Showing posts with label Set Darah Rendah. Show all posts
Showing posts with label Set Darah Rendah. Show all posts

Siapa yang perlukan Vitalea Shaklee

Bismillah..


Sebelum ni kita dah tengok apakah Vitalea Shaklee dan apakah fungsinya? Serta apakah vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang terkandung dalam Vitalea dan fungsi setiap satu daripadanya.

Entry ini, Kak Sya akan kongsikan dengan anda siapakah yang patut mengambil Vitalea - multivitamin terbaik dalam diet seharian mereka?


1. Individu yang inginkan kesihatan terbaik - semua orang patut makan Vitalea!
  • Dizaman teknologi yang serba canggih dan serba cepat ni, kebanyakan pemakanan yang kita ambil dah 'dicerobohi' dengan pelbagai racun serangga dan herbisid serta pemprosesan bahan makanan yang dah banyak mengurangkan zat makanan itu sendiri
  • Walaupun kita dah makan 'cukup' nutrien yang diperlukan dari pemakanan harian, adakah anda pasti yang apa yang anda makan itu mencukupi? 
  • Disebabkan oleh Vitalea membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral, ia sangat lengkap dengan keperluan harian yang badan kita perlukan. 
  • Individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik boleh mengambil Vitalea dalam Set Kesihatan Asas 

2. Individu / ibu hamil yang mempunyai masalah darah rendah (Hb rendah/anemia)
  • Vitalea mempunyai zat besi yang berguna dalam pembentukan sel darah merah, dan sangat membantu ibu-ibu hamil untuk mendapatkan bacaan Hb normal disepanjang kehamilan

3. Ibu hamil
  • Kebanyakan ibu hamil mempunyai masalah alahan / mual diawal kehamilan atau semasa trimester pertama. Ada juga yang mempunyai masalah ini sehingga ke saat bersalin.
  • Vitalea sangat membantu ibu hamil untuk mendapatkan nutrien yang cukup untuk keperluan ibu dan bayi

Anda juga boleh merujuk pada entry fungsi setiap vitamin dan siapa yang perlukan setiap vitamin dan mineral itu disini


Siapa pula yang tidak digalakkan mengambil Vitalea?

1. Individu yang menghidap SLE
  • Dalam Vitalea ada Alfalfa, yang sangat tidak sesuai diambil oleh pesakit auto-immune seperti SLE. 
  • Alfalfa mengandungi asid amino L-Canavanine yang boleh menjadi pencetus dan meningkatkan risiko keradangan terhadap pesakit SLE

2. Pesakit Thalassemia
  • Pesakit thalassemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana Vitalea mengandungi zat besi.
  • Pesakit thalassemia memang sudah ada masalah zat besi yang berlebihan, maka mengambil Vitalea Iron formula memang akan mendatangkan masalah kepada mereka.

3. Individu yang alah kepada herba
  • Vitalea mengandungi Alfalfa yang tidak sesuai diambil oleh individu yang alah kepada herba

4. Pesakit hyperthyroid
  • Pesakit hyperthyroid tidak boleh mengambil iodin dalam diet mereka. Vitalea mengandungi iodin 

Oleh yang demikian, penting untuk anda kenalpasti akan keadaan diri anda sebelum anda mencuba apa-apa supplement. Pastikan anda memberitahu SID yang anda hubungi tentang keadaan diri anda supaya tiada kemudaratan kelak.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan kesihatan dan supplement, jangan segan untuk menghubungi Kak Sya di media ini ya

Facebook : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
FB Page : Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624
Instagram : msishaque14
Instagram : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

Vivix untuk anemia

Bismillah.. 


Selalu kita baca tentang macam mana Vivix bantu mereka yang ada masalah darah tinggi, kan?

Kali ni Kak Sya nak kongsikan tentang bagaimana Vivix boleh bantu pesakit anemia pula.



Sebelum tu jemput baca testimoni bagaimana Vivix bantu pesakit Talasemia. Talasemia ni ada kena mengena dengan anemia ni tau. Talasemia terjadi apabila terdapat kelainan atau mutasi dalam salah satu gen yang terlibat dalam penghasilan hemoglobin.

Bila hemoglobin kurang atau tiada, maka berlaku lah anemia dalam badan kita..

Bagaimana Vivix bantu pesakit anemia?

Memperbaiki DNA
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya adalah disebabkan oleh serangan radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA tubuh kita dari penuaan pra-matang. Vivix sangat sesuai diambil oleh individu yang mempunyai masalah anemia kerana Vivix boleh membantu memperbaiki sel darah merah yang rosak akibat faktor keturunan atau faktor-faktor lain seperti pemakanan dan perubatan.

Melindungi sel
Vivix memelihara sel darah merah dari kerosakan, mengurangkan kesan anemia

Memperbaiki tenaga sel
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh, menguatkan sel darah merah.

Anda yang mempunyai masalah anemia memang patut try Vivix. InsyaaAllah, Vivix sesuai diambil untuk membantu masalah anda.

Jangan segan ye, boleh contact Kak Sya. :)





Call/WA/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

Punca dan simptom anemia yang perlu anda tahu

Bismillah..

Apa tu Anemia?


Anemia ialah keadaan yang terjadi apabila darah kita kurang mengandungi sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin adalah komponen utama dalam sel darah merah, dan fungsi hemoglobin adalah membawa oksigen ke seluruh badan. Jika badan kita mempunyai kurang sel darah merah, sel darah merah yang tidak normal, kurang hemoglobin atau hemoglobin yang tidak normal, sel-sel badan kita tidak akan mendapat bekalan oksigen yang cukup.

Wanita, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik berisiko tinggi untuk mendapat anemia. Faktor penting yang harus diingat berkenaan anemia:

  • Sesetengah bentuk anemia yang diwarisi dari ibubapa dan bayi mendapat anemia sejak dilahirkan
  • Wanita yang lebih terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi kerana kehilangan darah semasa haid dan penigkatan keperluan darah semasa kehamilan.
  • Orang dewasa juga terdedah kepada anemia disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat dan disebabkan oleh keadaan perubatan yang lain.

Punca Anemia

Ada lebih daripada 400 jenis anemia, yang dibahagikan kepada 3 kumpulan besar:

Anemia disebabkan oleh kehilangan darah

Kehilangan sel darah merah boleh disebab oleh pendarahan, yang mana ia boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang lama, tanpa disedari. Pendarahan kronik ini selalunya disebabkan oleh:

  • Keadaan gastrousus seperti ulser, buasir, gastritis (keradangan perut) dan kanser.
  • Penggunaan ubat-ubatan anti-radang bukan steroid seperti aspirin atau ibuprofen yang boleh menyebabkan ulser dan gastritis
  • Haid dan kelahiran dikalangan wanita, terutamanya jika pendarahan semasa haid terlalu banyak dan berlaku kehamilan berbilang.

Anemia disebabkan oleh pengurangan atau penghasilan sel darah merah yang rosak

Jika anda mempunyai anemia jenis ini, badan anda sebenarnya menghasilkan terlalu sedikit sel darah merah atau sel darah merah tidak berfungsi dengan betul. Dalam kedua-dua kes, sel darah merah mungkin rosak atau berkurang disebabkan oleh sel darah merah yang tidak normal. Ia juga mungkin berpunca dari kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh sel darah merah untuk bekerja dengan betul.

Keadaan yang dikaitkan dengan punca-punca anemia jenis kedua ini termasuklah:-

  1. Anemia sel sabit (Sickle cell anemia)
  2. Anemia akibat kekurangan zat besi
  3. Kekurangan vitamin
  4. Masalah stem cell dan tulang sum-sum
  5. Masalah kesihatan yang lain
Anemia sel sabit adalah anemia yang diwarisi, dimana sel darah merah berbentuk bulan sabit, kerana berlakunya kecacatan genetik. Sel sabit ini pecah dengan cepat, maka oksigen tidak dapat sampai ke bahagian anggota badan, menyebabkan anemia. Sel darah merah berbentuk sabit ini juga boleh masuk ke dalam salur darah kecil, menyebabkan kesakitan.

Beza sel darah merah normal dengan sel darah merah berbentuk bulan sabit

Anemia akibat kekurangan zat besi berlaku kerana kurangnya zat besi dalam badan. Tulang sum-sum dibahagian tengah tulang memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin, bahagian dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh organ dalam badan. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang cukup untuk sel darah merah. 

Anemia jenis ini disebabkan oleh:
  1. Kekurangan zat besi dalam diet harian, terutamanya untuk kanak-kanak, remaja dan vegetarian.
  2. Permintaan metabolik wanita yang hamil dan yang menyusukan anak yang mengurangkan jumlah zat besi dalam badan. 
  3. Haid
  4. Kekerapan menderma darah
  5. Latihan ketahanan
  6. Masalah pengharaman seperti penyakit Crohn ataupun pembedahan dibahagian perut dan usus kecil.
  7. Sesetengah ubatan, makanan dan minuman berkaffein.
Contoh makanan yang kaya dengan zat besi

Anemia akibat kekurangan vitamin boleh terjadi apabila tubuh kekurangan vitamin B12 dan folate. Kedua-dua vitamin ini diperlukan untuk penghasilan sel darah merah. 

Keadaan yang membawa kepada anemia akibat kekurangan vitamin ini termasuklah:-

  1. Anemia megaloblastik - Kekurangan vitamin B12 atau folate atau kedua-duanya.
  2. Anemia pernicious - Penyerapan vitamin B12 yang lemah, disebabkan oleh keadaan tertentu seperti Crohn's Disease, jangkitan parasit usus, pembedahan bahagian perut atau usus, atau dijangkiti HIV
  3. Kekurangan pemakanan - Makan sedikit atau tidak makan langsung daging boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12, manakala kurang makan atau terlampau masak (overcook) sayur boleh menyebabkan kekurangan folate.
  4. Sebab-sebab lain adalah kehamilan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol dan penyakit usus seperti tropical sprue dan celiac disease

Masalah stem cell dan tulang sum sum boleh mencegah badan dari menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Sesetengah stem cell yang dijumpai dalam sum sum berkembang menjadi sel darah merah. Jika stem cell terlalu sedikit, rosak atau digantikan dengan sel lain seperti sel metatistik cancer, anemia boleh terjadi. Anemia yang disebabkan oleh masalah stem sel dan tulang sum sum termasuklah:
  1. Aplastic anemia - berlaku apabila terdapat pengurangan bilangan stem sel atau ketiadaan sel. Aplastic anemia boleh diwarisi, boleh berlaku tanpa sebab yang jelas, boleh berlaku apabila sum sum tulang cedera disebabkan oleh ubat-ubatan, radiasi, kemoterapi atau jangkitan.
  2. Talasemia - berlaku apabila sel darah merah tidak matang dan berkembang dengan baik. Talasemia adalah penyakit yang diwarisi, dan wujud dari kategori ringan sehingga boleh mengancam nyawa.
  3. Pendedahan plumbum - toksik kepada sumsum tulang, dan membawa kepada pengurangan sel darah merah. Keracunan plumbum berlaku kepada orang dewasa dari tempat kerja, dan kepada kanak-kanak jika mereka makan cip cat sebagai contoh.

Anemia yang disebabkan oleh kesihatan yang lain selalunya berlaku apabila hormon yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah terlalu sedikit. Individu yang mempunyai keadaan seperti dibawah boleh mengalami anemia seperti ini:

  • Penyakit buah pinggang kronik
  • Hypothyroidism
  • Penyakit kronik lain seperti kanser, jangkitan, lupus, kencing manis, dan rheumatoid arthritis
  • Warga emas

Anemia yang disebabkan oleh kerosakan sel darah merah

Apabila sel darah merah adalah tidak stabil dan tidak dapat menahan tekanan rutin sistem peredaran darah, ia boleh pecah terlalu awal, menyebabkan anemia hemolitik. Anemia hemolitik boleh hadir sejak lahir atau kemudian hari. Kadangkala anemia hemolitik ini tidak diketahui puncanya. Sebab-sebab anemia hemolitik yang diketahui termasuklah:
  • Keadaan yang diwarisi, seperti sel darah berbentuk bulan sabit dan talasemia
  • Jangkitan, ubat-ubatan, racun dari sengatan labah-labah atau ular, dan sesetengah makanan
  • Toksin dari penyakit hati dan buah pinggang
  • Serangan yang tidak sepatutnya oleh sistem imun
  • Cantuman vaskular, injap jantung palsu, tumor, melecur teruk, pendedahan kepada bahan kimia tertentu, tekanan darah yang terlalu tinggi dan gangguan pembekuan darah

Semoga perkongsian Kak Sya ni memberi manfaat kepada semua. Selamat membaca!