Showing posts with label Set Sendi. Show all posts
Showing posts with label Set Sendi. Show all posts

7 simptom slip disc yang anda perlu tahu

Bismillah

Anda pasti pernah mendengar tentang slip disc kan? 

Apa tu slip disc?

Column tulang belakang kita terdiri daripada 1 siri tulang (vertebra) yang disusun antara satu sama lain. Dari atas ke bawah, column tulang belakang termasuklah 7 tulang di tulang belakang serviks, 12 di tulang belakang toraks dan 5 di tulang punggung lumba, diikuti oleh sacrum dan coccyx di pangkal. Tulang-tulang ini dibalas oleh cakera (discs). Cakera melindungi tulang dengan menyerap hentakan dari aktiviti harian seperti berjalan, mengangkat dan berputar. 

Setiap cakera mempunyai dua bahagian; bahagian dalaman lembut dan cincin luar yang keras. Kecederaan atau kelemahan boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera menonjol melalui cincin luar. Ini dikenali sebagai slip disc atau cakra tergelincir, herniated atau proposed. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Sekiranya cakera  yang tergelincir memampatkan salah satu saraf tulang belakang anda, anda juga mungkin mengalami rasa kebas dan sakit sepanjang saraf yang terjejas. Dalam kes-kes yang teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau membaiki slip disc.

Apakah simptom-simptom slip disc?



Anda boleh mengalami slip disc pada mana-mana bahagian di tulang belakang anda , daripada bahagian tengkuk sehingga ke bahagian bawah belakang. Bahagian bawah belakang adalah satu tempat yang sangat biasa dijumpai dengan kes slip disc. Column tulang belakang kita ialah jaringan saraf dan salur darah yang amat rumit. Slip disc boleh meletakkan tekanan tambahan kepada saraf dan otot di sekelilingnya.

7 simptom seseorang mengalami slip disc termasuklah:
  • Sakit dan kebas, selalunya pada sebelah bahagian badan
  • Kesakitan yang juga dirasai di bahagian lengan dan kaki
  • Kesakitan yang semakin teruk pada waktu malam atau pada pergerakan tertentu
  • Kesakitan yang semakin teruk apabila sedang berdiri atau duduk
  • Rasa sakit apabila berjalan dalam jarak yang dekat
  • Kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • Rasa semut-semut sakit atau terbakar pada kawasan tertentu
Jenis kesakitan boleh jadi berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Anda wajib berjumpa dengan doktor jika kesakitan yang anda rasai membawa kepada rasa kebas atau semut-semut yang menjejaskan kebolehan anda untuk mengawal otot anda.

Jom tengok sebab-sebab slip disc pula dientry seterusnya ya!

Thanks untuk masa anda membaca artikel dalam blog Kak Sya

Jaga diri

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapore +6.013.7799.624

Testimoni - Shaklee untuk sakit tumit

Bismillah..

Assalamualaikum semua.. Kak Sya doakan semuanya sihat2 selalu. Maklumlaa sekarang musim orang tak sihat,kan? Kak Sya pun baru sembuh dari demam selsema..

Pagi Jumaat ni Kak Sya nak share satu testimoni istimewa tentang sakit tumit dan Shaklee. Jom baca sama-sama!

==================

DERITA SAKIT TUMIT BERAKHIR SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE


Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. 

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit  akan on off on off.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta  boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini. 

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu. 

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri. 


Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!!  PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

===================

Alhamdulillah, asbab makan Shaklee untuk kurus, Pn Nadia dapat juga kesan positif untuk sakit tumit dan resdung yang beliau hidapi.

Kalau anda ada masalah yang sama macam Pn Nadia, jangan tunggu lagi. Sayangi tubuh anda!

Kak Sya sedia membantu

Call/Whatsapp/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Twitter : syahridahishak
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

COD area Pasir Gudang, Tanjung Langsat, Kota Masai, Permas Jaya, Masai, Plentong dan sekitar

POS ke alamat anda bila-bila masa sahaja!

Testimoni Vivix untuk pesakit sendi

Salam sihat.

Kat entry sebelum ni Kak Sya ada share tentang sakit sendi & macam mana Vivix boleh bantu untuk membantu individu dengan sakit sendi, kan?

Entry ni Kak Sya nak share testimoni pulak. Seronok baca especially bila customers belikan untuk parents diorang yang mengalami masalah sakit lutut.

Harap bermanfaat..


Testimoni #1


Testimoni #2



Testimoni #3


Hubungi pengedar Shaklee kepercayaan ramai!

☎/WA : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam
POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!