Showing posts with label Sara Zulaikha. Show all posts
Showing posts with label Sara Zulaikha. Show all posts

WAHM - kerja dan jaga anak dirumah - cerita ibu anak tiga

Bismillah..

** Ini cerita yang pernah Kak Sya post di FB di hari pertama persekolahan 2018 **

Selesai fasa pertama di hari pertama persekolahan. Fasa pertama ni sekolah agama. Fasa kedua sekolah kebangsaan.

Sempena hari pertama di tahun 2018 ni, Mamy harap Mamy boleh jadi Mamy lebih baik untuk Kakak, Laila dan Nana. Kakak dah sekolah, Ayah dan Mamy pandang alam sekolah Kakak ni sebagai satu lagi alam yang mencabar. Alam yang baru untuk Kakak, Ayah dan Mamy tempuhi dan harungi sampai berjaya.

Zaman Kakak sekolah ni adalah zaman yang 360 darjah berbeza dari zaman Mamy sekolah dulu. Masa Mamy balut buku-buku Kakak haritu, sempat Mamy belek-belek isi dalam buku. Huishh.. Memang lain lah dari zaman Mamy darjah 1.. Advance. Silibus dia bila Mamy tanya-tanya pada kawan-kawan guru Mamy, rupanya ada yang zaman dulu budak Sastera tingkatan 6 yang belajar.. Hohoho. Kesiannya. Eh, ke tak patut kesian?

Bila dah tahu betapa mencabarnya student life Kakak, Mamy berazam yang Mamy kena kena usaha betul-betul untuk tolong Kakak belajar, dan jadikan Kakak student yang terbaik dalam kelas dan sekolah Kakak. Walaupun Mamy ni seorang WAHM, Mamy akan buat sehabis baik - bahagikan masa untuk kerja bisnes Shaklee Mamy dan untuk buat tugas hakiki Mamy sebagai  seorang ibu dan teacher Kakak kat rumah. InsyaaAllah..

Harapan Mamy supaya Mamy dapat beri inspirasi kepada ibu-ibu yang dah tanam niat dan dah ada cita-cita untuk jadi WAHM - yang boleh jaga anak sendiri sambil jana pendapatan sendiri. Dan boleh bantu orang lain untuk jana pendapatan dan jadi work-at-home-mom juga.


InsyaaAllah.. Anda yang baca tolong doakan untuk Mamy Sara, Laila dan Nana juga ye..

:D

Jaga diri

Kak Sya
Ibu anak tiga yang masih bertatih dalam alam keibubapaan

-tsunami2018 0101-

GMF mini gathering @ Jojo Rakit 18-19 November 2017

Bismillah..

Alhamdulillah, untuk tahun ketiga berturut-turut Kak Sya dapat berjumpa dengan pengasas group bisnes Shaklee GMF, iaitu Mami Noor Azmiah yang mesra kami sapa Mami Mia

Asalnya Mami Mai saje je tanya pasal trip pertama kami The Ismails ke Jojo Rakit yang terletak di Tanjung Buai. Tanya-tanya sket, lepas tu Mami Mai terus decide date dan terus minta Kak Sya p tanya availability bilik untuk date 18-19 November 2017. Memang cepat. Pantas.

Terus ada 'committee'. Haha. Kitorang orang Johor la yang kena siap2kan makanan untuk grand BBQ. 

Nak tengok gambar BBQ kitorg tak? 


Ada ayam, kambing, otak-otak, pepes, sotong dan ikan pari. Yummy sangat!


Hubby yang rajin


Sekitar kawasan BBQ
Untuk trip kali ni, seramai 7 keluarga yang sama-sama memeriahkan gathering kalini. Kak Sya sekeluarga memang sampai lewat lah sebab kami kena hadir ke majlis graduation Kakak Sara. Kalau nak tengok gambar-gambar sekitar majlis graduation boleh klik sini.

Lepas BBQ kami ber-coaching santai. Sesi luahan rasa la. Memang beremosi. Memang rasa puas lepas dapat luah.


Belanja wefie sekeping
Di penghujung sesi luahan rasa, kami dapat souviner dari Mami Mia. Setiap seorang dari kami mendapat daun maple kering khas dari Korea. Cantik!





Penutup malam kami ialah sesi bertukar-tukar hadiah..


Sesi tukar hadiah


Kak Sya dpt goodies dari Yanie. Yeay!

Pagi tadi, kami bersarapan sandwich sardin & telur saje. Habis licin 3 buku roti. Hihi. Minum pulak dengan kopi O panas. Pergggghh memang mengancam. Sambil-sambil mak2 borak-borak, bapak2 teruskan memancing. Anak-anak pulak seronok dengan kawan-kawan baru diorang.. Baru adil semua orang happy! Yippieee


Bahan-bahan mentah untuk sandwich









Dah siap sarapan, kami pun bersiaplah untuk balik. Kemas apa yg patut, ambil gambar group dan sayonara Jojo Rakit!

Official colour GMF, royal blue
Orang berhandbag gitu la..





Dari kiri : My Bonda Shaklee, Kak Liza & Moyang Shaklee, founder GMF, Mami Mia


I will always be here for you..
Tamatlah percutian 2D1N kami di Jojo Rakit Tanjung Buat. InsyaaAllah ada rezeki kami pasti datang lagi..


Kak Sya
Founder #TeamMagnifique🚀


Sri Kamariah 2017 Graduation

Bismillah..

Bila berada di konvo Kakak tadi, macam-macam perasaan Kak Sya rasa. Sebak, gembira, bercampur-baur.

Rasa "Ya Allah dah besar dah anak aku..". Konvo tadika ni hanya permulaan untuk Kakak menempuh alam persekolahan dan even higher, diperingkat universiti yang lebih dan sangat mencabar

Tahun ni, sempena 20th anniversary Sri Kamariah Kindergarten, julung kalinya Sri Kamariah buat konvo berasingan dari konsert tahunannya. Last month, Sri Kamariah Kindy buat konsert di Nusajaya Sports Centre. Nantilah, akan Kak Sya kongsikan dengan anda semua pasal Sports Carnival/konsert tu yee..

Jom layan gambar dulu..


Konvo Kakak di Pulai Springs Resort


The king and the 3 princesses

Yang paling excited confirm la yang paling kecik

Tunggu pintu dewan buka

Gambar little graduates. Comel sangatkan?


Hai Kakak!


InsyaaAllah, lagi 3 tahun turn Laila ok!

Excited kemain

Cantiknyaaa anak Mamy

Recitation of ummul kitab, 3 Quls, ayatul-Qursi and Al-Mulk (verses 1-10)

Laju nauu Kakak. Tak sempat nak snap

Chocolate bouquet & belon untuk Kakak

Sebelum pergi hi-tea

The Ismails

Bersama (dari kiri) : Teacher Umi, Teacher Su & Teacher Sella
Congratulations Kakak!



Nana pun teringin naik pentas juga
Gambar kami 4 beranak. Ayah takde sebab Ayah tunggu kami kat tepi. 
Kaki Ayah tendonnya koyak so Ayah tak boleh jalan banyak.

Untuk Kakak anak sulung Mamy, Mamy ucapkan tahniah atas kejayaan Kakak menamatkan 2 tahun persekolahan di peringkat tadika. Tahun depan, bermulalah alam persekolahan sebenar yang lebih mencabar.

Untuk teachers di Sri Kamariah Kindergarten, Mamy dengan rasa rendah diri ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada teachers atas jasa teachers mengajar dan mendidik Sara Zulaikha selama ni.

Dari tak kenal huruf, sampai boleh baca dalam dua bahasa, Mamy bersyukur kami masukkan Kakak ke sekolah yang sangat ... bestlah! Tq so much! Allah je boleh balas jasa teachers semua

Love,
Kak Sya







Percutian 3D2N di Pulau Perhentian, Terengganu - Part 3

Sambungan Part 2.. haha.. banyak la sambungan dia..

Masa kami lunch di Kampung Nelayan tu, perasan juga ada sebuah masjid warna putih. Cantik. Sebenarnya nampak je dari seberang chalet penginapan kami. Memang cantik. Azan pun boleh sampai ke chalet kami..

Malam tu kami tapau dari cafe Coral View je. Makan nasi goreng seafood dengan telur dadar. Tak larat nak keluar sebab anak3 bangsa dah penat tak mau keluar bilik. Haha. Ayah dia bawak balik makanan, sedap juga dihabiskannya.

End of day 2..

Hari ketiga, kami cuma sarapan dalam bilik. Menghabiskan semua biskut dan roti yang kami tapau sebelum kami ke pulau. Berjaya juga la habiskan walaupun tak semua. 

Bawa anak3 main pasir, last kopek, dan Mamy dia pun ambil kesempatan mandi laut sambil acah-acah nak tangkap ikan. Punye lah banyak ikan, sampai duduk kat gigi air pun ada ikan. Dan sebab air begitu jernih, memang nampak lah banyak sangat ikan. Subhanallah, memang seronok.  

Sampai pukul 10, kami balik ke bilik, mandi, siapkan anak3 dan kemas. Lepas tu check out sambil tunggu bot sampai dalam pukul 12. Apa lagi, snap snap snap lah.. Hihi..

Hari yang kami balik tu memang air bergelora. Bot melambung-lambung. Kak Sya dan Kakak punye jerit.. hahaha memang malu weii. Nana pulak terkenan aura penakut kena lambung air Mamy dia, ketakutan dia, sekali lagi Kak Sya peluk Nana kuat-kuat, sampai Nana tertidur.

Tamat lah percutian 3D2N kami di Pulau Perhentian. Memang best, especially untuk first timer macam kami ni. Memang tak sangka anak3 enjoy dengan environment pulau dan pantai. InsyaaAllah ada rezeki kami pasti kembali..

Jom layan gambar..
Peminat pasir 
Laila, Nana, Sara


Percubaan cedok ikan coral

Goodbye Coral View, goodbye Perhentian <3

The 5 of us

Terima kasih kerana sudi baca coretan percutian 3D2N kami di Pulau Perhentian. Sebenarnya kami sambung bercuti di Kuala Terengganu selama 2D1N. Sempat lah jalan-jalan ke Pasar Payang, Masjid Kristal, dan makan seafood baaanyak2. Best best best :D

Maaanyak murah

Kitorang stay kat Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu

Masjid Kristal

Duduk luar je, nak masuk sekali dah tutup daaa

Pasar Payang

Lepas pergi Pasar Payang, kami ke Muzium pula

Anak-anak dara Mamy
Ok lah, sampai sini dulu, kali ni Kak Sya betul2 nak ucap terima kasih kat anda semua sebab sudi baca cerita percutian kami yang tak seberapa ni. Selamat berhujung minggu.

Take care!


Kak Sya
Penggemar keropok lekor
Pengedar Shaklee Pasir Gudang