Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Shaklee promo Februari 2018

Bismillah..

Hai semua. Harini dah masuk bulan kedua Februari. Maknanya dah 31 hari dah kita lalui dalam tahun 2018 ni. Kejap sangat, kan?

Takmau lengah-lengah lagi, dengan happynya Kak Sya nak share dengan anda semua apa produk Shaklee yang promo bulan ni..


Haa ni lah dia item promo bulan ni!!

Untuk peminat Set Cantik, bulan ni memang bulan meletops anda! Bulan ni, untuk peminat Collagen Power dan Vitamin C, kalau anda grab:

4 kotak Collagen Powder
1 botol Sustained Release Vitamin C

Anda boleh dapatkan potongan 10% tau untuk satu set ni! Bestnyaaaa

InsyaaAllah sempena bulan promo Collagen Powder dan Vitamin C Kak Sya akan share banyak-banyak entry dan testimoni pasal Collagen Powder dan Vitamin C untuk anda

Stay tune tau!

Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Your friendly SID

Testimoni Shaklee dan Psoriasis

Bismillah..

Jom tengok testimoni Shaklee dan Psoriasis lagi..

Testimoni 1

Testimoni 2


Anda mungkin berminat dengan Set Psoriasis Shaklee. Ataupun jika anda berminat dengan Set Detox Shaklee, boleh hubungi Kak Sya untuk pertanyaan dan pesanan. 

Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Supplement Shaklee untuk Psoriasis

Bismillah..

Jika anda masih ragu-ragu jika anda menghidapi psoriasis, anda boleh memeriksa jika anda ada salah satu tanda psoriasis di sini

Jika anda sudah mengetahui tentang jenis psoriasis yang sedang anda hidapi, dan anda sedang menjalani rawatan, tetapi anda in in berikhtiar dengan supplement untuk membantu anda jadi lebih sihat, anda mungkin berminat untuk mencuba SET PSORIASIS SHAKLEE



Dalam Set Psoriasis ni terkandung:

A) Untuk menambah kekuatan imunisasi tubuh

Garlic Complex
  • Merupakan supplement antibiotik semulajadi. 
  • Digunakan untuk meningkatkan ketahanan tubuh terhadap serangan bakteria dan virus.
  • Garlic membantu mengurangkan pencetus psoriasis, seperti keradangan 

Sustained Release Vitamin C
  • Diperbuat dari ekstrak jagung yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menggalakkan penghasilan kolagen yang baik untuk kulit

Nutriferon
  • Dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan lebih 40 tahun penyelidikan. 
  • Nutriferon membantu merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman
  • Meningkatkan penghasilan interferon badan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh
B) Antioksidan

Vivix 

  • Merupakan sumber terbaik Vitamin A yang merupakan salah satu sumber dalam rawatan untuk mengurangkan keradangan
  • Mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yang sangat mustajab
  • Memberi manfaat antioksidan untuk melindungi sel-sel kulit dari kerosakan dari kerosakan akibat serangan radikal bebas
CarotoMax

  • Menawarkan sumber Vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan disebabkan oleh serangan radikal bebas
  • Merawat psoriasis dengan mengurangkan overproduction sel kulit yang terjadi oleh psoriasis
Vitamin E Complex

  • Selain dari membekalkan sumber Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan, Vitamin E Complex dari Shaklee juga mengandungi Selenium. Selenium dan Vitamin E kedua-duanya adalah antioksidan, yang melindungi sel dari stress oksidatif yang terjadi dengan psoriasis

C) Vitamin D

Ostematrix

  • Salah satu vitamin yang digunakan dalam rawatan psoriasis ialah Vitamin D
  • Dalam Ostemarix, terdapat Vitamin D yang diperlukan untuk meredakan simptom psoriasis secara efektif dan selamat

D) Herbal Blend
  • Digunakan sebagai krim sapuan untuk meredakan kegatalan dan kekeringan akibat psoriasis
  • Krim serbaguna ini dihasilkan tanpa Paraben dan bahan kimia berbahaya, sesuai disapu dari peringkat bayi hingga dewasa

Kak Sya harap perkongsian Kak Sya tentang supplement untuk psoriasis berguna untuk rujukan anda dan Kak Sya harap ia dapat memberi  manfaat untuk anda.

Jika anda masih ada keraguan dan ada soalan yang ingin ditanyakan, boleh hubungi Kak Sya pada details dibawah:

Call/Whatsapp/Telegram : +6.013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
COD : Pasir Gudang, Permas Jaya, JB
POS ke alamat anda bila-bila masa sahaja!




Siapa yang patut makan Vitamin C?

Assalamualaikum.. Hai semua

Vitamin C Shaklee adalah vitamin C semulajadi yang mengandungi bioflavonoids didalamnya. Sebiji tablet membekalkan 500mg vitamin C yang sama banyaknya dengan jika kita makan 7 setengah biji oren tau! 


Kak Sya dah ceritakan tentang fungsi dan kebaikan vitamin C Shaklee di entry sebelum ni. 

Kali ni mari kita lihat siapa yang patut mengambil vitamin C ni?



1. Ibu hamil, ibu menyusu dan ibu yang sedang berpantang. 3 golongan ini sangat memerlukan vitamin C kerana tahap daya tahan ibu-ibu ini sangat rendah, berbanding jika dia diluar waktu2 diatas. 

2. Perokok dan individu yang selalu dekat dengan perokok. Vitamin C dalam badan sangat mudah termusnah oleh asap rokok, sebab itu mereka yg merokok dan yang selalu berhampiran dengan perokok sangat patut mengambil Vitamin C. 

3. Individu yang sering terdedah kepada pencemaran. Vitamin C ialah antioksidan yang sangat bagus melawan radikal bebas dari pencemaran yang boleh merosakkan sel-sel badan kita.

4. Pesakit kardiovaskular seperti jantung, strok, kadar kolestrol dan darah tinggi.

5. Individu yang mempunyai masalah kekurangan darah  (anemia)

6. Wanita atau individu yang menginginkan kulit cantik dan bebas cela. Juga sesuai diamalkan oleh wanita atau individu yang mempunyai masalah kulit.

7. Individu yang mempunyai daya ketahanan badan (sistem imun) yang rendah. Yang kerap selsema, batuk dan demam.

8. Individu yang selalu mengalami resdung, alahan dan bersin diawal pagi

9. Individu yang selalu mengalami masalah dalam bahagian mulut seperti gusi berdarah, ulser (mata ikan) dan bengkak gusi



Sebenarnya Vitamin C ni bukan je patut diambil oleh golongan yang tersenarai diatas, tapi semuaaaaa orang wajib makan Vitamin C sebab sekarang ni memang persekitaran kita dah tercemar, dan antioksidan adalah sumber paling bagus diambil utk lawan radikal bebas yg merosakkan sel2. 

Anda nak tahu lebih lanjut tentang vitamin C? Jom roger Kak Sya. 

http://shakleepasirgudang.wasap.my
http://shakleepasirgudang.wasap.my

Take care ye

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
6013.7799.624

Fungsi dan kebaikan Vitamin C Shaklee

Bismillah..

Vitamin C Shaklee atau nama panjangnya Sustained Release Vitamin C adalah vitamin C Shaklee yang bersaiz 500mg per tablet. 



Kelebihan Vitamin C Shaklee:-

  • Diperbuat dari ekstrak jagung, bermakna ia selamat untuk diambil oleh pesakit gastrik
  • Bekalkan 500mg Vitamin C, jumlahnya sama banyak dengan Vitamin C yang kita perolehi dari memakan 7.5 biji Oren
  • Mengandungi 120mg Citrus Bioflavonoids Complex untuk meningkatkan fungsi keberkesanan Vitamin C. 
  • Sistem Pelepasan Berperingkat (Sustained Release) untuk memaksimumkan penyerapan
  • Tidak mengandungi pewarna, perasa, pemanis atau bahan pengawet tambahan. Kesemua bahan adalah semulajadi

Kebaikan Vitamin C Shaklee adalah seperti berikut :-
  • Merangsang pembentukan kolagen
  • Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah & lebam
  • Membantu sel darah putih menentang bakteria dan virus
  • Membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah
  • Membantu meningkatkan sistem imun 
  • Membantu memperbaiki masalah insomnia, stress
  • Membantu mengurangkan simptom flu dan selsema
  • Membantu mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan
  • Membantu merangsang pengeluaran T-Cells untuk membantu melawan kanser
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang baik
  • Antioksidan semulajadi
  • Menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat
  • Membantu mengatasi masalah resdung dan bersin diwaktu pagi
  • Membantu mengurangkan simptom alergi
  • Membantu mengurangkan kesan parut jerawat dan parut luka

Di entry lain Kak Sya ada berkongsi siapa yang patut ambil Vitamin C. Stay tune tau! Terima kasih sebab sudi membaca entry ni 

Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
www.wasap.my/60137799624

Follow Kak Sya di:
FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG Biz : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

Testimoni set resdung Shaklee

Bismillah

Jemput baca testimoni Set Resdung Shaklee

Testimoni 1


Asbab makan Shaklee, sekarang bersih di pagi hari dah berkurang..

Sebelum ni kalau bersin pun sampai sakit dada. Nak solat Subuh pun sering terganggu sebab air hidung yang selalu keluar. 

Testimoni 2


MASALAH GATAL MUKA DAN HIDUNG AKIBAT RESDUNG HILANG, SERTA SAKIT ATHMA BERKURANGAN SEJAK KONSISTEN BERSHAKLEE

Alaaa...asma je tu, bukan teruk pun. Bagi die rehat, nanti lama-lama ok la tu."

Tu kebiasaan, yang Kak Yang selalu dengar bila seseorang di serang asma. Dulu Kak Yang pun ada berpikiran begitu. Tapi sejak berkahwin dengan orang yang mengidap asma, baru lah Kak Yang sedar tentang seksanya apa yang dihidapi oleh mereka. Asma ni boleh membawa maut jugak tau..huhuhu.

Sejak berkahwin Kak Yang dah memang biasa menemani suami amik NEB di klinik atau hospital. Tapi kalau boleh memang dia taknak menjejakkan kaki ke klinik tu. Nasib la orang dewasa, kalau budak kecil dah lama Kak Yang tarik dan dukung. 

Masih ingat lagi bila first time tengok suami diserang asma. Masa tu nafas dia laju, badan panas macam demam pun ada serta muka pucat. Kak Yang memang cuak giler, tak tau nak buat apa. Ajak ke klinik tak mahu, asyik minta ubat je. So bagi je la dia makan ubat salbutamol tu. Stok memang sentiasa ada dirumah. Kalau dah namanya orang lelaki, memang degil sanggup tahan sakit dari ke hospital.

Bukan sekali kejadian macam tu berlaku tetapi berkali-kali. Satu kejadian tu berlaku bila kami dalam perjalanan pergi bercuti ke Melaka. Kami kalau drive selalunya bertukar-tukar jadi driver. Masa kejadian tu, dia yang tengah drive tetiba dia minta tukar, dah letih katanya. So Kak Yang pun drive, tengok die dah rendahkan kerusi dan tidur. Sempat jugak jeling die, tak tidur pun tapi dok menggelisah. Rasa dahi dia panas dan nafas dah turun naik. Pastu dia cakap, "cari klinik boleh tak, tak larat la".  Masa tu dah la di tempat orang, siap berhenti bertanya orang dimana ada klinik. Akhirnya jumpa juga klinik kesihatan di Alor Gajah dan terpaksa la amik neb sekejap di sana. 

Sejak itu, Kak Yang sudah mula ambil tahu tentang asma ni. Ubat apa dan berapa dos yang diperlukan. Apa makanan yang perlu dielakkan dan cuaca yang bagaimana yang boleh mendatangkan asma. Yang Kak Yang dapat kenalpasti, suami tak boleh makan seafood terutamanya sotong dan ketam, tak boleh makan belacan, tak boleh kena hujan serta tak boleh tahan dalam tempat sejuk dalam tempoh yang lama terutamanya 'air cond'.  

Dia juga mengidap resdung. Kak Yang rasa kes suami ni berkait rapat antara RESDUNG DAN ASMA. Sebabnya bila dia tersilap makan ataupun berada di tempat yang berhabuk, mesti malam itu dia akan semput. Selalunya ia akan bermula dengan batuk dan selesema dan tiba malam hari, nafas menjadi laju. Bila keadaan begitu memang Kak Yang akan cepat-cepat bawa ke klinik untuk amik neb.

Pernah juga Kak Yang bagi dia makan hati unta yang dikirim melalui orang yang ke Mekah tapi tiada kesan. Kak Yang fikir sampai bila dia harus bergantung pada ubat sahaja, bila habis ubat pergi beli di farmasi. Sampai bila kan. Ubat bukan merawat tapi ia cuma melegakan kesakitan.

Jadi jalan yang Kak Yang pilih adalah memberi dia vitamin untuk menguatkan antibodinya. Set yang diambil adalah VITAMIN C, ALFAFA dan OMEGA GUARD. Kak Yang memang pantau suami supaya setiap hari tanpa miss amalkan set ini. Alhamdulillah memang nampak perubahan pada suami Kak Yang. 

Pagi-pagi dah kurang bersinnya, gatal-gatal muka, resdung pun semakin berkurangan dan yang paling Kak Yang perasan dia dah lama tak amik NEB. Alhamdulillah dengan izin Allah pastinya dan Kak Yang bersyukur sangat-sangat dengan perubahan kesihatan yang suami alami sekarang. Yang penting untuk mendapat kesihatan yang optimum, kita haruslah SABAR DAN KONSISTEN. Jangan anggap makan sebotol dah baik ye. Kadang tu ia bergantung atas penerimaan badan masing-masing.

Sekarang ini, Kak Yang bekalkan tambahan vitamin untuk suami iaitu VIVIX pulak untuk kesihatan yang lebih baik. Bukan suami sahaja tapi Kak Yang pun sudah amalkan vivix ini sehingga kini. Doakan kami diberikan kesihatan yang baik ye.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah sebegini, Kak Yang sarankan anda mencuba Set Resdung@Set Asma ini. Selagi kita boleh berikhtiar, kita ikhtiar lah. InsyaAllah, sesungguhnya hanya Dia yang maha berkuasa.

**

Anda ada masalah yang sama? Jom kenal tanda dan simptom resdung dan apakah set cadangan resdung yang sesuai?

Atau jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan Shaklee, boleh hubungi Kak Sya di link ni ye:-


www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624


Salam sihat,
Kak Sya

Set Resdung Shaklee - set resdung terbaik!

Bismillah..

Dalam entry sebelum ni, Kak Sya ada ceritakan tentang pengenalan kepada resdung dan apakah rawatan semulajadi yang boleh anda ambil jika anda mempunyai masalah resdung. Selain dari perawatan semulajadi, anda juga boleh berikhtiar dengan SET RESDUNG SHAKLEE.


Fungsi setiap supplement dalam set resdung ni adalah:-

Omega Guard
- Bertindak mengurangkan keradangan akibat resdung
- Berfungsi juga untuk memanaskan badan
- Sangat sesuai diambil oleh mereka yang sangat sensitif terhadap persekitaran seperti pesakit asthma

Alfalfa
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan resdung
 ** Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa

Vitamin C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
- Menstabil pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahananan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu

B Complex
- Vitamin B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti- stress

Jom ikhtiar dengan Shaklee! InsyaaAllah boleh bantu memperbaiki masalah resdung anda!

Kalau anda nak lihat bagaimana set resdung membantu masalah anda, boleh tengok testimoni-testimoni set resdung disini


Kak Sya
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624

Hilangkan parut chicken pox dengan vitamin untuk kulit cantik Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum semua

Selamat berhujung minggu. Cuti-cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin kan? Boleh kata setiap hujung minggu orang dok pulun pergi kenduri. Hihi

Eh, tapi kenduri bukan ada kena mengena pun dengan entry ni. Cuma musim kenduri ni kena jaga jaga, bila dah ramai-ramai penyakit berjangkit macam chicken pox memang guna senang nak merebak kalau pembawa tak dikuarantin.

Kalau anak-anak yang terkena chicken pox tu normal, dan penjagaan anak-anak yang terkena chicken pox ni lebih mudah berbanding orang dewasa. Jom kita tengok macam mana Puan Daya yang menjangkit chicken pox dari anak beliau dengan Set Kulit Cantik Shaklee


Meh kita tengok macam mana kulit Puan Daya sebelum dan selepas berjaya menghilangkan parut chicken pox dengan Set Kulit Cantik Shaklee ni


Puan Daya ambil Vitamin C, Vitamin E, B Complex, GLA dan ESP untuk menghilangkan parut chicken  pox di muka beliau. Alhamdulillah, dengan izin Allah kulit Puan Daya bersih cantik seperti sebelumnya.

Jom baca tentang Set Kulit Cantik kat sini.

Kak Sya nak share la lagi satu testimoni power tentang seorang abang sado yang alhamdulillah berjaya juga pulihkan kulit beliau dari parut chicken pox yang scary itu.

Stay tuned tau!

Untuk order set untuk hilangkan parut chicken pox ni boleh contact Kak Sya ok!

Call/WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 


Produk untuk kulit kusam Shaklee

Bismillah..
Assalamulaikum semua..
Hari ini Kak Sya nak cerita bagaimana kulit yang kusam tidak bermaya boleh diatasi dengan set supplement shaklee. Nak cerita satu-persatu ni antara produk yang amat membantu mengatasi masalah anda.
Satu hal juga mengenai masalah kulit yang pelbagai iaitu, kusam berjerawat, kusam gelap, kusam kuit kering, kusam kulit berminyak, kusam berjerawat pasir, berjerawat teruk dan banyak la lagi. Kulit anda perlu dikenalpasti bagi memudahkan pemilihan vitamin yang paling sesuai bagi mendapatkan kulit bak sutera.

TIDAK CUKUP VITAMIN MENGURANGKAN KEKUATAN KULIT

Nak ke taknak? Makanan tambahan dapat membantu atasi kulit kusam yang selama ini membelenggu diri. Ketidak cukupan vitamin dalam tubuh, mengurangkan kekuatan kulit anda untuk menapis penuaan dan nampak lebih tua dari usia. Lebih teruk lagi, muka yang sering terdedah dengan sinaran matahari dan bendeasing yang memberhaya. Seterusnya kulit anda mudah rosak.
Kombinasi-kombinasi set supplement shaklee adalah pelbagai, apabila kita gabungkan Sustained Release Vita-C, B-Complex dan Zinc, maka terhasillah Set Jerawat Bajet, sama jugak bile kita amik Vitamin E dan Sustained Release Vita-C akan jadi Set Asas Kulit Cantik, jika kita nak lagi lawa boleh tambah B-Complex, ESP, Collagen atau Vivix.
I

VITAMIN-VITAMIN YANG MENGATASI MASALAH KULIT KUSAM.

Vitamin B Complex
Ada kajian menunjukkan kekurangan vitamin B-complex menyebabkan kulit bermasalah, kusam dan tidak bermaya. Tahukah anda? Vitamin B terdapat pelbagai jenis dan pelbagai fungsi yang dapat menyokong kulit anda untuk kelihatan lebih sihat dan cantik.

1. Keupayaan vitamin B5 dapat membantu mengurangkan masalah jerawat dengan tindakannya memecahkan triglidrid dan kolestro

2. Vitamin B5 juga membantu tingkatkan peredaran darah secara tidak langsung menjadikan kulit lebih sihat. Malah kelihatan lebih segar dan berseri.

3. Vitamin B5 dapat mengurangkan tekanan yang mana tekanan salah satu punca jerawat.

4. Vitamin B12 membantu mengatur pengeluaran dan lokasi pigmen kulit, fungsinya bagi mengelakkan hiperpigmentasi iaitu kulit gelap dikawasan tertentu tubuh.

5. Vitamin B3 dan B5 bantu mengekalkan kelembapan kulit, melambatkan penuaan kulit.

6. Masalah jerawat kebiasaannya disebabkan gabungan pelbagai faktor seperti keturunan, perpeluhan, pencemaran dan kekurangan nutrien, maka pengambilan vitamin B-Complex dapat mengurangkan masalah jerawat dengan meningkatkan peredaran darah, metabolisme dan pencernaan.

Sustained Release Vita-C

1. Mencantikkan kulit – Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan kurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari.

2. Membentuk Kolagen – Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kunci kepada pengeluaran kolagen- protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah dan menjadikan kulit kuat dan firmness dengan menghalang otot menjadi lembik

3. Antioksida yang melambatkan kerosakan kulit oleh radikal bebas-radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, garis halus dan kedutan.

4. Kurangkan kemerahan pada jerawat dengan membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri.

5. Menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.



Vitamin E
1. Antisioksidan yang kuat mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas

2. Melambatkan proses penuaanseterusnya dapat mengurangkan kedutan dan garis halus

3. Membantu pudarkan parut dan jerawat juga mengurangkan kesan parut

4. Melambatkan pembentukan melanin– pigmen kulit yang menyebabkan jeragat

5. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferolmenunjukkan ia sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf ‘l’ or ‘dl’ menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh rujuk pada label)

ESP Shaklee
Protein tersangat lah penting kepada mereka yang inginkan kulit cantik dan tona kulit yang sekata. Sebabnya protein adalah makanan sel. Sel yang sihat dapat membantu mencerikan kulit dan nampak segar menawan.

Tahukah anda? kesan jeragat atau parut yang susah nak hilang tu, kemungkinan besar adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tu.
ESP juga mengandungi Low Glysemic Index. Oleh itu ESP boleh memberikan tenaga berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar, jadi sangat sesuai untuk mereka yang nak Slim dan yang ada Gastrik.
1. Mengembalikan keserian kulit dan dan kepejalan otot
2. Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain, pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda
3. Membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru
4. Membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
5. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
6. Mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan
7. Mengurangkan kesan parut
8. Mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan
Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
1. Mengembalikan keanjalan semulajadi kulit – meningkatkan ketegangan kulit
2. Anti-penuaan – mengurangkan garis halus dan kedutan, mengecilkan liang pori
3. Menghidratkan – menjadikan kulit lebih lembap dan kurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah
4. Mencerah – mengurangkan parut, pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
5. Kulit lebih licin dan lembut
6. Berat molekul kecil sekitar 1000-3000 Dalton sahaja, memudahkan penyerapan oleh tubuh

So macam mana? Anda dah tahu kan vitamin yang sesuai untuk masalah kulit kusam anda? Ramai yang dah cuba dan Alhamdulillah kesannya sangat baik untuk kebanyakan customer.
Kak Sya amat mencadangkan set ni untuk anda yang mempunyai masalah kulit kusam. Hubungi Kak Sya untuk informasi lanjut dan order

Produk Shaklee untuk ibu mengandung

Bismillah..

Semua ibu yang mengandung mesti nak yang terbaik untuk permata hati mereka. Macam-macam makanan ibu-ibu nak makan, bukan aje untuk badan mereka sendiri tapi untuk anak yang tersayang juga. 

Dari pengalaman Kak Sya (masa mengandungkan Yasmin memang Kak Sya ambil Set Mengandung complete) ada banyak Shaklee effect yang best yang Kak Sya rasa. Tapi sebelum tu meh Kak Sya nak cerita apa yang ada dalam Set Ibu Hamil Shaklee ni.


Dalam Set Ibu Hamil ni ada:-

1. ESP

2. B Complex 
• Lengkap dengan 8 vitamin B yang penting termasuk rumusan terpenting asid folik. Asid folik sangat penting untuk mencegah kecacatan kepada janin.
• Membantu pembentukan sel darah merah.
• Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh

3. Vitalea


4. Ostematrix


5. Omega Guard 

Untuk ibu
• Mengawal berat badan
• Mengurangkan risiko kemurungan
• Mengawal kolesterol ibu
• Meningkatkan daya tahan badan
• Mengurangkan risiko pre-eclampsia 

Untuk anak
• Perkembangan kognitif
• Mengurangkan risiko allergies bayi
• Perkembangan penglihatan
• Mencegah kelahiran pra-matang
• Baik untuk perkembangan sistem saraf bayi

6. SR Vitamin C 
Amacam? Menarikkan fungsi semua supplement yang Kak Sya cadangkan untuk ibu hamil ni?

Harini banyak info grafik so korang redha je la ok!

Kalau korang nak baca pengalaman Kak SYA consume Set Ibu Hamil ni boleh rujuk kat sini.

Kalau ada yang berminat untuk mencuba Set Ibu Hamil ni, jangan lupa roger Kak Sya ye! Kak Sya sedia untuk guide korang!


===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
Penggemar tegar Set Ibu Hamil 
013.7799.624
===========================