Showing posts with label HFMD. Show all posts
Showing posts with label HFMD. Show all posts

Testimoni Set HFMD - HFMD sembuh lepas amalkan Shaklee

Bismillah..

Alhamdulillah sekali lagi dapat Kak Sya kongsikan dengan anda testimoni seorang ibu yang berjaya pulihkan anakanda tercinta dari HFMD selepas berikhtiar dengan Shaklee

Jom kita baca kisah Puan Sharifah Nurulkamariah dan Shaklee untuk HFMD

=======


Saya nak share pengalaman handle anak alami HFMD baru-baru ni. Mulanya dari kakaknya di tadika, tetapi si kakaknya tak lah seteruk adik yang duduk di rumah ni. Tak terfikir pula HFMD akan berjangkit pada adiknya, jadi saya just tumpu pada kakaknya.

Satu pagi tu, sambil-sambil sapu lotion Herbal Blend pada tapak tangan kakaknya, terpandang la kaki adiknya yang dah mula ada tompok-tompok merah, tangan pun dah mula naik sikit-sikit. Lepas balik kerja, keadaan adik bertambah teruk bila tapak tangan, kaki dan mulutnya dah mula ada gelembung – gelembung air.

Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu.

Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.

Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard & lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.

Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.
Membesar menjadi anak yg soleh & solehah. Aaminnn

=======

Begitulah usaha Puan Sharifah untuk anakanda Aleesha yang tercinta. Jika anda lihat ada simptom-simptom HFMD pada anak anda, jangan berlengah dari terus berjumpa dengan doktor. Dan jangan ragu-ragu untuk terus ikhtiar untuk bantu anak anda pulih dengan segera dengan Set HFMD Shaklee

Shaklee untuk HFMD - tingkatkan sistem imun anak anda!

Bismillah

Jika anda list anak anda mempunyai simptom-simptom HFMD, silalah bawa anak anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan mencadangkan jenis rawatan yang bersesuaian dengan simptom-simptom yang dilihat daripada hasil pemeriksaan fizikal terhadap anak anda.

Selain daripada rawatan yang dicadangkan oleh doktor, anda juga boleh berikhtiar dengan memberikan anak anda supplement untuk menguatkan sistem imun tubuh dan melegakan kegatalan dan kesakitan akibat lepuhan dan ruam.

Shaklee untuk HFMD 

Set HFMD Shaklee

Apakah fungsi untuk setiap supplement dalam set ini?

1. NUTRIFERON

  • Membantu meningkatkan interferon tubuh sekaligus meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan virus dan bakteria

2. OMEGA GUARD
  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan keradangan akibat serangan virus kerana Omega Guard mempunyai Omega-3 yang sangat baik sebagai anti radang

3. MEALSHAKES

  • Mengandungi 19  jenis vitamin dan mineral termasuk vitamin C untuk peningkatan sistem imun dan zink untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan juga untuk meningkatkan sistem imun tubuh

4. HERBAL BLEND
  • Herbal Blend digunakan sebagai krim kegunaan luar untuk melegakan rasa tidak selesa ruam dan lepuhan
  • Ia memberikan rasa dingin yang memberi rasa selesa kepada anak-anak

5. BASIC H
  • Mandikan anak anda dengan Basic H kerana ia sangat baik membunuh bakteria dan virus

Kak Sya harap apa yang Kak Sya kongsi kali ini memberi manfaat untuk anda semua..

Jaga diri,
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapura

Simptom-simptom HFMD yang perlu ibubapa tahu

Bismillah..


Penting untuk ibu bapa tahu apakah simptom atau tanda-tanda anak mereka dijangkiti HFMD. Tanda-tanda yang bolrh dikenalpasti terhadap pesakit HFMD termasuklah:-
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser mulut pada bahagian tekak atau dibahagian tepi lidah
  • Ruam (bintik-bintik yang timbul atau rata) atau lepuhan kecil di tapak tangan, tapak kaki dan/atau punggung
  • Lemah, tidak bertenaga
  • Kurang selera makan
  • Sakit kepala
Demam dan sakit tekak adalah antara simptom-simptom awal HFMD. Ruam dan lepuhan biasanya muncul satu atau dua hari selepas demam bermula.

Walau bagaimanapun, simptom HFMD adalah berbeza di antara individu dan berbeza juga pada tahap-tahap tertentu penyakit.

Siapa yang berisiko terhadap HFMD?

Kanak-kanak mempunyai kadar risiko tertinggi untuk mendapat HFMD. Risiko meningkat apabila mereka hadir ke taska atau sekolah kerana virus HFMD boleh tersebar dengan cepat di dalam kawasan-kawasan yang disebutkan.

Kanak-kanak biasanya membina sistem imun tubuh apabila diserang atau terdedah kepada virus penyebab penyakit. Sebab itulah dalam kebanyakan kes, HFMD jarang menyerang pesakit melebihi umur 10 tahun tetapi ia tidak mustahil untuk remaja dan dewasa untuk mendapat jangkitan terutamanya mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah.

Nanti sambung lagi ye, tentang bagaimana HFMD didiagnos dan apakah rawatan yang boleh diambil jika terkena HFMD. 

Kak Sya sign off dulu ye, selamat malam!

Jaga diri,
Kak Sya (ID: 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore 

Apa itu HFMD? Bagaimana HFMD merebak? Apakah punca HFMD?

Bismillah..


Setiap tahun, bilangan kes HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut) yang dilaporkan semakin meningkat di negara kita. Tahun ini, menurut laporan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan dari pemantauan sehingga Februari 2017, terdapat peningkatan kes HFMD yang dilaporkan diseluruh negara iaitu sebanyak 1,257 kes, peningkatan sebanyak 272 kes (27.6%) berbanding purata kes 5 tahun sebanyak 479 kes.


HFMD adalah jangkitan yang biasa ditemui yang disebabkan oleh beberapa virus tertentu. Ia biasanya bermula dengan demam dan rasa tidak sedap badan. Ini diikuti oleh tumbuhnya bintik-bintik yang tidak berwarna di tangan, kaki dan mulut satu atau dua hari selepas demam bermula. Kadangkala, bintik-bintik ini juga boleh tumbuh di bahagian punggung dan pangkal peha. 

HFMD di bahagian kaki
HFMD dibahagian tangan

Tanda-tanda dan simptom HFMD pula akan muncul 3 - 6 hari selepas seseorang dijangkiti virus. Bintik-bintik selalunya akan hilang dalam masa seminggu. Kuku tangan dan kaki akan hilang dalam masa beberapa minggu kemudian tapi akan tumbuh semula seiring masa.

Bagaimana HFMD merebak?

Virus yang menyebabkan HFMD disebar melalui sentuhan, melalui udara yang tercemar oleh batuk dan daripada najis orang yang dijangkiti. Objek yang tercemar juga boleh menyebarkan virus HFMD.

Apakah punca HFMD?

Coxsackievirus A16 ialah penyebab utama dan Enterovirus 71 adalah virus punca kedua yang dikenalpasti. Terdapat juga virus dari kumpulan Coxsackievirus dan juga Enterovirus yang mungkin menjadi penyebab kepada HFMD. Ada individu yang membawa dan menyebarkan virus tanpa menunjukkan simptom-simptom penyakit tersebut.

Kak Sya akan kongsikan apakah simptom-simptom penyakit HFMD di entry seterusnya ya! Stay tune tau!

Salam hujung minggu,
Kak Sya (ID : 1168907)
PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG




Sembuhkan HFMD dengan Nutriferon Shaklee - testimoni berjaya

Bismillah..

HFMD, ataupun penyakit Hand, Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kaki dan mulut adalah jangkitan yang biasanya di sebabkan oleh sekumpulan virus. Ia selalunya bermula dengan demam, dan rasa tak sedap badan. Ini diikuti dengan kemunculan bintik-bintik merah yang selalunya melepuh, dan ia selalunya tumbuh ditangan, kaki, mulut dan ada kalanya di bahagian punggung dan alat sulit

Sebagai ibu bapa, mestilah rasa risau,kan? Walaupun Kak Sya tak pernah alami HFMD, begitu juga anak-anak (nauzubillah.. jangan la kena sampai bila-bila), tapi dari pengalaman kawan-kawan, memang kesian dengan anak-anak yang kena HFMD ni.

Kak Sya suka nak share dengan anda semua testimoni anak seorang customer yang alhamdulillah sembuh setelah diberi Set HFMD Shaklee.

=======


HFMD ANAK BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN VITAMIN SHAKLEE


Pada 22 November tahun lalu, kakak saya bagitau anak buah dah seminggu xlalu makan minum pun merenget sebab dalam mulut die habis melepuh. Bila pergi klinik doc sahkan adik terkena jangkitan hand foot mouth disease (HFMD). Selama itu jugak lah adik asyik terbaring je tak selincah seperti biasa.

Ikutkan plan asal minggu tu family nak naik bas ke KL bagi menghadiri kenduri kahwin kawan kakak di tapi disebabkan keadaan adik yang tak mengizinkan plan terpaksa di tukar kakak drive sebab kesian tengok anak tak sihat. Nanti meragam dalam bas 1 hal pulak.

Selaku mak sedara yang belum ada anak,berbekalkan pengalaman & testimoni kawan-kawan, saya nekad nak ikhtiar bagi Nutriferon kat adik. Lagipun dah banyak saya baca testimoni kawan-kawan yang mana anak kena HFMD bagi anak makan Nutriferon. 

Alhamdulillah kebetulan memang ade stok Nutriferon kat rumah. Jadi saya mintak kakak bagi adik makan Nutriferon buat mcm makan serbuk gula-gula je tanpa bancuh air. Mintak pandangan kawan-kawan, diorang cakap kalau budak-budak 1/2 sachet dah memadai tapi saya terlalu excited dan nzk adik cepat sembuh saya bg 1 sachet terus. Puas berpujuk jugak la nak suruh makan, macam-macam umpan alhamdulillah mengena.

Keeseokan harinya tengok adik relaks makan kerepek yang keras sedangkan malam sebelumnya minum air pon sakit. Alhamdulillah percubaan saya bagi Nutriferon kat adik berjaya. Dekat kenduri pon dah boleh makan, dalam kereta pon dah boleh menyanyi-nyanyi bagai tak macam masa mula-mula sampai asyik merengek je.

Semenjak dari itu saya mintak kakak konsisten bagi Nutriferon kat anak buah. Bila rasa nak demam ke, selsema ke cepat-cepat bagi makan. Alhamdulillah tak sempat nak melarat sakitnya. Adik pon dah pandai kalau nak demam terus makan Nutriferon, pastu die cakap adik dah cihat,adik mkn cateli 

========

Jom kita sama-sama simpan Nutriferon kat rumah.. Nutriferon membantu meningkatkan imun kita sekeluarga. Nutriferon meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. 

Pemakanan tambahan Nutriferon yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan.

Kak Sya akan share lebih tentang HFMD di entry Kak Sya esok, ok!

Selamat malam!


Sihat selalu,
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapore
Your trusted and friendly SIDPro