Jemput baca testimoni Set Resdung Shaklee
Testimoni 1
Asbab makan Shaklee, sekarang bersih di pagi hari dah berkurang..
Sebelum ni kalau bersin pun sampai sakit dada. Nak solat Subuh pun sering terganggu sebab air hidung yang selalu keluar.
Testimoni 2
MASALAH GATAL MUKA DAN HIDUNG AKIBAT RESDUNG HILANG, SERTA SAKIT ATHMA BERKURANGAN SEJAK KONSISTEN BERSHAKLEE
Alaaa...asma je tu, bukan teruk pun. Bagi die rehat, nanti lama-lama ok la tu."
Tu kebiasaan, yang Kak Yang selalu dengar bila seseorang di serang asma. Dulu Kak Yang pun ada berpikiran begitu. Tapi sejak berkahwin dengan orang yang mengidap asma, baru lah Kak Yang sedar tentang seksanya apa yang dihidapi oleh mereka. Asma ni boleh membawa maut jugak tau..huhuhu.
Sejak berkahwin Kak Yang dah memang biasa menemani suami amik NEB di klinik atau hospital. Tapi kalau boleh memang dia taknak menjejakkan kaki ke klinik tu. Nasib la orang dewasa, kalau budak kecil dah lama Kak Yang tarik dan dukung.
Masih ingat lagi bila first time tengok suami diserang asma. Masa tu nafas dia laju, badan panas macam demam pun ada serta muka pucat. Kak Yang memang cuak giler, tak tau nak buat apa. Ajak ke klinik tak mahu, asyik minta ubat je. So bagi je la dia makan ubat salbutamol tu. Stok memang sentiasa ada dirumah. Kalau dah namanya orang lelaki, memang degil sanggup tahan sakit dari ke hospital.
Bukan sekali kejadian macam tu berlaku tetapi berkali-kali. Satu kejadian tu berlaku bila kami dalam perjalanan pergi bercuti ke Melaka. Kami kalau drive selalunya bertukar-tukar jadi driver. Masa kejadian tu, dia yang tengah drive tetiba dia minta tukar, dah letih katanya. So Kak Yang pun drive, tengok die dah rendahkan kerusi dan tidur. Sempat jugak jeling die, tak tidur pun tapi dok menggelisah. Rasa dahi dia panas dan nafas dah turun naik. Pastu dia cakap, "cari klinik boleh tak, tak larat la". Masa tu dah la di tempat orang, siap berhenti bertanya orang dimana ada klinik. Akhirnya jumpa juga klinik kesihatan di Alor Gajah dan terpaksa la amik neb sekejap di sana.
Sejak itu, Kak Yang sudah mula ambil tahu tentang asma ni. Ubat apa dan berapa dos yang diperlukan. Apa makanan yang perlu dielakkan dan cuaca yang bagaimana yang boleh mendatangkan asma. Yang Kak Yang dapat kenalpasti, suami tak boleh makan seafood terutamanya sotong dan ketam, tak boleh makan belacan, tak boleh kena hujan serta tak boleh tahan dalam tempat sejuk dalam tempoh yang lama terutamanya 'air cond'.
Dia juga mengidap resdung. Kak Yang rasa kes suami ni berkait rapat antara RESDUNG DAN ASMA. Sebabnya bila dia tersilap makan ataupun berada di tempat yang berhabuk, mesti malam itu dia akan semput. Selalunya ia akan bermula dengan batuk dan selesema dan tiba malam hari, nafas menjadi laju. Bila keadaan begitu memang Kak Yang akan cepat-cepat bawa ke klinik untuk amik neb.
Pernah juga Kak Yang bagi dia makan hati unta yang dikirim melalui orang yang ke Mekah tapi tiada kesan. Kak Yang fikir sampai bila dia harus bergantung pada ubat sahaja, bila habis ubat pergi beli di farmasi. Sampai bila kan. Ubat bukan merawat tapi ia cuma melegakan kesakitan.
Jadi jalan yang Kak Yang pilih adalah memberi dia vitamin untuk menguatkan antibodinya. Set yang diambil adalah VITAMIN C, ALFAFA dan OMEGA GUARD. Kak Yang memang pantau suami supaya setiap hari tanpa miss amalkan set ini. Alhamdulillah memang nampak perubahan pada suami Kak Yang.
Pagi-pagi dah kurang bersinnya, gatal-gatal muka, resdung pun semakin berkurangan dan yang paling Kak Yang perasan dia dah lama tak amik NEB. Alhamdulillah dengan izin Allah pastinya dan Kak Yang bersyukur sangat-sangat dengan perubahan kesihatan yang suami alami sekarang. Yang penting untuk mendapat kesihatan yang optimum, kita haruslah SABAR DAN KONSISTEN. Jangan anggap makan sebotol dah baik ye. Kadang tu ia bergantung atas penerimaan badan masing-masing.
Sekarang ini, Kak Yang bekalkan tambahan vitamin untuk suami iaitu VIVIX pulak untuk kesihatan yang lebih baik. Bukan suami sahaja tapi Kak Yang pun sudah amalkan vivix ini sehingga kini. Doakan kami diberikan kesihatan yang baik ye.
Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah sebegini, Kak Yang sarankan anda mencuba Set Resdung@Set Asma ini. Selagi kita boleh berikhtiar, kita ikhtiar lah. InsyaAllah, sesungguhnya hanya Dia yang maha berkuasa.
**
Anda ada masalah yang sama? Jom kenal tanda dan simptom resdung dan apakah set cadangan resdung yang sesuai?
Atau jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan Shaklee, boleh hubungi Kak Sya di link ni ye:-
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
Salam sihat,
Kak Sya
No comments:
Post a Comment