Showing posts with label DTX Complex. Show all posts
Showing posts with label DTX Complex. Show all posts

Set Shaklee untuk batu dalam hempedu

Bismillah..

Kalau anda mempunyai masalah batu dalam hempedu dan telah melalui rawatan yang disarankan doktor, anda masih boleh berikhtiar dengan supplement untuk membantu anda lebih sihat

Nah, inilah dia supplement Shaklee untuk mencegah batu dalam hempedu atau nama femesnya gallstone.


Fungsi setiap supplement dalam Set Batu Dalam Hempedu adalah seperti berikut:-

Vivix
  • Membantu mencegah masalah kolestrol yang boleh menyebabkan kehadiran batu kolestrol dalam hempedu
  • Membantu mengawal masalah penghasilan hormon estrogen berlebihan
Lecithin
  • Membantu menguraikan lemak punca kolestrol
  • Membantu mengawal masalah obesiti yang merupakan punca masalah kolestrol
DTX Complex
  • Deetox hati kerana pesakit batu dalam hempedu boleh juga mempunyai masalah jaundice yang memang berpunca daripada hati


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set ini, bolehlah berhubung terus dengan Kak Sya di talian yang Kak Sya sertakan di bawah:

+6.013.7799.624

Atau anda boleh copy dan paste link ini:

http://shakleepasirgudang.wasap.my

Boleh juga follow Kak Sya di:
FB : Syahridah Ishak
Twitter : syahridahishak
Instagram : msishaque14
Instagram : shaklee.pasir.gudang

Like page Kak Sya:
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624

Ok, sampai jumpa lagi di lain entry..

Jaga diri
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang (ID : 1168907)

Testimoni Shaklee dan Psoriasis

Bismillah..

Jom tengok testimoni Shaklee dan Psoriasis lagi..

Testimoni 1

Testimoni 2


Anda mungkin berminat dengan Set Psoriasis Shaklee. Ataupun jika anda berminat dengan Set Detox Shaklee, boleh hubungi Kak Sya untuk pertanyaan dan pesanan. 

Jaga diri,
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Testimoni #1 produk kurus terbaik dari Shaklee!

Bismillah..

Sebelum tidur ni nak share ngan anda semua testimoni untuk produk kurus terbaik dari Shaklee.

Empunya testimoni ni berjaya menghilangkan 10kg berat beliau dalam masa 10 minggu!! MasyaaAllah!! Superb betul!

Jom kita tengok apa yang beliau buat sampai boleh turun banyak macam tu.

=============================

MEI 2016
TESTIMONI : NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA

[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detox. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu. 

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat  apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE.

===============================

Hubungi Kak Sya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee!!

Call/WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

Sampai jumpa lagi di lain entry! Selamat malam..

DETOX PARASIT

Bismillah 

Assalamualaikum readers! Harini dah 9 Safar, maka bermulalah program 14 hari DETOX PARASIT. Detox parasit mesti dilakukan bermula hari kesembilan dalam bulan Islam, dan berakhir selepas 14 hari.

Kenapa kena buat di hari yang diberitahu? Hari lain tak boleh ke?

Sebab masa pertengahan bulan ni adalah masa parasit paling aktif (bertelur, menetas, mengawan etc.



SERANGAN PARASIT pada tubuh manusia adalah sejenis penyakit yang tersembunyi. Simptom2 yg diberi oleh jangkitan parasit ni menyamai simptom penyakit lain, jadi tak ramai orang sedar sebenarnya mereka mengalami masalah parasit.

APAKAH PARASIT?

Parasit adalah organisma yang masuk ke dalam tubuh kita, hidup dengan memakan nutrient kita, dan meninggalkan toksin pula kepada kita! Pendekata parasit umpama tetamu tak diundang yang menyusahkan.

Antara jenis2 parasit yang biasa menyerang manusia adalah cacing tambang (paru2 dan usus), anisakis (cacing dalam ikan & biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah), cacing gelang (menyerang usus, paru2, otak & hati), Acanthamoeba (bila tak bersihkan contact lense), dan banyak lagi. 

Oleh itu menjaga kebersihan terutama persekitaran dan makanan amat penting untuk mengelakkan jangkitan parasit.

SIMPTOM2 JANGKITAN PARASIT

- kelesuan
- stress
- tekanan perasaan
- sering dalam keadaan 'blur'
- kembung
- berat badan menurun
- alergi
- sensitif terhadap makanan/persekitaran
- sering sakit
- kegatalan pada bahagian sulit
- sakit otot & sendi
- sembelit atau cirit-birit
- ketidakstabilan haid
- ekzema
- teringin benda manis
- sukar tidur dan sukar bangun
- eye floaters

Kesan jangkitan parasit yang tidak dirawat amat bahaya. Ia boleh menyebabkan kanser!

BAGAIMANA MENYAHKAN PARASIT (DETOX PARASIT)

1. Parasit hidup gembira bila ada bekalan gula, jadi benda pertama kita kena buat ialah kurangkan pengambilan gula.

2. Makan makanan yang mengandungi 'anti-parasit' seperti nanas, betik, kranberi, buah tin dan biji labu.

3. Mengambil makanan yang tinggi kandungan Vitamin A, B Compleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin K, Kalsium, Protein dan Zat Besi.

4. Mengambil makanan yang tinggi serat.

5. Mengamalkan bawang putih kerana ia mengandungi sulfur semulajadi yang boleh menghalau parasit.

7. Minum air bertapis secukupnya.

8. Mengamalkan kismis terutama untuk anak-anak.

9. Elakkan memakan tumbuhan yang tumbuh di dalam parit.

10. Basuh dan masak makanan dengan sempurna sebelum memakannya.

11. Cuci pakaian dalam, cadar dan selimut secara kerap dengan air hangat.

12. Pastikan seisi rumah mencuci tangan dengan bersih terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum mengendalikan makanan.

13. Cuci rumah dengan kerap, terutama bilik tidur. Jangan lupa gunakan Basic H!

PRODUK SHAKLEE UNTUK MENYINGKIRKAN PARASIT:-

• Herb Lax
• Nutriferon
• Garlic Complex
• Alfalfa Complex
• DTX Complex 
• Vivix

Buang parasit yang bersarang dalam diri kita! Banyak masalah kehidupan yang timbul disebabkan mereka!

Untuk anda yang nak cuba buat Detox Parasit ni boleh hubungi Kak Sya ye untuk maklumat lanjut. Bulan ni tak dan dah, kita buat bulan depan pulak ye.

Kena standby dah supplement lengkap untuk detox. Alang2 nak detox biar sampai jadi bersih!

OK sampai sini dulu.

Kalau dah fikir dan konfem nak berdetox bulan depan, jangan lupa contact Kak Sya ok!

😊😊😊

Detox bersama Shaklee

Hai hai hai! Semoga korang semua sihat dan sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.

Ingat tak Kak Sya nak share ngan korang pasal macam mana korang nak detox cara mudah dengan Shaklee?

Haaaaa... meh teruskan baca.. Actually ada set dalam Shaklee ni yang dipilih sebagai set yang patut korang ambil kalau korang nak start detox parasit. Setiap satu memang mempunyai fungsi tersendiri untuk melawan dan membunuh semua keturunan parasit dalam badan korang tu. 

Meh kita cekidaut apa set detox Shaklee ni?



Set yang Kak Sya tunjuk diatas ni hanyalah set cadangan. Lagi lengkap set detox yang kita ambil, lagi berkesan la proses detox kita. Kalau korang ada bajet tersendiri dan masih berminat untuk buat proses detox pun boleh bagitau Kak Sya.

Kak Sya boleh recommend supplement mana yang sesuai mengikut bajet korang, no worry ok!

Bukan aje jadual makan supplement yang korang akan dapat, consultation percuma pun Kak Sya akan beri untuk korang yang jadi customer Kak Sya. Jangan malu, jangan segan, jom kita bunuh parasit dalam badan kita!! Wahahaha.

Jangan bagi dia bermaharajalela lagi dalam badan kita..

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

Makanan terbaik untuk detox parasit

Hai!! Assalamualaikum semua!!

Dah lamaaa sangat yek tak update blog ni. Atas alasan2 yang tak berapa nak best, Kak Sya belum dapat lagi nak khatamkan entry pasal detox ni..

Jom harini kita tengok lagi detail pasal detox nak tak? Topik yang Kak Sya nak kupas hari pasal makanan yang sesuaiiii dan yang dilarang masa kita tengah detox.

Meh kite tengok senarai makanan yang patut diambil semasa proses detox parasit ni. Bukan semua nya tersenarai, ni adalah antara contoh je tau!



Kalau ada jenis makanan yang patut korang amik masa tengah detox parasit ni, mesti ada pantang jugak kan?! Bukan pantang jumpa tau, tapi pantang makan.. 

  • Gula putih (termasuk yang ada dalam masakan harian)
  • Makanan berasaskan gandum seperti roti putih, pizza, bubur
  • Karbohidrat bertapis seperti  kek, biskut, jus buah kecuali lemon & delima, bijirin segera dan pasta
  • Processed food
Lagi:


Ingat tau! Selagi kita bagi parasit dalam badan kita makanan dia, selagi tu lah dia gembira dan gumbira! Mesti dia nak cakap thank you banyak2 kat kita.

Hahahaha~~

Korang tau tak, selain dari makanan yang baik untuk detox yang dah Kak Sya senaraikan kat atas tu, korang boleh jugak try detox dengan supplement Shaklee. Jom cekidaut!

Kalau korang serious berminat nak detox, mehhh contact Kak Sya cepat!


☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam


POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!




Jenis parasit & bagaimana ia wujud?

Assalamualaikum semua!

So korang dah dapat idea ke sikit pasal parasit ni? Kalau korang pegi usha kat En Google, mesti geli tau tengok parasit punye gambar! Adoii geli tau! Nak letak dalam ni pun tak sanggup rasa..

Entry kali ni Kak Sya nak share pasal jenis parasit, yelah sebelum ni kita dah tau apa simptom2 yang mungkin ada dalam diri kita kalau parasit tu 'menghuni' badan kita..

Terdapat beribu-ribu jenis cacing dalam alam haiwan. Mereka umumnya mempunyai badan langsing & panjang tanpa anggota badan yang berasingan. Cacing hidup dalam pelbagai habitat : beberapa cacing hidup di bumi seperti cacing tanah, yang lain hidup di dalam air seperti lintah dan lain-lain hidup dalam dalam manusia seperti cacing pita.

Cacing yang hidup pada manusia atau haiwan dikenali sebagai parasit. Parasit sentiasa tinggal di dalam atau pada tuan rumah mereka. Mereka makan bekalan makanan tuan rumah mereka dan menyebabkan pelbagai keadaan dan gejala-gejala yang berkisar dari sederhana kepada teruk.

Perkataan "parasit" itu sendiri berasal dari bahasa Yunani lama "Parastos" yang bermaksud "seseorang atau perkara, yang makan di meja orang lain" . Ini betul-betul apa yang parasit buat, iaitu ia memakan dari badan tuan rumah, sama ada ini adalah haiwan, tumbuhan atau manusia.



3 Jenis utama Cacing Parasit

1) Cacing pipih seperti cacing pita
2) Flukes seperti cacing pipih darah (blood flukes)
3) Cacing gelang seperti threadworms atau pinworms

Flatworms

Flatworms termasuklah cacing pita dan cacing pipih . Flatworms bernafas dan makan melalui kulit mereka. Oksigen dan nutrien secara literal melalui kulit mereka. Mereka tidak mempunyai organ berasingan untuk penghadaman dan peredaran darah .

Flatworms memakan darah, cecair tisu, atau sel-sel dalam badan perumah mereka. Flatworms tinggal pada kulit, mulut, atau bahagian lain di luar perumah, atau mereka boleh hidup dalam perumah seperti parasit lain yang tinggal pada manusia dan menjangkiti darah dan bahgian organ.


Flatworms wujud dalam pelbagai saiz dari yang mikroskopik kepada lebih 20 meter panjang, contohnya seperti cacing pita ikan paus. Jenis-jenis yang flatworms yang paling biasa yang hidup pada manusia adalah cacing pita dan cacing pipih .

Cacing pita

Cacing pita tinggal di usus manusia di mana mereka memakan makanan separa cerna dalam usus perumah mereka. Tempat tinggal cacing pita adalah persekitaran yang dilindungi sepenuhnya dan mereka membesar dan hidup di dalam keadaan ini.


Cacing pita adalah cacing parasit dan yang paling sering disebut sebagai hanya parasit. Mereka hidup melalui nutrien perumah mereka. Parasit memerlukan perumah untuk terus hidup.

Fluke

Cacing pipih (fluke) adalah sejenis cacing parasit. Cacing pipih mendapatkan nama mereka dari cara mereka dilihat kerana mereka berbentuk rata dan perkataan fluke berasal dari perkataan Jerman "Flah" yang bermaksud "rata". Cacing pipih mempunyai sekurang-kurangnya satu penyedut luaran, yang mereka gunakan untuk 'melekatkan' diri mereka kepada perumah mereka.


Sesetengah cacing pipih hidup di insang, kulit atau di luar perumah mereka manakala yang lain, seperti cacing pipih darah yang tinggal dalam manusia, hidup secara dalaman dalam perumah mereka. Cacing pipih darah sebahagian besarnya dijumpai dikawasan tropika yang panas seperti Afrika Utara dan Asia Tenggara dan menyumbang kepada beberapa keadaan kesihatan yang melampau.

Cacing gelang (roundworms)

Jenis yang cacing gelang yang paling biasa dijumpai termasuklah pinworms atau threadworms, hookworms, ascaris (bermaksud 'cacing usus') dan heartworms.

Cacing gelang mempunyai badan berongga dan bukaan di kedua-dua hujung dan secara amnya berkembang antara 2-5 inci panjang. Cacing gelang sangat biasa ditemui dalam haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing dan boleh dipindahkan dengan mudah kepada manusia. Cacing gelang hidup di dalam air garam, air segar dan tanah.


Makan makanan yang tercemar atau mendapat cacing dari haiwan yang tercemar adalah cara yang paling biasa untuk mendapatkan cacing gelang. Hookworms dan pinworms adalah jenis cacing gelang yang sering dijumpai di dalam manusia.

Bagaimana parasit wujud dalam tubuh manusia?

1) Dengan meminum air yang tidak bersih atau telah tercemar.
2) Parasit masuk melalui mulut, dengan memakan makanan/minuman tercemar atau dari sumber yang tidak bersih.
3) Menyentuh bahagian mulut atau mata dengan tangan yang tidak bersih.
4) Menyentuh haiwan yang telah dijangkiti parasit, telur parasit pada bulu haiwan boleh terkena pada tangan, mulut dan mata.
5) Melalui jilatan haiwan peliharaan.
6) Melalui udara yang disedut oleh manusia.

Tips2 untuk meminimakan jangkitan parasit

1) Sentiasa pastikan tangan dibasuh selepas membelai haiwan peliharaan.
2) Tanggalkan kasut yang dipakai dan tinggalkan diluar rumah.
3) Kerap mandi atau bersihkan diri.
4) Pastikan sumber daging yang diambil adalah dari sumber yang bersih dan dipercayai.
5) Kurangkan makan daging atau ikan mentah.
6) Basuh buah2an, dan sayuran sebelum makan.
7) Minum air dari sumber yang bersih/air yang telah dimasak.
8) Makan banyak probiotik untuk menghapuskan bakteria jahat dalam usus.

Banyak lagi lah cara yang kita boleh buat untuk elakkan diri kita dari dijangkiti parasit. 

Jom detox parasit!!

Nak detox dengan Shaklee boleh jugak, roger je Kak Sya ok!


☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!

Eeeww!! Parasit? Badan aku ada parasit ke?

Hai semua! Assalamualaikum!!

Gelikan kalau fikir badan kita ni penuh dengan cacing dan parasit? Selalunya kita takutkan anak2, adik2 kita dengan perut cacing. Tapi, korang tau tak rupa-rupanya badan seorang dewasa pun banyak cacing dan parasit tau!



Apa tu parasit?

Parasit adalah organisma yang hidup dan memakan dari organisma lain. Apabila merujuk kepada parasit usus, saya merujuk kepada organisma kecil , biasanya cacing , yang makan di luar daripada pemakanan anda.

Beberapa contoh parasit termasuk cacing gelang, cacing pita, pinworms, whipworms, hookworms dan banyak lagi. Oleh kerana parasit datang dalam banyak bentuk dan saiz yang berbeza, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah. Parasit akan memakan makanan kita, mejadikan kita sentiasa lapar setiap kali selepas makan dan sebab itulah kita tidak akan dapat untuk menaikkan berat badan . Ada parasit yang makan sel-sel darah merah, menyebabkan anemia. Jenis parasit yang lain akan bertelur yang boleh menyebabkan gatal-gatal, cepat marah, dan juga insomnia. Jika anda telah cuba banyak cara untuk menyembuhkan usus anda dan mengurangkan simptom penyakit anda tapi tak berjaya, parasit boleh menjadi penyebab utama untuk masalah simptom penyakit anda yang tak selesai2 tu..



Macam mana tubuh kita 'dihuni' parasit?

Ada banyak cara parasit boleh masuk ke dalam tubuh kita. Pertama, parasit boleh memasuki badan kita melalui makanan dan air yang tercemar. Daging yang kurang masak adalah tempat biasa  bagi parasit untuk bersembunyi, begitu juga dengan air yang tercemar, air dari tasik, kolam, atau anak-anak sungai. Selain daging, buah-buahan dan sayur-sayuran bersih atau tercemar juga boleh menjadi 'tempat persembunyian' parasit. Sesetengah parasit juga boleh memasuki badan kita melalui bahagian bawah kaki kita.

Apa simptom tubuh kita dihuni parasit?

1. Sembelit, cirit-birit, perut berangin atau ciri-ciri IBS (irritable bowel syndrom)

2. Anda pergi ke luar negara dan mengalami cirit-birit di tempat yang anda lawati.

3. Anda pernah mengalami keracunan makanan dan sistem penghadaman anda agak berbeza selepas anda mengalami keracunan makanan tersebut.

4. Anda mengalami masalah kesukaran tidur, dan kerap terjaga malam.

5. Anda mengalami kerengsaan kulit, ruam dan eczema.

6. Anda melagakan gigi ketika sedang tidur.

7. Anda mengalami kesakitan pada otot atau sendi.

8. Anda mengalami keletihan, kemurungan, atau perasaan kerap tidak pedulikan orang lain.

9. Anda selalu rasa tak puas atau kenyang selepas makan.

10. Anda didiagnos dengan kekurangan zat besi anemia.

Huishh cuba korang check dalam 10 simptom yang dah disenaraikan kat atas, berapa skor korang? Jangan pandang remeh dengan penghuni jahat badan kita tau!!

Cepat2 buat detox parasit!!

Meh call Kak Sya untuk more info:

☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam


POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!