung pun semakin berkurangan dan yang paling Kak Yang perasan dia dah lama tak amik NEB. Alhamdulillah dengan izin Allah pastinya dan Kak Yang bersyukur sangat-sangat dengan perubahan kesihatan yang suami alami sekarang. Yang penting untuk mendapat kesihatan yang optimum, kita haruslah SABAR DAN KONSISTEN. Jangan anggap makan sebotol dah baik ye. Kadang tu ia bergantung atas penerimaan badan masing-masing.

Sekarang ini, Kak Yang bekalkan tambahan vitamin untuk suami iaitu VIVIX pulak untuk kesihatan yang lebih baik. Bukan suami sahaja tapi Kak Yang pun sudah amalkan vivix ini sehingga kini. Doakan kami diberikan kesihatan yang baik ye.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah sebegini, Kak Yang sarankan anda mencuba Set Resdung@Set Asma ini. Selagi kita boleh berikhtiar, kita ikhtiar lah. InsyaAllah, sesungguhnya hanya Dia yang maha berkuasa.

**

Anda ada masalah yang sama? Jom kenal tanda dan simptom resdung dan apakah set cadangan resdung yang sesuai?

Atau jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan Shaklee, boleh hubungi Kak Sya di link ni ye:-


www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624


Salam sihat,
Kak Sya

Set Resdung Shaklee - set resdung terbaik!

Bismillah..

Dalam entry sebelum ni, Kak Sya ada ceritakan tentang pengenalan kepada resdung dan apakah rawatan semulajadi yang boleh anda ambil jika anda mempunyai masalah resdung. Selain dari perawatan semulajadi, anda juga boleh berikhtiar dengan SET RESDUNG SHAKLEE.


Fungsi setiap supplement dalam set resdung ni adalah:-

Omega Guard
- Bertindak mengurangkan keradangan akibat resdung
- Berfungsi juga untuk memanaskan badan
- Sangat sesuai diambil oleh mereka yang sangat sensitif terhadap persekitaran seperti pesakit asthma

Alfalfa
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan resdung
 ** Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa

Vitamin C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
- Menstabil pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahananan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu

B Complex
- Vitamin B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti- stress

Jom ikhtiar dengan Shaklee! InsyaaAllah boleh bantu memperbaiki masalah resdung anda!

Kalau anda nak lihat bagaimana set resdung membantu masalah anda, boleh tengok testimoni-testimoni set resdung disini


Kak Sya
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624

Sinusitis/Resdung - yang perlu anda tahu

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers..

Apa khabar? Kak Sya doakan semua sihat lah ye.

Pernah tak anda dengar tentang resdung?


Resdung juga dikenali dengan nama sinusitis adalah keradangan dibahagian sinus. Tanda-tanda biasa resdung termasuklah:

  • Lendir hidung yang pekat
  • Hidung tersumbat
  • Sakit dibahagian muka 
  • Demam 
  • Sakit kepala
  • Kurang deria bau
  • Sakit tekak 
  • Batuk (lebih teruk diwaktu malam)
  • Post-nasal drip (resdung kronik)
  • Nafas berbau (resdung kronik)
Jika anda mengalami masalah resdung lebih dari 4 minggu, resdung jenis ini dikategorikan sebagai resdung akut (ARS) manakala resdung kronik pula jika anda menghidapinya lebih dari 12 minggu.

Sebab & punca resdung

Resdung boleh disebabkan oleh jangkitan, alergi, pencemaran udara atau masalah pada hidung. Kebanyakan kes resdung adalah disebabkan oleh jangkitan tular. Jangkitan bakteria mungkin ada jika simptom-simptom yang ditunjukkan lebih dari 10 hari, atau pesakit resdung menjadi lebih teruk selepas menunjukkan peningkatan kesihatan.

Bahaya tau sebenarnya resdung ni. Walaupun kebanyakan kita nampak resdung ni selamat version diwaktu pagi, tapi sebenarnya jika di biarkan sehingga ke tahap resdung kronik, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
  • Jangkitan pada soket mata, yang akhirnya mengakibatkan hilang penglihatan
  • Jangkitan pada tulang dahi (osteomyelitis) dan tulang di sekitar bahagian muka
  • Jangkitan pada bahagian tengah telinga disebabkan oleh kesesakan laluan hidung
  • Jangkitan pada otak disebabkan oleh serangan bakteria anaerobic melalui tulang atau sakit darah. 
  • Abses 
  • Meningitis
  • Perubahan personaliti
  • Sakit kepala
  • Kesedaran yang berubah2
  • Masalah penglihatan
  • Sawan 
  • Koma, dan mungkin kematian
Dahsyat tau kesan resdung ni. 

Penawar semulajadi untuk resdung

1. Bersihkan rongga hidung menggunakan saline wash. Saline wash akan mencairkan kenduri dan membuatkan ia lebih mudah untuk dihembus keluar


2. Cuba bromaline. Bromaline adalah sejenis protein yg dijumpai dalam batang buah nanas. Bromaline digunakan untuk mengurangkan bengkak pada rongga hidung.

3. Stim - stim membantu melembapkan sinus dan mencairkan lendir dan menanggalkan kotoran dari rongga hidung

4. Minum air dengan banyak. Kekal terhidrat adalah satu cara untuk memastikan sinus kita sentiasa lembap. Jauhi minuman berkaffein dan beralkohol yang menjadi punca dehidrasi.

5. Makan makanan pedas mampu melegakan sinus. 

6. Gunakan dehumifier dalam rumah

7. Jadikan rumah dan persekitaran anda bebas dari sumber alergi

Selain dari langkah-langkah rawatan semulajadi, anda juga boleh cuba Set Resdung Shaklee 😊

Ok lah, sampai sini dulu sharing Kak Sya. Esok kita tengok apa Set Resdung Shaklee eh. 


Kak Sya
www.wasap.my/60137799624

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : @shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

Boleh follow dan like Kak Sya ok!