Strok haba - Langkah-langkah pencegahan

Hai semua! Entry yg lepas Kak Sya dah explain pasal simptom2 dan siapa yang berisiko untuk terkena strok haba, kan? Entry kali ni Kak Sya nak cerita pasal macam mana cara yang boleh diambil untuk mencegah diri kita, keluarga dari terkena strok haba ini.

1) Pakai pakaian yang longgar dan ringan
Jika anda memakai pakaian yang tebal atau terlalu ketat, badan anda tidak dapat menyejuk dengan baik.

2) Lindungi diri anda dari sinaran matahari
Sunburn atau selain matahari akan menyebabkan kebolehan badan anda untuk menyejuk dengan baik berkurangan, jadi lindungi diri anda dari terkena sinaran matahari dengan memakai krim pelindung (sekurang2nya SPF 15 dan ke atas) dan sapu setiap 2 jam - atau lebih jika anda melakukan aktiviti luar.

3) Minum banyak air
Dengan memastikan badan sentiasa terhidrat, badan nada akan berpeluh, dan ini akan membuatkan suhu badan anda berada dalam paras normal.



4) Ambil langkah berjaga-jaga dengan ubat-ubatan yang diambil
Berjaga-jaga dengan masalah berkaitan haba jika anda mengambil ubat-ubatan yang boleh menjejaskan tahap hidrasi badan dan pembebasan haba.

5) Jangan tinggalkan sesiapa didalam kereta yang diparkir
Ini adalah punca utama kematian kanak-kanak yang berkaitan dengan haba. Apabila kenderaan anda diparkir dibawah matahari, suhu dalam kenderaan anda boleh meningkat sehingga lebih dari 6 darjah Celcius dalam masa 10minit.

Adalah tidak selamat untuk meninggalkan sesiapa dalam kenderaan yang diparkir dalam cuaca panas, walaupun kenderaan diteduhkan atau tingkap dibuka. Jika anda meletakkan kenderaan anda dikawasan parkir, pastikan ia dikunci supaya anak anda tidak masuk ke dalamnya.

6) Jangan berada diluar semasa cuaca panas terik
Jika anda tidak boleh mengelak dari menjalani aktiviti luar, pastikan anda minum banyak air dan pastikan anda mendapat sebanyak teduhan yang boleh ditempat yang sejuk/teduh. Cuba aturkan supaya aktiviti luar anda dapat dijalankan pada keadaan yang tidak panas, seperti pada awal pagi atau lewat petang.



7) Ambil langkah berjaga-jaga jika anda seorang yang berisiko tinggi
Jika anda adalah seorang yang mengambil ubatan yang boleh mendatangkan masalah berkaitan haba, jauhi kepanasan dan ambil tindakan segera jika anda mengesan simptom-simpton panas melampau. Sekiranya anda mengambil bahagian dalam aktiviti luar, pastikan terdapat bantuan kecemasan sekiranya diperlukan.

Jadi, tolong pastikan anda mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang dah diberitahu. Bahaya tau panas sekarang niii!!

Nak try supplement yang boleh membantu anda setiasa kekal terhidrat? Jom contact saya:



☎/Whatsapp : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907


Boleh COD ke area Pasir Gudang dan sekitar
Boleh POS satu dunia!! :)






No comments:

Post a Comment