Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Testimoni Set Kurus Shaklee

Bismillah..

Anda dah kenal kan set kurus Shaklee yang hot tu? Jom kita tengok testimoni pula..

Testimoni 1



Sebenarnya nafsu makan nasi tu memang tak tipu memang kurang. Kalau nak ikutkan memang tak nak makan nasi tapi kekadang makan kat rumah orang dah dia cedok kan nasi tu makan juga tapi makan sesenduk je. Tu pun kadang tak habis tu breakfast pun minum ESP je.. Malam tak sentuh nasi pun makan tomyam pun boleh kongsi 2 orang..

Testimoni 2


Masih saya ingat saat dimana wanita berjiwa muda itu memegang belakang badan saya, katanya wanita biasa akan mempunyai lemak berlapis di bahagian belakang badan tanpa dia sedar. Iaitu bahagian tali pakaian dalam Biasanya ada spare tyre

"Oh nasib you tak ada spare tyre di sini".

Saya tergelak sambil senyum

Beliau yang telah berumur menghampiri 60 itu memulakan cerita:

Saya ni jenis suka makan nasi. Maka dulu saya menghadapi masalah spare tyre bukan sahaja di perut tetapi di belakang badan. Selepas itu saya amal makan lecithin dengan dos X x 3 sehari. Barulah spare tyre bukan sahaja di perut tetapi di belakang badan bahagian sini (sambil tangan kanannya memegang bahagian atas belakang badan saya).

Oh ya saya perasan perkara ini biasa terjadi pada wanita kerana ia tidak menonjol dia depan maka adakala kita pun tak ambil port sangat sampailah orang tegur

Hihi. Macam-macam kisah

InsyaaAllah nanti Kak Sya sambung lagi ok!

Jaga diri




Produk kurus terbaik Shaklee untuk turunkan berat dan kurangkan inci

Bismillah..

Anda sedang mencari produk untuk turunkan berat badan? Atau nak inch loss he? Janji kurus? Hihi

Sabar, sabar.. Kak Sya nak bagi anda info tentang produk untuk turunkan berat badan dari Shaklee. Nak tau apa dia?


Dalam Set Kurus yang hot ni, anda mesti ada sekurang-kurangnya ada 3 supplement dari kumpulan BAKAR LEMAK, BUANG TOKSIN dan BINA OTOT

BAKAR LEMAK

Omega Guard
  • Membantu memecahkan lemak yang berada pada bahagian organ dan di dalam salur darah
  • Membantu mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan membakar lemak untuk tenaga
  • Omega-3 juga boleh membantu menaikkan metabolisma dan membakar 40% lebih banyak lemak bila bersenam
  • Sangat sesuai diamalkan oleh ibu yang menyusu kerana minyak ikan Omega-3 juga baik untuk perkembangan otak bayi

Lecithin

  • Lecithin membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh
  • Lecithin juga membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang diambil

BUANG TOKSIN

Alfalfa


  • Kaya dengan serat yang membawa keluar lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega Guard 
  • Sangat sesuai diambil oleh ibu yang sedang berpantang kerana Alfalfa juga merupakan agen milkbooster yang baik

Herb-Lax
  • Mengandungi sienna iaitu salah satu herba yang terkenal dari zaman dahulu untuk membantu masalah ketidak hadaman dan untuk membantu pergerakan usus yang lebih baik
  • Membersihkan usus daripada toksin lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar

BINA OTOT

ESP
  • Sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah
  • Membantu mengurangkan berat badan dan mengawal selera makan selain membantu tubuh untuk Bertenaga sepanjang hari
  • Sesuai untuk ibu yang menyusukan kerana ESP juga merupakan salah satu suplemen milk booster yang juga meningkatkan kualiti susu

CINCH SHAKE MIX
  • Merupakan minuman protein soya yang membantu rasa kenyang lebih lama
  • Meningkatkan metabolisma badan kerana sing Shake mix mengandungi leucine yang membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat supaya badan tidak menggeleber bila berat turun kelak
  • Sangat sesuai digunakan sebagai meal replacement yang berupaya untuk memotong beratus-ratus nilai kalori harian 

Sebenarnya dengan Set Kurus Shaklee ni, ibu-ibu menyusu sesuai sangat tau untuk ambil supplement2 ni.

Kalau anda perasan, supplement dalam Set Kurus ni sebenarnya ada dalam Set Berpantang

Best ke best? Kalau anda tak sure supplement mana yang sesuai dengan anda, pastikan anda hubungi dulu SID yang bertauliah sebelum decide untuk beli ye!

Kalau nak Kak Sya consult pun boleh..

Whatsapp/call/SMS/Telegram je:
+6.013.7799.624
+6.013.7799.624


Jaga diri,
KAK SYA
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
ID: 1168907

Testimoni berjaya Set Kesuburan Shaklee

Bismillah..

Mana-mana pasangan, tak kisah la baru ke atau yang dah lama berkahwin, mesti akan kata mereka nak anak. Anak atau zuriat penyeri rumah tangga, penyambung keturunan.

Macam Kak Sya dulu, lepas 2 tahun tunggu anak sulung, Kak Sya dan suami usaha pergi ke LPPKN, buat macam-macam test untum sahkan kami berdua sihat dan boleh conceive secara normal. Masa tu Shaklee pun tak kenal lagi.. huhuhu (di entry yang lain insyaaAllah kalau sempat Kak Sya nak share pengalaman Kak Sya dulu. Supaya kita sama-sama dapat belajar dan usaha sehabis baik untuk dapatkan zuriat sendiri. InsyaaAllah

Sebenarnya dalam entry ni Kak Sya nak share testimoni Puan Yanie yang berjaya hamil asbab konsisten makan Set Kesuburan Shaklee. Happy reading!

==========
TESTIMONI : ELYANIE CHE ROS

[MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DAN BERJAYA HAMIL AWAL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Saya Elyanie Binti Che Ros dan berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1tahun 9 bulan yang diberi nama Ahmad Aryan Razin. 

Hari nie Yanie akan sharekan masalah yang Yanie hadapi dan akhirnya kemanisan yang Yanie dapat bila bertemu Shaklee 😘

Sebenarnya kata-kata en suami sebelum nie ada sebab kerana dia tahu masa Yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur. 

Bagi yang tak pernah baca entry blog Yanie berkaitan ini Yanie akan sharekan dengan korang semua. 

Masa belajar dekat POLIMAS pada tahun 2009-2012 Yanie hampir 6 bulan period tidak datang. Pada masa itu Yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Yanie masa itu. 

Masa belajar dulu keluarga Yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3 tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6 bulan, akhirnya Yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.

Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.

Doktor cakap period Yanie ini akan teruk lagi apabila Yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat Yanie, doktor cakap risiko ingin timang cahaya mata sangat tipis atas sebab period Yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Yanie masa itu. 

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri Yanie ubat untuk period, dan sampai bila Yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.

Shaklee ubah masalah kesihatan Yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period Yanie yang hampir 6 bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3 bulan tersebut, period Yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period Yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yanie memang konsisten makan ESP , GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX TANPA SKIP. En suami juga konsisten makan ESP , VITAMIN E & ZINC COMPLEX (out of stok) TANPA SKIP JUGA. 

Yang paling bahagia sebenarnya bagi Yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan Shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Kami mula ambil Shaklee jun 2013. Sudah 4 tahun kami sudah bersama Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada Yanie.

Pada tahun 2015 kami sah hidup sebagai suami isteri, kami makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya. 

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta UPT tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahaha.

Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana Yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan Yanie konsisten makan supplemen Shaklee daripada masalah kesuburan Yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa Yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan Yanie.

Selepas seminggu Yanie buat UPT, Yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu Yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim Yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak ikhtiar dan cuba cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana Allah sangat suka bila hambanya berusaha dan terus berusaha. In Shaa Allah bila kita usaha sehabis mungkin kita akan rasa dan menikmati kemanisannya.

Salam sayang dariku,
Elyanie Che Ros,
Mama Ahmad Aryan Razin.
==========

Bestnyaa perkongsian Puan Yanie kan? Kak Sya harap ia dapat jadi sumber inspirasi yang baik untuk bakal-bakal bapa dan ibu supaya tak putus asa dalam usaha untuk hamil.

Anda nak cuba Set Kesuburan? Jom Whatsapp/DM Kak Sya. Kak Sya sedia membantu..


http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/


FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/WA/Telegram : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya
Shaklee Pasir Gudang

Makanan yang membantu memanjangkan fasa luteal

Bismillah..

Hai semua! 

Anda mesti dah baca tentang kecacatan fasa luteal di entry sebelum ni. Untuk recap semula, fasa luteal adalah fasa ketiga kitaran haid wanita. Ia adalah fasa diantara ovulasi dan permulaan kitaran haid. Dalam fasa ini berlaku persenyawaan dan implantasi (jika seseorang itu cuba untuk hamil)

Fasa luteal adalah fasa terpanjang dalam kitaran haid. Sepatutnya ia mengambil masa 10-14 hari. Jika anda mempunyai fasa luteal kurang dari 10 hari, ini bermakna anda mempunyai masalah kecacatan fasa luteal yang mana ia merupakan masalah kesuburan biasa yang dijumpai dikalangan wanita.


Kitaran haid normal wanita

Nota kaki : Jika anda mempunyai fasa luteal melebihi 14 hari, ini bermakna anda mungkin tidak berovulasi secara berkala. Ini mungkin disebabkan oleh Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) atau isu lain yang menyebabkan gangguan ovulasi. InsyaaAllah Kak Sya akan kupaskan tentang PCOS di entry lain.

Secara semulajadi, sebarang gangguan terhadap fasa luteal memang membimbangkan. Ini kerana ia boleh mengganggu kitaran haid secara keseluruhan, dan menyebabkan masalah kesuburan. Jika anda mempunyai fasa luteal kurang dari 10 hari, dinding uterus tidak sempat untuk menebal untuk janin melekat, dan menyebabkan keguguran.

Penyebab utama kecacatan fasa luteal adalah hormon progesterone rendah. Progesterone dihasilkan disepanjang kitaran haid, dan kemuncaknya adalah semasa fasa luteal. Progesterone diperlukan untuk membina dan memelihara dinding uterus semasa fasa luteal dan mengekalkan kehamilan sepanjang trimester pertama. Jika progesterone tidak meningkat dengan cukup selepas ovulasi atau ia turun mendadak sebelum anda datang haid, anda mungkin mempunyai masalah kecacatan fasa luteal.

Anda mungkin berminat untuk mengetahui penyebab kadar progesterone rendah disini.

Apakah pemakanan yang sesuai untuk masalah kecacatan fasa luteal? 

1. Vitamin C - Vitamin C adalah satu-satunya vitamin yang boleh membantu meningkatkan hormon progesterone untuk wanita. Makanan yang kaya dengan Vitamin C adalah seperti lada benggala, brokoli, kubis bulat, betik, strawberi dan oren. 



2. Sayuran hijau - Kale, collard green, bayam, swiss chard dan mustard green adalah sayuran hijau terbaik yang patut anda ambil setiap hari! Sayuran hijau sangat kaya dengan B-Complex yang sangat penting untuk menyeimbangkan hormon. Ia juga kaya dengan magnesium dan kalsium yang membantu masalah berkaitan dengan PMS & progesterone rendah.



3. Asid lemak penting - Asid lemak yang dimaksudkan adalah asid lemak Omega-3. Anda boleh mendapatkan bekalan semulajadi asid lemak Omega-3 dari ikan salmon dan halibut. Sardin, kacang walnut dan chia seed juga kaya dengan Omega-3.


Ikan halibut. Sekali tengok macam ikan sebelah :)

4. Diet kolestrol yang mencukupi - Semua hormon steroid termasuk progesterone, di sintesis daripada pregnenolone, yang diperolehi dari kolestrol. Dan bekalan kolestrol ini boleh didapati dari makanan seperti protein dari haiwan, telur di pastur dan mentega dari sumber haiwan yang diberi makan rumput

5. Kunyit - Kunyit didapati sangat berkesan dalam menangani simptom progestrone rendah seperti senggugut, PMS dan kemurungan. Kunyit sangat kaya dengan Vitamin C, zat besi, magnesium dan vitamin B6

Banyak juga makanan yang boleh membantu kita untuk menghadapi masalah kecacatan fasa luteal ni. Cara mudah, anda boleh mencuba set kesuburan Shaklee

Atau anda boleh menghubungi Kak Sya untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kesuburan Shaklee atau tentang entry ini.

www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624

Follow dan like Kak Sya di:

FB - Syahridah Ishak
FB Page - Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG - msishaque14
IG biz - shaklee.pasir.gudang
Twitter -  syahridahishak



Testimoni - ESP untuk tambah susu

Selamat pagi..

Dah Isnin dah harini. Ramai anak-anak yang dah mula menghadapi peperiksaan kan harini? Sama dengan anak Kak Sya..

Semoga anak-anak kita terang hatinya, dimudahkan mereka menjawab semua soalan. Aameen..

Pagi ni Kak Sya nak share satu testimoni tentang satu supplement yang Kak Sya suka. Supplement ni nama dia ESP

Jom baca macam mana Puan Farah berjaya menjayakan penyusunan ibu sehingga puteri kesayangan mencecah 2 tahun? 

Key point kat sini ialah keazaman ibu untuk teruskan penyusunan untuk anakanda tercinta. Supplement bantu dari segi cukupkan nutrisi ibu supaya keazaman ibu boleh menjadi realiti..

===================

[BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]


Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat.

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. Rakan saya, Fatimah Azzahra Ismail, telah mencadangkan kepada saya supaya minum MealShakes dan ESP Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut.

Saya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan supplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.


Selepas mengambil MealShakes dan ESP secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun.


Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah MealShakes dan ESP secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee.

==================

Itulah perkongsian Puan Farah tentang kisah beliau dan betapa berpuas hatinya beliau dengan ESP dan Mealshakes.

Puan2 yang sedang membaca yang ada masalah yang sama macam Puan Farah yang malu untuk minta consultation Kak Sya, ok! 

Kak Sya sedia membantu..

Call/Whatsapp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

COD area Pasir Gudang, Kota Masai, Tanjung Langsat, Kg Pasir Putih, Taman Rinting, Permas Jaya, Plentong dan sekitar 

POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

Hilangkan parut chicken pox dengan vitamin untuk kulit cantik Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum semua

Selamat berhujung minggu. Cuti-cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin kan? Boleh kata setiap hujung minggu orang dok pulun pergi kenduri. Hihi

Eh, tapi kenduri bukan ada kena mengena pun dengan entry ni. Cuma musim kenduri ni kena jaga jaga, bila dah ramai-ramai penyakit berjangkit macam chicken pox memang guna senang nak merebak kalau pembawa tak dikuarantin.

Kalau anak-anak yang terkena chicken pox tu normal, dan penjagaan anak-anak yang terkena chicken pox ni lebih mudah berbanding orang dewasa. Jom kita tengok macam mana Puan Daya yang menjangkit chicken pox dari anak beliau dengan Set Kulit Cantik Shaklee


Meh kita tengok macam mana kulit Puan Daya sebelum dan selepas berjaya menghilangkan parut chicken pox dengan Set Kulit Cantik Shaklee ni


Puan Daya ambil Vitamin C, Vitamin E, B Complex, GLA dan ESP untuk menghilangkan parut chicken  pox di muka beliau. Alhamdulillah, dengan izin Allah kulit Puan Daya bersih cantik seperti sebelumnya.

Jom baca tentang Set Kulit Cantik kat sini.

Kak Sya nak share la lagi satu testimoni power tentang seorang abang sado yang alhamdulillah berjaya juga pulihkan kulit beliau dari parut chicken pox yang scary itu.

Stay tuned tau!

Untuk order set untuk hilangkan parut chicken pox ni boleh contact Kak Sya ok!

Call/WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 


Produk untuk kulit kusam Shaklee

Bismillah..
Assalamulaikum semua..
Hari ini Kak Sya nak cerita bagaimana kulit yang kusam tidak bermaya boleh diatasi dengan set supplement shaklee. Nak cerita satu-persatu ni antara produk yang amat membantu mengatasi masalah anda.
Satu hal juga mengenai masalah kulit yang pelbagai iaitu, kusam berjerawat, kusam gelap, kusam kuit kering, kusam kulit berminyak, kusam berjerawat pasir, berjerawat teruk dan banyak la lagi. Kulit anda perlu dikenalpasti bagi memudahkan pemilihan vitamin yang paling sesuai bagi mendapatkan kulit bak sutera.

TIDAK CUKUP VITAMIN MENGURANGKAN KEKUATAN KULIT

Nak ke taknak? Makanan tambahan dapat membantu atasi kulit kusam yang selama ini membelenggu diri. Ketidak cukupan vitamin dalam tubuh, mengurangkan kekuatan kulit anda untuk menapis penuaan dan nampak lebih tua dari usia. Lebih teruk lagi, muka yang sering terdedah dengan sinaran matahari dan bendeasing yang memberhaya. Seterusnya kulit anda mudah rosak.
Kombinasi-kombinasi set supplement shaklee adalah pelbagai, apabila kita gabungkan Sustained Release Vita-C, B-Complex dan Zinc, maka terhasillah Set Jerawat Bajet, sama jugak bile kita amik Vitamin E dan Sustained Release Vita-C akan jadi Set Asas Kulit Cantik, jika kita nak lagi lawa boleh tambah B-Complex, ESP, Collagen atau Vivix.
I

VITAMIN-VITAMIN YANG MENGATASI MASALAH KULIT KUSAM.

Vitamin B Complex
Ada kajian menunjukkan kekurangan vitamin B-complex menyebabkan kulit bermasalah, kusam dan tidak bermaya. Tahukah anda? Vitamin B terdapat pelbagai jenis dan pelbagai fungsi yang dapat menyokong kulit anda untuk kelihatan lebih sihat dan cantik.

1. Keupayaan vitamin B5 dapat membantu mengurangkan masalah jerawat dengan tindakannya memecahkan triglidrid dan kolestro

2. Vitamin B5 juga membantu tingkatkan peredaran darah secara tidak langsung menjadikan kulit lebih sihat. Malah kelihatan lebih segar dan berseri.

3. Vitamin B5 dapat mengurangkan tekanan yang mana tekanan salah satu punca jerawat.

4. Vitamin B12 membantu mengatur pengeluaran dan lokasi pigmen kulit, fungsinya bagi mengelakkan hiperpigmentasi iaitu kulit gelap dikawasan tertentu tubuh.

5. Vitamin B3 dan B5 bantu mengekalkan kelembapan kulit, melambatkan penuaan kulit.

6. Masalah jerawat kebiasaannya disebabkan gabungan pelbagai faktor seperti keturunan, perpeluhan, pencemaran dan kekurangan nutrien, maka pengambilan vitamin B-Complex dapat mengurangkan masalah jerawat dengan meningkatkan peredaran darah, metabolisme dan pencernaan.

Sustained Release Vita-C

1. Mencantikkan kulit – Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan kurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari.

2. Membentuk Kolagen – Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Kunci kepada pengeluaran kolagen- protein yang membantu perkembangan sel dan salur darah dan menjadikan kulit kuat dan firmness dengan menghalang otot menjadi lembik

3. Antioksida yang melambatkan kerosakan kulit oleh radikal bebas-radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, garis halus dan kedutan.

4. Kurangkan kemerahan pada jerawat dengan membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri.

5. Menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.



Vitamin E
1. Antisioksidan yang kuat mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas

2. Melambatkan proses penuaanseterusnya dapat mengurangkan kedutan dan garis halus

3. Membantu pudarkan parut dan jerawat juga mengurangkan kesan parut

4. Melambatkan pembentukan melanin– pigmen kulit yang menyebabkan jeragat

5. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf ‘l’ or ‘dl’ menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh rujuk pada label)

ESP Shaklee
Protein tersangat lah penting kepada mereka yang inginkan kulit cantik dan tona kulit yang sekata. Sebabnya protein adalah makanan sel. Sel yang sihat dapat membantu mencerikan kulit dan nampak segar menawan.

Tahukah anda? kesan jeragat atau parut yang susah nak hilang tu, kemungkinan besar adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tu.
ESP juga mengandungi Low Glysemic Index. Oleh itu ESP boleh memberikan tenaga berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar, jadi sangat sesuai untuk mereka yang nak Slim dan yang ada Gastrik.
1. Mengembalikan keserian kulit dan dan kepejalan otot
2. Awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain, pengambilan yang kerap kunci kepada awet muda
3. Membaikpulih sel yang rosak dan bina sel baru
4. Membantu pemulihan luka dan mengurangkan parut
5. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
6. Mengurangkan kedutan dan agen anti-penuaan
7. Mengurangkan kesan parut
8. Mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan
Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
1. Mengembalikan keanjalan semulajadi kulit – meningkatkan ketegangan kulit
2. Anti-penuaan – mengurangkan garis halus dan kedutan, mengecilkan liang pori
3. Menghidratkan – menjadikan kulit lebih lembap dan kurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah
4. Mencerah – mengurangkan parut, pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
5. Kulit lebih licin dan lembut
6. Berat molekul kecil sekitar 1000-3000 Dalton sahaja, memudahkan penyerapan oleh tubuh

So macam mana? Anda dah tahu kan vitamin yang sesuai untuk masalah kulit kusam anda? Ramai yang dah cuba dan Alhamdulillah kesannya sangat baik untuk kebanyakan customer.
Kak Sya amat mencadangkan set ni untuk anda yang mempunyai masalah kulit kusam. Hubungi Kak Sya untuk informasi lanjut dan order

Betul ke soya bahaya?

Bismillah..

Assalamualaikum, 

Selamat petang readers..

Kalau buka cerita tentang soya, tak sah kalau tak cakap tentang kesan-kesan buruk soya ni kan? Dalam banyak-banyak tumbuhan, soya lah yang paling banyak kena hentam.


KENAPA SOYA BANYAK SANGAT KONTROVERSI?

Entahlah Kak Sya pun tak tahu kenapa banyak sangat kontroversi tentang soya. Mungkin sebab bukan US yang jadi pengeksport terbesar kot? :P 

** biggest soy exporter adalah Argentina, kedua Brazil, ketiga US. Dan Brazil cuma export separuh je dari yg Argentina export. Bayangkan betapa banyaknya produk soya dari Argentina

Banyak di internet bercerita tentang keburukan soya, dan bila diberi fakta orang Jepun & China banyak makan soya, mereka kata itu sebab soya dah ditapai…. jadi phytoestrogen dia takde dah… mind you, orang-orang sana makan soya tapai & tak tapai lebih kurang sama banyak je. 

Dlm miso soup misalnya, kuah miso tu memang soya ditapai, tapi dalam sup miso tu ada tofu… tofu adalah soya yang tak ditapai.

Bila ada kajian bahawa orang Jepun & China paling rendah rate sakit jantung & kanser - teorinya sebab diorang makan soya.. Orang-orang anti soya mengatakan bahawa orang Jepun & China makan soya tapi tak banyak.. 1% je katanya. Tapi sebenarnya orang Jepun & China kebanyakan makan soya dari 2 hidangan ke atas sehari. Dan separuh dari soya diorang tu tak ditapai pun. In fact, orang Shanghai makan soya yang tak ditapai.. (siapa tengok Kung Fu Panda? Ayah Si Po jual apa? Jual TOFU bukan?)

Terdapat banyak kajian yang menyimpulkan bahawa tak ada beza pun soya ditapai ataupun tak ditapai.

Tentang phytoestrogen, bukan soya saja, kebanyakan tumbuhan memang ada phytoestrogen termasuklah flaxseed, bijirin, bawang, sayur2, etc. 

HABIS TU SOYA ESP MACAM MANA?

Soya ESP memang banyak lah kelebihan. Dari aspek processing dia sendiri (under controlled heat bagi nak pastikan protein dalam ESP tak hancur & mudah diserap badan) saja takde sapa boleh lawan. Belum lagi tang low GI, takde pewarna & pengawet, rendah lemak, ade calcium & essential vitamin B. Nak list semua memang takut korang je yang tak larat nak baca

Cuma nak highlight satu benda yang setakat ni takde produk lain yang boleh lawan ESP (ala2 mcm Vivix satu2 produk yang dibuktikan secara saintifik boleh repair DNA). ESP adalah satu-satunya produk yang dibuktikan secara saintifik mengandungi semua protein asid amino yang diperlukan oleh badan kita; termasuk 9 essential asid amino yang badan kita takkan boleh hasilkan sampai bila-bila. 

Pulak tu, protein2 yg kita dok makan mcm ayam/ikan goreng ni habis hancur sebab dah kena panas (protein sangat sensitif dengan haba. Tinggi sikit je suhu, protein berubah kepada struktur gumpalan yang kemudian buat badan kita susah nak serap. Bila susah nak serap, sel jadi tak cukup protein. Walaupun kita dok hentam daging gulai kat kenduri kawen tu bermangkuk2 sekalipun).

Kenapa penting sangat protein asid amino ni?

Sebab semua sel dalam badan ni perlukan protein yang secukupnya untuk sel2 tu buat kerja diaorang. Bila sel kita tak cukup protein, sel2 yg mati tak dapat nak digantikan dengan sel2 baru yang lebih sihat (sel2 kita ni sokmo mati & diganti dengan yang baru tau). Bila sel2 yang diganti tu makin lama makin tak sihat (sebab tak cukup protein), tu yang satu2 penyakit datang. Kulit kusam lah, jerawat tak hilang2 lah, badan2 lemah, imuniti badan lemah, etc..

Kesimpulan, protein2 ni sangat penting untuk sel badan kita dan ESP adalah satu2nya produk (dibuktikan secara saintifik) yg mampu bekalkan semua keperluan protein.

Ingat, ESP satu2nya produk yang ada semua asid amino. Sebab tu, SHAKLEE IS THE BEST. So korang jangan risau untuk minum ESP sebab kalau benda ni bahaya, Shaklee dah tak keluarkan dah ESP ni. Dan kalau soheh bahaya, dah lama dah Shaklee kena saman atau produk ditarik balik.

Kak Sya sendiri dah rasa & dah tengok kesan baik dari pengambilan ESP, so Kak Sya memang tak pedulikan apa yang orang nak kata pasal soya ESP.

Korang tak mau cuba? Meh roger Kak Sya


Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

Produk Shaklee untuk ibu mengandung

Bismillah..

Semua ibu yang mengandung mesti nak yang terbaik untuk permata hati mereka. Macam-macam makanan ibu-ibu nak makan, bukan aje untuk badan mereka sendiri tapi untuk anak yang tersayang juga. 

Dari pengalaman Kak Sya (masa mengandungkan Yasmin memang Kak Sya ambil Set Mengandung complete) ada banyak Shaklee effect yang best yang Kak Sya rasa. Tapi sebelum tu meh Kak Sya nak cerita apa yang ada dalam Set Ibu Hamil Shaklee ni.


Dalam Set Ibu Hamil ni ada:-

1. ESP

2. B Complex 
• Lengkap dengan 8 vitamin B yang penting termasuk rumusan terpenting asid folik. Asid folik sangat penting untuk mencegah kecacatan kepada janin.
• Membantu pembentukan sel darah merah.
• Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh

3. Vitalea


4. Ostematrix


5. Omega Guard 

Untuk ibu
• Mengawal berat badan
• Mengurangkan risiko kemurungan
• Mengawal kolesterol ibu
• Meningkatkan daya tahan badan
• Mengurangkan risiko pre-eclampsia 

Untuk anak
• Perkembangan kognitif
• Mengurangkan risiko allergies bayi
• Perkembangan penglihatan
• Mencegah kelahiran pra-matang
• Baik untuk perkembangan sistem saraf bayi

6. SR Vitamin C 
Amacam? Menarikkan fungsi semua supplement yang Kak Sya cadangkan untuk ibu hamil ni?

Harini banyak info grafik so korang redha je la ok!

Kalau korang nak baca pengalaman Kak SYA consume Set Ibu Hamil ni boleh rujuk kat sini.

Kalau ada yang berminat untuk mencuba Set Ibu Hamil ni, jangan lupa roger Kak Sya ye! Kak Sya sedia untuk guide korang!


===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
Penggemar tegar Set Ibu Hamil 
013.7799.624
===========================