7 Cara Berkesan Menghilangkan Bekas Jerawat

Bismillah..

Hai readers!

Dalam entry sebelum ni Kak Sya ada share tentang 7 CARA HILANGKAN JERAWAT kan? Dah hilang jerawat, bekas jerawat macam mana pulak ye? Pening kan kalau jerawat dah naik ni!

Lepas bersalinkan Yasmin baru-baru ni Kak Sya perasan jerawat mudah sangat naik (in fact dah lama takde jerawat even masa nak period) selepas Kak Sya mengamalkan produk Shaklee. Tapi bila Kak Sya nak period (masa tu tak tau pun nak period) selepas 6 bulan melahirkan Yasmin, memang jerawat banyak sangat naik, besar-besar dan sakit-sakit semuanya.

Of course la lepas jerawat kecut tinggal parutkan? STRESSSSS tau

Lepas tu Kak Sya mula cari macam mana cara nak hilangkan parut jerawat ni. Ni la yang Kak Sya jumpa hasil dari kaji mengkaji (hihihi kajiii sangat!)

1. Aloe Vera

Gel aloe vera yang segar adalah sumber vitamin yang kuat yang mampu menyembuhkan kulit dan memudarkan parut bekas jerawat. Gel aloe vera ni lembut, so korang tak perlu risau kalau dia mengelupaskan atau menyakitkan. Tak, memang tak.. Cuma susah sikit nak jumpa sekarang. Aloe vera ni juga boleh jadi pelembap kulit semulajadi tau! Cara dia ialah kupas kulit daun aloe vera tu, ambil gel nya dan gosok ke muka. Untuk hasil yang lebih baik, biarkan selama at least 30 minit sebelum bilas, ok!



2. Soda penaik (Baking soda)

Baking soda terdiri daripada kristal sodium bikarbonat yang sangat bagus dalam membuang sel kulit mati bila digunakan sebagai scrub. Campurkan beberapa sudu kecil soda penaik dengan air yang secukupnya supaya ia menjadi paste pekat dan urutkan ke muka. Biarkan seminit dua supaya soda dapat membersihkan pori dan mencegah noda.

3. Minyak kelapa dara

Minyak kelapa adalah yang paling baik bila merujuk kepada pelembap semula jadi dengan sifat-sifat penyembuhan. Ambil kira-kira satu perempat satu sudu teh minyak kelapa dara, dengan hujung jari anda, urut minyak ke bahagian bekas jerawat dan biarkan ia menyerap masuk. Korang tak perlu untuk cuci minyak kelapa dara ni sebab vitamin dan asid lemak dari minyak kelapa dara ni akan bertindak menyihatkan kulit selagi korang tak basuh. Kalau rasa tak selesa, biarkan minyak kelapa dara ni berada di muka at least 30 minit sebelum cuci.

4. Timun

Timun adalah bahan popular yang selalu digunakan dalam bidang kecantikan. Timun kaya dengan Vitamin A,  Vitamin C  dan mag magnesium yang baik untuk kulit. Untuk menghilangkan parut jerawat menggunakan timun, pilih timun organik dari pasaraya berhampiran anda, potong nipis2 dan letakkan dimuka. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit. Bilas muka korang dengan air sejuk.



5. Madu

Satu lagi pelembap yang boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat ialah dengan menggunakan madu. Jangan guna madu yang telah diproses yang jual kat supermarket tu, guna yang original. Cara nak pakai dia mudah saja, ambil sedikit madu dan sapukan ke muka. Boleh juga kalau nak campurkan dengan serbuk kulit kayu manis untuk pembersihan pori yang lebih baik.



6. Lemon

Jus lemon adalah AHA (Asid alpha-hydroxy) yang berfungsi untuk menghilangkan parut jerawat, memulihkan dan menyembuhkan kulit. Ambil sedikit perahan jus lemon dan menggunakan bebola kapas, dan sapukan dimuka. Kalau kulit korang jenis yang sensitif, cairkan sikit dengan air, kemudian sapu. Biarkan jus lemon kering dimuka, bilas dengan air sejuk.

7. Vitamin E

Yang paling mudah tentulah guna Vitamin E. Cucuk sedikit gel capsule dan keluarkan isinya dihujung jari dan sapukan pada bekas jerawat. Baik dibuat sebelum masuk tidur. Ulang sampai korang dapat hasil yang diinginkan.



Haa tu la serba sedikit perkongsian Kak Sya tentang macam mana nak hilangkan bekas jerawat dengan berkesan. Selamat mencuba!



❤,
Kak Sya 
Pengedar 

No comments:

Post a Comment