Showing posts with label Endometriosis. Show all posts
Showing posts with label Endometriosis. Show all posts

Testimoni Vivix untuk Endometriosis

Bismillah..   

Endometriosis adalah salah satu punca ketidaksuburan wanita. Bila kata tak subur tu, maknanya ada kemungkinan seseorang wanita tu sukar untuk mendapatkan zuriat.  

Kak Sya ada kongsikan tentang tanda-tanda endometriosis serta rawatan yang anda boleh lakukan sekiranya anda menghidapi endometriosis. 

Sekiranya anda sedang dirawat oleh doktor dan ingin mencuba untuk  jadi lebih sihat dengan supplement, anda mesti mencuba Set Endometriosis Shaklee. 

Kalini Kak Sya suka nak share dengan anda testimoni berjaya penghidap endometriosis yang menjadi lebih sihat dengan Shaklee. 


Testimoni 1  
 

Saya pernah ada masalah yang lebih kurang sama sebelum ni tapi ENDOMETRIOSIS bukan cyst. Tiub fallopio sebelah kiri saya tersumbat dan hampir dibuang.. 

Tapi alhamdulillah, operation berjaya. Tiub yang tersumbat tu tak dibuang. 

Saya TTC selama 5 tahun. 

Setahun lepas operation, saya still belum berjaya hamil. Period pun jadi tak regular. 

So saya & suami tawakal dengan Vivix. Dua2 minum Vivix (saya & suami).. Tujuan utama sekadar nak dapatkan kesihatan yang optimum je. Tapi nak jadi rezeki, sebulan lepas ambil Vivix itu period mula datang balik. 

Sekali je period dan lepas tu tak datang. Tak expect apa2 pun Masa tu sebab saya ingat healing crisis ke apa ke.. 

Tapi alhamdulillah, Januari tahun lepas saya disahkan hamil 4minggu.  

So apa yang saya boleh katakan Vivix membantu dari segi memperbaiki sel2 yang rosak akibat operation tu & pada masa yang sama membantu beri energy semula kepada sel2 badan kami suami isteri. 

======= 

Alhamdulillah. Puan ni menjadi lebih sihat dan berjaya hamil selepas TTC selama 5 tahun. Siapa yang tak happy kan? 

Jika anda masih ragu-ragu untuk mencuba Vivix bagi masalah endometriosis anda, berhubunglah dengan pengedar Shaklee anda sekarang. InsyaaAllah mereka akan berikan khidmat konsultasi terbaik untuk anda 

Boleh juga berhubung terus dengan Kak Sya untuk info dan konsultasi percuma. 

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
FB Page : Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak 
Call/WA : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya (ID: 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapore 

Siapa yang berisiko mendapat endometriosis?

Bismillah..


Terdapat beberapa faktor yang menjadikan anda berisiko tinggi untuk mendapat endometriosis seperti:

  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Haid bermula pada usia yang muda
  • Menopause pada usia yang lebih tua
  • Mempunyai kitaran haid yang pendek - contohnya kurang dari 27 hari
  • Mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi dalam badan
  • Mempunyai BMI (body mass index) yang rendah
  • Mengambil alkohol
  • Mempunyai seorang saudara (ibu, makcik atau adik-beradik perempuan) yang mempunyai masalah endometriosis
  • Sebarang masalah kesihatan yang menghalang laluan asal darah haid untuk keluar dari badan
  • Rahim yang tidak normal

Endometriosis selalunya terjadi beberapa tahun selepas bermulanya haid (menarche). Tanda dan simptom endometriosis berakhir dengan kehamilan and berakhir secara kekal dengan menopause, memainkan anda mengambil hormon estrogen. 

Apakah punca endometriosis?

Bismillah..


Walaupun punca sebenar endometriosis tidak diketahui namun ada beberapa kemungkinan yang menjadi punca endometriosis termasuklah:

1. Aliran haid mundur. Dalam aliran haid mundur, darah haid yang mengandungi sel endometrium mengalir semula melalui tiub falopio ke dalam pelvis, dan bukan keluar dari badan. Sel-sel endometrium ini melekat kepada dinding pelvis dari permukaan organ pelvis dimana ia membesar dan menebal dan menyebabkan berlakunya pendarahan di setiap kitaran haid.

2. Perubahan sel peritonial. Di dalam apa yang dikenali sebagai 'teori induksi', pakar mencadangkan bahawa faktor hormon atau imun menggalakkan perubahan sel peritonial - sel yang membentuk bahagian dalam abdomen - kepada sel endometrium.

3. Perubahan sel embrionik. Hormon seperti estrogen boleh menukarkan sel-sel embrionik iaitu sel di awal pembentukan bayi kepada sel endometrium yang menempel semasa akil baligh.

4. Implan parut pembedahan. Selepas sesuatu pembedahan seperti histerektomi atau C-section sel-sel endometrium mungkin akan 'terlekat' pada luka pembedahan.

5. Pergerakan sel endometrium. Sistem salur darah atau bendalir tisu (lymphatic) boleh menjadi sumber pengangkutan sel endometrium kepada bahagian lain dalam badan.

6. Gangguan sistem imun. Adalah mustahil jika masalah dengan iman sistem menyebabkan badan tidak boleh mengenalpasti dan memusnahkan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim.

Dah tahukan punca-punca yang berkemungkinan terhadap endometriosis?Jom kita tengok siapa yang berisiko untuk mendapat endometriosis...

Salam sihat,
Kak Sya  (ID : 1168907)
Shaklee Pasir Gudang

Apa itu Endometriosis? Apakah simptom Endometriosis?

Bismillah..

Endometriosis adalah keadaan di mana lapisan tisu yang biasanya tumbuh di kawasan rahim, tumbuh di luar kawasan rahim. Dalam kebanyakan kes yang berlaku, tisu-tisu ini tumbuh di ovari, tiub fallopio dan tisu di sekitar rahim dan ovari, dan di dalam kes-kes yang jarang berlaku, tisu-tisu ini tumbuh dibahagian lain dalam badan.

Antara tanda-tanda seseorang menghidap Endometriosis adalah:

1. Senggugut
  • Simptom utama endometriosis adalah senggugut. Tetapi jangan salah faham pula ye, tak semua orang yang mempunyai masalah senggugut adalah penghidap endometriosis, tetapi jangan pula pandang ringan jika anda ada masalah senggugut ni
  • Untuk pesakit endometriosis, senggugut biasa bermula sebelum haid bermula, dan masih belum berakhir walaupun haid sudah tamat.
  • Selalunya, seseorang itu juga akan berasa sakit dibahagian bawah belakang dan sakit dibahagian abdomen.

2. Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Rasa sakit ketika atau sesudah melakukan hubungan seks sangat normal dikalangan penghidap endomteriosis

3. Sakit semasa buang air besar dan kecil

  • Anda mungkin akan merasa simptom di atas semasa kedatangan haid

4. Pendarahan yang banyak
  • Anda mungkin sekali-sekala akan mengalami pendarahan yang banyak (menorrhagia) atau pendarahan di antara period (menometrorrhagia)

5. Ketidaksuburan
  • Perkara pertama yang selalu di diagnos dalam sesetengah wanita yang mendapatkan rawatan ketidak-suburan adalah endometriosis

6. Simptom-simptom lain
  • Simptom-simptom lain endometriosis termasuklah kelesuan cirit-birit, sembelit, kembung atau loya terutamanya ketika datang bulan

Sebenarnya kesakitan yang dirasai oleh seseorang tidak semestinya boleh menjadi penanda tahap keadaan seseorang. Ada wanita yang mempunyai endometriosis ringan merasakan kesakitan yang melampau manakala Ada pula yang mempunyai endometriosis yang teruk dengan hanya Merasakan sedikit kesakitan atau tidak sakit langsung.

Endometriosis selalunya disalah ertikan dengan keadaan lain yang menyebabkan kesakitan di bahagian pelvis seperti penyakit keradangan pelvis (CID) atau ovarian cysts. Ia juga boleh dikelirukan dengan irritable bowel syndrome (IBS), suatu keadaan yang menyebabkan cirit-birit, sembelit dan kekejangan abdomen.

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan di atas, cepat cepatlah berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

Jumpa Kak Sya di entry yang seterusnya untuk tajuk lain di bawah endometriosis ini.

Stay healthy!
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang