Showing posts with label Sistem Imun. Show all posts
Showing posts with label Sistem Imun. Show all posts

Testimoni Vivix dan kencing tikus

Bismillah..

Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi adalah selebriti tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

Tanda2 seseorang telah dijangkiti virus kencing tikus termasuklah:
🐁 Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
🐁 Batuk tidak berkahak
🐁 Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
🐁 Radang selaput mata
🐁 Sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

Mari kita baca kisah Encik Amirul yang berjaya bebas dari virus pembunuh sentap ni dengan Shaklee:
==========
SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON


Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos. 

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan. 

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU. 

Di sini saya diberitahu saya kena  virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya. 

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat. 

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut. 

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu. 

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.
==========
Alhamdulillah, asbab Vivix dan Nutriferon Encik Amirul sembuh sepenuhnya pada hari ketujuh selepas beliau mula makan supplement.

Tak salah untuk ikhtiar dengan supplement. Jom ikhtiar dengan Vivix!


http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Jaga diri 
Kak Sya

Harga Vitamin C Shaklee yang super duper berbaloi!

Bismillah..


Belum tidur lagi? Takpe, takpe, meh baca sharing Kak Sya pasal Vitamin C Shaklee ni. 


Vitamin C ni ada 180 tablet dalam satu botol. Sehari korang hanya perlu consume setablet je. Bermakna, sebotol Vitamin C Shaklee boleh tahan sehingga 6 bulan.

Sebiji tablet Vitamin C mengandungi 500mg Vitamin C. Sebiji tablet Vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 biji buat oren.


Apa bestnya Vitamin C Shaklee ni?

1. Vitamin C Shaklee ni merupakan vitamin C pertama dalam dunia yang menggunakan teknologi sustained release. 

2. Ini bermakna, setiap satu jam, sebanyak 100mg Vitamin C dibebaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan untuk memaksimakan penyerapan. 

3. Vitamin C Shaklee datang bersama bioflavonoid yang sangat penting yang membantu penyerapan Vitamin C.

Menurut kajian, pengambilan 2 tablet Vitamin C dapat membekalkan Vitamin C yang cukup selama 24 jam!

Harga Vitamin C pun tak mahal. Sebiji hanya RM0.54 sahaja! Korang bandingkan kalau kena makan 7 biji oren? Banyaaakk jimat nya tauuu.

Best tak best? Kak Sya akan share entry pasal manfaat Vitamin C di lain post ye.

Stay tune! Jaga diri! Jangan lupa Vitamin C!


=============================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
Pencint Vitamin C
013.7799.624
=============================

Vitamin untuk daya tahan tubuh Shaklee

Bismillah..

Dah 2 - 3 minggu ni hujan je kan? Anak2 pun dah mula selsema dan batuk2. Yang kesian kat si kecik budak padat Liyana Yasmin la. Nak buang selsema tu tak pandai, nampak tak selesa nya. Kesian sangat.

Untuk anak2 seusia Sara (5yo) dan Laila (2yo) dan Yasmin (7my), perubahan cuaca memang akan affect diorang. Alhamdulillah, so far takde demam cuma tu lah, selsema ngan batuk. 

Selain makan ubat, (sebenarnya anak2 Kak Sya dah lama tak makan ubat batuk dan selsema, sebabnya ialah diorang memang reject ubat tahap boleh muntahkan balik ubat yang diorang dah telan) yang Kak Sya boleh usahakan ialah bantu untuk tingkatkan sistem imun atau sistem daya tahan tubuh anak2..

Apa tu SISTEM IMUN?
====================

Sistem imun adalah rangkaian sel2, tisu2 dan organ2 yang bekerja bersama2 untuk mempertahankan tubuh dari serangan penceroboh asing. Penceroboh ni termasuklah mikroorganisma kecil seperti bakteria, parasit dan fungus yang menjadi punca jangkitan.


Organ sistem imun

Macam mana sistem imun ni berfungsi?
===================================
Meh layan video ni dulu..




Tengok betapa pentingnya menjaga kebersihan luar dan dalam - supaya tubuh kite sentiasa terjaga dari serangan penyakit. Pastikan anak2 sentiasa menjaga kebersihan, basuh tangan sebelum menyentuh makanan supaya bakteria tak masuk ke dalam badan melalui makanan yang dipegang. 

Bila sistem imun kita rendah, penyakit memang mudah menyerang. Kejap demam, kejap selsema dan sebagainya. Antara masalah dan penyakit yang sering menjangkiti individu yang ada masalah sistem imun ni adalah alergi..

So macam mana nak buat?

Kena la makan ubat atau supplement untuk bantu tingkatkan sistem imun tu. Macam saya, Kak Sya pilih supplement kat dalam gambar untuk keluarga. Anak-anak pun lebih rela makan supplement daripada makan ubat hihihi. 

Ada apa dengan vitamin untuk daya tahan tubuh (sistem imun)?
=======================================================

• Vitamin C - Antioksidan yang melawan radikal bebas yang merosakkan sel

• Chew Vitamin C - Untuk anak2 tersayang. (Anak Vitamin C)

• Nutriferon - Meningkatkan penghasilan interferon, pengaktif utama sistem imun

• Omega Guard - Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi sel imun

• Garlic Complex - Antibiotik semulajadi 


Berminat nak cuba set untuk boost sistem imun? Boleh cepat2 contact Kak Sya ok!

🌹 Call/WA/SMS : 013.7799.724
🌹 FB : Syahridah Ishak 
🌹 IG : msishaque14
🌹 FB Page: Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌹 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar.  Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

ZIKA - Tingkatkan sistem imun keluarga anda!!

Bismillah..

Apa khabar readers? Saya doakan anda semua sihat-sihat selalu. Iyelah, dah empat hari Aidiladha berlalu. Mesti masih ada yang berlaukkan daging qurban,kan? Sedapnyeee..

Sebelum raya puasa haritu negara kita dikejutkan dengan kewujudan virus Difteria, dimana sehingga 26 Ogos sebanyak 28 kes telah direkodkan dengan lima (5) kematian.

Sebelum Aidiladha pulak, kes pertama Zika dilaporkan media. Yang paling sedih bila seorang wanita hamil juga turut dijangkiti Zika 😭😭😭

Lindungi keluarga anda!

Selain daripada memastikan persekitaran bersih dan tidak ada takungan air yang membolehkan nyamuk aedes, anda juga boleh mengambil langkah untuk tingkatkan sistem imun keluarga anda.

Haa..macam mana nak tingkatkan imun sistem badan kita dan keluarga kita? Banyak sebenarnya makanan yang boleh membantu untuk tingkatkan daya ketahanan badan kita. Anda boleh makan buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C seperti oren, lemon dan limau gedang.

Bawang putih juga mempunyai characteristic makanan yang meningkatkan tahap imun badan. Tapi, lalu ke anda nak makan bawang putih mentah-mentah tu?

Haa..saya juga pilih untuk makan makanan-makanan yang boleh boost sistem imun badan saya dan keluarga. Selain dari mengambil makanan-makanan yang boleh meningkatkan sistem pertahanan tubuh, saya lebih selesa ambil set imun sistem dari Shaklee ni.

Set ni ada:-
 1. Nutriferon
 2. Sustained Release Vita-C Plus
 3. Garlic Complex
 4. Chewable Vita-C Plus (untuk kanak-kanak)


Senang ambil vitamin je.

InsyaaAllah asbab makan vitamin-vitamin tu boleh bantu tingkatkan imune system kita. Lagi-lagi dengan pelbagai penyakit berjangkit yang ada sekarang. Untuk mak pak dan anak-anak memang sesuai sangat. Mak-mak yg menyusukan anak pun boleh makan tau!! InsyaaAllah khasiatnya akan dapat juga untuk anak yang sedang disusukan tu.

Paling penting, jangan lupa doa banyak-banyak! Kerana Dia lah yang Maha Melindungi & Maha Penyembuh..

Take care ok!!

Kak Sya

🌸 WA/Call/SMS : 013.7799.624
🌸 FB : Syahridah Ishak
🌸 IG : msishaque14
🌸 Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
🌸 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com