Showing posts with label Set Detox. Show all posts
Showing posts with label Set Detox. Show all posts

Buang toksin sambil kurus dengan Set Detox Shaklee!

Bismillah..

Bila kita cerita tentang detox, sebenarnya ramai yang salah faham. Ramai prospek dan customer yang menghubungi Kak Sya yang bertanyakan tentang Set Detox sebab nak kurus. Tahu tak anda, Set Detox bukan untuk kurus semata, tau! Jika anda mempunyai simptom seperti dibawah, jadi anda tak patut ragu-ragu untuk memulakan proses nyahtoksin.



Antara tanda-tanda anda patut ber-detoks adalah apabila anda mempunyai masalah:

  • Pencernaan/penghadaman
  • Gangguan tidur
  • Penambahan berat badan
  • Sembelit
  • Letih/lesu
  • Kulit kusam
  • Stress/tekanan
  • Food craving/asyik nak makan
Kenapa kita perlu detoks?
  • Untuk menyingkirkan logam berat seperti merkuri dan plumbum dari badan kita
  • Menyucikan organ dalaman terutamanya ginjal, hati dan otak dari toksin yang berbahaya
  • Memperkuatkan bakteria baik dalam usus
  • Untuk recaj sistem imun badan
  • Untuk menyingkirkan parasit yang ada dalam badan kita.
  • Susah nak turunkan berat badan
  • Selalu berjerawat, kulit kusam

SET DETOX SHAKLEE



Dalam Set Detox Shaklee, ada 5 jenis supplement yang anda perlu sediakan sebelum memulakan aktiviti detox.

Supplement-supplement anda WAJIB ada dalam Set Detox Shaklee adalah:

1. Vivix - Minuman botani lazat yang mengandungi campuran mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Vivix mengandungi antioksidan yang tinggi yang mampu melindungi sel dari kerosakan oksidatif akibat radikal bebas.

2. Alfalfa Complex - Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya yang mencecah sedalam 6meter ke dalam tanah, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral

3. Peppermint Ginger - Membekalkan herba semulajadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman

4. DTX Complex - Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat. Supplement khusus untuk detoks hati.

5. Herb-Lax - Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan menyokong pergerakan usus.

Kalau anda benar-benar serius untuk berdetoks, anda bukan sahaja perlukan supplement Set Detox ni, tapi anda juga WAJIB menjaga pemakanan dan gaya hidup anda.


Anda boleh baca testimoni :

Kurus dan turun berat sebanyak 40 kg dalam masa 4 bulan dengan SET DETOX SHAKLEE

Kurus dan turun berat sebanyak 10 kg dalam masa 10 minggu dengan SET DETOX PARASIT SHAKLEE. Anda mungkin berminat untuk membaca tentang detoks parasit disini

Turun berat dari 100kg kepada 75kg! Hilang 5kg dalam masa 5 hari+

Sebenarnya banyak sangat manfaat kalau kita buat detoks ni tau! Ni Kak Sya baru share kesan kurus (weight loss dan inch loss) bila makan Set Detox. Di entry lain Kak Sya akan share tentang effect lain bila berdetoks

Berminat nak detoks?

Roger Kak Sya ok!

Whatsapp/Telegram/SMS/Call : +6.013.7799.624


Stay healthy ya!
Kak Sya
ID : 1168907
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB & Singapore

Siapa yang perlukan Alfalfa Complex Shaklee?

Bismillah..

Dalam entry sebelum ni Kak Sya ada ceritakan tentang Alfalfa Complex Shaklee, dan apakah fungsi dan kebaikan Alfalfa Complex jika ia diamalkan.

Dalam entry ini pula, mari kita tengok siapakah yang patut makan Alfalfa Complex?



1. Ibu-ibu yang baru bersalin/sedang berpantang
  • Melancarkan darah nifas
  • Membantu mengecutkan rahim
2. Ibu yang menyusukan anak
  • Alfalfa merupakan herba yang telah diamalkan sekian lama sebagai milkbooster
  • Alfalfa mengandungi phyto-estrogen, atau estrogen tumbuhan yang membantu meningkatkan tisu payudara dan meningkatkan pengeluaran susu.
3. Individu yang mempunyai masalah sendi
  • Alfalfa merupakan supplement yang membantu mengurangkan keradangan pada sendi.
  • Alfalfa mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat membantu melegakan sakit sendi, sakit belakang dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan ia menguatkan tulang serta memberi manfaat kepada kesihatan badan secara menyeluruh
4. Individu yang mempunyai masalah kolestrol
  • Terdapat kajian yang mendapati serat didalam Alfalfa 'melekat' dengan kolestrol dalam darah, supaya ia tidak sempat untuk menempel pada salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat
5. Individu yang mempunyai masalah penghadaman
  • Alfalfa mempunyai nisbah enzim pencernaan yang tinggi yang membantu badan untuk mencerna protein, lemak dan karbohidrat
  • Alfalfa membantu mengurangkan ketidakhadaman dan angin  dengan melancarkan penghadaman makanan yang baru dimakan.
  • Membantu melegakan simptom refluks asid, pedih ulu hati dan ulser perut kerana ketidakupayaan perut untuk menyeimbangkan pH level perut.
6. Individu yang mempunyai masalah gout
  • Alfalfa membantu mengurangkan keradangan dikalangan pesakit gout, kerana sifatnya yang anti-radang dan antioksidan
  • Ia membantu mengurangkan dan meneutralkan kadar asid urik dalam darah.

Siapa pula yang tak digalakkan makan Alfalfa Complex?
  • Ibu hamil - alfalfa boleh memberi rangsangan kepada rahim dan mencetuskan kontraksi.
  • Individu yang mempunyai penyakit auto-imune seperti SLE dan lupus digalakkan agar menjauhi alfalfa kerana ia memberi rangsangan kepada pengaktifan semula lupus pada sesetengah individu
  • Individu yang mengambil ubat pencair darah. Alfalfa kaya dengan Vitamin K yang diketahui membantu mengelakkan pembekuan darah.
  • Pesakit buah pinggang kerana takut ia memberi kesan kepada buah pinggang jika pesakit sedang menjalani dialisis.

Nanti Kak Sya akan share testimoni Alfalfa dalam entry yang lain pula. Stay tune!!

Salam sihat,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore
+6.013.7799.624