Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Set Shaklee untuk batu dalam hempedu

Bismillah..

Kalau anda mempunyai masalah batu dalam hempedu dan telah melalui rawatan yang disarankan doktor, anda masih boleh berikhtiar dengan supplement untuk membantu anda lebih sihat

Nah, inilah dia supplement Shaklee untuk mencegah batu dalam hempedu atau nama femesnya gallstone.


Fungsi setiap supplement dalam Set Batu Dalam Hempedu adalah seperti berikut:-

Vivix
  • Membantu mencegah masalah kolestrol yang boleh menyebabkan kehadiran batu kolestrol dalam hempedu
  • Membantu mengawal masalah penghasilan hormon estrogen berlebihan
Lecithin
  • Membantu menguraikan lemak punca kolestrol
  • Membantu mengawal masalah obesiti yang merupakan punca masalah kolestrol
DTX Complex
  • Deetox hati kerana pesakit batu dalam hempedu boleh juga mempunyai masalah jaundice yang memang berpunca daripada hati


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini, bolehlah berhubung terus dengan Kak Sya di talian yang Kak Sya sertakan di bawah:

+6.013.7799.624

Atau anda boleh copy dan paste link ini:

http://shakleepasirgudang.wasap.my

Boleh juga follow Kak Sya di:
FB : Syahridah Ishak
Twitter : syahridahishak
Instagram : msishaque14
Instagram : shaklee.pasir.gudang

Like page Kak Sya:
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624

Ok, sampai jumpa lagi di lain entry..

Jaga diri
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang (ID : 1168907)

Testimoni Set Kurus Shaklee

Bismillah..

Anda dah kenal kan set kurus Shaklee yang hot tu? Jom kita tengok testimoni pula..

Testimoni 1



Sebenarnya nafsu makan nasi tu memang tak tipu memang kurang. Kalau nak ikutkan memang tak nak makan nasi tapi kekadang makan kat rumah orang dah dia cedok kan nasi tu makan juga tapi makan sesenduk je. Tu pun kadang tak habis tu breakfast pun minum ESP je.. Malam tak sentuh nasi pun makan tomyam pun boleh kongsi 2 orang..

Testimoni 2


Masih saya ingat saat dimana wanita berjiwa muda itu memegang belakang badan saya, katanya wanita biasa akan mempunyai lemak berlapis di bahagian belakang badan tanpa dia sedar. Iaitu bahagian tali pakaian dalam Biasanya ada spare tyre

"Oh nasib you tak ada spare tyre di sini".

Saya tergelak sambil senyum

Beliau yang telah berumur menghampiri 60 itu memulakan cerita:

Saya ni jenis suka makan nasi. Maka dulu saya menghadapi masalah spare tyre bukan sahaja di perut tetapi di belakang badan. Selepas itu saya amal makan lecithin dengan dos X x 3 sehari. Barulah spare tyre bukan sahaja di perut tetapi di belakang badan bahagian sini (sambil tangan kanannya memegang bahagian atas belakang badan saya).

Oh ya saya perasan perkara ini biasa terjadi pada wanita kerana ia tidak menonjol dia depan maka adakala kita pun tak ambil port sangat sampailah orang tegur

Hihi. Macam-macam kisah

InsyaaAllah nanti Kak Sya sambung lagi ok!

Jaga diri




Produk kurus terbaik Shaklee untuk turunkan berat dan kurangkan inci

Bismillah..

Anda sedang mencari produk untuk turunkan berat badan? Atau nak inch loss he? Janji kurus? Hihi

Sabar, sabar.. Kak Sya nak bagi anda info tentang produk untuk turunkan berat badan dari Shaklee. Nak tau apa dia?


Dalam Set Kurus yang hot ni, anda mesti ada sekurang-kurangnya ada 3 supplement dari kumpulan BAKAR LEMAK, BUANG TOKSIN dan BINA OTOT

BAKAR LEMAK

Omega Guard
  • Membantu memecahkan lemak yang berada pada bahagian organ dan di dalam salur darah
  • Membantu mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan membakar lemak untuk tenaga
  • Omega-3 juga boleh membantu menaikkan metabolisma dan membakar 40% lebih banyak lemak bila bersenam
  • Sangat sesuai diamalkan oleh ibu yang menyusu kerana minyak ikan Omega-3 juga baik untuk perkembangan otak bayi

Lecithin

  • Lecithin membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh
  • Lecithin juga membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang diambil

BUANG TOKSIN

Alfalfa


  • Kaya dengan serat yang membawa keluar lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega Guard 
  • Sangat sesuai diambil oleh ibu yang sedang berpantang kerana Alfalfa juga merupakan agen milkbooster yang baik

Herb-Lax
  • Mengandungi sienna iaitu salah satu herba yang terkenal dari zaman dahulu untuk membantu masalah ketidak hadaman dan untuk membantu pergerakan usus yang lebih baik
  • Membersihkan usus daripada toksin lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar

BINA OTOT

ESP
  • Sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah
  • Membantu mengurangkan berat badan dan mengawal selera makan selain membantu tubuh untuk Bertenaga sepanjang hari
  • Sesuai untuk ibu yang menyusukan kerana ESP juga merupakan salah satu suplemen milk booster yang juga meningkatkan kualiti susu

CINCH SHAKE MIX
  • Merupakan minuman protein soya yang membantu rasa kenyang lebih lama
  • Meningkatkan metabolisma badan kerana sing Shake mix mengandungi leucine yang membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat supaya badan tidak menggeleber bila berat turun kelak
  • Sangat sesuai digunakan sebagai meal replacement yang berupaya untuk memotong beratus-ratus nilai kalori harian 

Sebenarnya dengan Set Kurus Shaklee ni, ibu-ibu menyusu sesuai sangat tau untuk ambil supplement2 ni.

Kalau anda perasan, supplement dalam Set Kurus ni sebenarnya ada dalam Set Berpantang

Best ke best? Kalau anda tak sure supplement mana yang sesuai dengan anda, pastikan anda hubungi dulu SID yang bertauliah sebelum decide untuk beli ye!

Kalau nak Kak Sya consult pun boleh..

Whatsapp/call/SMS/Telegram je:
+6.013.7799.624
+6.013.7799.624


Jaga diri,
KAK SYA
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
ID: 1168907

Testimoni #2 produk kurus terbaik dari Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat yang penuh barakah.

Dah sarapan ke? Kak Sya macam banyak sangat mood nak share ngan anda semua testimoni customer yang berjaya kurus dengan Set Kurus Shaklee.

Takmau bebel banyak, jom layannn..

==============================
DISEMBER 2015
TESTIMONI : NOR RUZANNA HANEE

Asalamualaikum..
Saya Ruzanna Hanee, saya nak kongsikan pengalaman saya menggunakan Set Kurus Shaklee. Sebelum kenal Shaklee, saya pernah cuba macam-macam set kurus yang ada dipasaran. Asal iklan je nak cuba. Tapi mungkin tak serasi dengan saya..

Kesannya sampai nak ke toilet pon tak sempat  dah ‘terbuang’ dalam seluar. Ada sekali tu kena  cery-bery sampai 2 minggu akibat makan produk XXX.  Berat badan tak turun-turun, sakit je yang saya dapat.

Sampai la satu hari tu tgk kawan dok post pasal Shaklee..Time ni la first time saya berkenalan dengan Shaklee, bukan takde sebelum ni kawan post tapi buat dek je time tu hehe.. Permulaan nye saya ambik Vitalea, Lecithin, Alfalfa Complex dan Herb-Lax. 

Mula tu takut jugak, fobia takut kena ulang alik ke tandas..  Tapi alhamdulillh, saya takde pon kena masalah seperti  ‘terbuang’, atau tercery-bery..Proses buang air besar tu macam biasa dan  badan saya rasa lebih segar dan sihat. Penurunan berat badan? 

Alhamdulillah berat badan saya turun dengan pengambilan set diet ni secara disiplin dan konsisten. Turun 13kg, dari 88kg, now tinggal 75kg.

Sekarang, saya maintain makan Lecitin dan Alfalfa Complex (orang panggil set kurus bajet Shaklee) untuk membantu saya menurunkan berat badan sehingga mencapai BMI yang normal. .

Apa yang penting pilihlah produk yang selamat, semulajadi dan berkesan…Saya sudah, anda bila lagi ? 

================================

Sebelum anda decide nak cuba apa-apa supplement, tolong tolong tolong check dulu ingredient dia. Check adakah produk tu dah diuji dan disahkan selamat? Ada kelulusan KKM?

Jangan asal tengok iklan aje terus beli. Takut makan diri. Iyelah, product tak ori..

Ok sampai sini dulu. Jangan lupa sarapan 


===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624
===========================

Turunkan berat badan dengan cepat

Bismillah  


Hi readers!



Dalam entry kali ni Kak Sya nak share tentang macammana korang boleh turunkan berat bacan dengan cepat tanpa perlu berlapar. *Sebenarnya tips ni applicable untuk diri sendiri juga, hihihi*


Ada 3 langkah mudah yang kita sama-sama boleh ambil untuk turunkan berat badan dengan cepat. Kak Sya dah try semua ni masa Kak Sya buat Detox Parasit yang akan berakhir hari Selasa ni (22/11/16). Korang boleh baca tentang detox kat entry ni. Pasal detox parasit pulak kat sini.

Apa 3 step tu? Haa meh baca sini..

1. Kurangkan pengambilan gula dan kanji (karbohidrat la tuuu)

Gula dan karbohidrat adalah makanan yang merangsang rembesan insulin. Untuk pengetahuan korang, insulin ni adalah hormon penyimpan lemak terbesar dalam badan kita. Apabila insulin menurun, lemak lebih mudah untuk keluar daripada tempat penyimpanannya dan badan akan mula membakar lemak dan bukannya karbohidrat.

Satu lagi kelebihan bila insulin tak dirembeskan begitu banyak dalam badan adalah buah pinggang kita akan menyingkirkan garam dan air berlebihan. Ini akan mengelakkan kembung dan berat badan berlebihan akibat air.


2. Makan protein, lemak dan sayur-sayuran

Setiap satu dari hidangan korang mesti ada 3 makanan ni - makanan yang berasaskan protein, sumber lemak dan sayuran rendah karbohidrat. Dengan mengatur hidangan makanan korang macam ni, boleh menurunkan pengambilan karbohidrat kepada jumlah yang dicadangkan iaitu 20-50gram sehari.

Sumber protein boleh datang daripada:

  • Daging - lembu, kambing, ayam dan sebagainya
  • Ikan dan makanan laut - salmon, udang, lobster dan sebagainya
  • Telur - yang mengandungi omega-3 atau telur dipastur adalah yang terbaik
Diet protein tinggi boleh membuatkan korang berasa kenyang dan kurang rasa obses terhadap makanan.

Sayuran rendah karbohidrat pula adalah seperti:

  • Brokoli
  • Kobis bunga
  • Bayam
  • Tauge
  • Kobis
  • Celery
  • Timun dan sebagainya
Sumber lemak pula adalah seperti:

  • Minyak zaitun
  • Minyak kelapa
  • Minyak avocado
  • Mentega
Makan 2-3 kali sehari. Jika korang rasa lapar masa tengahari, tambah waktu makan sekali.


3. Angkat berat 3 kali seminggu

Dengan mengangkat berat 3 kali seminggu, sebenarnya korang dah bakar kalori dan mencegah metabolisme korang dari menurun tau! 

Kalau korang rasa angkat berat tu tak jiwa ngan korang, boleh je exercise cara lain - jogging ke, swimming, berlari dan sebagainya. Janji exercise! Hihi


Korang juga boleh try supplement Shaklee untuk bantu menurunkan berat dengan lebih cepat. Just ask me how, ok!

Jaga diri, moga sihat selalu!


========================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
========================




                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

Mastitis - Jangkitan payudara & 8 cara mudah untuk mengatasinya

Assalamualaikum readers..

Dalam entry semalam, saya dah huraikan sedikit tentang apa itu Mastitis dan apakah simptom-simptom anda mendapat Mastitis.

Harini mari kita baca lebih lanjut tentang Mastitis ni..


Selamatkah untuk saya susukan bayi saya jika saya ada Mastitis?

Jika bayi anda lahir cukup bulan, tidak ada masalah untuk anda menyusukan bayi anda jika anda terkena Mastitis. Anda TIDAK PERLU untuk hentikan penyusuan kerana Mastitis tidak membahayakan bayi dan proses penyusuan juga TIDAK mengganggu proses penyembuhan payudara anda, kerana sebenarnya untuk menyembuhkan Mastitis ialah dengan mengeluarkan susu dari payudara anda dengan kerap. Jika anda tidak dapat menyusukan anak anda, gunakan breast pump atau hand express aje susu anda beberapa jam sekali.

Mastitis dan susu ibu

Susu anda berubah bila anda ada Mastitis. Terdapat peningkatan terhadap lactoferrin (sejenis protein yang hadir dalam susu, yang mempunyai ciri-ciri bactericidal dan iron-binding) dan antibodi seperti secretory immunoglobin A (IgA). Antibodi ini akan melindungi bayi anda semasa anda terkena jangkitan.

Semasa anda terkena Mastitis, kadar sodium (garam) dan klorida badan anda turut naik, menyebabkan susu anda berasa sedikit masin. Ada bayi yang tidak suka akan perubahan rasa ini dan akan menjadi punca bayi anda tidak mahu menyusu pada bahagian payudara yang terkena Mastitis.

Apa yang boleh anda lakukan jika anda terkena Mastitis?

1. Teruskan dengan penyusuan atau pam keluar susu anda. Penyusuan ibu adalah cara terbaik untuk anda kosongkan payudara untuk mengelakkan payudara bengkak dan saluran susu tersumbat.

2. Mulakan penyusuan dengan payudara yang sudah membengkak. Bayi akan menghisap lebih kuat diawal penyusuan, membolehkan lebih banyak susu dan mengurangkan kawasan yang tersumbat pada payudara anda.

3. Jika penyusuan pada sebelah payudara yang terkena Mastitis menyakitkan, ia boleh mengganggu let-down reflex anda. Apa yang anda boleh buat ialah susukan bayi anda pada payudara yang tiada masalah sehingga anda terasa let-down reflex bermula. Kemudian cepat-cepat pindahkan bayi anda untuk menyusu disebelah yang terkena Mastitis.

4. Pastikan bayi anda menyusu pada posisi yang betul. Posisi yang baik dapat mengurangkan rasa sakit pada puting anda, seterusnya dapat membolehkan bayi anda menghisap susu dan mengosongkan payudara anda dengan lebih berkesan.

5. Lekapkan bayi anda dengan hidung dan dagunya menunjuk ke arah kawasan yang tersumbat. Posisi ini boleh mengosongkan payudara dengan lebih baik.

6. Tukar posisi penyusuan setiap kali sesi penyusuan supaya kedua-dua belah payudara dapat dikosongkan.

7. Urut bahagian payudara yang tersumbat, mulakan urutan dari tempat yang sakit, mengarah ke puting.



8. Pam atau hand express susu anda setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan payudara benar-benar kosong.

9. Dapatkan rehat yang secukupnya.

10. Letakkan pemampat suam (warm compress) atau mandi air suam sebelum menyusukan anak untuk membantu let-down reflex dan memudahkan aliran air susu keluar dari payudara.

11. Cold compress atau daun kobis boleh digunakan selepas sesi penyusuan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Tapi jangan letak ia lama-lama kerana ia boleh mengurangkan supply susu anda.

8 Cara untuk mengelakkan Mastitis

1. Gunakan teknik penyusuan yang betul untuk memastikan bayi melekap dengan betul pada payudara, dan bayi dapat membantu menghisap lebih banyak susu tanpa melukakan puting susu.
Kedudukan mulut bayi semasa menyusu

2. Pastikan anda menukar posisi penyusuan pada setiap sesi supaya payudara kosong dan tidak sempat membengkak.

3. Jika anda memakai alas payudara (breast pads), pastikan anda selalu tukar supaya tiada pertumbuhan bakteria berlaku.

4. Makan kapsul lecithin untuk kurangkan bengkak payudara.

Lecithin Shaklee
5. Jangan pakai bra yang terlalu ketat.

6. Jangan wean off (cerai susu) secara tiba-tiba. Ini boleb menyebabkan payudara anda membengkak. Jika anda perlu cerai susu, pastikan anda lakukannya perlahan-lahan, bukan secara tiba-tiba.

7. Susukan bayi anda sekerap mungkin. Jangan pendekkan sesi penyusuan.

8. Jangan stress. Jangan buat kerja yang terlalu berat.

Itulah serba sedikit perkongsian tentang Mastitis. Diharapkan anda dapat ilmu dan manfaat dari perkongsian ini.

Sebarkan ilmu ini untul kebaikan bersama.


Salam sayang from your friendly SID,
Kak Sya
013.7799.624

Apa itu MASTITIS? Simptom Mastitis? Ibu menyusu wajib baca!

Assalamualaikum & good day readers

Semoga hari anda baik2 saja. Entry ni nak menceritakan pada anda apa itu MASTITIS dan bagaimana mastitis ni boleh diatasi?


Apa tu Mastitis?

Mastitis biasanya lebih dikenali sebagai jangkitan payudara. Selalunya berlaku pembengkakan (keradangan) payudara, kadangkala berlaku juga jangkitan bersama.  

Mastitis adalah masalah yang biasa berlaku dalam penyusuan ibu. Ia berlaku kepada 20% ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Selalunya mastitis terjadi dalam enam minggu pertama seleoas kelahiran bayi, atau bila-bila masa sepanjang penyusuan ibu berlangsung.

Tanda-tanda dan simptom Mastitis

• Kesakitan
• Bengkak, rasa panas pada payudara
• Kemerahan pada bahagian yang sakit
• Demam
• Seram sejuk
• Simptom demam selsema
• Lesu
• Sakit badan
• Loya

Penyebab Mastitis

Mastitis disebabkan oleh jangkitan. Anda boleh mendapat Mastitis melalui bakteria dan mikroorganisma lain yang masuk ke dalam badan anda melalui cracked nipple dan juga luka dibadan anda. Sekali bakteria dapat mengenalpasti jalan untuk masuk kem payudara anda, jangkitan boleh berlaku.

Satu lagi cara Mastitis boleh berlaku ialah apabila anda tidak mengosongkan payudara anda secara effisien dan tetap. 

Susu badan mungkin masih tidak dikeluarkan (masih tertinggal di dalam payudara bila:

 •  Bayi anda tidak melekap ke payudara dengan betul semasa menyusu.

Perbezaan pelekapan bayi pada payudara
• Bayi anda tidak menyusu dengan kerap.
• Bayi anda tidak menyusu dengan lama pada setiap sesi penyusuan.
• Bayi anda tidak sihat.
• Anda mempunyai bekalan susu badan yang melimpah ruah.
• Anda tidak sihat.
• Anda dan bayi anda bercerai susu terlalu awal.

Payudara yang bengkak dan saluran susu yang tersumbat juga boleh menjadi dua penyumbang berlakunya Mastitis.

Mastitis juga boleh disebabkan oleh:

• Bra yang terlalu ketat, bra yang mempunyai underwire dan juga jika anda memakai bra yang tidak padan dengan saiz anda
• Seriawan (thrush)
• Senaman yang berat terutamanya pada bahagian atas badan
• Tekanan
• Lesu
• Tidak cukup nutrien dalam pemakanan seharian

Anda ada tanda-tanda ini? Berjumpalah dengan doktor segera supaya keadaan anda boleh diperiksa secepat mungkin.

Saya akan sambung lagi tentang Mastitis ni di entry esok. Stay tune..

Happy breastfeeding! Don't ever giveup on breastfeeding! 

Jaga diri dan hargailah setiap titisan emas untuk anak anda!

Salam sayang,
Kak Sya