Bismillah..
Di entry sebelum ni Kak Sya ada kongsikan tentang punca-punca dan simptom psoriasis.
Kali ini mari kita kenali apakah jenis-jenis psoriasis pula. Terdapat 5 jenis psoriasis yang perlu anda kenali:
1) Psoriasis Vulgaris/Plaque Psoriasis
Vulgaris bermaksud common atau biasa. Psoriasis jenis Vulgaris adalah jenis yang paling biasa ditemui dalam kebanyakan kes. Dianggarkan 80% kes psoriasis yang didiagnos adalah psoriasis vulgaris. Ia juga dikenali dengan nama plaque psoriasis disebabkan keadaan kulit yg merah dan tebal. Terdapat kuping berwarna putih-perak dibahagian atas kulit yang tebal tersebut, yg dinamakan scale yang terbentuk dari sel kulit mati.
2) Guttate Psoriasis
Guttate adalah jenis psoriasis kedua yang biasa dijumpak dikalangan pesakit psoriasis. Guttate berbentuk tompokan merah kecil. Guttate selalunya bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan ia boleh dicetuskan oleh jangkitan bakteria strep.
3) Inverse Psoriasis
Inverse psoriasis selalunya dijumpai dibahagian lipatan belakang lutut, dilipatan lengan dan dikawasan alat sulit. Inverse psoriasis dilihat licin dan berkilat
4) Pustular Psoriasis
Pustular di cirikan dengan kehadiran lepuhan kecil yang tidak berjangkit yang berwarna kekuningan atau kehijauan (pus). Pus mengandungi sel darah putih dan bakteria dengan serpihan tisu dan serum
5) Erythrodermic Psoriasis
Erythrodermic psoriasis adalah bentuk psoriasis yang paling teruk kerana ia boleh merebak ke seluruh badan, denan warna merah menyalanya. Ia boleh menyebabkan kegatalan dan kesakitan yang teruk, dan boleh membuatkan kulit tertanggal dalam bentuk kepingan. Ia sangat jarang berlaku, dan menjejaskan 3 peratus dari jumlah mereka yang menghidapi psoriasis
Dalam kesemua 5 jenis psoriasis ni, erythrodermic psoriasis yang paling bahaya. Jika seseorang mengalami masalah ini, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana ia boleh membawa maut.
Dalam kesemua 5 jenis psoriasis ni, erythrodermic psoriasis yang paling bahaya. Jika seseorang mengalami masalah ini, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin kerana ia boleh membawa maut.
No comments:
Post a Comment