Showing posts with label PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG. Show all posts
Showing posts with label PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG. Show all posts

Shaklee Landmark Study - kajian berani mati Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum semua. Jom kita belajar sikit tentang Landmark Study. Anda pasti pernah dengar pasal Landmark Study kan?


Sesiapa pun (tak yah cakap orang, Kak Sya pun sama) mesti takut nak makan apa-apa supplement yang dikatakan terbaik, power, berkesan and so on, kan? Lagiiiii la kalau produk-produk yang tumbuh macam cendawan ni..


Kita kalau nak yakinkan orang, mesti pakai fakta. Ada nombor. Ada result. Bukan cakap-cakap kosong saja.


* SHAKLEE LANDMARK STUDY *




Nak dijadikan cerita, satu hari Dr. Gladys Block (seorang pakar dalam bidang Epidemiologi dan Public Health Nutrition, University of Berkeley) approach Shaklee untuk buat Landmark Study.

Tujuan Landmark Study ni ialah untuk mengkaji dan membandingkan orang-orang yang tak makan vitamin, yang makan vitamin brand lain & yang makan Shaklee. 


Roger Barnett, selaku CEO Shaklee juga nak Shaklee diuji secara saintifik oleh pihak ketiga untuk membuktikan yang Shaklee memang vitamin yang semulajadi dan selamat. Beliau juga bersetuju untuk publish result study ini, tidak kira sama ada resultnya baik atau sebaliknya.


Berani betul Roger Barnett ni kan? Berani mempertaruhkan Shaklee untuk buktikan pada semua orang bahawa Shaklee memang supplement yang semula jadi, selamat, berkesan dan tidak memberi kesan sampingan kepada pemakannya..


Kajian yang melibatkan 3 kumpulan:-

  1. Yang tak ambil supplement langsung
  2. Yang ambil supplement, brand selain Shaklee
  3. Yang ambil supplement Shaklee


Kalau kita tengok dan summarykan graf tu:-

  1. Pengguna-pengguna supplement Shaklee (ni yang dah makan lebih 20 tahun tau) mempunyai kadar risiko penyakit-penyakit kritikal yang lebih rendah.
  2. Kadar HDL pengamal supplement Shaklee juga tinggi berbanding subjek yang tidak mengambil supplement dan yg mengambil supplement brand lain.
  3. Bacaan triglycerides (lebih tinggi bacaannya, lebih tinggi risiko utk mendapat serangan jantung), c-reactive protein (pun bahaya, kerana semakin  tinggi bacaannya, bermaksud ada inflammation, yang boleh menyebabkan arteri tersumbat. Arteri ialah salur darah yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan), dan homocysteine (bacaan homocysteine yang tinggi menunjukkan pembentukan awal penyakit salur darah dan jantung). Nah, dah terbukti lepas Dr Block dan team membuat kajian terhadap Shaklee, ianya MEMANG TERBAIK!

Dah tak perlu ragu-ragu, tak perlu risau sebab anda patut risau ambil supplement yang tak dikaji, yang tak diuji dan yang tak disahkan oleh mana-mana 3rd party lab yang tak ada kepentingan dengan company supplement yang anda makan tu.

Ingat tau! Bila kita nak makan supplement mesti ingat 3 benda ni:-

1. Ia dihasilkan dari bahan yang terbaik dan semulajadi

2. Ia terbukti memberi kesan yang baik dan positif kepada pengamalnya 

3. Ada ujian yang dibuat ke atas produk. Bukan sekali je, tapi continuous testing dan upgrading.

Ok! Tu je sharing Kak Sya tentang Landmark Study kalini. Selamat memilih supplement yang betul dan berkesan dan semulajadi dan selamat.. (eh banyak nauu selamat? 😅😅)

Jika anda masih ada persoalan tentang Landmark Study ataupun tentang Shaklee, jangan hesitate untuk contact Kak Sya do mana-mana medium dibawah:-

Call/WA/SMS : 013.7799.624
FB: Syahridah Ishak
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar. Kalau weekend boleh consider sampai area Jusco Tebrau.

POS terus ke alamat anda bila2 masa saja!


Jaga diri,
Kak Sya  (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 

GMF mini gathering @ Jojo Rakit 18-19 November 2017

Bismillah..

Alhamdulillah, untuk tahun ketiga berturut-turut Kak Sya dapat berjumpa dengan pengasas group bisnes Shaklee GMF, iaitu Mami Noor Azmiah yang mesra kami sapa Mami Mia

Asalnya Mami Mai saje je tanya pasal trip pertama kami The Ismails ke Jojo Rakit yang terletak di Tanjung Buai. Tanya-tanya sket, lepas tu Mami Mai terus decide date dan terus minta Kak Sya p tanya availability bilik untuk date 18-19 November 2017. Memang cepat. Pantas.

Terus ada 'committee'. Haha. Kitorang orang Johor la yang kena siap2kan makanan untuk grand BBQ. 

Nak tengok gambar BBQ kitorg tak? 


Ada ayam, kambing, otak-otak, pepes, sotong dan ikan pari. Yummy sangat!


Hubby yang rajin


Sekitar kawasan BBQ
Untuk trip kali ni, seramai 7 keluarga yang sama-sama memeriahkan gathering kalini. Kak Sya sekeluarga memang sampai lewat lah sebab kami kena hadir ke majlis graduation Kakak Sara. Kalau nak tengok gambar-gambar sekitar majlis graduation boleh klik sini.

Lepas BBQ kami ber-coaching santai. Sesi luahan rasa la. Memang beremosi. Memang rasa puas lepas dapat luah.


Belanja wefie sekeping
Di penghujung sesi luahan rasa, kami dapat souviner dari Mami Mia. Setiap seorang dari kami mendapat daun maple kering khas dari Korea. Cantik!





Penutup malam kami ialah sesi bertukar-tukar hadiah..


Sesi tukar hadiah


Kak Sya dpt goodies dari Yanie. Yeay!

Pagi tadi, kami bersarapan sandwich sardin & telur saje. Habis licin 3 buku roti. Hihi. Minum pulak dengan kopi O panas. Pergggghh memang mengancam. Sambil-sambil mak2 borak-borak, bapak2 teruskan memancing. Anak-anak pulak seronok dengan kawan-kawan baru diorang.. Baru adil semua orang happy! Yippieee


Bahan-bahan mentah untuk sandwich









Dah siap sarapan, kami pun bersiaplah untuk balik. Kemas apa yg patut, ambil gambar group dan sayonara Jojo Rakit!

Official colour GMF, royal blue
Orang berhandbag gitu la..





Dari kiri : My Bonda Shaklee, Kak Liza & Moyang Shaklee, founder GMF, Mami Mia


I will always be here for you..
Tamatlah percutian 2D1N kami di Jojo Rakit Tanjung Buat. InsyaaAllah ada rezeki kami pasti datang lagi..


Kak Sya
Founder #TeamMagnifique🚀


17 Kelebihan asid lemak Omega-3

Bismillah..

Assalamualaikum readers..

Seperti yang Kak Sya janjikan dalam pos Kak Sya sebelum ni (klik disini untuk baca), suka untuk Kak Sya kongsikan dengan readers semua kebaikan Omega-3 untuk badan kita.
Pengenalan

Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak sihat yang diperlukan oleh badan kita. Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak poly-unsaturated.

Fungsi asid lemak Omega-3 untuk sel adalah membantu penghasilan sel membrane. Apabila sel membrane kita lengkap, sihat dan cukup nutrien, ia membantu dalam nutrien intake ke dalam sel dan keluar sel yang lebih sempurna. So, sel badan kita akan berfungsi dengan lebih bagus dan efisien. Asid lemak Omega-3 juga tidak boleh dihasilkan oleh badan tau! Ia merupakan essential fatty acid yang bermaksud asid lemak penting.

Jom kita tengok apakah lagi 17 kelebihan pengambilan asid lemak Omega-3 ni..

1. Omega-3 membantu melawan rasa murung dan cemas

Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang biasa dijumpai. Simptom-simptom kemurungan termasuklah kesedihan, keletihan dan hilangnya minat dalam hidup.

Selalu berasa cemas (anxiety) juga merupakan salah satu dari penyakit mental yang biasa dicirikan dengan kerisauan dan gementar yang berpanjangan. 

Menariknya, kajian yang yang dijalankan menunjukkan pengambila Omega-3 secara konsisten mengurangkan simptom-simptom kemurungan dan kecemasan. Ini kerana salah satu daripada 3 jenis asid lemak Omega-3 (asid lemak Omega-3 terdiri daripada DHA, ALA dan EPA) iaitu EPA sangat efektif dalam melawan simptom kemurungan.

2. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan mata

DHA, salah satu asid lemak Omega-3 ialah satu struktur komponen utama otak dan retina mata.

Jika anda tidak mendapat cukup DHA dalam diet harian, anda mungkin akan menghadapi masalah dengan penglihatan anda.

Pengambilan Omega-3 yang kaya dengan DHA mengurangkan risiko macular degeneration - sejenis penyebab kerosakan mata yang terkenal didunia. 



3. Omega-3 menggalakkan kesihatan otak semasa kehamilan dan di awal kelahiran

Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran otak kanak-kanak.


40% daripada DHA yang didapati dari asid lemak politaktepu diperlukan dalam otak; manakala 60% lagi diperlukan dalam retina mata.

Oleh yang demikian, tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang dibekalkan dengan susu kaya DHA mempunyai penglihatan yang lebih baik dari kanak-kanak yang tidak mendapat bekalan DHA yang secukupnya.

Ibu-ibu yang mendapat bekalan Omega-3 yang mencukupi semasa hamil akan memberi anak yang dikandung kebaikan-kebaikan seperti dibawah, insyaaAllah:

 1. Kebijaksaan yang tinggi
2. Skil sosial dan komunikasi yang lebih baik
3. Kurang masalah perilaku
4. Pengurangan risiko kelewatan tumbesaran
 5. Mengurangkan risiko ADHD, autism dan cerebral palsy.

4. Omega-3 boleh memperbaiki faktor risiko penyakit kardiovaskular


Asid lemak Omega-3 telah dibuktikan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan jantung. Ini termasuklah: 



  • Mengurangkan triglycerides sebanyak 15 hingga 30%. Tahukah anda, semakin tinggi triglycerides dalam badan, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung? 
  • Omega-3 boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah dikalangan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Omega-3 membantu meningkatkan kolestrol baik (HDL)
  • Omega-3 mencegah pembekuan darah
  • Omega-3 mencegah plaque yang menghalang dan mengeraskan arteri dengan membantu melancarkan perjalanan darah dalam arteri
  • Omega-3 bersifat anti-radang. 
Bagi sesetengah orang, Omega-3 juga membantu mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dalam darah mereka. 

5, Omega-3 mengurangkan simptom ADHD dikalangan kanak-kanak

ADHD atau attention deficit hyperactivity disorder ialah gangguan tingkah laku yang dicirikan oleh kelakuan yang tidak masuk akal (inattention), hiperaktif dan impulsif

Omega-3 adalah supplement yang boleh mengurangkan simptom-simptom ADHD dikalangan kanak-kanak. Ia memperbaiki perhatian dan mengurangkan hiperaktiviti, impulsif dan sifat aggresif pada kanak-kanak
6. Omega-3 mengurangkan simptom-simptom sindrom metabolik

Sindrom metabolik termasuklah lemak dibahagian perut, tekanan darah tinggi, kerintangan terhadap insulin, tinggi kadar triglycerides, dan kadar HDL yang rendah.

Kesemua sindrom diatas sangat lah tidak baik untuk badan kita, kerana ia menjerumus kepada risiko pembentukan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Pengambilan omega-3 boleh membantu mengurangkan kerintangan insulin dan keradangan, dan memperbaiki faktor risiko penyakit jantung dikalangan individu yang mempunyai sindrom metabolik.

7. Omega-3 sebagai supplement anti-radang

Keradangan sangat penting kerana badan kita memerlukannya untuk melawan jangkitan dan memperbaiki kerosakan.

Tetapi, kadangkala keradangan wujud dalam tempoh yang lama, walaupun jangkitan atau luka tidak lagi ada. Ini dinamakan keradangan kronik (long-term). Keradangan kronik selalunya sangat berkait dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

Asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan pembentukan molekul dan bahan yang berkaitan dengan keradangan, seperti eicosanoids dan cytokines.

8. Omega-3 boleh melawan penyakit auto-immune

Dalam penyakit-penyakit berkaitan auto-imun, sistem imun badan akan menyerang sel-sel sihat secara kerana ia menyangka sel-sel sihat adalah sel-sel yang rosak.

Contoh penyakit auto-imun adalah diabetes type 1. Sistem imun pesakit diabetes type 1 menyerang sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas, yang menyebabkan kekurangan insulin dan menyebabkan kadar gula yang tinggi dalam darah. 

Omega-3 boleh membantu untuk melawan penyakit auto-imun, terutamanya diperingkat awal kehidupan.

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dari awal sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit auto-imun, termasuklah diabetes type 1, diabetes dikalangan orang dewasa dan multiple sclerosis.



Omega-3 juga sangat membantu merawat penyakit-penyakit seperti lupus, rheumatoid arthritis, ulcerative colitis, Crohn's disease dan psoriasis.

9. Omega-3 boleh memperbaiki gangguan mental


Kebanyakan pesakit psikiatari dikaitkan dengan kekurangan omega-3.


Kajian menunjukkan pengambilan supplement omega-3 boleh mengurangkan kekerapan perubahan emosi dan relapse dikalangan mereka yang mempunyai masalah schizophrenia dan gangguan dwipolar.


Pengambilan supplement asid lemak omega-3 juga boleh mengurangkan kelakuan ganas dalam seseorang individu.


10. Omega-3 melawan penurunan mental disebabkan faktor usia & penyakit Alzheimer


Penurunan fungsi otak adalah salah satu akibat dari penuaan, dan ia memang tidak boleh dielakkan.


Pengambilan asid lemak omega-3 yang tinggi sangat berkait rapat dengan pengurangan risiko penyakit penurunn mental dan Alzheimer.


Individu yang kerap makan asid lemak ikan mempunyai lebih gray matter didalam otak berbanding mereka yang sebaliknya. Tisu inilah yang memproses maklumat, ingatan dan emosi.


11. Omega-3 membantu mencegah kanser


Individu yang mengambil omega-3 dalam diet harian mereka mempunyai 55% kurang risiko untuk mendapat kanser kolon. Dalam satu kajian lain, didapati penggunaan omega-3 juga membantu menurunkan risiko kanser prostat dikalangan lelaki dan kanser payudara di kalangan wanita.


12. Omega-3 boleh mengurangkan asthma kanak-kanak


Asthma ialah penyakit paru-paru kronik dengan simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas dan berdeham (wheezing). Serangan asthma yang teruk boleh menjadi sangat berbahaya. Ia disebabkan oleh keradangan dan pembengkakkan paru-paru.


Ada kajian yang dikaitkan dengan risiko serangan asthma yang lebih rendah dikalangan kanak-kanak dan remaja.


13. Omega-3 mengurangkan lemak dihati


Non-alchoholic fatty liver disease (NAFLD) meningkat dengan kegemukan, dan pengambilan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan lemak hati dan keradangan dikalangan individu yang mempunyai NAFLD.


14. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan tulang dan sendi


Osteoporosis dan arthritis adalah dua masalah berkaitan dengan sistem tulang.


Pengambilan asid lemak omega-3 secara konsisten sangat membantu memperbaiki kekuatan tulang, meningkatkan jumlah kalsium dalam tulang, sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis.


Manakala bagi pesakit arthritis pula, dengan mengambil supplement omega-3, mereka akan berasa kurang kesakitan dibahagian sendi, dan meningkatkan kekuatan cengkaman.


15. Omega-3 meredakan period pain


Period pain memang seksa! Jika anda mengalami masalah ni, silalah mula untuk ambil supplement asid lemak omega-3 kerana kajian-kajian mendapati wanita-wanita yang mengambil supplement omega-3 memnpunyai period pain yang lebih ringan berbanding yang tidak ambil. 


Ada juga kajian yang dijalankan juga mendapati supplement omega-3 lebih berkesan merawat kesakitan yang teruk berbanding ubat anti-radang


16. Asid lemak omega-3 baik untuk kulit


DHA adalah struktur asas kulit. Ia bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan sel membran, yang membentuk bahagian terbesar kulit. 


Sel membran yang sihat akan menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan bebas kedutan.


EPA dalam minyak ikan juga memberi kesan kepada kulit iaitu:



  • Menguruskan penghasilan minyak dalam kulit
  • Menguruskan kelembapan kulit
  • Mencegah hyperkeratinization (bintik merah kecil pada bahagian atas lengan)
  • Mencegah penuaan pra-matang kulit
  • Mencegah jerawat
Omega-3 juga melindungi kulit dari kerosakan matahari. EPA melindungi kulit dari bahan yang  memusnahkan kolagen selepas terkenal sinaran matahari. 

17. Omega-3 boleh membantu meningkatkan kualiti tidur

Masalah tidur dikalangan kanak-kanak dan berdengkur dikalangan orang dewasa sangat berkait dengan kekurangan Omega-3.

Kekurangan DHA juga sangat berkait dengan kekurangan hormon melatonin, iaitu hormon yang membantu kita tidur. 



Kajian menunjukkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengambill Omega-3 dalam diet harian mempunyai masa tidur yang lebih panjang dan tidur yang lebih berkualiti

Wow..banyak betul kelebihan Omega-3 ni ya! Bukan saja baik untuk dewasa, tapi untuk kanak-kanak kita juga!

Tau tak ada supplement yang korang boleh ambil untuk dapatkan bekalan Omega-3 yang cukup untuk badan kita? 

Hubungi Kak Sya untuk maklumat lanjut. 

http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/SMS/Telegram/Whatsapp : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya

Kelebihan Shaklee berbanding supplement lain

Hai semua!

Salam hari Isnin. Harini Johor masih bercuti, sempena meraikan kemenangan meraih gelaran juara Piala Malaysia. Seronok la diorang ni cuti di hari Monday blues. Haha. 


Harini Kak Sya nak cerita sikit tentang kelebihan Shaklee berbanding supplement2 lain dipasaran. Tau..tau.. Memang sekarang dah ada banyak supplement yang work wayyyyy faster dan lebih murah dan konon2nya berkesan lebih cepat.


Tapi tahukah anda apakah bahan-bahan yang terkandung dalam supplement yang anda ambil tu? Berapa lama ia dikaji untuk memastikan bahawa ia benar-benar selamat untuk diambil dalam jangka masa yang panjang? Pernah terfikir tak?

Memang ramai penjual-penjual supplement di Malaysia ni, even kat seluruh dunia kot yang cakap supplement atau produk mereka ni selamat dan bagus sebab ia melalui proses R&D. R&D tu satu permulaan je, tapi agak-agak mereka ni study tak kesan dia dalam masa 5, 10 atau 20 tahun?


Kat sinilah bezanya Shaklee dengan syarikat-syarikat supplement diluar sana.

Meh kita baca apa lebihnya Shaklee berbanding produk supplement lain:
  • Shaklee bukan saja mengeluarkan supplement yang selamat dan berkesan, tetapi setiap bahan yang memasuki botol, dengan botol tu sekali adalah mesra alam dan bebas dari segala bahan kimia terlarang.
  • Shaklee mengeluarkan produknya sendiri, bukan tolong jualkan bagi pihak manufacturer yang lain
  • Shaklee ada range produk yang luas, bukan supplement saja tau, tapi produk penjagaan kulit, produk penjagaan rambut, untuk rumah pun ada! Semua produk dibawah label Shaklee (termasuk dari range homecare) diperbuat dari bahan-bahan semulajadi, dan berkualiti
  • Shaklee mempunyai standard paling tinggi dalam industri nutrisi. Saintis2 Shaklee bukan sekadar ada PhD, tapi pakai dalam bidang mereka, ada diantara saintis2 Shaklee yang merupakan Nobel prize winner, dan publish banyak research paper.

  • Shaklee menyaring 350 kali bahan cemar, seperti racun perosak dan bendasing setiap kali bahan berani tiba2
  • Shaklee menjalankan lebih 250 ujian racun serangga
  • Saintis2 Shaklee melakukan 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan produk benar-benar selamat dan semulajadi 
  • Setiap produk Shaklee tidak mengandungi bahan pengawet, pemanis atau perasa tambahan dan tiruan
  • Produk Shaklee bebas gluten. 
  • Kesemua produk Shaklee bukan GMO, maksudnya, setiap produk Shaklee tidak diubah genetiknya (tidak dibaja, tidak disembur racun perosak, tidak disuntik dengan bahan perangsang tumbesaran). Shaklee pastikan ia tumbuh secara semulajadi dan asli, dari biji benih sehingga proses pengilangan
  • Oleh kerana prinsip Shaklee adalah selamat, berkesan dan semulajadi, saintis juga menghasilkan produk home care, yang membantu menyelamatkan bumi kita, dan setiap produk bebas dari fosfat, nitrat dan borat.
  • Setiap produk Shaklee, walaupun diperingkat R&D tidak diuji menggunakan haiwan tetapi diuji oleh manusia sendiri.
Macam mana, beza kan? Banyak lagi kelebihan Shaklee yang tak boleh jumpa kat produk-produk supplement lain

Ramai yang dah mengetahui keberkesanan Shaklee. Berminat untuk jadi ahli dan nikmati Shaklee tanpa perlu survey harga lain?

Hubungi Kak Sya ok!


www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624

Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Malaysia

Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Taman Rinting, Permas Jaya, Plentong, Singapore

Bismillah..

Assalamualaikum readers. Ada khabar? Kejap aje dah masuk hari kedua di bulan ke sepuluh Masihi. Dan harini juga adalah hari ke 12 bulan pertama tahun Hijriyah 1439.

Cepat kan? Hihi

Untuk anda yang kali pertama terjumpa blog Kak Sya ni, Kak Sya nak ucapkan selamat datang kepada anda. Memang Kak Sya akui, blog ni dah lamaaa sangat terperap dalam tudung saji. InsyaaAllah, ditahun baru ni Kak Sya berada sangat untuk istiqamah update blog ni hari2.

Sebab Kak Sya berazam untuk tolong lebih ramai orang dengan Shaklee. InsyaaAllah. 

Sebagai pengenalan, Kak Sya nak kenalkan diri Kak Sya. Nama Kak Sya ialah Syahridah Ishak, berada dari Negeri Sembilan dan kini dah menyerap di Pasir Gudang, Johor sejak 9 tahun yang lepas.

Kak Sya adalah Pengedar Sah Shaklee yang beroperasi di Pasir Gudang, dan Kak Sya merupakan pencinta Shaklee sejak Kak Sya 'berkenalan' dengan Shaklee lebih kurang 3 tahun yang lepas. Mari baca macam mana Kak Sya boleh kenal dan percaya dengan Shaklee (sebab Kak Sya pun manusia biasa yang sangat susah nak percaya dengan supplement, ye lah, masuk dalam badan kita kot?!) di sini

Kak Sya bercita-cita bukan sahaja nak tolong lebih ramai orang untuk jadi lebih sihat, tapi juga untuk dapatkan kehidupan yang lebih selesa. Iyalahkan, kadang2 gaji yang kita dapat hujung bulan tu ngam2 sangat untuk tampung keperluan hidup, mana nak belanja anak2 pergi jalan2. 

Sebab tu sekarang Kak Sya memang setuju kalau anda yang bekerja buat kerja sambilan. Dan Kak Sya benar2 nak tolong anda mendapatkan second income anda tanya perlu mengeluarkan modal yang banyak dan insyaaAllah dapat money dan time freedom yang anda dambakan selama ni..

Jika anda berada di sekitar kawasan Pasir Gudang (sehingga Kong Kong - Tanjung Langsat), Permas Jaya (termasuk Taman Rinting, Sierra Perdana), Plentong hingga Johor Jaya, dan anda memerlukan supplement Shaklee, boleh roger2 Kak Sya. Kak Sya terus perut sampai depan pintu rumah anda

Yang jauh jangan risau. Buat bisnes Shaklee ni mudah je. Anda order, Kak Sya klik2 je kat sistem online Shaklee, dalam masa 2-3 hari InsyaaAllah sampai lah depan pintu rumah anda. Hihi 

Jom jadi lebih sihat & kaya dengan Shaklee! Lepas tu boleh tolong ramai orang lagi dengan Shaklee. Boleh contact Kak Sya melalui media listed below ok!

Call/Whatsapp/Telegram/SMS : +6.013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
FB Page : PreciousPearl Vitamin Shoppe 
Instagram : msishaque14
Twitter : syahridahishak
Blog : http://mamysazu-lara.blogspot.com






Ikhtiar untuk sembuhkan SLE dengan Vivix!


Assalamualaikum! Hi readers!

Entry ni nak cerita tentang bagaimana Vivix bantu untuk sembuhkan pesakit2 SLE.

Apa tu SLE?


SLE ialah atau nama panjangnya Systemic Lupus Erythematosus atau lupus, adalah sejenis penyakit autoimmune sistematik, dimana sistem imun badan secara tidak sengajanya menyerang tisu yang sihat. Ada banyak jenis lupus, tapi yang paling biasa ialah SLE, yang mana biasanya akan memberi kesan kepada kebanyakan organ dalaman badan kita. SLE biasanya akan memudaratkan jantung, sendi, kulit, paru2-paru, salur darah, hati, buah pinggang dan sistem imun.

Imun sistem yang normal akan menghasilkan protein yang dikenali sebagai antibodi yang bertindak sebagai pelindung dari pathogen seperti virus dan bakteria. Lupus dikategorikan sebagai antibodi yang melawan protein tubuh seseorang individu, lebih dikenali sebagai antibodi anti-nuklear, yang dijumpai pada kebanyakan kes. Antibodi ini akan membawa kepada keradangan pada tubuh seseorang.

Selalunya pesakit SLE akan dirawat dengan immunosuppressants seperti cyclophosphamide dan corticosteroids untuk mengawal simptom-simptom SLE. SLE boleh menjadi bahaya kerana ia boleh membawa kepada kematian yang disebabkan penyakit kardiovaskular kerana aterosklerosis dipercepatkan. 

Apa simptom SLE?

Simptom-simptom SLE mungkin akan terjadi secara perlahan-lahan atau tiba-tiba. Simptom-simptom pesakit SLE berbeza untuk setiap individu, dan simptom-simptom berbeza boleh dilihat pada masa yang berbeza.

Simptom-simptom SLE yang biasa termasuklah:

  • Sakit sendi dan kekakuan (stiffness), yang selalunya dilihat dengan bengkak dan kemerahan. Sendi yang selalu terkesan adalah jari2, pergelangan tangan, siku, lutut & buku lali.
  • Ruam kulit - selalunya pesakit SLE akan menunjukkan ruam jenis butterfly rash, yang selalunya terjadi dibahagian muka. Ruam juga boleh terjadi dibahagian kulit lain yang terdedah kepada matahari.
  • Demam
  • Kelesuan melampau
  • Kehilangan berat badan
  • Hilang selera makan, loya
  • Sakit dada
  • Lebam
  • Haid yang tidak teratur
  • Kekeringan dibahagian mata
  • Ulser mulut
  • Rambut yang rapuh atau keguguran rambut
  • Jari tangan atau kaki sakit, pucat atau ungu yang disebabkan oleh sejuk atau tekanan (fenomena Raynaud)
  • Kebimbangan, kemurungan , kealpaan, dan kesukaran menumpukan perhatian

Macam mana Vivix membantu pesakit SLE?

1. Membaiki dan Mempertahankan Sel

Kajian menunjukkan pesakit yang mempunyai penyakit autoimmune seperti SLE berisiko tinggi untuk mengalami kerosakan genomik DNA kerana serangan radikal bebas

Ramuan Vivix yang terdiri lobak ungu, elderberries, japanese knotweed dan anggur muscadine membantu memperbaiki dan mempertahankan sel melalui pengaktifan Nrf2.

2. Pengawalan Genetik

Genetik adalah warisan, umpamanya yang biasa kita dengar apa yang daripada ibu bapa kita kadangkala boleh diwariskan kepada kita. Contohnya diabetes, penyakit SLE, kanser dan sebagainya adalah antara penyakit warisan secara genetik.

Setiap sel dalam badan mengandungi pengawal selia genetik yang menyumbang kepada kemerosotan yang berkaitan dengan usia. Bahan-bahan Vivix menunjukkan hasil yang positif memberi kesan kepada genetik pengawal selia (menghidupkan gen umur panjang dalam setiap sel) yang seterusnya membantu untuk menolak selular penuaan.

Dalam kata lain Vivix memperbetulkan kembali struktur genetik yang menyebabkan SLE dan penyakit-penyakit lain serta mempertingkatkan fungsi DNA kepada lebih baik.

3. Vivix memberikan tenaga kepada sel

Dalam badan kita ada bahan yang disebut sebagai mitokandria, iaitu sejenis bahan yang membantu menghasilkan tenaga untuk memastikan sel berkembang dengan baik dan sihat. Fungsi mitokandria boleh menurun disebabkan oleh serangan-serangan, justeru ia boleh membantutkan perkembangan dan pembahagian sel yang sihat.

Seumpama begini, jika kecekapan mitokondria berkurangan, fungsi sel akan merosot. Bahan-bahan dalam Vivix menggalakkan biogenesis mitokondria (pengecasan semula dan salinan mitokondria). Ini memberi lonjakan tenaga kepada sel.

4. Melambatkan dan menghalang penimbunan protein AGE

Protein AGE adalah zat yang dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. Secara ringkasnya protein AGE ni menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.

Dalam aspek penyakit SLE, sel tubuh tidak berfungsi secara normal. Justeru Vivix dapat membantu melambatkan dan menghalang penimbunan protein AGE dalam tubuh.

Anda nak Kak Sya share testimoni Vivix dalam merawat pesakit SLE? Jom baca ni..

Testimoni #1


"Sebelum ni, anak saya terpaksa makan 8 biji steroid setiap hari untuk lawan penyakit lupus.


Setelah mengamalkan Vivix, anak saya terasa badan pulih dan sihat. Steroid pun dah boleh tinggal sedikit"


-Wan Rosmaini Mustafa Roni-

Testimoni #2


Banyak sangat khasiat Vivix ni dalam membantu pesakit-pesakit kronik, salah satunya SLE. Tak sangka kan bahaya SLE sampai macam tu sekali. Kita usaha, doa minta Allah sembuhkan. 


Jangan putus asa, Allah dah kata setiap penyakit mesti ada penawarnya kecuali mati.


Kak Sya akan bantu untuk guide anda supaya anda jadi lebih sihat bila anda mula makan Vivix. InsyaaAllah, semoga ikhtiar anda dipandang Tuhan dan disembuhkan dari penyakit. 

Sebarang pertanyaan, boleh lah hubungi Kak Sya seperti dibawah:

☎/WA : 013 7799 624

FB : Syahridah Ishak 

IG : msishaque14

Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe


COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!