Showing posts with label Kalsium. Show all posts
Showing posts with label Kalsium. Show all posts

Makanan yang membantu memanjangkan fasa luteal

Bismillah..

Hai semua! 

Anda mesti dah baca tentang kecacatan fasa luteal di entry sebelum ni. Untuk recap semula, fasa luteal adalah fasa ketiga kitaran haid wanita. Ia adalah fasa diantara ovulasi dan permulaan kitaran haid. Dalam fasa ini berlaku persenyawaan dan implantasi (jika seseorang itu cuba untuk hamil)

Fasa luteal adalah fasa terpanjang dalam kitaran haid. Sepatutnya ia mengambil masa 10-14 hari. Jika anda mempunyai fasa luteal kurang dari 10 hari, ini bermakna anda mempunyai masalah kecacatan fasa luteal yang mana ia merupakan masalah kesuburan biasa yang dijumpai dikalangan wanita.


Kitaran haid normal wanita

Nota kaki : Jika anda mempunyai fasa luteal melebihi 14 hari, ini bermakna anda mungkin tidak berovulasi secara berkala. Ini mungkin disebabkan oleh Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) atau isu lain yang menyebabkan gangguan ovulasi. InsyaaAllah Kak Sya akan kupaskan tentang PCOS di entry lain.

Secara semulajadi, sebarang gangguan terhadap fasa luteal memang membimbangkan. Ini kerana ia boleh mengganggu kitaran haid secara keseluruhan, dan menyebabkan masalah kesuburan. Jika anda mempunyai fasa luteal kurang dari 10 hari, dinding uterus tidak sempat untuk menebal untuk janin melekat, dan menyebabkan keguguran.

Penyebab utama kecacatan fasa luteal adalah hormon progesterone rendah. Progesterone dihasilkan disepanjang kitaran haid, dan kemuncaknya adalah semasa fasa luteal. Progesterone diperlukan untuk membina dan memelihara dinding uterus semasa fasa luteal dan mengekalkan kehamilan sepanjang trimester pertama. Jika progesterone tidak meningkat dengan cukup selepas ovulasi atau ia turun mendadak sebelum anda datang haid, anda mungkin mempunyai masalah kecacatan fasa luteal.

Anda mungkin berminat untuk mengetahui penyebab kadar progesterone rendah disini.

Apakah pemakanan yang sesuai untuk masalah kecacatan fasa luteal? 

1. Vitamin C - Vitamin C adalah satu-satunya vitamin yang boleh membantu meningkatkan hormon progesterone untuk wanita. Makanan yang kaya dengan Vitamin C adalah seperti lada benggala, brokoli, kubis bulat, betik, strawberi dan oren. 



2. Sayuran hijau - Kale, collard green, bayam, swiss chard dan mustard green adalah sayuran hijau terbaik yang patut anda ambil setiap hari! Sayuran hijau sangat kaya dengan B-Complex yang sangat penting untuk menyeimbangkan hormon. Ia juga kaya dengan magnesium dan kalsium yang membantu masalah berkaitan dengan PMS & progesterone rendah.



3. Asid lemak penting - Asid lemak yang dimaksudkan adalah asid lemak Omega-3. Anda boleh mendapatkan bekalan semulajadi asid lemak Omega-3 dari ikan salmon dan halibut. Sardin, kacang walnut dan chia seed juga kaya dengan Omega-3.


Ikan halibut. Sekali tengok macam ikan sebelah :)

4. Diet kolestrol yang mencukupi - Semua hormon steroid termasuk progesterone, di sintesis daripada pregnenolone, yang diperolehi dari kolestrol. Dan bekalan kolestrol ini boleh didapati dari makanan seperti protein dari haiwan, telur di pastur dan mentega dari sumber haiwan yang diberi makan rumput

5. Kunyit - Kunyit didapati sangat berkesan dalam menangani simptom progestrone rendah seperti senggugut, PMS dan kemurungan. Kunyit sangat kaya dengan Vitamin C, zat besi, magnesium dan vitamin B6

Banyak juga makanan yang boleh membantu kita untuk menghadapi masalah kecacatan fasa luteal ni. Cara mudah, anda boleh mencuba set kesuburan Shaklee

Atau anda boleh menghubungi Kak Sya untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kesuburan Shaklee atau tentang entry ini.

www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624

Follow dan like Kak Sya di:

FB - Syahridah Ishak
FB Page - Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG - msishaque14
IG biz - shaklee.pasir.gudang
Twitter -  syahridahishak



Testimoni SET BERSALIN SHAKLEE

Bismillah..

Kak Sya percaya, ramai ibu-ibu yang pertama kali bersalin tak tahu nak pilih set bersalin yang mana yang sesuai dan baik untuk diamalkan bila seusai tempoh melahirkan.

Sama la macam Kak Sya dulu. Masa anak pertama memang bingung. Beli juga la jamu (masa tu belum kenal Shaklee) tapi sudahnya tak makan. Sebab masa bersalin kan anak sulung (Sara) doktor tak bagi makan jamu sebab ia panas dan sebab Kak Sya bleeding sikit masa bersalin.

Apa kata ibu-ibu baca dulu testimoni kat bawah ni?

=================

DISEMBER 2015

Assalamualaikum.
Hai, nama saya Asilah. Berumur 27 tahun, ada 2 orang anak. Sorang boy dan sorang girl. Yang boy tu, dah 3 tahun 4 bulan. Yang girl tu pulak, baru 7 bulan lebih.

Ok, saya nak share something yang bestt sangat dengan anda semua. Rugi sangat sapa yang tak baca sampai habis ni. Hihi..Saya ada pengalaman bersalinkan anak saya dengan cara yang berbeza. Si abg tu, bersalin secara czer. Yg si adik tu pulak, bersalin normal. Alhamdulillah anak2 saya sihat, saya pun ok. ;)

First time rasa betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee, sebab set pantang ni lah..Masa tu, saya baru beranakkan anak sulung saya. Firas Ammar dilahirkan secara czer seberat 3.5kg.Dah balik rumah, kak ipar saya hadiahkan set pantang Shaklee ni. Tapi masa tu dia bagi VITALEA, ZINC, B COMPLEX dan VITA C je.

Memang sebenarnya saya tak beli apa-apa set pantang lagi pun masa tu. 3Rezekii...Hehe...Tanpa sebarang jamu, saya hanya bergantung kat set pantang Shaklee ni 100%..Saya tak join membership Shaklee lagi tau time ni, kak ipar saya je yang bergiat aktif dengan Shaklee. Dalam hati kata la jugak, ok ke Shaklee ni...Vitamin je pn...Selalu orang pantang amek jamu kan..huhu...

14 hari berpantang, berat saya turun, back to normal. Macam sebelum mengandung, 46kg...Sukaa sangat-sangat la..Dah bersalin czer, anak sulong pulak tu kan.Saya hanya bergantung sepenuhnya kepada set pantang Shaklee.

Yang anak kedua ni pun, saya amalkan set pantang Shaklee. (Vitalea, B Complex, Vita C Plus, Zinc, Ostematrix dan ESP) Walaupun bersalin normal, saya senang nak buang air besar. Seawal hari ke-3 berpantang, saya dah buang air besar. Ostematrix tu best, melembutkan najis dan sekaligus menyenangkan saya untuk ke toilet. Legaa sangat-sangat. 

Set pantang ni bukan je bagi luka bersalin saya cepat baik, tapi memberikan tenaga berpanjangan. Seriously saya cakap, set pantang ni memang best! Even malam-malam berjaga susukan baby, tapi bila siang tu, tak rasa sakit-sakit kepala pun..(B Complex hindar stress). ESP tu memudarkan strech marks tau..Tak la nampak perut tu hitam je dari kesan strech marks. 

Bila saya share cerita set pantang ni dengan kawan-kawan saya, mostly memang akan pilih set pantang ni sebagai pilihan mereka ketika berpantang. Alhamdulillah, apa yang saya kongsikan ni, saya dah lalui dan rasa sendiri kehebatan Set Pantang Shaklee.

Tq kepada semua yang baca kisah cinta saya dengan Shaklee ni sampai habis.

Sekian kisah saya ;)

====================

Tak rugi pilih set bersalin Shaklee ni tau! Ibu-ibu feel free untuk contact Kak Sya untuk more info ok!


Call/Whatsapp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

POS ke alamat anda bila-bila masa saja!



10 sebab kenapa mesti pilih SET BERPANTANG SHAKLEE!

Bismillah..

Ibu-ibu yang bersalin tak kira la kali ke berapa (especially bila anak dah ramai) mesti nak badan yang sihat, bertenaga sepanjang tempoh berpantang kan? 

Kak Sya mula berkenalan dengan SET BERPANTANG SHAKLEE lepas melahirkan anak ke-2, Laila Humaira si kasih hati. Masa tu bulan puasa, walaupun berpantang dengan mak, takkan la nak kacau mak untuk layan Kakak Sara main kan? Kesian kat mak..

Asbab makan set berpantang, Kak Sya memang sihat walafiat sepanjang tempoh berpantang. Ramai yang datang melawat yang tak percaya Kak Sya baru 8 hari bersalin (masa tu dah raya so ramai la saudara mara yang datang melawat). Memang bertenaga!

Nak tahu tak apa 10 kelebihan yang ibu-ibu akan dapat kalau berpantang dengan set berpantang Shaklee?


1. Ibu berpantang yang bersalin normal mesti takut nak ke toilet. Seriau kan? Sebab takut ke toilet dan sebab orang2 tua tak bagi minum air yang banyak, terjadilah masalah sembelit. Bila makan Ostematrix, insyaaAllah ibu-ibu akan mudah nak ke toilet. Sebab magnesium dalam Ostematrix berfungsi melembutkan najis

2. Badan ibu-ibu lebih bertenaga untuk jaga bayi yang baru lahir dan anak-anak lain yang perlukan perhatian.

3. Kulit ibu-ibu tak kusam

4. Ostematrix membekalkan keperluan kalsium untuk ibu-ibu, seterusnya membekalkan kalsium untuk bayi juga

5. Vitamin B Complex membantu mengurangkan sindrom meroyan ibu-ibu berpantang kerana ia mengandungi vitamin B12 yang dapat membantu mengelakkan stress

6. ESP membantu memperbaiki sel-sel dan mempercepatkan penyembuhan luka

7. Selamat untuk diambil ibu-ibu tak kisah bersalin normal atau czer. 

8. Susu badan ibu banyak dan pekat. Baby yang menyusu badan kenyang lebih lama

9. Vitalea membekalkan segala keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Iye lah, ibu-ibu berpantang kan macam-macam tak boleh makan. InsyaaAllah Vitalea yang mengandungi 28 vitamin dan mineral mampu untuk membekalkan keperluan vitamin dan mineral untuk ibu-ibu.


10. Iron dalam Vitalea memang membantu untuk tambah darah. 

Sebenarnya kan ada banyak lagi faedah dan kelebihan berpantang dengan set berpantang Shaklee.

Korang boleh layan testimoni set berpantang di sini ok!

Untuk ibu-ibu yang masih keliru dan mencari set berpantang yang sesuai, Kak Sya memang highly recommend set berpantang Shaklee ni. Bukan kerana Kak Sya nak jual, tapi Kak Sya dah makan (dan masih maksn sebab set berpantang ni memang bagus diamalkan oleh ibu-ibu) dan dah rasai kehebatan dia.

Memang berbaloi, memang tak rugi!

Jom contact Kak Sya cepat-cepat untuk dapatkan set bersalin ni. Consultation terbaik akan Kak Sya berikan untuk customer2 Kak Sya. 

Jaga diri


Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

❤❤❤

❤ pertama

Bismillah..

Assalamualaikum readers. Dah berhabuk, bersawang akibat lama x update. Huhuhu sian betul. Kak Sya masih dalam fasa nak menyesuaikan diri bergelar WAHM (yes, I've resigned already meninggalkan kerjaya profesional yang dicintai sebab nak jaga anak2 kerana Allah..)

Entry kalini nak cerita pasal cinta pertama Kak Sya, bukan kat manusia tapi kat vitamin..hihihi. Coretan ni adalah apa yang Kak Sya kongsikan dalam IG dan wall FB Kak Sya, dah lama nak buat tapi tak tau nak start mcm mana.. So here goes.. Baca dengan tenang ye, tak panjang pun.

Inilah cinta pertama saya pada Shaklee.. Ostematrix ni adalah pil kalsium Shaklee yang saya kenal bila saya hamilkan puteri ke-2.

Disebabkan saya kerap kena cramp atau org melayu kata simpul biawak seawal kandungan berusia 3 bulan (sebab memang tak boleh minum susu langsung, bau je dah loya mual sampai termuntah), saya cuba tanyakan pada kawan2 tentang sumber kalsium lain yang boleh saya amalkan utk atasi masalah cramp ini. (Hubby sampai belikan spray yg atlet guna kalau cramp kat track 😅. Punya lah dasyat, mana taknya tiap2 malam tidur Hubby terganggu dek jeritan makcik yang kakinya disimpul sang biawak 😂😂)

Satu hari saya di approach oleh kawan sekerja yang kemudiannya sah menjadi upline saya (tag sikit @syliez) dan dia bercerita tentang kebaikan Ostematrix ni. Biasa la kan manusia ni susah nak percaya benda2 baru dalam hidup. Tapi kesian kat hubby dan diri sendiri punya pasal, try la beli sebotol.

Sebenarnya tak perasan langsung yang saya dah tak kena cramp lepas saya start makan Ostematrix. Bila dah 2 minggu tu macam "eh, dah takde series of bangun tanjat2 sambil jerit2". Bagusnye saya rasa. Bukan tu aje, rasa lawas sangat tauu bila makan Ostematrix ni. Celik je mata, confirm nak pergi melabur. Kikiki. Dan terus repeat order sampai tiba saat bersalin sebab saya serasi sangat makan dan kesannya pada saya sangat baik.

Lepas bersalin, saya teruskan makan Ostematrix ni, saya dapat tidur yang lebib berkualiti dan alhamdulillah sebab senang nak membuang, saya takde masalah sembelit bersalin puteri sulung dulu. Sebab tu kalau ada kawan2 atau saudara mara yg ada masalah sembelit, cepat2 saya nak rekemen Ostematrix ni.

Kalau nak tahu Ostematrix ni bukan saja sumber kalsium yang baik untuk tubuh kita (1 tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu kalsium tinggi bersamaan dengan 80 biji badam), tapi baik juga untuk individu2 yang mempunyai masalah sendi, stress, pedih ulu hati dan banyak lagiiii.. Memang rugi tau sapa yang start makan Ostematrix ni harini!

Tu je lah nak cerita pasal supplement pertama yg berjaya buka mata saya pada Shaklee. I ❤ u lah, Ostematrix!! 💋💋💋

Salam sayang dari pencinta Ostematrix..


☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!