Dehidrasi VS Strok Haba?

Assalamualaikum. Dah abis cite pasal Vivix. Harini Kak Sya nak cerita pasal strok haba pulak. Intro je la. Esok2 kita sambung lagi detail ye.

Ok, jom kita mulakan dengan mengena apa itu dehidrasi? DEHIDRASI ialah keadaan dimana badan kita kehilangan cecair dalam badan, terutamanya air. Dan kehilangan air ini melebihi jumlah pengambilan air kita.

Apabila berlakunya dehidrasi, lebih banyak air akan keluar dari sel-sel tubuh kita berbanding dengan jumlah air yang kita ambil. Kita kehilangan air setiap hari dalam benti penyejatan air, semasa kita bernafas, berpeluh, dan semasa kita membuang air kecik & besar.

Tahukah anda, sejumlah garam juga akan hilang dari badan kita semasa kita kehilangan air.

Bila kita kehilangan terlalu banyak air, badan kita akan menjadi tidak semban atau terdehidrasi. Dehidrasi melampau boleh menyebabkan kematian.

Dah ada idea pasal dehidrasi atau kekurangan air? Jom kita tengok apa pulak kisahnya dengan strok haba.


STROK HABA adalah keadaan dimana badan kita menjadi terlampau panas, selalunya disebabkan oleh pendedahan kepada suhu panas yang terlalu lama.

Kecederaan haba yang paling serius atau lebih dikenali sebagai strok haba ini boleh berlaku jika suhu badan anda meningkat melebihi 40C.

Jika anda atau sesiapa sahaja terkena strok haba, rawatan kecemasan hendaklah diberikan dengan segera. Ini kerana strok haba yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada otak, jantung, buah pinggang dan otot. 

Kerosakan ini boleh menjadi lebih teruk jika rawatan kecemasan dilengahkan, dan meningkatkan risiko komplikasi yang lebih serius atau lebih dahsyat lagi, kematian.


Esok kita sambung lagi ye dengan topic simptom strok haba dan siapa yang berisiko untuk mendapat strok haba. Music panas ni, jaga diri, jangan berjemur selalu. 

Take care.

☎/Whatsapp : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907

Boleh COD ke area Pasir Gudang dan sekitar
Boleh POS satu dunia!! :)




No comments:

Post a Comment