Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Vision Board - penting ke untuk bisnes?

Bismillah..

Bila Kak Sya betul-betul serious nak berbisnes (sebenarnya dah start masa keje dulu, tapi tak berapa fokus sebab macam tak sempat, Kak Sya betul-betul buat bisnes lepas resign kerja, lepas tamat tempoh berpantang Nana), Kak Sya mula join banyak kelas-kelas yang upline Kak Sya anjurkan, tak kiralah secara online atau offline. 

Kami bukan saja di ajar ilmu produk dan ilmu yang berkaitan dengan bisnes, tapi kami juga diajar untuk ada target dalam bisnes. Lagipun takkan buat bisnes ni saja-saja nak buang masa, kan?

Dulu masa keje dalam bidang manufacturing, Kak Sya belajar pasal KPI. KPI bermaksud Key Performance Index. Maksudnya target kita untuk suatu jangkamasa tertentu. Haaa kalau kita buat sesuatu mesti nak kena ada target kan? Dah ada target mesti lah kena usaha untum capai target kita. Dulu masa kerja, KPI untuk department akan dibincang bersama dengan bos, dah finalize bubuh la dalam table . Pastu present kepada management. KPI tu kena realistic dan doable kan? Tahan je lah telinga dengan soalan-soalan killer dari management.

Sama je macam Vision Board (VB). Beza Vision Board dengan KPI masa kerja dulu ialah VB ni kita letak dalam bentuk gambar. Apa KPI yang kita nak capai pada bila masa yang kita nak capai? 

Bila dah buat dan faham tentang VB, VB tu buat Kak Sya lagi faham apa target sebenar Kak Sya dalam bisnes Shaklee. Lagi tahu kenapa Kak Sya nak kena buat bisnes ni betul-betul. Dah ada VB sebenarnya baru tahu apa BIG WHY sebenar Kak Sya, dan Kak Sya kena buat all out untuk realisasikan apa yang Kak Sya dah plan dalam VB. InsyaaAllah

Sebab bisnes ni kita buat untuk diri kita. Rajin kita, banyak lah kita dapat. Macam tu lah sebaliknya. Kita dah tak ada bos untuk pantau pencapaian kita dalam bisnes. Yang ada dengan kita dalam bisnes ialah diri sendiri dan CEO kita, Yang Maha Esa..

Kak Sya harap short term VB Kak Sya untuk 2018 ni akan tercapai. Ya Allah, mudahkanlah..

Nak tahu apa VB Kak Sya. WA ye. Nanti Kak Sya share. Sampai jumpa lagi


http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Tu link WA Kak Sya

Kak Sya
Macam-macam impian belum tertunai
+6.013.7799.624

-tsunami2018 0501-

Sejarah blog kesayangan Kak Sya

Bismillah..

Masa mula-mula start bisnes dulu, memang Kak Sya pilih untuk buat bisnes online, dan masa tu medium yang Kak Sya guna ialah Facebook & Instagram sahaja. Tu pun sebab Kak Sya memang dah ada dua-dua akaun untuk kedua-dua media sosial tu, dan paling Kak Sya suka sebab Kak Sya hanya update di Instagram, dan dia boleh update Facebook sekali. Konon-konon guna konsep 'serampang 2 mata' la. Hahaha..

Ok lah tu kan? Nama pun baru belajar

Bila dah lama sikit dalam bisnes, masa tu upline Kak Sya ada buat kelas blog dan buat sekali aktiviti untuk update blog setiap hari. Masa tu lah Kak Sya baru create blog ni.. Hihi.. Bila tak pernah terfikir untuk buat blog, jadi masalah negara sungguh nak fikir nama apa nak letak kat address blog tu. Sebab dah desperate tu yang jadi mamysazu-lara.blogspot.com tu. Haha. Kelakar sungguh bila ingat balik


Nak tau tak apa sebenarnya mamysazu-lara tu? 

SaZu = Sara Zulaikha
LaRa = Laila humaiRa

Haha. Sekarang bila dah ada Nana terfikir juga tang mana nak sumbat nama Nana. Tapi Kak Sya rasa untuk jadi adil, mungkin Kak Sya kena beli domain www.syahridahishak.com. Cun jugak tu, kan? InsyaaAllah memang ada dalam perancangan Kak Sya, tapi sebelum tu memang kena betul-betul rajin dan utilize blog ni dulu. Kena ada sekurang-kurangnya 350 entry baru Kak Sya boleh fikir pasal domain tu.

Kak Sya masih belum khatam ilmu blog ni lagi tapi sebab blog ni salah satu lubuk rezeki, Kak Sya tau Kak Sya mesti kena gali dalam-dalam ilmu blog supaya Kak Sya boleh dpt banyak lagi sales melalui dia. Ilmu blog terlalu luas, dan banyak sangat ilmu teknikal yang perlu Kak Sya dalami, dan kelas blog ni bukan boleh belajar ikut buku dan secara online saja, nak kena berguru tau!

InsyaaAllah Kak Sya akan cari guru untuk belajar ilmu blog ni banyak-banyak! Jom sama-sama kita!


Kak Sya
Masih merangkak dalam blogging
Berangan nak jadi blogger mama

-tsunami2018 0401-

Apa Kak Sya buat dengan bonus pengedar Shaklee?

Bismillah.. 

Lagi 3 hari nak bonus Shaklee. Memang tiap-tiap bulan tepat atau awal dari 14 hari bulan bonus Shaklee berka-ching dan harimau confirm mengaum, alhamdulillah.

Nak tau apa yang Kak Sya buat dengan duit bonus Kak Sya?

Selalunya duit bonus ni saya guna untuk beli stok Shaklee. Kena la standby kan kalau tiba tiba ada kes-kes dimana customer perlukan supplement urgently, contoh macam harini - titibe ada customer minta Kak Sya hantarkan Herbal Blend, Basic H dan Nutriferon sebab anak beliau terkena penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease). Weekend branch Shaklee memang tak buka. So ready stock memang membantu Kak Sya untuk support customer's urgent need. Alhamdulillah..

Selain beli stok, Kak Sya juga suka belanja family makan dan spend sikit untuk toys anak-anak (yang tak mahal..kikiki). Kadang-kadang bila anak-anak minta something, dengan duit bonus ni juga la daku tunaikan. Upah untuk anak-anak sebab selalu teman Mamy pergi branch Shaklee dan COD. Kitorang jugak ada lagu tau:-

Nanana nanana 
Nana si budak comel
Ke sini ke sana 
Sibuknya dia

Ikut Mamy gi Shaklee
Lepas tu gi COD
Nanana nanana
Comelnyee dia

**ikut irama lagu Wawa Si Lebah Comelnyee Didi and Friends.

Haritu, lepas pergi Shaklee dan COD Set Kanak-Kanak kepada seorang loyal customer Kak Sya di Permas Jaya (TQ Hanna dearie), Mamy bawa anak-anak pergi Jusco. Lepas makan dan main di playground (masa tu bonus baru masuk), kami ke dalam Department Store untuk cari seluar Mamy. Sampai je kat tempat toys, teringat janji Mamy kat anak-anak untuk belikan PlayDoh. Haritu pernah beli sekali, tapi masa kenduri aqiqah Laila habis rosak. Biasa la bila dah banyak tangan main bersepah tak berkemas la. Siap berkulat PlayDoh dalam bekas dia.. Eeeewww


Kakak memang suka la. Terus pilih yang glitter. Laila macam biasa, sebab dia shadow Kakak, dia pun amik PlayDoh jugak. Tapi Mamy pilihkan yang starter pack. Amik yang kaler rainbow. Sebenarnya Kak Sya memang suka anak-anak main PlayDoh. Dulu kecik-kecik tak dapat. Sekarang macam balas dendam belikan untuk anak-anak.

Boleh la sekali sekala. Selalu no no no!

Kikiki

Korang nak jugak tengok akaun berisi tengah2 bulan? Jom join Kak Sya buat Shaklee!

Call/WA cepat2 ok! 

===========================
Kak Sya 
Founder TeamMagnifique  
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624
=========================== 

Nama group Shaklee yang best!

Bismillah..

Korang pernah dengar tak kalau mana-mana group bisnes MLM ni yang ada nama group masing-masingkan? Bukan apa, sebenarnya bila ada group ni semua upline-upline, downline dan sideline dapat berkumpul dan ada lagi reason untuk lebih rasa nak kenal satu sama lain. Bukan kenal je, macam-macam boleh buat dalam group, sharing, coaching, discussion.. macam-macam!

Kak Sya nak listkan lah nama-nama group yang menaungi Kak Sya. Banyak tauhan group tapi semua nenek moyang dalam group Shaklee yang Kak Sya join memang awesome! Memang baik dengan cucu cicit.


Kak Sya juga punya impian satu hari nanti bila Kak Sya dah ada satu team yang sama-sama menuju puncak, Kak Sya nak ada nama team yang best. Yang boleh bond kan ahli-ahli dalam team dan  oleh rapatkan persahabatan kami. 

InsyaaAllah.

Sekarang Kak Sya dah ready nak terima awak-awak yang nak cari side income, nak buat bisnes ni sebagai full time job. Kak Sya akan guide awak-awak semua supaya semua dapat rasa bonus setiap 14hb tu.

Bagitau Kak Sya ye..

Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

5 syarat nak dapat bisnes yang menguntungkan

Bismillah..

Amboi tajuk! Hahaha

Masa mula-mula Kak Sya decide untuk buat bisnes (walaupun masa tu Kak Sya masih bekerja sepenuh masa) Kak Sya pun terfikir, ada ke untung bila jual supplement ni? Masa tu nak fikir lama-lama pun tak dan, sebab masa tu fikir nak resign dari kerja untuk jaga anak sepenuh masa.

Masa tu nak fikir untung pun macam tak confident je boleh untung. Lagi-lagi bisnes supplement.

Boleh! Boleh sangat dengan 5 syarat ni:-

1. Tentukan dan pilih syarikat yang korang nak join. Fahamkan apa produk yang diorang tawarkan.

Syarikat yang korang pilih mestilah syarikat yang dah establish, bukan yang baru nak bertapak. Produk yang ditawarkan juga mestilah produk yang menjalani ujian oleh pakar dan saintis yang terbaik dan diiktiraf.

2. Sharing! Sharing! Sharing!

Haritu masa Kak Sya pergi kelas satu Master hebat dalam group kami, Master tersebut sangat menekankan betapa pentingnya sharing kalau kita buat bisnes ni. Alaala sharing bukan pakai duit pun. Banyak source kita boleh guna untuk sharing - online guna la FB, IG etc.. Kalau nak sharing offline pun boleh, standby biz card dan flyers banyak-banyak..Macam orang kata, sharing is caring! Hihihi


3. Dalam bisnes kena menuntut juga!

Bukan hanya menuntut hutang tau! (NO NO NO - hutang piutang is a BIG NO dalam bisnes). Tapi yang nak diceritakan ni ialah menuntut ilmu. Bila kita belajar, kita bukan aje boleh korek product knowledge, tapi kite boleh dapat untung bila mentor kita dengan baik hatinya mengajar kita ilmu tentang bisnes. Wow kan syok tu?!

Sekarang ni pun dah mudah, kalau tak dapat join kelas offline, upline-upline semua dah rajin buat kelas online - you name it - kat WhatsApp ada, kat Telegram ada, webinar.. Macam-macam. Korang duduk je diam diam salin nota dari rumah.

4. Jangan berhenti.

Bila sekali kita tekan butang stop atau pause, memang payah nak start semula. Walaupun bila kita share tu takde orang response, bila kite propose orang takmau layan. Jangan sesekali berputus asa. Teruskan aje usaha kite. Allah tak kan menzalimi kita. InsyaaAllah satu hari bisnes kita pasti akan berjaya.

5. Doa, doa, doa

Bila dah habis usaha, doakan lah yang terbaik untuk bisnes kita. Biar sentiasa ada customer, biarkan untung banyak, biar dapat tolong lebih ramai orang bila bisnes  kita berjaya.

InsyaaAllah..


Kak Sya dah jumpa bisnes yang menguntungkan ni. Dengan berbekalkan RM65 (masa tu), Kak Sya dah balik modal dan dapat jana pendapatan dengan mematuhi 5 syarat kat atas.

Nak Kak Sya guide korang tak? Jom sama-sama kita!


===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
Mentor bisnes anda
013.7799.623
===========================

Bonus Shaklee yang gemok!

Bismillah..

Ada tak diantara readers yang tertanya-tanya tentang bonus Shaklee?



Bonus Shaklee ni entitled kepada semua ahli nya. Janji korang dapat buat pembelian minimum 150uv, korang layak untuk mendapat bonus sebanyak RM24. Macam mana nak dapatkan 150uv? Korang kenalah membuat pembelian sebanyak RM480. 

Dan jika korang berjaya membuat pembelian sehingga 3000uv, korang layak untuk naik rank pertama dalam Shaklee, iaitu SUPERVISOR! Dan bonus minimum untuk Supervisor adalah RM2384!!

Wow bestnyaaa!!

Sebab korang rajin baca Kak Sya nak belanja satu sampel bonus Shaklee yang mantap, sebab baru 4 hari dah almost RM1k tau bonus dia!!

Power tak power?!

Dan paling best, Alhamdulillah selama Kak Sya join Shaklee tak pernah tau Shaklee bayar bonus lambat. Awal lagi ada laa..

Ok lah. Sampai sini dulu. Banyak yang Kak Sya nak cerita especially pasal percent2 bonus ni. Tapi korang kena PM Kak Sya la ye..

Jaga diri..


============================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
============================


2 cara nak jadi ahli Shaklee dengan mudah!

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. Berpagian Kak sya bersiaran. Sementara anak-anak masih belum bangun. Hihihi

Teringat nak share macam mana korang boleh jadi ahli Shaklee dengan 2 cara mudah:-

1. Beli mana-mana produk Shaklee bernilai 200uv (lebih kurang RM800) dapat KEAHLIAN SECARA PERCUMA!

Macam mana nak dapat 200uv tu?

Senang jee.. 

- Share dengan family members, kawan-kawan untuk beli produk Shaklee dan register guna satu nama. Membership free, postage pun FREE jugak tauu!!

- Beli Vivix 2 botol, walla! Terus FREE membership! Kalau nak pos, FREE jugak.

2. Boleh daftar membership dengan harga RM68.90 (dah termasuk GST). Lepas tu dag boleh enjoy shopping supplement dengan harga ahli yang super duper awesome!

Ok tak ok?

Daftar ahli pun boleh dibuat melalui 2 cara:-
 1. Melalui kaunter di HQ @ branch2 Shaklee (Meh Kak Sya jadi sponsor - guna ID Kak Sya 1168907)

2. Online (tapi yang ini mesti dah ada SID la tolong daftarkan. Kak Sya boleh je daftarkan untuk korang. ID Kak Sya 1168907)



Tak clear lagi? Haa meh roger Kak Sya. Nanti Kak Sya terangkan sampai faham

See you!


===========================
Kak Sya (SID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
===========================

Bisnes modal kecil untuk surirumah

Bismillah..

Seumur hidup Kak Sya, Kak Sya memang tak pernah minat nak berniaga kecuali jual batu seremban kat sekolah agama atau jual air masa hari kantin sekolah. Bila dah besar (dah tua pun hihihi) baru terbuka hati nak berbisnes, tu pun sebab Kak Sya dah decided nak resign dari keje profesional Kak Sya dan sebab Kak Sya tertarik sangat dengan kebaikan Shaklee ni.


Bermula dari pengguna, jadi pengguna tegar sampai la rasa wajib untuk share kebaikan ni dengan orang lain. Inilah Shaklee. Inilah supplement semulajadi terbaik yang pertama yang Kak Sya makan sampai harini.

Bila share terpaksa pulak berniaga. Berniaga ni perlu modal. Of course la bukan modal air liur, tapi modal duit. Masa tu terfikir juga, bisnes apa yang mempunyai produk dan business structure yang kukuh yang hanya perlu modal yang sedikit? 

Oleh kerana Kak Sya memang dah jadi pengguna setia Shaklee, Kak Sya terus decide untuk pilih Shaklee sebagai bisnes seumur hidup Kak Sya. Bermodalkan RM68.90, korang pun boleh promote dan dapat semua kelebihan yang ahli dapat. 

Bila dah berniaga terpaksa pulak dapat bonus. Bestkan? Share kebaikan produk, tolong orang lain dan dapat pulak jana pendapatan untuk bantu ekonomi keluarga. Or at least, dapat duit jajan untuk diri sendiri dan anak2. 

Yang bestnya tentang bisnes modal kecik Shaklee ni:- 

1. Pembayaran bonus on time. Atau lebih awal. Yang ni Kak Sya tau semua orang suka kan? Cara Shaklee bayar bonus pun dah dipatenkan. Takde sape yang boleh tiru. Hihihi. Belum campur bonus2 lain macam car bonus, leadership bonus. Masyuk woooo

2. Produk dia. Good products speak by itself kan? Last weekend ada dapat seorang akak yang nak beli set keputihan. Lepas dah close deal ngan dia boleh plak dia cerita pengalaman dia makan Shaklee dan masa dia stop makan. Memang amazing! Sebab tu dia nak start balik. Sebab kata dia, Shaklee is the best!! Bukan dia tak makan supplement lain masa dia stop Shaklee, tapi dia kata supplement lain yang dia dah try memang tak boleh lawan effect yang Shaklee baginkat dia. 😍😍😍

3. Support group. Yang ni memang best. Semua yang ada dalam group yang Kak Sya join memang best. Supportive dalam setiap sudut. Upline, sideline, semua best. Ada kelas untuk produk, untuk marketing, rohani, you name it! Kelas offline ado, kelas online pon hado. 

4. Shaklee ialah business family. Kalau pergi kelas ke, apa2 function kat HQ, branch, even kalau pergi National Conference (NC) memang boleh bawa anak2. Bawa suami confirm la boleh kan? Sebab tu la Shaklee special sangat. Award recipient pon angkut seisi keluarga naik stage hokey?! Korang pergi la Google kalau nak tengok camne best dan meriahnya pentas NC tiap2 tahun.


5. Since Kak Sya dah kata bisnes dengan Shaklee ni modal kecik, korang memang tak perlu modalkan untuk beli stok. Ada customer order je, terus pergi beli di branch dan terus COD. Kalau customer jauh pun takde masalah, order je online. Shaklee settlekan hantar barang sampai depan pintu rumah customer korang.

Best tau buat bisnes ngan Shaklee. Ramai surirumah macam Kak Sya yang dah berjaya jana pendapatan sampai 4, 5 angka tau! Anak-anak terurus, income pun tak putus.

Korang nak cuba? Dari duduk saja-saja, dapat juga bantu income keluarga. Jom join team Kak Sya!

Roger je Kak Sya untuk join. Kita sama2 jadi kaya dan berjaya, insyaaAllah.


============================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013 7799 624
Business Leader Anda
============================

Shaklee Trip 2016 - Langkawi tempat favouritekuuuu

Bismillah..

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi.. 

Pagi-pagi memang dapat ilham nak sharing pasal National Shaklee Trip 2016 yang leaders pergi last weekend. Memang menderu gambar-gambar hasil sharing daripada leaders ada kat sana.

Dikala kat KL ada gelombang perhimpunan merah dan kuning, kat Langkawi penuh dengan leader Shaklee dengan baju hijau diorang.. kehkehkeh. Seronok tau bila baca pengalaman diorang merasa pergi trip Shaklee dengan layanan macam VVVIP dan duduk di hotel 6 star! 6 star tau! Kau hado?

Jadual percutian leaders memang padat. Keluar pagi, malam baru balik hotel. Banyak yang nak highlight untuk trip Langkawi kali ni. Tapi Kak Sya cut short la ye. Kite layan gambar banyak-banyak..

Day 1 - Sampai je kat Langkawi, delegasi leaders Shaklee dinawa kenpekan Kuah. Shopping2 sket, iyelah, selain trip 6 star yang ditanggung 100% oleh Shaklee, leaders juga dapat duit poket tau!! Bestnyeee..

Malam pulak, leaders dibawa ke Tropical sunset dinner. Makanannyaa Ya Allah! Kenyang dengan lauk je tak payah makan nasi. Mewah sangat. Siap ada kalungan bunga. Kalau nak pergi sendiri memang tak ada la kan? 

Tropical sunset dinner 

Day 2 - Para leaders dibawa menaiki Cable Car, 3D museum dan mangrove tour. Seronok. Masa pergi mangrove tour tu siap pergi masuk gua kelakar lagi.

Jom kite layan pictures ni


Kat Gua Kelawar



3D museum

Yang menarik juga tentang semua trip yang Shaklee buat ialah gift yang Shaklee bagi. Setiap kali melangkah masuk semula ke dalam bilik mesti ada gift comel sebagai souvenir kenangan terindah..

Dapat beg
Dapat bantal comel. Takde jual kat mana2 ni..


Nak tengok tak hotel yang leaders duduk ni? Tilam kat Westin hotel ni berharga RM13k tau! Tak dapat bayangkan betapa selesanya tidur atas tilam yang empuk tu.





Seronok kan? Boleh je nak pergi sendiri, tapi memang tak sama dan tak dapat la kan layanan istimewa macam leaders ni dapat. 

Kak Sya harap satu hari nanti Kak Sya pun dapat join trip Shaklee ni, insyaaAllah.

Kalau korang nak join Kak Sya, boleh contact Kak Sya sekarang! Better late than never!



===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624
===========================




Tips Bisnes Online - 9 Cara Pemasaran Di Instagram

Bismillah..

Entry kali ni Kak Sya nak belanja yang special sikit. Yang ni Kak Sya baca di beberapa sumber dan apa yang Kak Sya apply.

Untuk yang berniaga secara online, selain blog dan Facebook, korang juga boleh berbisnes menggunakan medium Instagram (IG). Haaa ada yang belum tau lagi tak? Kak Sya nak share 9 tips yang korang boleh apply kalau korang nak berniaga di Instagram. 



1. Gambar berkualiti
Salah satu cara untuk menarik pelanggan untuk terus dan terus check out korang punye akaun IG adalah dengan memuatnaik gambar-gambar yang berkualiti. Gambar tu mestilah terang, kalau boleh gambar tu korang sendiri yang capture. Baru jadi one of a kind gituu. Sekarang ni kan banyak tools DIY yang korang boleh buat untuk nampakkan seolah-olah korang ambil gambar tu kat studio

2. Biodata dan link
Pastikan username yang korang registerkan tu tak terlalu panjang. Yang unik dan mudah untuk orang ingat. Dan kena ingat jugak ye, biodata korang dan profile picture mesti ada. Kalau tak, mana orang nak percaya? Betul tak? 


Follow me yeee @msishaque14

3. Target follower
Korang mesti nakkan follower yang berminat dengan produk yang korang jual kan? So, target la follower yang betul. Kalau korang jual barangan macam tudung ke, yang ladies punya, jangan la pergi follow abam2 sado. Mane dia nak beli tudung, betul tak? Hihihi

4. Hashtag dan tagging
Kat IG ni pengguna dia suka guna hashtag (#) kan? So hashtag ni adalah satu cara yang bagus untuk membantu mempromosikan produk jualan anda. Kalau bersesuaian, guna hashtag yang tengah trending. Tapi jangan pula salah gunakan hashtag tu tau! Nak promo produk tapi guna hashtag #prayforgaza, ataupun #savealeppo, kan tak sesuai tu? 

Kalau boleh minta jasa baik kawan2 korang untuk crosstag menggunakan jenama korang. Bantu bisnes kawan2 kekdahnya..hihihi
Salah satu contoh penyalahgunaan hashtag. Selamat takde #prayforgaza

5. Caption yang bombastic!

Salah satu daya penarik di IG (selain gambar yang meletops) adalah caption gambar. Kadang2kan, gambar biasa pun ramai orang like sebab caption yang kelakar, yang memukau, yang menarik hati. Tak semestinya caption tu kena panjang. Tapi cukup untuk describe produk jualan korang.

6. Link kan akaun IG dengan Facebook (FB) dan Twitter
Korang tau kan, ketiga-tiga akaun ni boleh dilink kan? So, bila korang update kan IG, secara automatiknya akaun FB dan Twitter korang akan di update terus. Kira serampang tiga mata la. Senang baaa gitu. Jimat masa juga!



7. Masukkan video
Untuk mendapat feel yang lebih pada testimoni produk, lagi best kalau korang dapat upload video. Feel dia lagi sampai pada follower. Kalau korang jual tudung ke, produk kecantikan ke, boleh juga upload video tutorial cara2 nak pakai tudung yang korang jual, ataupun macam mana nak guna scrub muka dengan lebih efektif.

8. Konsisten
Ini wajib untuk semua peniaga online. Mesti konsisten. Mesti update hari-hari. Kalau dah takde idea sangat nak update pasal produk jualan, update la dengan kata2 motivasi ke, ucapan selamat ke, apa2 la, janji update. Sekarang kalau Google banyak sangat kata2 motivasi, ucapan selamat, hadith2 (pastikan soheh yee) yang dah ready dalam bentuk image. Upload saja dalam akaun anda!

9. Promosi atau diskaun!
Sekali sekala boleh la up kan promosi atau beri diskaun kepada pelanggan setia korang sebagai tanda penghargaan untuk mereka. Mesti mereka suka dan akan terus sokong korang! :)


Bestkan tips ni, selamat apply dan selamat maju jaya ber IG!


=========================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
======================