Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Apa Kak Sya buat dengan bonus pengedar Shaklee?

Bismillah.. 

Lagi 3 hari nak bonus Shaklee. Memang tiap-tiap bulan tepat atau awal dari 14 hari bulan bonus Shaklee berka-ching dan harimau confirm mengaum, alhamdulillah.

Nak tau apa yang Kak Sya buat dengan duit bonus Kak Sya?

Selalunya duit bonus ni saya guna untuk beli stok Shaklee. Kena la standby kan kalau tiba tiba ada kes-kes dimana customer perlukan supplement urgently, contoh macam harini - titibe ada customer minta Kak Sya hantarkan Herbal Blend, Basic H dan Nutriferon sebab anak beliau terkena penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease). Weekend branch Shaklee memang tak buka. So ready stock memang membantu Kak Sya untuk support customer's urgent need. Alhamdulillah..

Selain beli stok, Kak Sya juga suka belanja family makan dan spend sikit untuk toys anak-anak (yang tak mahal..kikiki). Kadang-kadang bila anak-anak minta something, dengan duit bonus ni juga la daku tunaikan. Upah untuk anak-anak sebab selalu teman Mamy pergi branch Shaklee dan COD. Kitorang jugak ada lagu tau:-

Nanana nanana 
Nana si budak comel
Ke sini ke sana 
Sibuknya dia

Ikut Mamy gi Shaklee
Lepas tu gi COD
Nanana nanana
Comelnyee dia

**ikut irama lagu Wawa Si Lebah Comelnyee Didi and Friends.

Haritu, lepas pergi Shaklee dan COD Set Kanak-Kanak kepada seorang loyal customer Kak Sya di Permas Jaya (TQ Hanna dearie), Mamy bawa anak-anak pergi Jusco. Lepas makan dan main di playground (masa tu bonus baru masuk), kami ke dalam Department Store untuk cari seluar Mamy. Sampai je kat tempat toys, teringat janji Mamy kat anak-anak untuk belikan PlayDoh. Haritu pernah beli sekali, tapi masa kenduri aqiqah Laila habis rosak. Biasa la bila dah banyak tangan main bersepah tak berkemas la. Siap berkulat PlayDoh dalam bekas dia.. Eeeewww


Kakak memang suka la. Terus pilih yang glitter. Laila macam biasa, sebab dia shadow Kakak, dia pun amik PlayDoh jugak. Tapi Mamy pilihkan yang starter pack. Amik yang kaler rainbow. Sebenarnya Kak Sya memang suka anak-anak main PlayDoh. Dulu kecik-kecik tak dapat. Sekarang macam balas dendam belikan untuk anak-anak.

Boleh la sekali sekala. Selalu no no no!

Kikiki

Korang nak jugak tengok akaun berisi tengah2 bulan? Jom join Kak Sya buat Shaklee!

Call/WA cepat2 ok! 

===========================
Kak Sya 
Founder TeamMagnifique  
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624
=========================== 

Tingkatkan Peluang Untuk Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum, hai readers!

Bila kita cerita tentang makanan yang meningkatkan kesuburan, pasti ramai yang berfikir dua, tiga kali.. Mana tak nya, bukan satu, dua jenis makanan yang nak kena makan, banyaaakk pulak tu. Iyelah, setiap makanan yang nak diambil membekalkan nutrisi yang berbeza-beza. 

Nak kena cari bahan mentah, nak kena siang, nak kena masak. Lepas tu salah cara masak hilang pulak nutrien yang kita nak. Kesiann..

Macam Kak Sya, memang dah tak fikir panjang. Senang ambil supplement je. Nak ingatkan korang ni, nak makan supplement pun bukan sebarang je tau. Silap haribulan, subur pun tidak, dapat pulak pakej penyakit lain. Nauzubillahi minzaalik..

Nak tahu tak apa supplement untuk kesuburan yang Shaklee ada?

Set kesuburan wanita 


Set kesuburan wanita ni ada:-
🌼 ESP - Diperbuat dari soya non-GMO. Mengandungi isoflavone yang membantu menyihatkan sel-sel rahim untuk persediaan implantasi. 

🌼 Alfalfa - Jamu moden Shaklee. Membantu mengatasi masalah keputihan dan membantu mengetatkan Ms V.

🌼 GLA Complex - Mengandungi Omega-6 yang membantu menstabilkan hormon.

🌼 B Complex - Mengandungi asid folik yang baik untuk mengurangkan kecacatan tiub neural.

🌼 Vivix - Kaya dengan antioksidan yang melindungi sel dan telur dari kerosakan dan penuaan. 


Set kesuburan lelaki 


Set kesuburan lelaki ada:-
💪 Vitamin E - Meningkatkan kualiti air mani, membantu pembentukan sel sperma yang sihat dan sempurna. 

💪 Vivix - Kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi sel dan sperma dari kerosakan dan penuaan. 

💪 Omega Guard - Supplement omega-3 yang melancarkan darah ke bahagian organ pembiakan dan meningkatkan bilangan sperma.

Untuk anda yang masih mencari produk terbaik untuk bantu kesuburan anda, ini lah dia!

Memang tak rugi untuk anda cuba. InsyaaAllah, zuriat untuk anda pasti hadir bila dah berusaha!

Nak baca testimoni-testimoni pasal set kesuburan ni?


Kalau anda berminat untuk mencuba supplement kesuburan Shaklee ni, boleh hujung2 Kak Sya untuk matlamat lanjut dan order.


🌱 Call/WA/SMS : 013.7799.624
🌱 FB : Syahridah Ishak 
🌱 IG : msishaque14
🌱 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌱 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!


Jaga diri.

Kak Sya. 

Vitamin untuk daya tahan tubuh Shaklee

Bismillah..

Dah 2 - 3 minggu ni hujan je kan? Anak2 pun dah mula selsema dan batuk2. Yang kesian kat si kecik budak padat Liyana Yasmin la. Nak buang selsema tu tak pandai, nampak tak selesa nya. Kesian sangat.

Untuk anak2 seusia Sara (5yo) dan Laila (2yo) dan Yasmin (7my), perubahan cuaca memang akan affect diorang. Alhamdulillah, so far takde demam cuma tu lah, selsema ngan batuk. 

Selain makan ubat, (sebenarnya anak2 Kak Sya dah lama tak makan ubat batuk dan selsema, sebabnya ialah diorang memang reject ubat tahap boleh muntahkan balik ubat yang diorang dah telan) yang Kak Sya boleh usahakan ialah bantu untuk tingkatkan sistem imun atau sistem daya tahan tubuh anak2..

Apa tu SISTEM IMUN?
====================

Sistem imun adalah rangkaian sel2, tisu2 dan organ2 yang bekerja bersama2 untuk mempertahankan tubuh dari serangan penceroboh asing. Penceroboh ni termasuklah mikroorganisma kecil seperti bakteria, parasit dan fungus yang menjadi punca jangkitan.


Organ sistem imun

Macam mana sistem imun ni berfungsi?
===================================
Meh layan video ni dulu..




Tengok betapa pentingnya menjaga kebersihan luar dan dalam - supaya tubuh kite sentiasa terjaga dari serangan penyakit. Pastikan anak2 sentiasa menjaga kebersihan, basuh tangan sebelum menyentuh makanan supaya bakteria tak masuk ke dalam badan melalui makanan yang dipegang. 

Bila sistem imun kita rendah, penyakit memang mudah menyerang. Kejap demam, kejap selsema dan sebagainya. Antara masalah dan penyakit yang sering menjangkiti individu yang ada masalah sistem imun ni adalah alergi..

So macam mana nak buat?

Kena la makan ubat atau supplement untuk bantu tingkatkan sistem imun tu. Macam saya, Kak Sya pilih supplement kat dalam gambar untuk keluarga. Anak-anak pun lebih rela makan supplement daripada makan ubat hihihi. 

Ada apa dengan vitamin untuk daya tahan tubuh (sistem imun)?
=======================================================

• Vitamin C - Antioksidan yang melawan radikal bebas yang merosakkan sel

• Chew Vitamin C - Untuk anak2 tersayang. (Anak Vitamin C)

• Nutriferon - Meningkatkan penghasilan interferon, pengaktif utama sistem imun

• Omega Guard - Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi sel imun

• Garlic Complex - Antibiotik semulajadi 


Berminat nak cuba set untuk boost sistem imun? Boleh cepat2 contact Kak Sya ok!

🌹 Call/WA/SMS : 013.7799.724
🌹 FB : Syahridah Ishak 
🌹 IG : msishaque14
🌹 FB Page: Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌹 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar.  Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

SUPPLEMENT UNTUK KESUBURAN

Assalamualaikum, hai readers!

Bila kita cerita tentang makanan yang meningkatkan kesuburan, pasti ramai yang berfikir dua, tiga kali.. Mana tak nya, bukan satu, dua jenis makanan yang nak kena makan, banyaaakk pulak tu. Iyelah, setiap makanan yang nak diambil membekalkan nutrisi yang berbeza-beza. 

Nak kena cari bahan mentah, nak kena siang, nak kena masak. Lepas tu salah cara masak hilang pulak nutrien yang kita nak. Kesiann..

Macam Kak Sya, memang dah tak fikir panjang. Senang ambil supplement je. Nak ingatkan korang ni, nak makan supplement pun bukan sebarang je tau. Silap haribulan, subur pun tidak, dapat pulak pakej penyakit lain. Nauzubillahi minzaalik..

Nak tahu tak apa supplement untuk kesuburan yang Shaklee ada?

Set kesuburan wanita 



Set kesuburan wanita ni ada:-
🌼 ESP - Diperbuat dari soya non-GMO. Mengandungi isoflavone yang membantu menyihatkan sel-sel rahim untuk persediaan implantasi. 

🌼 Alfalfa - Jamu moden Shaklee. Membantu mengatasi masalah keputihan dan membantu mengetatkan Ms V.

🌼 GLA Complex - Mengandungi Omega-6 yang membantu menstabilkan hormon.

🌼 B Complex - Mengandungi asid folik yang baik untuk mengurangkan kecacatan tiub neural.

🌼 Vivix - Kaya dengan antioksidan yang melindungi sel dan telur dari kerosakan dan penuaan. 


Set kesuburan lelaki 


Set kesuburan lelaki ada:-
💪 Vitamin E - Meningkatkan kualiti air mani, membantu pembentukan sel sperma yang sihat dan sempurna. 

💪 Vivix - Kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi sel dan sperma dari kerosakan dan penuaan. 

💪 Omega Guard - Supplement omega-3 yang melancarkan darah ke bahagian organ pembiakan dan meningkatkan bilangan sperma.

Untuk anda yang masih mencari produk terbaik untuk bantu kesuburan anda, ini lah dia!

Memang tak rugi untuk anda cuba. InsyaaAllah, zuriat untuk anda pasti hadir bila dah berusaha!

Nak baca testimoni-testimoni pasal set kesuburan ni?


Kalau anda berminat untuk mencuba supplement kesuburan Shaklee ni, boleh hujung2 Kak Sya untuk matlamat lanjut dan order.


🌱 Call/WA/SMS : 013.7799.624
🌱 FB : Syahridah Ishak 
🌱 IG : msishaque14
🌱 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌱 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!


Jaga diri.

Kak Sya. 

RAWATAN MASALAH KETIDAKSUBURAN

Bismillah..

Hi readers!

Entry kali ni Kak Sya nak cerita pulak tentang rawatan yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah kesuburan. 

Setelah kita mengenalpasti apakah punca-punca dan simptom-simptom ketidaksuburan, mari kita check pula apakah rawatan yang boleh diambil sekiranya kita mempunyai salah satu atau beberapa tanda simptom ketidaksuburan yang telah disenaraikan.

Mari kita tengok apakah jenis rawatan yang sesuai untuk setiap jenis ketidaksuburan:

Rawatan ketidaksuburan untuk lelaki

Doktor akan menyarankan lelaki yang mempunyai masalah ketidaksuburan untuk membuat rawatan-rawatan berikut:- 

1. Permanian berhadas, atau lebih dikenali sebagai Intra-Uterine Insemination (IUI). Doktor akan mengambil sperma, dan masukkan ke dalam uterus untuk memudahkan proses persenyawaan. Matlamat IUI adalah untuk memaksimakan bilangan sperma sihat yang masuk ke dalam tiub Fallopio supaya kebarangkalian persenyawaan berlaku tinggi.


2. Kaedah rawatan kedua yang boleh dicuba oleh pasangan yang mengimpikan cahayamata adalah dengan kaedah In Vitro Fertilisation (IVF). Dalam IVF, proses persenyawaan berlaku diluar badan seorang wanita. Telur wanita akan dikeluarkan melalui pembedahan dan disenyawakan dengan sperma dalam makmal. Selepas itu, telur yang telah disenyawakan atau embrio, di implan ke dalam rahim wanita melalui pembedahan.



3. Kaedah rawatan ketiga yang akan doktor lakukan ialah Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI). ICSI ialah satu bentuk IVF yang khusus IVF untuk merawat kes-kes ketidaksuburan yang teruk. ICSI melibatkan suntikan seekor sperma ke dalam telur yang matang.



Rawatan kesuburan untuk wanita

Rawatan kesuburan untuk wanita pula bergantung kepada faktor-faktor ketidaksuburan yang menyebabkan dia tidak boleh hamil.

Antara rawatan-rawatan yang sesuai untuk:-

1. Gangguan ovulasi
Ubat-ubatan kesuburan seperti clomiphne citrate untuk mencetuskan pengeluaran hormon dari kelenjar pituitari yang membantu mematangkan folikel dan menghasilkan telur.

Jika rawatan ubatan kesuburan tidak berkesan, doktor akan mengesyorkan supaya ubatan jenis suntikan diberikan. Ubat hormon jenis suntikan yang biasanya diberikan adalah gonadotropins, yang menggalakkan pertumbuhan folikel. 

2. Gangguan tiub Fallopio 
Doktor akan mencadangkan supaya pesakit melalui laparoscopy atau hysterosalpingogram (HSG).  Dalam ujian HSG dye cecair akan dimasukkan melalui serviks ke dalam rahim. Kemudian, x-ray diambil untuk melihat sama ada tiub Fallopio tersumbat atau adakah dye mengalir dengan mudah ke bahagian abdomen. Jika doktor mengenalpasti tiub yang tersumbat atau rosak, doktor akan membuat pembedahan untuk membetulkan tiub yang rosak atau tersumbat. 

Jika pesakit berovulasi secara normal, doktor akan menyarankan pesakit supaya mereka melalui proses permanian berhadas seperti IUI, IVF atau ICSI. 

3. Endometriosis
Dalam kebanyakan kes, doktor akan menyarankan supaya laparoscopy dilakukan untuk membuang atau mengewap pertumbuhan tompok-tompok endometriosis untuk meningkatkan tahap kesuburan. 

Laparoscopy adalah prosedur dimana doktor akan membuat pot on gan kecil pada bahagian abdomen untuk mengeluarkan  "lesions", dan memusnahkan "lesions" dengan haba yang tinggi dan menutup saluran darah tanpa menjahitnya.

4. PCOS
Rawatan pertama untuk penghidap PCOS ialah ubatan yang bersama clomifene atau gonadotrophin. Ia bertindak menggalakkan pembebasan telur dari ovari (ovulasi) setiap bulan.

Ubat kencing manis seperti metformin untuk pesakit kencing manis atau yang mempunyai berat badan berlebihan, atau kadar hormon insulin yang tinggi. 

Ovari drilling - untuk pasangan yang tidak mahu ubatan kesuburan

Apa-apa pun yang anda lakukan, pastikan anda berjumpa dengan doktor pakar untuk memastikan rawatan yang dicadangkan tepat dengan punca ketidaksuburan anda.

Jaga diri selalu 😘


Kak Sya
😍

Anak nakal disekolah?

Assalamualaikum dan salam sihat untuk semua readers!

Anda pernah tak dengar cikgu complaint tentang anak2 anda yang 'nakal' disekolah? Kat rumah pijak semut tak mati, tapi kat sekolah suka kacau kawan2, takmau dengar cakap cikgu.. Apa puncanya? 



Mari kita tengok point yang Kak Sya dah list kan  dibawah:

1. Persekitaran yang berbeza
Persekitaran dirumah adalah berbeza dengan persekitaran di sekolah. Dirumah kanak2 hanya terdedah dengan persekitaran sosial dalan keluarga yang masih boleh dikawal oleh ibubapa. Manakala di sekolah persekitaran sosial lebih luas dengan pergaulan kanak2 pelbagai latar belakang keluarga. Ini secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku kanak2 sama ada elemen positif ataupun negatif.


2. Untuk menarik perhatian
Perbuatan menunjuk-nunjuk tingkah laku yang tidak disenangi juga merupakan salah satu cara kanak2 untuk menarik perhatian. Kanak2 merasa bangga apabila dirinya mendapat perhatian dari rakan sebaya dan orang dewasa. Perbuatan menunjuk-nunjuk ini boleh dilenyapkan melalui 2 cara:


  ● Memberi hukuman untuk memperbaiki perlakuan negatif
  ● Biarkan tanpa diberi perhatian


Pihak pengurusan sekolah khususnya guru perlulah memaklumkan kepada ibubapa tentang cara yang dilaksanakan untuk mengatasi tingkah laku negatif kanak2. Ini untuk mengelakkan berlaku salah faham dan supaya ibubapa dapat bekerjasama untuk mengatasi tingkah laku negatif ini.

3. Tidak suka peraturan
Keadaan yang membosankan juga boleh mempengaruhi perubahan tingkah laku kanak2. Kanak2 tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan disekolah. Di rumah kanak2 tidak terikat dengan peraturan dan boleh membuat sesuka hati tanpa dilarang atau ditegur. Ini menyebabkan mereka membawa 'perangai' dari rumah ke sekolah.

4. Kurikulum dan aktiviti tidak bersesuaian
Apabila kanak2 tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pelaksanaan aktiviti di tadika, mereka akan mula menunjukkan perubahan tingkah laku negatif. Kanak2 tidak dapat melakukan aktiviti sebagaimana yang dikehendaki gurunya. Ini boleh diatasi dengan cara menggalakkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti sekolah, atau membuat lebih banyak aktiviti luar bilik darjah.

5. Emosi tertekan
Biasanya anak yang tertekan emosinya akan menunjukkan tanda2 tidak berkeinginan untuk ke sekolah. Kanak2 akan memberi pelbagai alasan untuk tidak ke sekolah dan disebabkan oleh terpaksa, mereka mula menunjukkan tantrum dengan cara mengganggu rakan2 dan ingkar dengan kata2 guru.
Jadi, ibubapa hendaklah peka dan ambil tahu tentang anak dan perkembangan mereka disekolah. Pendidikan bermula dari rumah, sekolah hanyalah pemangkin untuk melengkapkan pembelajaran kanak2 dari segi kognitif, bahasa, fizikal dan sosio emosi.

Selamat bereskplorasi dengan anak2 anda. Ingatlah, mereka adalah amanah dari-Nya yang perlu dijaga dan dibimbing sebaiknya.

Salam sayang,
Kak Sya



P/S : Yang masih mencari supplement terbaik utk anak bijak anda, boleh call Kak Sya ok!




☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

7 Tips untuk anak yang susah makan ubat

Salah satu ujian yang Allah beri kepada ibu bapa ialah bila sang anak jatuh sakit. Sakit satu hal, ujian terbesar yang parents akan hadapi adalah bila anak tu tak mau makan ubat. Haishh memang kacau!


Dah dua (nak masuk tiga dah) anak Kak Sya, dua2 princess tapi bila datang time nak makan ubat, ya Allah bersilat! Penat oi. Sape cakap bagi anak makan ubat ni mudah? Memang tak nafikan ada kanak2 yang memang tak ada masalah dengan ubat. Boleh makan ubat macam makan gula2, boleh minum ubat macam minum air gas lagaknya.

Dah tengah musim panas ni, anak dara Kak Sya tak tertinggal dari kena uji. Lepas episod demam seminggu, minggu ni sambung pulak dengan sakit mata. Ya Allah bertingkek-tingkek ujian dari-Nya.

Terus cari tips mcm mana nak mudahkan proses memberi anak makan ubat. Jom kite check kat bawah ni, mana la tau boleh aplikasi kesemua atau salah satu daripadanya:

1) Guna cara psikologi

Maknanya mak2 abah2 kena pujuk anak tu baik2. Kena buat dia rasa happy dan tenang masa nak bg makan ubat tu. Terangkan kat dia kenapa kita nak bagi dia ubat, supaya dia cepat sembuh..

2) Campurkan ubat dalam air/makanan kesukaan mereka

Cuba campurkan ubat ke dalam minuman kesukaan mereka, contohnya vitagen ke, atau susu atau milo. Kalau tak pun cuba campurkan ubat dalam aiskrim dan bagi mereka makan. Ini bertujuan utk bantu anak lebih senang makan ubat dari bagi mereka ubat begitu saja..


3) Bagi dorongan/galakan

Ada anak yang suka dipuji. Dah pujuk, dan dah berjaya suapkan ubat pada anak, jangan lupa tepuk tangan ramai2 sambil puji diorang. Bagi dia bangga sket dengan keberanian dia telan ubat tu. Ajak suami dan adik beradik lain untuk cheer dia ramai2..hihihi

4) Guna picagari/syringe

Bila dah sedut ubat dalam syringe tu, cuba sedut 1ml madu.biar bila kite inject ubat dalam mulut anak tu, dia akan rasa manis madu baru dia rasa ubat. Ok gak kan?



5) Kita 'makan' ubat tu dulu sebelum anak kita

Sebelum kita suapkan anak kita ubat, cuba acah2 atau makan sikit. Cakap ubat ni ok. Jangan cakap sedap sangat especially kalau anak kita tu dah faham. Takut nanti bila dia makan dia rasa tak sedap dia ingat kita tipu dia pulak.

6) Sediakan ubat bukan oral

Untuk kes-kes seperti demam, sediakan ubat yang boleh disumbat melalui dubur terutamanya kalau demam anak terlalu panas dan susah nak makan ubat.


7) Cara paksaan

Ni lah cara terakhir yang kita boleh buat untuk make sure anak telan ubat yang kita suapkan. Kalau Kak Sya, (ni yang doktor ajar tau) Kak Sya dan suami akan pegang  anak dan sorang lagi akan tutup hidung dia. Bila dia confirm melalak, sure dia nganga mulut kan, masa tu la kita sumbatkan ubat. Bila hidung dah kena tutup, dia takde choice untuk bernafas kecuali melalui mulut. InsyaaAllah cara ni mesti berkesan. Lepas tu cepat2 bagi dia minum air yang dia suka. Biar hilang rasa tak sedap ubat tu.

Haaa..tu la serba sedikit tips yang Kak Sya boleh share kat uollss pasal tips nak bagi anak senang nak makan ubat. Cuba la. Kalau berjaya jgn lupa terima kasih banyak2 kat yang kat atas tu. Dia yang mengizinkan urusan bg ubat tu mudah.

Kak Sya doakan anak2 anda semua sentiasa sihat. Sekarang Kak Sya lebih suka ajar anak makan vitamin supaya badan diorang lebih sihat, imune system dia sentiasa tiptop (insyaaAllah) untuk melawan dan menangkis serangan penyakit.

Take care ok!


Salam sihat,
Kak Sya