Showing posts with label Promo. Show all posts
Showing posts with label Promo. Show all posts

Collagen Powder Shaklee - 7 bahan utama kolagen terbaik dunia!

Bismillah..

Anda pernah dengar tentang Collagen Powder Shaklee? Haa meh Kak Sya introduce sket pasal Collagen Powder ni

Sejak lahir, badan kita memang mempunyai kolagen semulajadi, tapi kolagen dalam badan kita semakin merosot seiring pertambahan usia. Tapi jangan risau, sebenarnya kita boleh bantu badan kita untuk dapatkan bekalan kolagen melalui pengambilan makanan kaya kolagen atau supplement.

Tahu tak apakah tanda-tanda badan kita sedang kehilangan kolagen?

Antara tanda-tanda badan kita perlukan kolagen adalah:
  • Gusi yang tidak sihat
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Kesan bengkak bawah mata
  • Garis-garis kedutaan muncul pada kulit 
  • Penglihatan kabur
  • Kuku mudah pecah dan kekuningan
  • Rambut kering dan bercabang
  • Liang roma/pori menjadi besar
  • Pigmentasi kulit
  • Kulit kering 
  • Kulit hilang memanjakan
  • Kulit kelihatan tua berbanding usia sebenar
  • Kehilangan kalsium
  • Sakit sendi
  • Payudara hilang keanjalan
  • Organ dalaman kurang berfungsi

COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Collagen Powder Shaklee mengandungi 4000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 

Shaklee Collagen mempunyai 7 bahan utama:


  1. Ekstrak biji benih Camellia Japonica
  2. Ekstrak Pfaffia
  3. Kolagen ikan
  4. Ekstrak kerang-kerangan
  5. Lactobacillus Acidophillus
  6. Vitamin B
  7. Vitamin C

Kelebihan bahan-bahan utama dalam Shaklee Collagen Powder

1. Ekstrak biji benih Camellia Japonica
Mengandungi oleic acid yang sangat membantu sebagai emolien (emollient) iaitu pelembap kulit. Ia juga mengandungi isoflavone iaitu bahan antioksida semulajadi yang membantu melindungi kulit dari radikal bebas.

2. Ekstrak Pfaffia
Ginseng Brazil yang apabila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica menyokong pembentukan kolagen dan asid hyaluronik (hyaluronic acid) yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar. Asid hyaluronik turut berperanan dalam menghidratkan tisu untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

3. Kolagen ikan
Mengandungi elastin yang berfungsi bergabung dengan kolagen untuk mengekalkan ketegangan kulit dan elastik. Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.

4. Ekstrak kerang-kerangan
Glukosamine ekstrak kerang amat penting dalam sintesis cecair synovial untuk menghasilkan pelincir kepada sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

5. Lactobacillus Acidophillus
Sejenis bacterium iaitu bakteria yang membantu mengimbangi mikroflora usus dan memudahkan pembinaan semula usus yang sihat untuk meningkatkan penyerapan kolagen.

6. Vitamin C
Menggalakkan pengeluaran kolagen dan membantu melawan radikal bebas yang merosakkan kulit.

7. Vitamin B
Membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen.

Entry berikutnya Kak Sya akan share fungsi Collagen Powder Shaklee pulak ye.. Stay tune..

Jaga diri

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Johor Bahru

Shaklee promo Februari 2018

Bismillah..

Hai semua. Harini dah masuk bulan kedua Februari. Maknanya dah 31 hari dah kita lalui dalam tahun 2018 ni. Kejap sangat, kan?

Takmau lengah-lengah lagi, dengan happynya Kak Sya nak share dengan anda semua apa produk Shaklee yang promo bulan ni..


Haa ni lah dia item promo bulan ni!!

Untuk peminat Set Cantik, bulan ni memang bulan meletops anda! Bulan ni, untuk peminat Collagen Power dan Vitamin C, kalau anda grab:

4 kotak Collagen Powder
1 botol Sustained Release Vitamin C

Anda boleh dapatkan potongan 10% tau untuk satu set ni! Bestnyaaaa

InsyaaAllah sempena bulan promo Collagen Powder dan Vitamin C Kak Sya akan share banyak-banyak entry dan testimoni pasal Collagen Powder dan Vitamin C untuk anda

Stay tune tau!

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Your friendly SID

Promosi Shaklee bulan Disember 2017

Hai semua!

Dah masuk hari ke 10 dah kita dalam bukan terakhir tahun ni. Kak Sya rasa masih belum terlambat untuk Kak Sya announce apa promo hebat bulan ni. Apa lagi kalau bukan supplement  hot selling kat Malaysia ni iaitu VIVIX!!


Bulan ni kalau anda beli 2 botol Vivix, anda bakal mendapat extra 5% diskaun. Nak lagi best, kalau anda beli 6 botol Vivix, anda bakal dapat sebotol Vivix bernilai RM503 secara PERCUMA!! Yaa PERCUMA!

Mau tambah ke-best-an promo bulan ni, anda juga layak beli beg merah gojes Vivix. Untuk setiap pembelian Vivix, anda layak beli beg Vivix, siap sudu lagi tau!

Ini bermakna, kalau anda beli 6 botol Vivix yang dapat percuma satu tu, anda boleh beli 6 set beg merah Vivix. Dahlah dapat beli beg, dapat bonus sudu pulak tu! Bestnyaaaa! Dan kalau anda beli 2 botol Vivix anda boleh beli 2 set beg. Janji beli. Mesti dapat. Hihi. Bestkan?


Ada lagi satu promosi khas untuk anda!!

Kalau anda teringin sangat nak beg Vivix yang merah menyala tu jangan risau, ada lagi satu cara untuk anda dapatkannya selain pembelian Vivix. Anda boleh juga mendapatkannya dengan setiap pembelian produk bersamaan dengan 100uv dalam satu resit.. Beg ni pun tak mahal, harganya tak sampai RM30!

Hubungi Kak Sya cepat-cepat ok kalau anda berminat nak dapat kan beg dan sudu Vivix yang sangat terhad ni!

Whatsapp Kak Sya : 013.7799.624



Salam sihat,
Kak Sya  (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Testimoni berjaya Set Kesuburan Shaklee

Bismillah..

Mana-mana pasangan, tak kisah la baru ke atau yang dah lama berkahwin, mesti akan kata mereka nak anak. Anak atau zuriat penyeri rumah tangga, penyambung keturunan.

Macam Kak Sya dulu, lepas 2 tahun tunggu anak sulung, Kak Sya dan suami usaha pergi ke LPPKN, buat macam-macam test untum sahkan kami berdua sihat dan boleh conceive secara normal. Masa tu Shaklee pun tak kenal lagi.. huhuhu (di entry yang lain insyaaAllah kalau sempat Kak Sya nak share pengalaman Kak Sya dulu. Supaya kita sama-sama dapat belajar dan usaha sehabis baik untuk dapatkan zuriat sendiri. InsyaaAllah

Sebenarnya dalam entry ni Kak Sya nak share testimoni Puan Yanie yang berjaya hamil asbab konsisten makan Set Kesuburan Shaklee. Happy reading!

==========
TESTIMONI : ELYANIE CHE ROS

[MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DAN BERJAYA HAMIL AWAL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Saya Elyanie Binti Che Ros dan berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1tahun 9 bulan yang diberi nama Ahmad Aryan Razin. 

Hari nie Yanie akan sharekan masalah yang Yanie hadapi dan akhirnya kemanisan yang Yanie dapat bila bertemu Shaklee 😘

Sebenarnya kata-kata en suami sebelum nie ada sebab kerana dia tahu masa Yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur. 

Bagi yang tak pernah baca entry blog Yanie berkaitan ini Yanie akan sharekan dengan korang semua. 

Masa belajar dekat POLIMAS pada tahun 2009-2012 Yanie hampir 6 bulan period tidak datang. Pada masa itu Yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Yanie masa itu. 

Masa belajar dulu keluarga Yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3 tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6 bulan, akhirnya Yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.

Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.

Doktor cakap period Yanie ini akan teruk lagi apabila Yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat Yanie, doktor cakap risiko ingin timang cahaya mata sangat tipis atas sebab period Yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Yanie masa itu. 

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri Yanie ubat untuk period, dan sampai bila Yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.

Shaklee ubah masalah kesihatan Yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period Yanie yang hampir 6 bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3 bulan tersebut, period Yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period Yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yanie memang konsisten makan ESP , GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX TANPA SKIP. En suami juga konsisten makan ESP , VITAMIN E & ZINC COMPLEX (out of stok) TANPA SKIP JUGA. 

Yang paling bahagia sebenarnya bagi Yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan Shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Kami mula ambil Shaklee jun 2013. Sudah 4 tahun kami sudah bersama Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada Yanie.

Pada tahun 2015 kami sah hidup sebagai suami isteri, kami makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya. 

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta UPT tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahaha.

Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana Yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan Yanie konsisten makan supplemen Shaklee daripada masalah kesuburan Yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa Yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan Yanie.

Selepas seminggu Yanie buat UPT, Yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu Yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim Yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak ikhtiar dan cuba cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana Allah sangat suka bila hambanya berusaha dan terus berusaha. In Shaa Allah bila kita usaha sehabis mungkin kita akan rasa dan menikmati kemanisannya.

Salam sayang dariku,
Elyanie Che Ros,
Mama Ahmad Aryan Razin.
==========

Bestnyaa perkongsian Puan Yanie kan? Kak Sya harap ia dapat jadi sumber inspirasi yang baik untuk bakal-bakal bapa dan ibu supaya tak putus asa dalam usaha untuk hamil.

Anda nak cuba Set Kesuburan? Jom Whatsapp/DM Kak Sya. Kak Sya sedia membantu..


http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/


FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/WA/Telegram : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya
Shaklee Pasir Gudang

17 Kelebihan asid lemak Omega-3

Bismillah..

Assalamualaikum readers..

Seperti yang Kak Sya janjikan dalam pos Kak Sya sebelum ni (klik disini untuk baca), suka untuk Kak Sya kongsikan dengan readers semua kebaikan Omega-3 untuk badan kita.
Pengenalan

Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak sihat yang diperlukan oleh badan kita. Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak poly-unsaturated.

Fungsi asid lemak Omega-3 untuk sel adalah membantu penghasilan sel membrane. Apabila sel membrane kita lengkap, sihat dan cukup nutrien, ia membantu dalam nutrien intake ke dalam sel dan keluar sel yang lebih sempurna. So, sel badan kita akan berfungsi dengan lebih bagus dan efisien. Asid lemak Omega-3 juga tidak boleh dihasilkan oleh badan tau! Ia merupakan essential fatty acid yang bermaksud asid lemak penting.

Jom kita tengok apakah lagi 17 kelebihan pengambilan asid lemak Omega-3 ni..

1. Omega-3 membantu melawan rasa murung dan cemas

Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang biasa dijumpai. Simptom-simptom kemurungan termasuklah kesedihan, keletihan dan hilangnya minat dalam hidup.

Selalu berasa cemas (anxiety) juga merupakan salah satu dari penyakit mental yang biasa dicirikan dengan kerisauan dan gementar yang berpanjangan. 

Menariknya, kajian yang yang dijalankan menunjukkan pengambila Omega-3 secara konsisten mengurangkan simptom-simptom kemurungan dan kecemasan. Ini kerana salah satu daripada 3 jenis asid lemak Omega-3 (asid lemak Omega-3 terdiri daripada DHA, ALA dan EPA) iaitu EPA sangat efektif dalam melawan simptom kemurungan.

2. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan mata

DHA, salah satu asid lemak Omega-3 ialah satu struktur komponen utama otak dan retina mata.

Jika anda tidak mendapat cukup DHA dalam diet harian, anda mungkin akan menghadapi masalah dengan penglihatan anda.

Pengambilan Omega-3 yang kaya dengan DHA mengurangkan risiko macular degeneration - sejenis penyebab kerosakan mata yang terkenal didunia. 



3. Omega-3 menggalakkan kesihatan otak semasa kehamilan dan di awal kelahiran

Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran otak kanak-kanak.


40% daripada DHA yang didapati dari asid lemak politaktepu diperlukan dalam otak; manakala 60% lagi diperlukan dalam retina mata.

Oleh yang demikian, tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang dibekalkan dengan susu kaya DHA mempunyai penglihatan yang lebih baik dari kanak-kanak yang tidak mendapat bekalan DHA yang secukupnya.

Ibu-ibu yang mendapat bekalan Omega-3 yang mencukupi semasa hamil akan memberi anak yang dikandung kebaikan-kebaikan seperti dibawah, insyaaAllah:

 1. Kebijaksaan yang tinggi
2. Skil sosial dan komunikasi yang lebih baik
3. Kurang masalah perilaku
4. Pengurangan risiko kelewatan tumbesaran
 5. Mengurangkan risiko ADHD, autism dan cerebral palsy.

4. Omega-3 boleh memperbaiki faktor risiko penyakit kardiovaskular


Asid lemak Omega-3 telah dibuktikan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan jantung. Ini termasuklah: 



  • Mengurangkan triglycerides sebanyak 15 hingga 30%. Tahukah anda, semakin tinggi triglycerides dalam badan, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung? 
  • Omega-3 boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah dikalangan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Omega-3 membantu meningkatkan kolestrol baik (HDL)
  • Omega-3 mencegah pembekuan darah
  • Omega-3 mencegah plaque yang menghalang dan mengeraskan arteri dengan membantu melancarkan perjalanan darah dalam arteri
  • Omega-3 bersifat anti-radang. 
Bagi sesetengah orang, Omega-3 juga membantu mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dalam darah mereka. 

5, Omega-3 mengurangkan simptom ADHD dikalangan kanak-kanak

ADHD atau attention deficit hyperactivity disorder ialah gangguan tingkah laku yang dicirikan oleh kelakuan yang tidak masuk akal (inattention), hiperaktif dan impulsif

Omega-3 adalah supplement yang boleh mengurangkan simptom-simptom ADHD dikalangan kanak-kanak. Ia memperbaiki perhatian dan mengurangkan hiperaktiviti, impulsif dan sifat aggresif pada kanak-kanak
6. Omega-3 mengurangkan simptom-simptom sindrom metabolik

Sindrom metabolik termasuklah lemak dibahagian perut, tekanan darah tinggi, kerintangan terhadap insulin, tinggi kadar triglycerides, dan kadar HDL yang rendah.

Kesemua sindrom diatas sangat lah tidak baik untuk badan kita, kerana ia menjerumus kepada risiko pembentukan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Pengambilan omega-3 boleh membantu mengurangkan kerintangan insulin dan keradangan, dan memperbaiki faktor risiko penyakit jantung dikalangan individu yang mempunyai sindrom metabolik.

7. Omega-3 sebagai supplement anti-radang

Keradangan sangat penting kerana badan kita memerlukannya untuk melawan jangkitan dan memperbaiki kerosakan.

Tetapi, kadangkala keradangan wujud dalam tempoh yang lama, walaupun jangkitan atau luka tidak lagi ada. Ini dinamakan keradangan kronik (long-term). Keradangan kronik selalunya sangat berkait dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

Asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan pembentukan molekul dan bahan yang berkaitan dengan keradangan, seperti eicosanoids dan cytokines.

8. Omega-3 boleh melawan penyakit auto-immune

Dalam penyakit-penyakit berkaitan auto-imun, sistem imun badan akan menyerang sel-sel sihat secara kerana ia menyangka sel-sel sihat adalah sel-sel yang rosak.

Contoh penyakit auto-imun adalah diabetes type 1. Sistem imun pesakit diabetes type 1 menyerang sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas, yang menyebabkan kekurangan insulin dan menyebabkan kadar gula yang tinggi dalam darah. 

Omega-3 boleh membantu untuk melawan penyakit auto-imun, terutamanya diperingkat awal kehidupan.

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dari awal sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit auto-imun, termasuklah diabetes type 1, diabetes dikalangan orang dewasa dan multiple sclerosis.



Omega-3 juga sangat membantu merawat penyakit-penyakit seperti lupus, rheumatoid arthritis, ulcerative colitis, Crohn's disease dan psoriasis.

9. Omega-3 boleh memperbaiki gangguan mental


Kebanyakan pesakit psikiatari dikaitkan dengan kekurangan omega-3.


Kajian menunjukkan pengambilan supplement omega-3 boleh mengurangkan kekerapan perubahan emosi dan relapse dikalangan mereka yang mempunyai masalah schizophrenia dan gangguan dwipolar.


Pengambilan supplement asid lemak omega-3 juga boleh mengurangkan kelakuan ganas dalam seseorang individu.


10. Omega-3 melawan penurunan mental disebabkan faktor usia & penyakit Alzheimer


Penurunan fungsi otak adalah salah satu akibat dari penuaan, dan ia memang tidak boleh dielakkan.


Pengambilan asid lemak omega-3 yang tinggi sangat berkait rapat dengan pengurangan risiko penyakit penurunn mental dan Alzheimer.


Individu yang kerap makan asid lemak ikan mempunyai lebih gray matter didalam otak berbanding mereka yang sebaliknya. Tisu inilah yang memproses maklumat, ingatan dan emosi.


11. Omega-3 membantu mencegah kanser


Individu yang mengambil omega-3 dalam diet harian mereka mempunyai 55% kurang risiko untuk mendapat kanser kolon. Dalam satu kajian lain, didapati penggunaan omega-3 juga membantu menurunkan risiko kanser prostat dikalangan lelaki dan kanser payudara di kalangan wanita.


12. Omega-3 boleh mengurangkan asthma kanak-kanak


Asthma ialah penyakit paru-paru kronik dengan simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas dan berdeham (wheezing). Serangan asthma yang teruk boleh menjadi sangat berbahaya. Ia disebabkan oleh keradangan dan pembengkakkan paru-paru.


Ada kajian yang dikaitkan dengan risiko serangan asthma yang lebih rendah dikalangan kanak-kanak dan remaja.


13. Omega-3 mengurangkan lemak dihati


Non-alchoholic fatty liver disease (NAFLD) meningkat dengan kegemukan, dan pengambilan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan lemak hati dan keradangan dikalangan individu yang mempunyai NAFLD.


14. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan tulang dan sendi


Osteoporosis dan arthritis adalah dua masalah berkaitan dengan sistem tulang.


Pengambilan asid lemak omega-3 secara konsisten sangat membantu memperbaiki kekuatan tulang, meningkatkan jumlah kalsium dalam tulang, sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis.


Manakala bagi pesakit arthritis pula, dengan mengambil supplement omega-3, mereka akan berasa kurang kesakitan dibahagian sendi, dan meningkatkan kekuatan cengkaman.


15. Omega-3 meredakan period pain


Period pain memang seksa! Jika anda mengalami masalah ni, silalah mula untuk ambil supplement asid lemak omega-3 kerana kajian-kajian mendapati wanita-wanita yang mengambil supplement omega-3 memnpunyai period pain yang lebih ringan berbanding yang tidak ambil. 


Ada juga kajian yang dijalankan juga mendapati supplement omega-3 lebih berkesan merawat kesakitan yang teruk berbanding ubat anti-radang


16. Asid lemak omega-3 baik untuk kulit


DHA adalah struktur asas kulit. Ia bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan sel membran, yang membentuk bahagian terbesar kulit. 


Sel membran yang sihat akan menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan bebas kedutan.


EPA dalam minyak ikan juga memberi kesan kepada kulit iaitu:



  • Menguruskan penghasilan minyak dalam kulit
  • Menguruskan kelembapan kulit
  • Mencegah hyperkeratinization (bintik merah kecil pada bahagian atas lengan)
  • Mencegah penuaan pra-matang kulit
  • Mencegah jerawat
Omega-3 juga melindungi kulit dari kerosakan matahari. EPA melindungi kulit dari bahan yang  memusnahkan kolagen selepas terkenal sinaran matahari. 

17. Omega-3 boleh membantu meningkatkan kualiti tidur

Masalah tidur dikalangan kanak-kanak dan berdengkur dikalangan orang dewasa sangat berkait dengan kekurangan Omega-3.

Kekurangan DHA juga sangat berkait dengan kekurangan hormon melatonin, iaitu hormon yang membantu kita tidur. 



Kajian menunjukkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengambill Omega-3 dalam diet harian mempunyai masa tidur yang lebih panjang dan tidur yang lebih berkualiti

Wow..banyak betul kelebihan Omega-3 ni ya! Bukan saja baik untuk dewasa, tapi untuk kanak-kanak kita juga!

Tau tak ada supplement yang korang boleh ambil untuk dapatkan bekalan Omega-3 yang cukup untuk badan kita? 

Hubungi Kak Sya untuk maklumat lanjut. 

http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/SMS/Telegram/Whatsapp : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya

Vivix murah - Promosi November 2017!

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat petang semua! Kak Sya harapkan anda semua sihat dan gembira la hendaknya ya disamping insan-insan tersayang..

Kak Sya nak cerita tentang promosi bombastik Shaklee bulan ni. Ready dah? Berdebar2 tau nak bagitau sebab semua promosi bulan ni best sangat!!


Nah, promosi pertama -

Ni salah satu promo best yg anda boleh grab untuk seisi keluarga. Ade 2 promo tau dalam poster ni:-
.
1. Untuk Mommy & Daddy - dengan setiap pembelian 100uv, pilih lah antara ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C atau Omega - korg boleh beli Vitamin E atau GLA Complex pada harga LESS 20%! 😱😱😱
20% tauuuu!!
.
2. Untuk Anak2 - Vitalea for Children  - multivitamin kanak2 perisa anggur yg sedap. Beli 3 botol dpt PERCUMA SATU BOTOL. 😱😱😱

Tak kisah la korang ni pencinta:-

🌸 Set Hamil
🌸 Set Slimming
🌸 Set Pantang
🌸 Set Kulit
🌸 Set Low Hb
🌸 Set Kesihatan Asas
🌸 Set Lelaki Macho
🌸 Set Wanita Gojes
🌸 Set Kesuburan
🌸 Set Kanak2

SEMUA ni korang boleh beli dan dapatkan Vitamin E atau GLA Complex pada harga less 20% 😱😱

Seronok kan?

Meh Kak Sya cerita promo kedua pulak..  Hihi. Berdebar2 tak??


Nah, ni la dia promo VIVIX bulan ni. Tapiii untuk anda yang masih belum ahli je tauuu.

Kalau anda tertarik kepada Vivix sebab ini 🔽🔽🔽

- Kadar gula dalam darah yg tinggi
- Masalah kardiovaskular
- Tekanan darah tinggi
- Gout
- Masalah sendi
- Masalah protein dlm buah pinggang
- Masalah kesuburan
- Hendak berpantang
- Bacaan kolestrol yang tinggi

Ataupun anda saja nak makan Vivix sebab nak jadi lebih sihat!

Boleh grab PROMO twinpack ni tau! Banyak sangat jimat mcm dlm poster!

Ya Allah bestnyaaaaaaaa

Dah lamaaa sangat takde promo macam ni..

Grab sekarang tau! Kalau anda sedang berkira2 nak beli set kulit ke, set hamil ke, set pantang ke, set kesihatan asas ke - dah boleh sangat grab yg 20% tu sekali!

Rugi wehh kalau tak rebut peluang ni!!

Jangan tunggu lama2, takut melepas pula nanti.. 


Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
COD Pasir Gudang - JB
Pos ke alamat anda bila2 masa sahaja

Omega Guard Shaklee - minyak ikan yang mesti ada dalam setiap rumah!

Hi readers!

Salam Jumaat yang penuh barakah, penuh ceria. Pagi ni Kak Sya dah busy seawal pagi. Lepas Subuh siapkan bekal anak dara (alaaa dia request french toast je ponn..haha) untuk ke sekolah. 

Sempena promosi Omega Guard dalam bulan kemerdekaan ni, Kak Sya suka nak share dengan anda kebaikan Omega Guard ni.

Apa tu Omega Guard?

Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen dan terbaik. Omega Guard Shaklee dihasilkan dari ikan laut dalam seperti sardin, herring, kembung dan ikan bilis yang didapati dari perairan Jepun.


Kenapa Kak Sya kata Omega Guard ni terbaik? Sebab selain dari kandungan Omega-3 nya yang tinggi, Omega Guard Shaklee mengandungi DHA dan EPA yang sangat baik untuk otak manusia. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietary 3 molekul yang menyingkirkan logam berat (Pb, Hg dan Cd). Ia juga kaya dengan ekstrak asid lemak Omega-3 paling tulen dan semulajadi.


Nak tau tak? Dalam Omega Guard ni ada 99% Omega-3 tau! Anda boleh klik sini untuk faedah dan kebaikan kalau anda makan Omega-3 secara istiqamah.


Anda tahu tak? Kebanyakan minyak ikan dalam pasaran diekstrak dari hati ikan tau! Berbeza dengan Omega Guard Shaklee, minyak ikan memang diekstrak dari ikan sendiri. 

Siapa yang perlu makan Omega Guard Shaklee?

Sebenarnya Omega Guard ni semua orang patut makan. Dalam set kesihatan yang asas, Omega Guard adalah salah satu komponen supplement yang wajib diambil oleh setiap individu. Ini kerana Omega Guard merupakan makanan tambahan yang kaya Omega-3, ditambah dengan DHA dan EPA yang sangat baik untuk otak.


Individu yang mempunyai masalah seperti dibawah juga sangat digalakkan untuk ambil Omega Guard sebagai supplement harian:-

1. Ibu hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas bersalin
  • Membantu mengurangkan berat badan yang naik mendadak semasa hamil
  • Mengawal kenaikan berat badan
2. Ibu yang menyusukan anak
  • Membekalkan Omega-3 untukk sistem pertahanan tubuh bayi serta membantu perkembangan otak bayi
  • Membantu pengurangan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan ibu. 
  • Membantu mengatasi masalah kembang urat akibat sejuk.
3. Kanak-kanak
  • Membantu pertumbuhan badan yang sihat selain meningkatkan IQ serta kecerdasan otak
  • Meningkatkan sistem daya tubuh badan terhadap penyakit terutamanya bagi kanak-kanak yang sering dijangkiti demam, selsema dan batu, juga yang mempunyai masalah asthma dan ekzema.
4. Individu yang mempunyai masalah berat badan
  • Omega Guard Shaklee membantu membakar lemak dalam badan dengan lebih cepat.
  • Meningkatkan hormon Leptine yang membantu mengawal selera makan.
5. Individu yang sering mengalami masalah kesihatan
  • Mereka yang kerap batuk berkahak dan mengalami selsema yang berterusan.
  • Sering mengalami masalah sakit sendi dan masalah kolestrol tinggi
  • Tekanan darah yang tinggi
Macam yang Kak Sya beritahu diperenggan pengenalan tadi, Omega Guard Shaklee ni sangat kaya dengan Omega-3 tau!

Jom kita baca di sini apakah kebaikan Omega-3 tu untuk tubuh badan kita.

Follow Kak Sya di sini ya!


Blog : mamysazu-lara.blogspot.com
FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Instagram : msishaque14
Twitter : syahridahishak

Atau jika anda ada sebarang keraguan dan pertanyaan, boleh terus Whatsapp atau call Kak Sya di no ini --> +60.13.7799.624

Ok, sampai sini dulu! Salam hujung minggu!