7 Tips buang angin dalam badan

Bismillah..

Biasa tak dengar badan berangin? Angin dalam badan. Hihi sama je kot dua-dua tu. Kenapa ada angin dalam badan?

Meh kita layan video ni sat:



Kebanyakan makanan yang kita makan mengandungi karbohidrat, yang boleh menyebabkan angin, berlawanan dengan lemak dan protein yang kurang menyebabkan angin bila dimakan.

Jom baca tentang jenis-jenis makanan yang menyebabkan angin dalam badan

Dah tahu punca gas/angin dalam badan, jom kita cekidaut pulak tips untuk buang angin dalam badan:-

1. Makan herba yang ada didapur anda!

Menurut European Journal of Gastroenterology and Hepatology, salah satu herba yang mempunyai mengurangkan angin dalam badan ialah halia. Halia didapati dapat mempercepatkan proses penghadaman, dan ia bagus kerana apabila perut anda kosong, angin boleh masuk ke dalam usus kecil dengan lebih cepat, memberi rasa lega terhadap ketidakselesaan terhadap angin dalam perut (kembung).


Dalam satu kajian lain yang diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology (Januari 2011) menyatakan halia juga memberi kesan yang baik terhadap pengosongan gastrik.

Herba lain yang dapat membantu membuang dan melegakan gas/angin dalam badan adalah:

  • Chamomile
  • Dill
  • Basil
  • Fennel
  • Caraway
  • Peppermint
  • Spearmint 
2. Makan probiotik 

Probiotik dapat membantu penghadaman dan mengurangkan angin dalam badan. Probiotik ialah mikroorganisma hidup, kebanyakannya bakteria baik, sama seperti yang terdapat dalam perut manusia. Probiotik boleh didapati dalam bentuk supplement, juga dari pemakanan.


Antara makanan probiotik yang mudah didapati adalah:
  • Yogurt
  • Kefir 
  • Tempe 
  • Kimchi
3. Makan bawang putih

Bawang putih boleh membantu membuang angin dalam badan

4. Jauhi makanan yang 'berangin'

Macam yang Kak Sya pernah share sebelum ni, terdapat jenis makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan

Anda boleh baca tentang jenis makanan tersebut di sini

5. Elakkan aktiviti yang membuatkan udara lebih banyak ditelan 

Aktiviti yang dimasukkan termasuklah:

  • Mengunyah gula-gula getah
  • Makan gula-gula yang keras
  • Makan dengan cepat
  • Minum air berkarbonat
6. Tidur dengan posisi tidur yang membantu mengeluarkan gas dari badan

Anda boleh mencuba untuk tidur dengan keadaan seperti dibawah untuk melegakan angin dan membantu melancarkan penghadaman:
  • Tinggikan kepala dengan meletakkan bantal antara 6-9 inci untuk mengelakkan masalah pedih ulu hati dan melancarkan penghadaman. 
  • Baring menghadap sebelah kiri. 
  • Muka menghadap ke bawah. Posisi ini membantu penghadaman di waktu mala...
7. Bersenam secara konsisten

Berjalan adalah salah satu bentuk senaman yang paling mudah, yang kita lakukan setiap hari tanpa gagal.

Berjalan membantu merehatkan otot dibahagian abdomen sekaligus membantu angin keluar dari badan. Mudahkan?

Kak Sya harap 7 tips yang Kak Sya kongsi ni dapat  memberikan manfaat utk semua.

Selamat beradu..
Kak Sya 

No comments:

Post a Comment