Siapa yang perlukan Alfalfa Complex Shaklee?

Bismillah..

Dalam entry sebelum ni Kak Sya ada ceritakan tentang Alfalfa Complex Shaklee, dan apakah fungsi dan kebaikan Alfalfa Complex jika ia diamalkan.

Dalam entry ini pula, mari kita tengok siapakah yang patut makan Alfalfa Complex?



1. Ibu-ibu yang baru bersalin/sedang berpantang
  • Melancarkan darah nifas
  • Membantu mengecutkan rahim
2. Ibu yang menyusukan anak
  • Alfalfa merupakan herba yang telah diamalkan sekian lama sebagai milkbooster
  • Alfalfa mengandungi phyto-estrogen, atau estrogen tumbuhan yang membantu meningkatkan tisu payudara dan meningkatkan pengeluaran susu.
3. Individu yang mempunyai masalah sendi
  • Alfalfa merupakan supplement yang membantu mengurangkan keradangan pada sendi.
  • Alfalfa mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat membantu melegakan sakit sendi, sakit belakang dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan ia menguatkan tulang serta memberi manfaat kepada kesihatan badan secara menyeluruh
4. Individu yang mempunyai masalah kolestrol
  • Terdapat kajian yang mendapati serat didalam Alfalfa 'melekat' dengan kolestrol dalam darah, supaya ia tidak sempat untuk menempel pada salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat
5. Individu yang mempunyai masalah penghadaman
  • Alfalfa mempunyai nisbah enzim pencernaan yang tinggi yang membantu badan untuk mencerna protein, lemak dan karbohidrat
  • Alfalfa membantu mengurangkan ketidakhadaman dan angin  dengan melancarkan penghadaman makanan yang baru dimakan.
  • Membantu melegakan simptom refluks asid, pedih ulu hati dan ulser perut kerana ketidakupayaan perut untuk menyeimbangkan pH level perut.
6. Individu yang mempunyai masalah gout
  • Alfalfa membantu mengurangkan keradangan dikalangan pesakit gout, kerana sifatnya yang anti-radang dan antioksidan
  • Ia membantu mengurangkan dan meneutralkan kadar asid urik dalam darah.

Siapa pula yang tak digalakkan makan Alfalfa Complex?
  • Ibu hamil - alfalfa boleh memberi rangsangan kepada rahim dan mencetuskan kontraksi.
  • Individu yang mempunyai penyakit auto-imune seperti SLE dan lupus digalakkan agar menjauhi alfalfa kerana ia memberi rangsangan kepada pengaktifan semula lupus pada sesetengah individu
  • Individu yang mengambil ubat pencair darah. Alfalfa kaya dengan Vitamin K yang diketahui membantu mengelakkan pembekuan darah.
  • Pesakit buah pinggang kerana takut ia memberi kesan kepada buah pinggang jika pesakit sedang menjalani dialisis.

Nanti Kak Sya akan share testimoni Alfalfa dalam entry yang lain pula. Stay tune!!

Salam sihat,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore
+6.013.7799.624

No comments:

Post a Comment