Bagaimana menurunkan gula dalam darah?

Bismillah..

Bercerita tentang gula dalam darah, tentu sekali kita nak bercerita tentang diabetes atau kencing manis. Kencing manis atau diabetes terjadi bila pankreas tidak menghasilkan atau menghasilkan sangat sedikit insulin atau bila badan kita tidak bertindakbalas kepada insulin seperti yang sepatutnya .  

Diabetes boleh terjadi kepada sesiapa saja. Korang mungkin ingat yang kena diabetes tu hanya golongan yang dah berusia saja tapi sebenarnya tidak. Diabetes boleh terjadi kepada sesiapa saja, termasuklah ibu mengandung. Korang mungkin berminat dengan entry 

Korang juga boleh cekidaut risiko diabetes di sini.

Bahayakan? 


CARA MENURUNKAN GULA DALAM DARAH 

1. Kulit kayu manis 
Mesti ada yang tak pernah masuk dapur yang ingat kulit kayu manis ni rasa dia manis kan? Hihihi. Sebenarnya kulit kayu manis ni sangat bagus untuk mengurangkan kadar gula dalam darah seterusnya merendahkan risiko penyakit diabetes. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kulit kayu manis baik untuk menurunkan glukosa dalam darah, kadar kolestrol LDL dan trigliserida. Tapi korang kena hati-hati sebab kayu manis jenis 'Saigon cinnamon' mengandungi kadar coumarin yang tinggi, pengambilan kayu manis jenis Saigon dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan hati tau!


2. Halba
Halba selalunya digunakan dan popular dikalangan ibu-ibu menyusu sebab dia memang terkenal sebagai milk booster. Dari kajian yang pernah dijalankan menunjukkan bahawa halba merendahkan kadar gula dalam darah dalam pesakit diabetes type 1 dan 2, juga kepada pesakit prediabetes. Serat dalam halba sangat berkesan untuk melambatkan penghadaman karbohidrat. Sebab itulah ia memberi kesan kepada gula dalam darah. Halba juga kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.


3. Bawang putih
Bawang putih telah lama digunakan untuk menurunkan kolestrol. Korang tahu tak? Bawang putih juga boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah? Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas Titus dan arnan menunjukkan bahawa bawang putih mampu menurunkan gula dalam darah. Ini kerana ekstrak bawang putih meningkatkan bilangan insulin yang ada dalam pesakit diabetes.

4. Avocado dan kekacang
Avocado dapat mengurangkan risiko sindrom metabolik, serum pulang penyakit termasuklah diabetes.  Kajian juga menunjukkan kekacang yang kaya dengan asid lemak monotaktepu meningkatkan glukos darah. Ia juga mempunyai ciri rintangan insulin yang lebih rendah. 

5. Blueberry & Ceri Merah
Anthrocyanin adalah nutrien yang dijumpai dalam tumbuhan berwarna, terutamanya dalam sayuran dan buah-buahan. Ia juga dalam teh, madu, wine, kekacang, minyak zaitun dan coklat. Buah-buahan berwarna biru, ungu dan merah mempunyai kepekatan anthrocyanin yang tinggi. Blackberry dan blueberry adalah sumber terbesar anthrocyanin. Satu kajian yang dijalankan terhadap pesakit prediabetes yang obes dengan menambah blueberry ke dalam diet mereka, dan didapati selepas 6  minggu, sensitiviti insulin meningkat.

Blueberry
Anthrocyanin dalam blueberry tidak saja meningkatkan sensitiviti insulin, tetapi ia memberi kesan terus kepada gula darah selepas makan. Ia menghalang sesetengah enzim pencernaan. Ini akan melambatkan proses pencernaan dan menghalang kenaikan gula dalam darah selepas memakan makanan yang kaya dengan kanji.

Sebenarnya ada banyak lagi bahan-bahan semulajadi yang mampu menurunkan gula dalam darah. Contohnya chia seed, barli, lemon dan keledek. Tapi, kalau nak cuba supplement Shaklee yang boleh bantu korang menurunkan gula dalam darah boleh cekidaut kat sini ok!

Ok, tu je la sharing Kak Sya untuk harini. Kalau ada soalan ke nak more info ke boleh roger2 Kak Sya ok!

Kurangkan manis makanan, tambahkan manis dalam senyuman.


======================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
======================

No comments:

Post a Comment