Anak nakal disekolah?

Assalamualaikum dan salam sihat untuk semua readers!

Anda pernah tak dengar cikgu complaint tentang anak2 anda yang 'nakal' disekolah? Kat rumah pijak semut tak mati, tapi kat sekolah suka kacau kawan2, takmau dengar cakap cikgu.. Apa puncanya? 



Mari kita tengok point yang Kak Sya dah list kan  dibawah:

1. Persekitaran yang berbeza
Persekitaran dirumah adalah berbeza dengan persekitaran di sekolah. Dirumah kanak2 hanya terdedah dengan persekitaran sosial dalan keluarga yang masih boleh dikawal oleh ibubapa. Manakala di sekolah persekitaran sosial lebih luas dengan pergaulan kanak2 pelbagai latar belakang keluarga. Ini secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku kanak2 sama ada elemen positif ataupun negatif.


2. Untuk menarik perhatian
Perbuatan menunjuk-nunjuk tingkah laku yang tidak disenangi juga merupakan salah satu cara kanak2 untuk menarik perhatian. Kanak2 merasa bangga apabila dirinya mendapat perhatian dari rakan sebaya dan orang dewasa. Perbuatan menunjuk-nunjuk ini boleh dilenyapkan melalui 2 cara:


  ● Memberi hukuman untuk memperbaiki perlakuan negatif
  ● Biarkan tanpa diberi perhatian


Pihak pengurusan sekolah khususnya guru perlulah memaklumkan kepada ibubapa tentang cara yang dilaksanakan untuk mengatasi tingkah laku negatif kanak2. Ini untuk mengelakkan berlaku salah faham dan supaya ibubapa dapat bekerjasama untuk mengatasi tingkah laku negatif ini.

3. Tidak suka peraturan
Keadaan yang membosankan juga boleh mempengaruhi perubahan tingkah laku kanak2. Kanak2 tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan disekolah. Di rumah kanak2 tidak terikat dengan peraturan dan boleh membuat sesuka hati tanpa dilarang atau ditegur. Ini menyebabkan mereka membawa 'perangai' dari rumah ke sekolah.

4. Kurikulum dan aktiviti tidak bersesuaian
Apabila kanak2 tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pelaksanaan aktiviti di tadika, mereka akan mula menunjukkan perubahan tingkah laku negatif. Kanak2 tidak dapat melakukan aktiviti sebagaimana yang dikehendaki gurunya. Ini boleh diatasi dengan cara menggalakkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti sekolah, atau membuat lebih banyak aktiviti luar bilik darjah.

5. Emosi tertekan
Biasanya anak yang tertekan emosinya akan menunjukkan tanda2 tidak berkeinginan untuk ke sekolah. Kanak2 akan memberi pelbagai alasan untuk tidak ke sekolah dan disebabkan oleh terpaksa, mereka mula menunjukkan tantrum dengan cara mengganggu rakan2 dan ingkar dengan kata2 guru.
Jadi, ibubapa hendaklah peka dan ambil tahu tentang anak dan perkembangan mereka disekolah. Pendidikan bermula dari rumah, sekolah hanyalah pemangkin untuk melengkapkan pembelajaran kanak2 dari segi kognitif, bahasa, fizikal dan sosio emosi.

Selamat bereskplorasi dengan anak2 anda. Ingatlah, mereka adalah amanah dari-Nya yang perlu dijaga dan dibimbing sebaiknya.

Salam sayang,
Kak Sya



P/S : Yang masih mencari supplement terbaik utk anak bijak anda, boleh call Kak Sya ok!




☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

No comments:

Post a Comment