Showing posts with label Kolestrol. Show all posts
Showing posts with label Kolestrol. Show all posts

Siapa yang perlukan Alfalfa Complex Shaklee?

Bismillah..

Dalam entry sebelum ni Kak Sya ada ceritakan tentang Alfalfa Complex Shaklee, dan apakah fungsi dan kebaikan Alfalfa Complex jika ia diamalkan.

Dalam entry ini pula, mari kita tengok siapakah yang patut makan Alfalfa Complex?



1. Ibu-ibu yang baru bersalin/sedang berpantang
  • Melancarkan darah nifas
  • Membantu mengecutkan rahim
2. Ibu yang menyusukan anak
  • Alfalfa merupakan herba yang telah diamalkan sekian lama sebagai milkbooster
  • Alfalfa mengandungi phyto-estrogen, atau estrogen tumbuhan yang membantu meningkatkan tisu payudara dan meningkatkan pengeluaran susu.
3. Individu yang mempunyai masalah sendi
  • Alfalfa merupakan supplement yang membantu mengurangkan keradangan pada sendi.
  • Alfalfa mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat membantu melegakan sakit sendi, sakit belakang dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan ia menguatkan tulang serta memberi manfaat kepada kesihatan badan secara menyeluruh
4. Individu yang mempunyai masalah kolestrol
  • Terdapat kajian yang mendapati serat didalam Alfalfa 'melekat' dengan kolestrol dalam darah, supaya ia tidak sempat untuk menempel pada salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat
5. Individu yang mempunyai masalah penghadaman
  • Alfalfa mempunyai nisbah enzim pencernaan yang tinggi yang membantu badan untuk mencerna protein, lemak dan karbohidrat
  • Alfalfa membantu mengurangkan ketidakhadaman dan angin  dengan melancarkan penghadaman makanan yang baru dimakan.
  • Membantu melegakan simptom refluks asid, pedih ulu hati dan ulser perut kerana ketidakupayaan perut untuk menyeimbangkan pH level perut.
6. Individu yang mempunyai masalah gout
  • Alfalfa membantu mengurangkan keradangan dikalangan pesakit gout, kerana sifatnya yang anti-radang dan antioksidan
  • Ia membantu mengurangkan dan meneutralkan kadar asid urik dalam darah.

Siapa pula yang tak digalakkan makan Alfalfa Complex?
  • Ibu hamil - alfalfa boleh memberi rangsangan kepada rahim dan mencetuskan kontraksi.
  • Individu yang mempunyai penyakit auto-imune seperti SLE dan lupus digalakkan agar menjauhi alfalfa kerana ia memberi rangsangan kepada pengaktifan semula lupus pada sesetengah individu
  • Individu yang mengambil ubat pencair darah. Alfalfa kaya dengan Vitamin K yang diketahui membantu mengelakkan pembekuan darah.
  • Pesakit buah pinggang kerana takut ia memberi kesan kepada buah pinggang jika pesakit sedang menjalani dialisis.

Nanti Kak Sya akan share testimoni Alfalfa dalam entry yang lain pula. Stay tune!!

Salam sihat,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore
+6.013.7799.624

17 Kelebihan asid lemak Omega-3

Bismillah..

Assalamualaikum readers..

Seperti yang Kak Sya janjikan dalam pos Kak Sya sebelum ni (klik disini untuk baca), suka untuk Kak Sya kongsikan dengan readers semua kebaikan Omega-3 untuk badan kita.
Pengenalan

Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak sihat yang diperlukan oleh badan kita. Asid lemak Omega-3 adalah sejenis asid lemak poly-unsaturated.

Fungsi asid lemak Omega-3 untuk sel adalah membantu penghasilan sel membrane. Apabila sel membrane kita lengkap, sihat dan cukup nutrien, ia membantu dalam nutrien intake ke dalam sel dan keluar sel yang lebih sempurna. So, sel badan kita akan berfungsi dengan lebih bagus dan efisien. Asid lemak Omega-3 juga tidak boleh dihasilkan oleh badan tau! Ia merupakan essential fatty acid yang bermaksud asid lemak penting.

Jom kita tengok apakah lagi 17 kelebihan pengambilan asid lemak Omega-3 ni..

1. Omega-3 membantu melawan rasa murung dan cemas

Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang biasa dijumpai. Simptom-simptom kemurungan termasuklah kesedihan, keletihan dan hilangnya minat dalam hidup.

Selalu berasa cemas (anxiety) juga merupakan salah satu dari penyakit mental yang biasa dicirikan dengan kerisauan dan gementar yang berpanjangan. 

Menariknya, kajian yang yang dijalankan menunjukkan pengambila Omega-3 secara konsisten mengurangkan simptom-simptom kemurungan dan kecemasan. Ini kerana salah satu daripada 3 jenis asid lemak Omega-3 (asid lemak Omega-3 terdiri daripada DHA, ALA dan EPA) iaitu EPA sangat efektif dalam melawan simptom kemurungan.

2. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan mata

DHA, salah satu asid lemak Omega-3 ialah satu struktur komponen utama otak dan retina mata.

Jika anda tidak mendapat cukup DHA dalam diet harian, anda mungkin akan menghadapi masalah dengan penglihatan anda.

Pengambilan Omega-3 yang kaya dengan DHA mengurangkan risiko macular degeneration - sejenis penyebab kerosakan mata yang terkenal didunia. 



3. Omega-3 menggalakkan kesihatan otak semasa kehamilan dan di awal kelahiran

Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan tumbesaran otak kanak-kanak.


40% daripada DHA yang didapati dari asid lemak politaktepu diperlukan dalam otak; manakala 60% lagi diperlukan dalam retina mata.

Oleh yang demikian, tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang dibekalkan dengan susu kaya DHA mempunyai penglihatan yang lebih baik dari kanak-kanak yang tidak mendapat bekalan DHA yang secukupnya.

Ibu-ibu yang mendapat bekalan Omega-3 yang mencukupi semasa hamil akan memberi anak yang dikandung kebaikan-kebaikan seperti dibawah, insyaaAllah:

 1. Kebijaksaan yang tinggi
2. Skil sosial dan komunikasi yang lebih baik
3. Kurang masalah perilaku
4. Pengurangan risiko kelewatan tumbesaran
 5. Mengurangkan risiko ADHD, autism dan cerebral palsy.

4. Omega-3 boleh memperbaiki faktor risiko penyakit kardiovaskular


Asid lemak Omega-3 telah dibuktikan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan jantung. Ini termasuklah: 



  • Mengurangkan triglycerides sebanyak 15 hingga 30%. Tahukah anda, semakin tinggi triglycerides dalam badan, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung? 
  • Omega-3 boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah dikalangan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi
  • Omega-3 membantu meningkatkan kolestrol baik (HDL)
  • Omega-3 mencegah pembekuan darah
  • Omega-3 mencegah plaque yang menghalang dan mengeraskan arteri dengan membantu melancarkan perjalanan darah dalam arteri
  • Omega-3 bersifat anti-radang. 
Bagi sesetengah orang, Omega-3 juga membantu mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dalam darah mereka. 

5, Omega-3 mengurangkan simptom ADHD dikalangan kanak-kanak

ADHD atau attention deficit hyperactivity disorder ialah gangguan tingkah laku yang dicirikan oleh kelakuan yang tidak masuk akal (inattention), hiperaktif dan impulsif

Omega-3 adalah supplement yang boleh mengurangkan simptom-simptom ADHD dikalangan kanak-kanak. Ia memperbaiki perhatian dan mengurangkan hiperaktiviti, impulsif dan sifat aggresif pada kanak-kanak
6. Omega-3 mengurangkan simptom-simptom sindrom metabolik

Sindrom metabolik termasuklah lemak dibahagian perut, tekanan darah tinggi, kerintangan terhadap insulin, tinggi kadar triglycerides, dan kadar HDL yang rendah.

Kesemua sindrom diatas sangat lah tidak baik untuk badan kita, kerana ia menjerumus kepada risiko pembentukan penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Pengambilan omega-3 boleh membantu mengurangkan kerintangan insulin dan keradangan, dan memperbaiki faktor risiko penyakit jantung dikalangan individu yang mempunyai sindrom metabolik.

7. Omega-3 sebagai supplement anti-radang

Keradangan sangat penting kerana badan kita memerlukannya untuk melawan jangkitan dan memperbaiki kerosakan.

Tetapi, kadangkala keradangan wujud dalam tempoh yang lama, walaupun jangkitan atau luka tidak lagi ada. Ini dinamakan keradangan kronik (long-term). Keradangan kronik selalunya sangat berkait dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

Asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan pembentukan molekul dan bahan yang berkaitan dengan keradangan, seperti eicosanoids dan cytokines.

8. Omega-3 boleh melawan penyakit auto-immune

Dalam penyakit-penyakit berkaitan auto-imun, sistem imun badan akan menyerang sel-sel sihat secara kerana ia menyangka sel-sel sihat adalah sel-sel yang rosak.

Contoh penyakit auto-imun adalah diabetes type 1. Sistem imun pesakit diabetes type 1 menyerang sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas, yang menyebabkan kekurangan insulin dan menyebabkan kadar gula yang tinggi dalam darah. 

Omega-3 boleh membantu untuk melawan penyakit auto-imun, terutamanya diperingkat awal kehidupan.

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dari awal sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit auto-imun, termasuklah diabetes type 1, diabetes dikalangan orang dewasa dan multiple sclerosis.



Omega-3 juga sangat membantu merawat penyakit-penyakit seperti lupus, rheumatoid arthritis, ulcerative colitis, Crohn's disease dan psoriasis.

9. Omega-3 boleh memperbaiki gangguan mental


Kebanyakan pesakit psikiatari dikaitkan dengan kekurangan omega-3.


Kajian menunjukkan pengambilan supplement omega-3 boleh mengurangkan kekerapan perubahan emosi dan relapse dikalangan mereka yang mempunyai masalah schizophrenia dan gangguan dwipolar.


Pengambilan supplement asid lemak omega-3 juga boleh mengurangkan kelakuan ganas dalam seseorang individu.


10. Omega-3 melawan penurunan mental disebabkan faktor usia & penyakit Alzheimer


Penurunan fungsi otak adalah salah satu akibat dari penuaan, dan ia memang tidak boleh dielakkan.


Pengambilan asid lemak omega-3 yang tinggi sangat berkait rapat dengan pengurangan risiko penyakit penurunn mental dan Alzheimer.


Individu yang kerap makan asid lemak ikan mempunyai lebih gray matter didalam otak berbanding mereka yang sebaliknya. Tisu inilah yang memproses maklumat, ingatan dan emosi.


11. Omega-3 membantu mencegah kanser


Individu yang mengambil omega-3 dalam diet harian mereka mempunyai 55% kurang risiko untuk mendapat kanser kolon. Dalam satu kajian lain, didapati penggunaan omega-3 juga membantu menurunkan risiko kanser prostat dikalangan lelaki dan kanser payudara di kalangan wanita.


12. Omega-3 boleh mengurangkan asthma kanak-kanak


Asthma ialah penyakit paru-paru kronik dengan simptom-simptom seperti batuk, sesak nafas dan berdeham (wheezing). Serangan asthma yang teruk boleh menjadi sangat berbahaya. Ia disebabkan oleh keradangan dan pembengkakkan paru-paru.


Ada kajian yang dikaitkan dengan risiko serangan asthma yang lebih rendah dikalangan kanak-kanak dan remaja.


13. Omega-3 mengurangkan lemak dihati


Non-alchoholic fatty liver disease (NAFLD) meningkat dengan kegemukan, dan pengambilan asid lemak omega-3 boleh mengurangkan lemak hati dan keradangan dikalangan individu yang mempunyai NAFLD.


14. Omega-3 membantu memperbaiki kesihatan tulang dan sendi


Osteoporosis dan arthritis adalah dua masalah berkaitan dengan sistem tulang.


Pengambilan asid lemak omega-3 secara konsisten sangat membantu memperbaiki kekuatan tulang, meningkatkan jumlah kalsium dalam tulang, sekaligus mengurangkan risiko osteoporosis.


Manakala bagi pesakit arthritis pula, dengan mengambil supplement omega-3, mereka akan berasa kurang kesakitan dibahagian sendi, dan meningkatkan kekuatan cengkaman.


15. Omega-3 meredakan period pain


Period pain memang seksa! Jika anda mengalami masalah ni, silalah mula untuk ambil supplement asid lemak omega-3 kerana kajian-kajian mendapati wanita-wanita yang mengambil supplement omega-3 memnpunyai period pain yang lebih ringan berbanding yang tidak ambil. 


Ada juga kajian yang dijalankan juga mendapati supplement omega-3 lebih berkesan merawat kesakitan yang teruk berbanding ubat anti-radang


16. Asid lemak omega-3 baik untuk kulit


DHA adalah struktur asas kulit. Ia bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan sel membran, yang membentuk bahagian terbesar kulit. 


Sel membran yang sihat akan menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan bebas kedutan.


EPA dalam minyak ikan juga memberi kesan kepada kulit iaitu:



  • Menguruskan penghasilan minyak dalam kulit
  • Menguruskan kelembapan kulit
  • Mencegah hyperkeratinization (bintik merah kecil pada bahagian atas lengan)
  • Mencegah penuaan pra-matang kulit
  • Mencegah jerawat
Omega-3 juga melindungi kulit dari kerosakan matahari. EPA melindungi kulit dari bahan yang  memusnahkan kolagen selepas terkenal sinaran matahari. 

17. Omega-3 boleh membantu meningkatkan kualiti tidur

Masalah tidur dikalangan kanak-kanak dan berdengkur dikalangan orang dewasa sangat berkait dengan kekurangan Omega-3.

Kekurangan DHA juga sangat berkait dengan kekurangan hormon melatonin, iaitu hormon yang membantu kita tidur. 



Kajian menunjukkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengambill Omega-3 dalam diet harian mempunyai masa tidur yang lebih panjang dan tidur yang lebih berkualiti

Wow..banyak betul kelebihan Omega-3 ni ya! Bukan saja baik untuk dewasa, tapi untuk kanak-kanak kita juga!

Tau tak ada supplement yang korang boleh ambil untuk dapatkan bekalan Omega-3 yang cukup untuk badan kita? 

Hubungi Kak Sya untuk maklumat lanjut. 

http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/SMS/Telegram/Whatsapp : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya

Vivix murah - Promosi November 2017!

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat petang semua! Kak Sya harapkan anda semua sihat dan gembira la hendaknya ya disamping insan-insan tersayang..

Kak Sya nak cerita tentang promosi bombastik Shaklee bulan ni. Ready dah? Berdebar2 tau nak bagitau sebab semua promosi bulan ni best sangat!!


Nah, promosi pertama -

Ni salah satu promo best yg anda boleh grab untuk seisi keluarga. Ade 2 promo tau dalam poster ni:-
.
1. Untuk Mommy & Daddy - dengan setiap pembelian 100uv, pilih lah antara ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C atau Omega - korg boleh beli Vitamin E atau GLA Complex pada harga LESS 20%! 😱😱😱
20% tauuuu!!
.
2. Untuk Anak2 - Vitalea for Children  - multivitamin kanak2 perisa anggur yg sedap. Beli 3 botol dpt PERCUMA SATU BOTOL. 😱😱😱

Tak kisah la korang ni pencinta:-

🌸 Set Hamil
🌸 Set Slimming
🌸 Set Pantang
🌸 Set Kulit
🌸 Set Low Hb
🌸 Set Kesihatan Asas
🌸 Set Lelaki Macho
🌸 Set Wanita Gojes
🌸 Set Kesuburan
🌸 Set Kanak2

SEMUA ni korang boleh beli dan dapatkan Vitamin E atau GLA Complex pada harga less 20% 😱😱

Seronok kan?

Meh Kak Sya cerita promo kedua pulak..  Hihi. Berdebar2 tak??


Nah, ni la dia promo VIVIX bulan ni. Tapiii untuk anda yang masih belum ahli je tauuu.

Kalau anda tertarik kepada Vivix sebab ini 🔽🔽🔽

- Kadar gula dalam darah yg tinggi
- Masalah kardiovaskular
- Tekanan darah tinggi
- Gout
- Masalah sendi
- Masalah protein dlm buah pinggang
- Masalah kesuburan
- Hendak berpantang
- Bacaan kolestrol yang tinggi

Ataupun anda saja nak makan Vivix sebab nak jadi lebih sihat!

Boleh grab PROMO twinpack ni tau! Banyak sangat jimat mcm dlm poster!

Ya Allah bestnyaaaaaaaa

Dah lamaaa sangat takde promo macam ni..

Grab sekarang tau! Kalau anda sedang berkira2 nak beli set kulit ke, set hamil ke, set pantang ke, set kesihatan asas ke - dah boleh sangat grab yg 20% tu sekali!

Rugi wehh kalau tak rebut peluang ni!!

Jangan tunggu lama2, takut melepas pula nanti.. 


Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
COD Pasir Gudang - JB
Pos ke alamat anda bila2 masa sahaja

Testimoni pesakit kolestrol tinggi selepas mengamalkan Vivix

Assalamualaikum semua! Mesti korang pelik kan napeee laa Kak Sya asik update pasal Vivix je. Mohon jangan jemu ye baca, sebab Vivix ni insyaAllah boleh bantu anda untuk sembuh dari penyakit anda. 

Dalam entry sebelum ni, Kak Sya ada kongsikan dengan korang kebaikan VIVIX untuk pesakit kolestrol tinggi. Kat bawah ni ada testimoni pasal customer yang beli Vivix untuk mak dia dan berjaya bantu mak dia kurangkan bacaan untuk kolestrol dan blood sugar. Alhamdulillah..

Siapa takmau parents dia sihat kan? Jom ikhtiar sembuhkan kesayangan kita dengan supplement kegemaran ramai ni!

Bulan ni ada special promotion tau!

Call je Kak Sya untuk special consultation!

☎/WA : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam
POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

Lawan masalah KOLESTROL TINGGI dengan VIVIX

Hai semua!! Kak Sya doakan anda semua sihat hendaknya, insyaAllah.

Post kali ni, Kak Sya nak share tentang kolestrol tinggi.

Apa tu kolestrol?



KOLESTROL - SI PEMBUNUH SENYAP

Kolestrol adalah sejenis bahan berlilin yang dihasilkan oleh hati dan boleh juga dijumpai dalam makanan2 tertentu. Kolestrol memainkan peranan penting dalam bagaimana sel2 dalam badan bekerja & diperlukan dalam penghasilan Vitamin D, sesetengah hormon dan hempedu untuk penghadaman.

Jom kita fahamkan apa itu HDL dan LDL?

Kolestrol dibawa dalam darah terikat dengan sejenis protein yang dikenali sebagai lipoprotein. Ada 2 bentuk lipoprotein, iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) dan HDL (High Density Lipoprotein). Kolestrol LDL selalu dirujuk sebagai "Kolestrol Jahat" kerana jika ia terlalu banyak, ia akan menjadi tidak sihat. Kolestrol HDL pula selalu diklasifikasikan sebagai "Kolestrol Baik" kerana ia bersifat melindungi. Pengetahuan tentang kadar kolestrol badan kita boleh mengurangkan risiko untuk seseorang individu untuk mendapat penyakit berkaitan jantung.

Kesan kolestrol jahat untuk badan kita

Bila terlalu banyak kolestrol dalam darah, ia akan membentuk di dinding arteri, menyebabkan atherosclerosis, sejenis penyakit jantung. Arteri akan menjadi lebih sempit dan perjalanan darah ke otot jantung akan menjadi perlahan atau tersekat. Darah membawa oksigen ke jantung, and jika darah dan oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi, boleh menyebabkan anda mengalami sakit dada. Jika bekalan darah ke bahagian jantung disekat dan tersumbat, akan menyebabkan anda terkena serangan jantung.

Vivix untuk pesakit kolestrol tinggi

Moh kite tengok testimoni pesakit kolestrol yang alhamdulillah dah berjaya sembuh setelah mengamalkan Vivix. Tak cuba tak tau, ye dak?

Seperti yang Kak Sya pernah share sebelum ni, Vivix memang baik untuk kesihatan optimum, tak terkecuali untuk yang mengalami masalah kolestrol. 

Dalam Vivix ada polyphenol. Polyphenol ni bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan kita dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atom reaktif yang menyumbang kepada kerosakan tisu dalam badan. Antioksidan juga boleh membantu mencegah penyakit jantung dengan meningkatkan tahap kolestrol baik (HDL) dan melindungi dari kerosakan arteri.

Manakala kandungan resveratrol dalam Vivix pula adalah merupakan bahan utama yang membantu mencegah kerosakan pada salur darah, mengurangkan kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan membantu mencegah darah beku.

Itu lah serba sedikit yang Kak Sya boleh kongsikan dengan korang pasal kebaikan Vivix vs kolestrol ni. Semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk kita kongsikan bersama..

Hubungi pengedar Shaklee kepercayaan ramai!

☎/WA : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam
POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!