Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Performance Drink - Supplement terbaik dikala musim El Nino

Hai semua!!

Dah berapa harini asik cerita pasal dehidrasi dan strok haba je kan, tapi tak pernahnya nak cerita apa jenis supplement yang sesuai kita amalkan semasa musim panas ni.

Jom kita tengok apa supplement yang sesuai dari Shaklee yang sesuai kita consume masa musim panas ni..


Performance Drink Shaklee


Kelebihan Performance Drink Shaklee:

  • Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain. Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf saraf dan otot otot badan.
  • Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  • Terbukti secara klinikal: Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.



So, tunggu ape lagi? Jom ramai2 order Performance Drink ni! Anak2 kita boleh bawa bekal ke sekolah, untuk suami sebagai penghilang dahaga (especially yang kerja luar), untuk kita pun boleh. 

Untuk atlet2 pon boleh tau! Bagussss sangat ai tell you!

Nak lebih maklumat? Jom calling2:

☎/Whatsapp : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907

Boleh COD ke area Pasir Gudang dan sekitar

Boleh POS satu dunia!! :)

Strok haba - Langkah-langkah pencegahan

Hai semua! Entry yg lepas Kak Sya dah explain pasal simptom2 dan siapa yang berisiko untuk terkena strok haba, kan? Entry kali ni Kak Sya nak cerita pasal macam mana cara yang boleh diambil untuk mencegah diri kita, keluarga dari terkena strok haba ini.

1) Pakai pakaian yang longgar dan ringan
Jika anda memakai pakaian yang tebal atau terlalu ketat, badan anda tidak dapat menyejuk dengan baik.

2) Lindungi diri anda dari sinaran matahari
Sunburn atau selain matahari akan menyebabkan kebolehan badan anda untuk menyejuk dengan baik berkurangan, jadi lindungi diri anda dari terkena sinaran matahari dengan memakai krim pelindung (sekurang2nya SPF 15 dan ke atas) dan sapu setiap 2 jam - atau lebih jika anda melakukan aktiviti luar.

3) Minum banyak air
Dengan memastikan badan sentiasa terhidrat, badan nada akan berpeluh, dan ini akan membuatkan suhu badan anda berada dalam paras normal.



4) Ambil langkah berjaga-jaga dengan ubat-ubatan yang diambil
Berjaga-jaga dengan masalah berkaitan haba jika anda mengambil ubat-ubatan yang boleh menjejaskan tahap hidrasi badan dan pembebasan haba.

5) Jangan tinggalkan sesiapa didalam kereta yang diparkir
Ini adalah punca utama kematian kanak-kanak yang berkaitan dengan haba. Apabila kenderaan anda diparkir dibawah matahari, suhu dalam kenderaan anda boleh meningkat sehingga lebih dari 6 darjah Celcius dalam masa 10minit.

Adalah tidak selamat untuk meninggalkan sesiapa dalam kenderaan yang diparkir dalam cuaca panas, walaupun kenderaan diteduhkan atau tingkap dibuka. Jika anda meletakkan kenderaan anda dikawasan parkir, pastikan ia dikunci supaya anak anda tidak masuk ke dalamnya.

6) Jangan berada diluar semasa cuaca panas terik
Jika anda tidak boleh mengelak dari menjalani aktiviti luar, pastikan anda minum banyak air dan pastikan anda mendapat sebanyak teduhan yang boleh ditempat yang sejuk/teduh. Cuba aturkan supaya aktiviti luar anda dapat dijalankan pada keadaan yang tidak panas, seperti pada awal pagi atau lewat petang.



7) Ambil langkah berjaga-jaga jika anda seorang yang berisiko tinggi
Jika anda adalah seorang yang mengambil ubatan yang boleh mendatangkan masalah berkaitan haba, jauhi kepanasan dan ambil tindakan segera jika anda mengesan simptom-simpton panas melampau. Sekiranya anda mengambil bahagian dalam aktiviti luar, pastikan terdapat bantuan kecemasan sekiranya diperlukan.

Jadi, tolong pastikan anda mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang dah diberitahu. Bahaya tau panas sekarang niii!!

Nak try supplement yang boleh membantu anda setiasa kekal terhidrat? Jom contact saya:



☎/Whatsapp : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907


Boleh COD ke area Pasir Gudang dan sekitar
Boleh POS satu dunia!! :)






Strok haba - Simptom dan siapa yang berisiko?

Hai semua! Selamat hari Isnin. Semoga hari ni hari yg produktif utk korang. Maklum laa, hari Isnin kan?

Ok la, harini nak sambung sub topik dari intro strok haba semalam. Dua sub topik yg akan Kak Sya huraikan harini ialah tentang simptom strok haba dan siapa yg berisiko untuk mendapat strok haba.

Ada 8 simptom strok haba yang perlu korang ketahui2:

a) Suhu badan yang tinggi
Suhu badan yang lebih dari 40C (104F) adalah tanda utama anda terkena strok haba.

b) Perubahan keadaan mental dan kelakuan
Kekeliruan, pergolakan, pertuturan yang tidak jelas, cepat marah, kecelaruan, sawan dan koma boleh terjadi kesan dari strok haba.

c) Perubahan dalam berpeluh
Dalam strok haba yang disebabkan oleh cuaca panas, kulit anda akan berasa panas dan kering apabila disentuh. 

Walaubagaimanapun, jika anda terkena strok haba apabila melakukan senaman berat, kulit anda mungkin akan berasa lebih lembap.

d) Loya & muntah
Anda mungkin akan merasa sakit perut atau muntah.

e) Kulit memerah
Kulit anda mungkin akan memerah seiring  dengan peningkatan suhu badan.



f) Pernafasan yang cepat
Kadar pernafasan anda mungkin akan  menjadi lebih cepat dan pendek.

g) Kadar degupan jantung yang pantas
Denyutan nadi anda mungkin akan bertambah kerana tekanan haba memberikan bebanan yang besar kepada jantung anda untuk membantu menyejukkan badan anda.

h) Sakit kepala
Kepala anda mungkin akan berasa sakit.

Siapa pula yang berisiko untuk mendapat strok haba ni?

- Bayi dan kanak-kanak

- Warga tua (selalunya mereka yang mengalami masalah jantung, masalah paru-paru, masalah buah pinggang atau yang mengambil ubat-ubatan yang membuatkan mereka terdedah kepada kekeringan dan strok haba)

- Atlet sukan

- Individu yang bekerja diluar pejabat dan secara fizikalnya terdedah kepada sinaran matahari. 

So dah tau kan apa simptom strok haba, dan siapa yang berisiko? Minum air banyak-banyak ok peeps!

Kalau nak consultation tentang supplement sesuai untuk melawan strok haba, I'm just a call away..

☎/Whatsapp : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907

Boleh COD ke area Pasir Gudang dan sekitar
Boleh POS satu dunia!! :)

Dehidrasi VS Strok Haba?

Assalamualaikum. Dah abis cite pasal Vivix. Harini Kak Sya nak cerita pasal strok haba pulak. Intro je la. Esok2 kita sambung lagi detail ye.

Ok, jom kita mulakan dengan mengena apa itu dehidrasi? DEHIDRASI ialah keadaan dimana badan kita kehilangan cecair dalam badan, terutamanya air. Dan kehilangan air ini melebihi jumlah pengambilan air kita.

Apabila berlakunya dehidrasi, lebih banyak air akan keluar dari sel-sel tubuh kita berbanding dengan jumlah air yang kita ambil. Kita kehilangan air setiap hari dalam benti penyejatan air, semasa kita bernafas, berpeluh, dan semasa kita membuang air kecik & besar.

Tahukah anda, sejumlah garam juga akan hilang dari badan kita semasa kita kehilangan air.

Bila kita kehilangan terlalu banyak air, badan kita akan menjadi tidak semban atau terdehidrasi. Dehidrasi melampau boleh menyebabkan kematian.

Dah ada idea pasal dehidrasi atau kekurangan air? Jom kita tengok apa pulak kisahnya dengan strok haba.


STROK HABA adalah keadaan dimana badan kita menjadi terlampau panas, selalunya disebabkan oleh pendedahan kepada suhu panas yang terlalu lama.

Kecederaan haba yang paling serius atau lebih dikenali sebagai strok haba ini boleh berlaku jika suhu badan anda meningkat melebihi 40C.

Jika anda atau sesiapa sahaja terkena strok haba, rawatan kecemasan hendaklah diberikan dengan segera. Ini kerana strok haba yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada otak, jantung, buah pinggang dan otot. 

Kerosakan ini boleh menjadi lebih teruk jika rawatan kecemasan dilengahkan, dan meningkatkan risiko komplikasi yang lebih serius atau lebih dahsyat lagi, kematian.


Esok kita sambung lagi ye dengan topic simptom strok haba dan siapa yang berisiko untuk mendapat strok haba. Music panas ni, jaga diri, jangan berjemur selalu. 

Take care.

☎/Whatsapp : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907

Boleh COD ke area Pasir Gudang dan sekitar
Boleh POS satu dunia!! :)