Bismillah
Hi readers!
Dalam entry kali ni Kak Sya nak share tentang macammana korang boleh turunkan berat bacan dengan cepat tanpa perlu berlapar. *Sebenarnya tips ni applicable untuk diri sendiri juga, hihihi*
Ada 3 langkah mudah yang kita sama-sama boleh ambil untuk turunkan berat badan dengan cepat. Kak Sya dah try semua ni masa Kak Sya buat Detox Parasit yang akan berakhir hari Selasa ni (22/11/16). Korang boleh baca tentang detox kat entry ni. Pasal detox parasit pulak kat sini.
Apa 3 step tu? Haa meh baca sini..
1. Kurangkan pengambilan gula dan kanji (karbohidrat la tuuu)
Gula dan karbohidrat adalah makanan yang merangsang rembesan insulin. Untuk pengetahuan korang, insulin ni adalah hormon penyimpan lemak terbesar dalam badan kita. Apabila insulin menurun, lemak lebih mudah untuk keluar daripada tempat penyimpanannya dan badan akan mula membakar lemak dan bukannya karbohidrat.
Satu lagi kelebihan bila insulin tak dirembeskan begitu banyak dalam badan adalah buah pinggang kita akan menyingkirkan garam dan air berlebihan. Ini akan mengelakkan kembung dan berat badan berlebihan akibat air.
2. Makan protein, lemak dan sayur-sayuran
Setiap satu dari hidangan korang mesti ada 3 makanan ni - makanan yang berasaskan protein, sumber lemak dan sayuran rendah karbohidrat. Dengan mengatur hidangan makanan korang macam ni, boleh menurunkan pengambilan karbohidrat kepada jumlah yang dicadangkan iaitu 20-50gram sehari.
Sumber protein boleh datang daripada:
- Daging - lembu, kambing, ayam dan sebagainya
- Ikan dan makanan laut - salmon, udang, lobster dan sebagainya
- Telur - yang mengandungi omega-3 atau telur dipastur adalah yang terbaik
Diet protein tinggi boleh membuatkan korang berasa kenyang dan kurang rasa obses terhadap makanan.
Sayuran rendah karbohidrat pula adalah seperti:
- Brokoli
- Kobis bunga
- Bayam
- Tauge
- Kobis
- Celery
- Timun dan sebagainya
Sumber lemak pula adalah seperti:
- Minyak zaitun
- Minyak kelapa
- Minyak avocado
- Mentega
Makan 2-3 kali sehari. Jika korang rasa lapar masa tengahari, tambah waktu makan sekali.
3. Angkat berat 3 kali seminggu
Dengan mengangkat berat 3 kali seminggu, sebenarnya korang dah bakar kalori dan mencegah metabolisme korang dari menurun tau!
Kalau korang rasa angkat berat tu tak jiwa ngan korang, boleh je exercise cara lain - jogging ke, swimming, berlari dan sebagainya. Janji exercise! Hihi
Korang juga boleh try supplement Shaklee untuk bantu menurunkan berat dengan lebih cepat. Just ask me how, ok!
Jaga diri, moga sihat selalu!
========================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
========================
No comments:
Post a Comment