Showing posts with label Anti-oksidan. Show all posts
Showing posts with label Anti-oksidan. Show all posts

Vivix untuk kanser payudara - Antioksidan terbaik untuk nyahkan sel kanser!

Bismillah..

Salam hujung minggu..

Kanser payudara adalah pembunuh no 1 wanita di dunia. Ia menyumbang 16% daripada keseluruhan kanser wanita dan dan 18.2% kematian akibat kanser diseluruh dunia adalah disebabkan oleh kanser payudara.



Payudara, seperti anggota tubuh badan yang lain, mengandungi berbillion sel mikroskopik. Sel-sel ini membiak dengan cara sel-sel baru menggantikan sel-sel lama yang telah mati.

Apa simptom dan tanda-tanda kanser payudara?

Simptom kanser payudara hanya boleh dirasai oleh pesakit, yang selalunya diterangkan kepada doktor sebagai pening atau sakit. Mari kita lihat apakah simptom-simptom dan tanda-tanda kanser payudara untuk maklumat bersama:



Perubahan kepada rasa payudara dan puting 

  • Puting terasa lembut, terdapat ketulan atau rasa tebal dibahagian berdekatan dengan payudara atau dikawasan ketiak
  • Perubahan pada tekstur kulit atau pembesaran liang roma pada kulit dipayudara (sesetengah orang menggambarkan ia seperti kulit oren)
  • Ketulan di payudara (Penting untuk diingatkan disini bahawa semua ketulan mestilah diperiksa oleh pakar perubatan, dan tidak semua ketulan itu adalah kanser).
Perubahan kepada rupa payudara dan puting
  • Apa-apa perubahan terhadap saiz dan bentuk payudara
  • Terdapat lekukan pada mana-mana bahagian payudara
  • Pembengkakan tiba-tiba pada payudara (terutamanya jika pembengkakan berlaku pada sebelah payudara sahaja)
  • Payudara tidak simetri (Walaupun asimetri adalah perkara biasa bila wanita mempunyai sebelah payudara yang lebih besar dari yang satu lagi, tetapi bila asimetri baru berlaku, ia perlu diperiksa)
  • Puting masuk ke dalam sedikit ke dalam
  • Kulit pada payudara, aerola atau puting menjadi bersisik, kemerahan, bengkak dan mungkin mempunyai rupa seperti kulit oren
Terdapat cairan yang keluar dari puting - samada cairan berwarna jernih atau darah
  • Jika seseorang wanita itu tidak menyusukan anak dan terdapat discharge susu pada puting, beliau hendaklah berjumpa dengan pakar perubatan untuk menjalani pemeriksaan, walaupun ia tiada kaitan dengan kanser payudara

Bagaimana Vivix membantu pesakit kanser payudara?

Resveratrol adalah sejenis phytoestrogen, berdasarkan strukturnya yang seakan-akan dengan diethylstilbestrol, sejenis estrogen sintetik. Ia boleh mengikat kedua-dua reseptor alfa- dan beta-estrogen, dan mengaktifkan transkripsi estrogen reseptor yang bergantung kepada sel-sel kanser payudara manusia.

Resveratrol dalam Vivix membantu pesakit-pesakit kanser payudara dengan cara:

1. DNA yang rosak biasanya akan diperbaiki oleh sel terlebih dahulu. Jika sel gagal untuk memperbaiki sel DNA, ia akan cuba mati secara semulajadi (apoptosis).

Dengan pengambilan resveratrol dalam diet harian, ia akan cuba memperbaiki sel DNA, dan membantu menyekat perkembangan sel kanser payudara, bermula dari peringkat awal.

2. Resveratrol menghalang estrogen dari bertindakbalas dengan molekul DNA & membentuk sebatian yang menghalang pembentukan sel kanser.

3. Resveratrol membantu menghalang sel-sel normal dari menjadi sel-sel kanser. 

4. Resveratrol mempunyai kesan anti-kanser

InsyaaAllah, jika anda ada masalah kanser, bukan saja payudara, tapi kanser-kanser lain, ikhtiar lah untuk sihatkan tubuh anda dengan Vivix.

Kak Sya akan update anda dengan lebih informasi tentang Vivix dan kanser di entry akan datang, insyaaAllah

Jaga diri.

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Vivix untuk kecutkan fibroid

Bismillah..

Assalamualaikum readers. Selamat berhujung minggu. Kak Sya harapkan semua sihat2 hendaknya. InsyaaAllah..

Kak Sya nak share dengan anda semua testimoni Vivix untuk kecutkan active fibroid. Semoga sharing Kak Sya mendatangkan manfaat untuk semua. 

==================

[ACTIVE FYBROID SEBESAR 10CM MENGECUT DAN AKHIRNYA BOLEH BERSALIN NORMAL]


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya Nurhayatul Nira binti Ramli, berusia 37 tahun dan baru sahaja melahirkan anak keempat Januari yang lepas.

Saya berkenalan dengan Shaklee dah lama, cuma tidak secara konsisten sebelum ni. Saya selalu mengadu pada kawan saya, Azlinda Ismail (SID 866459) tentang penat dan sakit-sakit badan yang saya alami. Beliau mengesyorkan saya mengambil multivitamin, Vitamin C dan kalsium disebabkan jadual kerja dan pemakanan saya yang tidak menentu. Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Niat saya mengambil suplemen adalah untuk sihat, serta kesihatan itu dapat saya gunakan untuk beribadat dengan lebih sempurna.

Bagaimanapun, saya mendapat "kesan sampingan" daripada pengambilan suplemen tersebut. Saya bukan sahaja semakin sihat, namun saya juga disahkan hamil di kala anak bongsu saya waktu itu berumur 5 tahun. Saya tidak langsung merasa penat di awal kehamilan sedangkan ketika itu saya berada di dalam lawatan kerja di sekitar United Kingdom selama 2 minggu.

Pasangan mana yang tak gembira bila dikhabarkan tentang zuriat yang bakal mereka timang. Bertambah gembira pada waktu scan, doktor mengatakan ada 2 kantung di situ!

Namun, selepas detailed scan dilakukan, doktor mengesahkan, kantung itu bukanlah kembar seperti yang disangkakan. Malang sekali ianya adalah cyst sebesar 5.2 cm. Tidak mahu putus asa, kami mendapatkan nasihat pakar seterusnya. Lebih memilukan, rupa-rupanya ia bukan cyst, namun active fibroid yang sebesar 6.7 cm kini berada dalam kandungan saya. Doktor menasihatkan agar saya melalui pembedahan caesaeran berikutan saiz fibroid yang semakin membesar dan membahayakan diri saya.

Saya tak mahu putus asa. Saya selalu mendengar kehebatan tonik ajaib di wall sahabat saya. Saya nekad mencuba di atas risiko sendiri. Maka bemulalah episod saya dan Vivix. Ketika check up keempat, saiz fibroid hampir 10 cm dan saya teruskan ambil Vivix dengan konsisten dan yakin. Sahabat saya turut mencadangkan Omega Guard yang bertindak anti-radang sebagai menggantikan Vivix.

Alhamdulillah, pada 19 December 2016, checkup dengan pakar menunjukkan fibroid mengecil kepada 4.7 cm. Checkup terakhir pada Januari 2017 pula, pakar mengesahkan saiz fibroid ialah 4.2 cm dan lebih menggembirakan saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan kerana kepala bayi pun telah engaged.

Mengimbas kembali detik-detik kelahiran anak keempat saya. Kelahiran yang mudah dan paling cepat pernah saya rasakan. Pagi itu, saya mengalami kontraksi dan laluan cuma 2cm. Saya sempat bersolat jemaah Maghrib di masjid sebelum ke hospital malam itu. 9 malam, saya didaftarkan di Hospital Serdang. Saya sudah bersedia untuk melahirkan pada jam 9.30 malam.
Akhirnya pada 10:05 malam, 29 Januari 2017, lahirlah Ainur Mardhiah binti Abdul Muttalib ke dunia.Tanpa pembedahan, tanpa sebarang koyakan. Alhamdulillah.

Selepas je bersalin, saya terus minum 3 sudu Vivix supaya lebih bertenaga dan mahukan recovery yang cepat. Pada 30 Januari 2017, jam 6.30 pagi, doktor memeriksa saya dan akhirnya dibenarkan discharge pada jam 10 pagi itu juga. 13 jam sahaja di hospital, rekod untuk kelahiran semua anak-anak saya!


Saya masih lagi berpantang ketika testimoni ini ditulis, berpantang sendiri sambil menguruskan anak-anak seramai 4 orang yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Namun kita sendiri yang memudahkannya dengan pengambilan suplemen yang betul dan berkualiti.

Terima kasih kerana dipertemukan dengan suplemen yang sangat berkualiti ini.

===================

Seronok kan baca testimoni customer berjaya ni? Alhamdulillah asbab Vivix fibroid Puan Nira mengecil dan doktor sahkan tak perlu jalani pembedahan untuk buang fibroid. Syukur.. syukur.. 

Kalau anda mempunyai masalah fibroid atau anda mengenali , Kak Sya sangat sarankan Vivix untuk bantu anda atasi masalah fibroid. 

Kak Sya ada ready stok tau! Boleh terus contact Kak Sya untuk dapatkan Vivix anda!

Whatsapp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

COD area Pasir Gudang, Kota Masai, Tanjung Langsat, Taman Rinting, Seri Alam, Permas Jaya, Plentong dan sekitar



POS ke alamat anda bila2 masa saja!

Vivix vs Anti-penuaan - Pengenalan kepada TELOMERE

Bismillah.. 

Assalamualaikum readers.. 

Apa khabar? Kak Sya harap semua sihatlah ye. Dah tahun baru 2017 dah kan. Dah masuk hari ke-17 dah pun. 

Sempena bulan pertama ni, Shaklee offer tonik ajaibnya sebagai supplement pertama untuk promosi tahun ni. Apa lagi kalau bukan Vivix. Bestnyaaa! Vivix memang dah jadi salah satu Supplement kegemaran Kak Sya. 

Harini Kak Sya nak terangkan sikit pasal Vivix dan apa kena mengena Vivix dengan anti-aging atau anti-penuaan. Selalu kalau anda tengok poster-poster promo Vivix mesti ada tulis pasal tu kan?

Dan anda juga mesti nak tanya kenapa kalau cerita pasal Vivix mesti nak cakap pasal ANTI-AGING? Tua dan mati itu kan pasti? Kenapa nak lawan ketentuan-Nya?



Haa tu la korang tak faham. Yang kitorang SID ni dok cakap pasal anti-aging tu sebenarnya merujuk kepada cellular anti-aging. Anti-penuaan peringkat sel. Sel tau! Korang tau kan Vivix ni adalah satu-satunya supplement yang bekerja sehingga ke tahap sel?

So macam mana pulak Vivix ni berfungsi melambatkan penuaan sel?

Sebelum kita cerita lebih lanjut, jom kita cekidaut tentang Telomere. Apa tu Telomere?

TELOMERE
=========

Sebelum kita cerita lebih, meh tengok video pasal Telomere ni..



Dalam badan kita ada trillions of cells kan? Dan sel kita terdiri daripada kromosom. Alaaa macam Tuan Ihsan beritahu kat Seroja malam tadi - lelaki punya kromosom adalah XY. Hihi. Kat setiap hujung kromosom tu ada Telomere yang bertindak sebagai penutup hujung kromosom dan melindungi kromosom. Telomere terbentuk dari turutan DNA yang berulang. 

Semakin meningkat usia kita, saiz Telomere semakin memendek seiring dengan pembahagian sel2 kita. Semakin pendek saiz Telomere, semakin mudah sel2 kita rosak. Dan jika kita tak lindungi Telomere, sampai satu tahap nanti Telomere akan habis dan pembahagian sel pun akan berhenti dan di situ lah segala nya akan terhenti..

So macam mana kita nak membantu 'memanjangkan' hayat Telomere ni? Alhamdulillah Kak Sya dah jumpa jawapannya --> VIVIX!
.
Vivix bertindak melindungi Telomere dengan memastikan ia sentiasa panjang supaya sel2 dan DNA kita terlindung dari kerosakan dan serangan radikal bebas. InsyaaAllah..

Dan daripada result LandmarkStudy, pengamal supplement Shaklee mempunyai Telomere dengan 11% lebih panjang berbanding individu yang  tak mengambil Shaklee. 

Jom grab Vivix! Tengah promo sekarang!

BUY 6 FREE 1! BUY 2 LESS 5%


🌸 Call/Whatsapp/Telegram/SMS : 013.7799.624
🌸 FB : Syahridah Ishak 
🌸 IG : msishaque14
🌸 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌸 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang, Masai, Tanjung Langsat, Permas Jaya, Kota Masai, Taman Rinting, Kong Kong dan area berhampiran 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa sahaja!

Hilangkan kulit berminyak dengan vitamin Shaklee untuk kulit cantik

Bismillah..

Semua orang nak cantik kan? Nak jaga kecantikan tu bukan sekadar menjaga dari luaran je tau, dalaman pun kena tackle juga.

Dalam entry sebelum ni, Kak Sya ada share tentang produk untuk kulit berminyak. So korang dah tahu la kan apakah skincare yang boleh korang gunakan jika kulit korang tu jenis berminyak. 

Kulit kita memerlukan makanan berkhasiat untuk sentiasa kekal sihat. Jika anda kekurangan vitamin tertentu, pengambilan suplemen sebagai makanan tambahan adalah sangat-sangat digalakkan untuk mengembalikan keremajaan kulit yang sentiasa sihat.
Supplement atau vitamin boleh menghalang masalah kulit berminyak dan berjerawat dengan meningkatkan sistem imun badan serta melindungi dari pencemaran alam sekitar. Supplement dan vitamin tertentu dapat membantu mengatasi masalah kulit berminyak, bintik hitam, dan kemunculan liang pori yang semakin membesar.

Tetapi awas!! Harus diingat bahawa supplement bukan PENGGANTI kepada makanan yang berkhasiat. Ianya hanyalah makanan tambahan dan pengambilan yang berlebihan juga tidak disarankan sama sekali kerana dapat menjejaskan kesihatan anda. Maklumlah zaman sekarang ini ramai yang terlalu agresif ingin kekal cantik dan sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang bakal diperolehi kelak.
Apa yang baik untuk membantu masalah kulit berminyak, liang pori besar dan masalah bintik-bintik hitam yang sering melanda wanita asia ini?

Haa meh Kak Sya kenalkan dengan Set Kulit Berminyak Shaklee ni..



Vitamin A (Carotomax)

Sebenarnya, pori-pori dimuka kita menghasilkan minyak yang perlu pada kulit untuk mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit. Walau bagaimanapun, sekiranya penghasilan minyak ini terlalu banyak, liang pori-pori boleh tersumbat dengan pengeluaran sebum yang banyak dan sel-sel kulit mati seterusnya terjadi pula masalah bintik-bintik hitam yang akan mengakibatkan liang pori-pori kulit muka semakin membesar. Vitamin A penting untuk mengekalkan, membaik pulih, dan mengukuhkan sel-sel tisu pelindung kulit anda. Vitamin A bertindak sebagai antioksida yang membantu menyingkirkan toksin dari badan serta membantu mengawal penghasilan sebum yang seimbang. Retinoid yang didapati dari vitamin A boleh membantu merawat dan mencegah masalah jerawat.

Asid Lemak Omega 3 (Omega Guard)

Kulit akan mengalami masalah sekiranya anda kekurangan asid lemak Omega 3. Bintik-bintik hitam mudah terbentuk bila kulit muka terlalu berminyak dan adanya se-sel kulit mati yang tersumbat di liang pori-pori kulit. Asid lemak Omega 3 memainkan peranan penting untuk kulit yang sihat dengan mengawal kelembapan struktur kulit yang tidak stabil serta membantu untuk mengekalkan keanjalan. Omega 3 yang baik terdiri daripada kandungan asid docosahexaenic (DHA) dan asid eicosapentaenoic (EPA) yang tinggi dan sumbernya sebaik-baiknya berasal daripada ikan air sejuk laut dalam seperti salmon, trout, sardin dan makarel.


Vitamin C
Sebagai antioksidan, vitamin C membuang radikal bebas yang berbahaya dan menguraikannya kepada sebatian yang tidak berbahaya. Salah satu punca jerawat adalah kerosakan kepada kulit akibat daripad aaktiviti radikal bebas. Vitamin C juga membantu dalam penghasilan kolagen yang membantu dalam membaikpulih sel dan melindung sistem imun tubuh.

Macam mana? Boleh makan kan vitamin yang Kak Sya cadangkan ni? InsyaaAllah berkesan dengan izin-Nya. 

Kak Sya akan bimbing korang untuk dapatkan hasil yang korang idamkan. InsyaaAllah.


Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

Pengedar Shaklee Pasir Gudang 

4 jenis tumbuhan yang menjadikan VIVIX supplement terbaik!!

Bahan anti-oksidan dalam VIVIX

Korang tau tak? VIVIX ni kaya tau dengan anti-oksidan. Entry ni nak cerita berkenaan dengan bahan2 semulajadi yang digunakan yang menjadikan VIVIX ni supplement power yang dipercayai ramai.

Nutrient anti-oksidan yang biasa diketahui termasuklah Vitamin C dan E; mineral-mineral seperti selenium, copper, mangan dan zink; coenzyme Q10; dan carotenoids. Bagaimanapun, terdapat beberapa nutrien yang mempunyai ciri-ciri khas anti-oksidan, termasuklah sekumpulan besar molekul organik  yang dijumpai dalam tumbuhan yang dikenali sebagai polyphenols.  Saintis Shaklee telah memilih beberapa sumber tumbuhan polyphenol untuk dimasukkan kedalam VIVIX menjadikannya sejenis produk anti-oksidan yang unik.

Japanese knotweed (Polygonum cuspidatum)

Bahan pertama yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam VIVIX ialah sejenis bahan yang dikenali sebagai resveratrol. Komponen yang terkandung dalam wine merah ini dikatakan dapat membantu merendahkan penyakit berkaitan kardiovaskular di Perancis bagi individu yang mengambil diet lemak tinggi dan juga minum banyak wine merah. Ini lebih dikenali sebagai French Paradox.

Resveratrol selalunya dijumpai dalam anggur yang digunakan dalam pembuatan wine merah, tapi bukan semua anggur mempunyai kandungan resveratrol yang sama. Untuk mengelakkan perbezaan, Shaklee menggunakan pelbagai sumber asli resveratrol yang sekurang2nya 98% asli; yang datangnya dari Japanese Knotweed  atau nama Latinnya Polygonum Cuspidatum.

Resveratrol dari Japanese Knotweed adalah sangat mudah diserap dan potensinya tiada bandingan. Dos harian sebanyak satu camca teh (5mL) VIVIX mengandungi 100 mg resveratrol, yang amaunnya sama banyak dengan yang boleh didapati dalam 100 gelas wine merah. 


Japanese Knotweed

Muscadine grape (Vitis rotundifolia)

Bahan kedua terpenting dalam penghasilan VIVIX datangnya dari anggur luar biasa, yang dikenali sebagai muscadine or Vitis rotundifolia. Anggur Muscadine bersaiz lebih besar dari anggur biasa dan adalah satu2nya anggur yang didapati mempunyai kromosom tambahan. Dan para saintis percaya bahawa ini akan memberikannya kebolehan untuk menghasilkan lebih banyak polyphenol anti-oksidan yang bermanfaat dibandingkan dengan anggur-anggur jenis lain. Polyphenol membantu melindungi anggur ini yang tumbuh di tempat yang panas dan berkelembapan tinggi, kerana anggur ini banyak didapati tumbuh di kawasan panas Amerika tenggara, seperti Georgia, Florida dan Carolina.

Anggur Muscadine juga mengandungi banyak unsur-unsur yang memberi manfaat kepada kesihatan. Ia terkandung di dalam kulit dan biji anggur tersebut. Shaklee mengekstrak keseluruhan buah anggur, tidak seperti ekstrak lain yang hanya menggunakan pulpa atau hampas anggur, yang kemudiannya dicampur dengan gula dan air. Ekstrak anggur ini kaya dengan asid ellagic, sejenis phytonutrient yang tidak dijumpai dalam anggur biasa. 


Muscadine grape


European elderberry (Sambucus nigra)

Bahan ketiga yang ditambah dalam VIVIX adalah jus daripada ekstrak buah European elderberry (Sambucus nigra). Elderberry telah mendapat perhatian sejak kebelakangan ini kerana kandungannya yang tinggi dengan anthocyanins.

Anthocyanins, juga flavonoids yang lain yang terdapat dalam elderberry, menunjukkan ciri-ciri anti-oksidan, dan dipercayai dengan pengambilannya boleh menyumbang kepada pencengahan beberapa penyakit degeneratif. Ekstrak daripada buat elderberry juga banyak digunakan dalam banyak kajian klinikal.


European elderberry

Purple carrot (Daucus carota sativa)

Tumbuhan terkahir yang digunakan dalam VIVIX yang membekalkan anti-oksidan ialah purple carrot (Daucus carota sativa). Sayuran ini berwarna ungu dibahagian luarnya, tetapi berwarna oren didalam, dan pigmen ini datang bukan dari beta-carotene seperti lobak oren tetapi dari unsur sama kelas dengan European elderberry, anthocyanins, dan unsur ini seperti yang diketahui mempunyai kadar anti-oksidan yang tinggi. Lobak ungu ini juga turut mengandungi alpha- dan beta-carotene, dua carotenoids yang diketahui kaya dengan ciri anti-oksidan.


Purple carrot


Sebagai kesimpulan, VIVIX ni memang laa highly recommended untuk yang nak jaga kesihatan, yang nak kulit cantik dan bagus untuk mencegah penyakit kanser & jantung. 

InsyaAllah tak menyesal beli. Next entry Kak Sya akan share pasal keistimewaan VIVIX plak ye!

Kalau nak lebih informasi, jangan segan2 ye contact Kak Sya!


☎/WA/Telegram : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907

Boleh COD ke area Pasir Gudang dan sekitar
Boleh POS satu dunia!! :)