Showing posts with label Set Hamil. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil. Show all posts

Siapa yang perlukan Vitalea Shaklee

Bismillah..


Sebelum ni kita dah tengok apakah Vitalea Shaklee dan apakah fungsinya? Serta apakah vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang terkandung dalam Vitalea dan fungsi setiap satu daripadanya.

Entry ini, Kak Sya akan kongsikan dengan anda siapakah yang patut mengambil Vitalea - multivitamin terbaik dalam diet seharian mereka?


1. Individu yang inginkan kesihatan terbaik - semua orang patut makan Vitalea!
  • Dizaman teknologi yang serba canggih dan serba cepat ni, kebanyakan pemakanan yang kita ambil dah 'dicerobohi' dengan pelbagai racun serangga dan herbisid serta pemprosesan bahan makanan yang dah banyak mengurangkan zat makanan itu sendiri
  • Walaupun kita dah makan 'cukup' nutrien yang diperlukan dari pemakanan harian, adakah anda pasti yang apa yang anda makan itu mencukupi? 
  • Disebabkan oleh Vitalea membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral, ia sangat lengkap dengan keperluan harian yang badan kita perlukan. 
  • Individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik boleh mengambil Vitalea dalam Set Kesihatan Asas 

2. Individu / ibu hamil yang mempunyai masalah darah rendah (Hb rendah/anemia)
  • Vitalea mempunyai zat besi yang berguna dalam pembentukan sel darah merah, dan sangat membantu ibu-ibu hamil untuk mendapatkan bacaan Hb normal disepanjang kehamilan

3. Ibu hamil
  • Kebanyakan ibu hamil mempunyai masalah alahan / mual diawal kehamilan atau semasa trimester pertama. Ada juga yang mempunyai masalah ini sehingga ke saat bersalin.
  • Vitalea sangat membantu ibu hamil untuk mendapatkan nutrien yang cukup untuk keperluan ibu dan bayi

Anda juga boleh merujuk pada entry fungsi setiap vitamin dan siapa yang perlukan setiap vitamin dan mineral itu disini


Siapa pula yang tidak digalakkan mengambil Vitalea?

1. Individu yang menghidap SLE
  • Dalam Vitalea ada Alfalfa, yang sangat tidak sesuai diambil oleh pesakit auto-immune seperti SLE. 
  • Alfalfa mengandungi asid amino L-Canavanine yang boleh menjadi pencetus dan meningkatkan risiko keradangan terhadap pesakit SLE

2. Pesakit Thalassemia
  • Pesakit thalassemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana Vitalea mengandungi zat besi.
  • Pesakit thalassemia memang sudah ada masalah zat besi yang berlebihan, maka mengambil Vitalea Iron formula memang akan mendatangkan masalah kepada mereka.

3. Individu yang alah kepada herba
  • Vitalea mengandungi Alfalfa yang tidak sesuai diambil oleh individu yang alah kepada herba

4. Pesakit hyperthyroid
  • Pesakit hyperthyroid tidak boleh mengambil iodin dalam diet mereka. Vitalea mengandungi iodin 

Oleh yang demikian, penting untuk anda kenalpasti akan keadaan diri anda sebelum anda mencuba apa-apa supplement. Pastikan anda memberitahu SID yang anda hubungi tentang keadaan diri anda supaya tiada kemudaratan kelak.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan kesihatan dan supplement, jangan segan untuk menghubungi Kak Sya di media ini ya

Facebook : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
FB Page : Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624
Instagram : msishaque14
Instagram : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

Jenis vitamin dan mineral dalam Vitalea Shaklee - dan apa fungsinya?

Bismillah..

Terdapat 19 jenis vitamin dan mineral penting yang terdapat dalam Vita-Lea Iron Shaklee.


Nak tau tak apa fungsi setiap vitamin dan mineral tu? Let's cekidaut!!

1. Vitamin A
  • Kesihatan mata, kulit, antioksida, melawan kanser, mencegah rabun malam, membantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
2. Vitamin D
  • Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
3. Vitamin E
  • Antioksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancarkan peredaran darah, mencegah darah beku, mencegah penyakit kardiovaskular, katarak, arthritis, baik untuk sistem reproduktif lelaki, mengurangkan kesan parut
4. Vitamin C
  • Antioksida, melawan kanser, merangsang penghasilan kolagen, meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit, mempercepatkan penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah
5. Asid Folik
  • Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit
6. Vitamin B1
  • Menukarkan makanan kepada tenaga, memperkasakan memori, membantu kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan tanda herpes zester
7. Vitamin B2
  • Menukarkan makanan kepada tenaga, membantu mengatasi masalah anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan
8. Vitamin B3
  • Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat pening, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
9. Vitamin B6
  • Metabolisme protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, mengelakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
10. Vitamin B12
  • Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu meningkatkan selera makan, tindakbalas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetes dan rabun
11. Biotin
  • Membantu B-Complex berfungsi dengan lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
12. Vitamin B5
  • Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, arthritis, meredekan kesan sampingan antibitotik, mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan luka
13. Kalsium
  • Memperkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut
14. Fosforus
  • Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredekan kesakitan akibat arthritis, mencegah aneroksia
15. Iodin
  • Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
16. Zat Besi
  • Meningkatkan hemoglobin, meredakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
17. Magnesium
  • Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, sakit jantung, diabetes, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman
18. Copper
  • Membantu menukarkan zat besi, kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, mengurangkan masalah bengkak
19. Zink
  • Memperkasakan sistem imun, mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau serta ketajaman minda

Sebab itu penting sangat untuk kita mengambil dos multivitamin yang mencukupi untuk keperluan harian badan kita. Jangan lupa dos anda hari ini!

Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang




Fungsi dan kebaikan Vitalea Shaklee - multivitamin tertua dunia!

Bismillah..

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin pertama di dunia yang dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee. Ia dicipta oleh Dr Shaklee pada tahun 1915, menjadikan usianya genap 102 tahun tahun ni. Wahh memang lama tu..
Vita-Lea 102 tahun yang lepas

Diawal ciptaannya, Vitalea dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Vitalea pada mulanya dihasilkan dalam bentuk cecair, berbeza dengan sekarang di mana ia datang dalam bentuk tablet. Vitalea pernah dianugerahkan "The Best Multivitamin" oleh Centre of Science, USA pada tahun 2000.

Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak dark sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Tablet Vitalea disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Vitalea dihasilkan dengan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". 

Vitalea merupakan tablet multivitamin yang paling pantas dalam dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

Kebaikan utama Vita-Lea Shaklee:
  • Penambah tenaga segera - memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus - dari segi pembelajaran dan pekerjaan seharian

  • Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan diet vegetarian dan yang menghidapi anemia.
  • Keupayaan sistem produktif - penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisme - sangat membantu dalam merangsang metabolisme dan melambatkan proses penuaan

  • Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Jom kita lihat apakah fungsi setiap vitamin dan mineral yang ada dalam Vita-Lea Shaklee ni?

Vitalea merupakan salah satu supplement yang terkandung dalam Set Kesihatan Asas Shaklee. Pengambilan set ini sangat digalakkan kerana ia mampu memenuhi keperluan nutrisi asas seorang individu yang sihat.

Ingat ye, supplement ni bukan ubat, dan pengambilan supplement seharusnya dilakukan semasa badan kita sihat, bukan bila dah sakit baru nak makan supplement :)


Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore