Strok haba - Simptom dan siapa yang berisiko?

Hai semua! Selamat hari Isnin. Semoga hari ni hari yg produktif utk korang. Maklum laa, hari Isnin kan?

Ok la, harini nak sambung sub topik dari intro strok haba semalam. Dua sub topik yg akan Kak Sya huraikan harini ialah tentang simptom strok haba dan siapa yg berisiko untuk mendapat strok haba.

Ada 8 simptom strok haba yang perlu korang ketahui2:

a) Suhu badan yang tinggi
Suhu badan yang lebih dari 40C (104F) adalah tanda utama anda terkena strok haba.

b) Perubahan keadaan mental dan kelakuan
Kekeliruan, pergolakan, pertuturan yang tidak jelas, cepat marah, kecelaruan, sawan dan koma boleh terjadi kesan dari strok haba.

c) Perubahan dalam berpeluh
Dalam strok haba yang disebabkan oleh cuaca panas, kulit anda akan berasa panas dan kering apabila disentuh. 

Walaubagaimanapun, jika anda terkena strok haba apabila melakukan senaman berat, kulit anda mungkin akan berasa lebih lembap.

d) Loya & muntah
Anda mungkin akan merasa sakit perut atau muntah.

e) Kulit memerah
Kulit anda mungkin akan memerah seiring  dengan peningkatan suhu badan.



f) Pernafasan yang cepat
Kadar pernafasan anda mungkin akan  menjadi lebih cepat dan pendek.

g) Kadar degupan jantung yang pantas
Denyutan nadi anda mungkin akan bertambah kerana tekanan haba memberikan bebanan yang besar kepada jantung anda untuk membantu menyejukkan badan anda.

h) Sakit kepala
Kepala anda mungkin akan berasa sakit.

Siapa pula yang berisiko untuk mendapat strok haba ni?

- Bayi dan kanak-kanak

- Warga tua (selalunya mereka yang mengalami masalah jantung, masalah paru-paru, masalah buah pinggang atau yang mengambil ubat-ubatan yang membuatkan mereka terdedah kepada kekeringan dan strok haba)

- Atlet sukan

- Individu yang bekerja diluar pejabat dan secara fizikalnya terdedah kepada sinaran matahari. 

So dah tau kan apa simptom strok haba, dan siapa yang berisiko? Minum air banyak-banyak ok peeps!

Kalau nak consultation tentang supplement sesuai untuk melawan strok haba, I'm just a call away..

☎/Whatsapp : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907

Boleh COD ke area Pasir Gudang dan sekitar
Boleh POS satu dunia!! :)

No comments:

Post a Comment