Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts
Showing posts with label Zinc Complex. Show all posts

Keistimewaan set bersalin & berpantang Shaklee

Assalamualaikum dan selamat pagi readers! Selamat menghadapi hari yang indah..

Ada ibu2 mengandung yang masih mencari set bersalin sesuai? Tapi tak sure nak pilih yang mana? Selalunya ibu2 yang pertama kali mengandung mesti konfius nak cari set yang paling sesuai yang nak diambil masa berpantang nanti.

Sama la macam Kak Sya masa nak bersalin kali pertama dulu. Tak tahu. Main beli je atas recommendation tuan punya kedai. Kikiki. Mahal tapi tak semua boleh diambil especially jamu. Anak kena jaundis doktor cakap stop makan jamu. Dan paling penting masa bersalinkan anak sulung ada bleeding sket. So doktor memang melarang Kak Sya untuk ambil jamu2 masa berpantang sebab dia panas.

So sebab takde supplement yang boleh bantu repair dalaman yang dah injured ni badan jadi lemau la kan?!

Bila bersalinkan anak kedua, Kak Sya ambil set berpantang basic Shaklee. Tu pun atas saranan seorang rakan di office. Sebab tak ada pilihan dan sebab tak mau makan jamu dan sebab nak kena jaga si Kakak masa berpantang, so try jugak la walaupon tak berapa nak yakin dengan keberkesanan Shaklee ni.

Alhamdulillah, set basic berpantang (masa tu ambil Zinc Complex, B Complex, Vitalea & ESP) memang membantu. Badan insyaaAllah sentiasa bertenaga, luka bersalin cepat sembuh, memang lain la dari masa bersalin kali pertama.

So bila dah nampak kesan yg pertama tu, terus datang ilham nak tambah supplement untuk menyusu dan slimming. So Kak Sya pun start consume Alfalfa, Omege Guard & Vitamin C.

Susu memang tak payah cakap laa.. Meriah sangat alhamdulillah! Penuh la freezer rumah mak. Selamat ade deep freezer. Kikiki~~

Sebab dah ada experience yang lepas, Kak Sya memang berazam dan tekad continue set berpantang + breastfeeding + slimming tu sampai sekarang. Alhamdulillah berat sebelum mengandung kali ke-3 haritu memang dah tak pernah lebih dari 56kg. Bayangkan la seluar kerja 8thn lepas dah boleh pakai semula!! Syukur sangat sebab ditemukan dengan Shaklee!

Benefit yang Kak Sya dapat rasa bila makan set kehamilan Shaklee bila hamil kali ke-3:

• Kaki tak cramp macam dulu

• Masa doc kata HB rendah, Kak Sya up kan dose Vitalea (yang kaya dengan iron tuuu). Alhamdulillah, lagi sekali doc ambil darah HB naik uollss!!

• Doktor suspect ade kencing manis sebab 3 bulan berturut2 berat naik 2.5kg! Apakah?! Continue makan set kehamilan (sebab dh amik full set memang cover utk diabetic skali). Alhamdulillah bila minum air gula, -ve utk kencing manis.

Masa bersalin pulak:

• Lebih bertenaga semasa nak bersalin

• Lepas bersalin pun bertenaga. Kawan dan families yg datang ziarah cakap macam org tak bersalin..

Lepas bersalin:

• Luka cepat sangat baik

• Susu badan meriah! Hari ke-3 susu dah kick-in. Ms B dah bengkak! I blame you ostematrix & ESP!

• Badan tak lemau. Lagi2 tak dapat nak rehat sangat. Ngan Laila nye asik nak ajak teman dia main, baby Yasmin yang kuat menyusu betul2 mencabar emosi dan kekuatan fizikal. Alhamdulillah supplement memang membantu

• Badan bertenaga. Nurse KK yang datang visit tak percaya Kak Sya baru bersalin 10 hari masa dia datang. Dia siap tanya kenapa awak ni cergas sangat?! Erkkk..
Itulah serba sedikit yang Kak Sya nak share. Semua yang baik tu datang dari Allah. Yang penting usaha kita nak baikkan diri kita ye dak? Kalau rasa berkenan nak try set hamil/pantang/menyusu/slimming meh pm Kak Sya ok!!

🌱 Call/WA/SMS : 013.7799.624
🌱 FB: Syahridah Ishak
🌱 IG : msishaque14
🌱 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
🌱 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar. Kalau weekend boleh consider sampai area Jusco Tebrau.

🚀 POS terus ke alamat anda bila2 masa saja


Pemakanan persediaan hamil - Tips buat suami isteri

Hai semua! Kali ni Kak Sya nak kongsi tips untuk pasangan yang sedang mempersiapkan diri untuk hamil. Tahu tak korang, pemakanan adalah salah satu faktor penting semasa korang dalam fasa merancang kehamilan. Ini kerana, pemakanan sihat bakal membantu korang menjalani fasa kehamilan yang sihat!

Nak tahu tips amalan pemakanan sihat? Jom baca kat bawah ni:-

♡ Perbaiki gaya makan - Banyakkan makan makanan berserat dan kurangkan makan makanan berlemak. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran, bijiran dan makanan yang kaya dengan kalsium.


♡ Ambil supplement tambahan - Walaupun kita selalu fikir diet kita dah cukup untuk cover zat pemakanan seharian, dengan mengambil supplement tambahan seperti vitamin C dan E serta asid folik dapat meningkatkan peluang kehamilan.

♡ Makan folik asid - Kajian menunjukkan selain penting dalam tiga bulan kehamilan, asid folik juga memainkan peranan untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Anda disarankan untuk mengambil asid folik sekurang2nya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan.


♡ Dapatkan berat badan ideal - Golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi masalah komplikasi kehamilan, manakala bagi yang terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang.


♡ Hindari tabiat buruk - Tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor. Kurangkan juga pengambilan minuman berkafein. Jauhi diri anda dari perokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.

Pemakanan isteri
Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan:

Asid folik
Ia boleh diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, buah-buahan situs, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, ikan salmon, keju etc.

Zat besi dan protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besides. Manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya dari makanan tenusu, telur dan soya.

Makanan lain
Antara jenis makanan yang dipercayai boleh menggalakkan kesuburan wanita ialah taugeh, kacang dal dan kacang botol.


Diet suami - makanan mengandungi zink
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat membantu meningkatkan paras testosterone dan jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian ialah 11mg.

Contoh makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Selain itu, terdapat juga vitamin2 yang mengandungi zink. Antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate. 

Perlu dielakkan
Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan jika anda cuba untuk hamil.

Kafein 
Kajian menunjukkan dengan mengambil lebih daripada 3 cawan kopi sehari akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi.

Alkohol 
Elakkan dari mengambil alkohol untuk tempoh 3 bulan sebelum anda cuba untuk hamil. Dipihak suami, pengambilan alkohol secara berlebihan boleh menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosterone.

Rokok 
Perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan. Kajian di Finland mendapat bahawa 41.9% lelaki ysng merokok adalah mandul. Malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi. Perokok perlu berhenti merokok sekurang2nya 3 bulan sebelum cuba untuk hamil.

Makanan tertentu 
Daging yang diproses, sushi mentah dan produk tenusu tidak dipasteur harus dielakkan. Ia berkemungkinan mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mengakibatkan jangkitan yang menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.

Itulah serba sedikit tips yang boleh Kak Sya kongsikan untuk bacaan kita bersama hari ni. Kalau korang nak tahu, semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh bakal ibu dan bapa ada dalam supplement Shaklee.


Nak tahu lebih lanjut, boleh terus contact Kak Sya ok! Jangan malu. Kak Sya sedia membantu.

Salam sayang,
Kak Sya.


☎//WA : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14

Welcoming 2016!! Promo Shaklee bulan January 2016 - VIVIX & ZINC COMPLEX -

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Pejam celik pejam celik dah 10 hari dah kita dah say babai kat 2015 kan? Utk Kak Sya sendiri, memang tak terasa cepatnya 2015 tu habis.

Seperti yang semua sedia maklum, bulan ni promo produk Shaklee ialah VIVIX dan 
juga ZINC COMPLEX. Bestnyeee Alhamdulillah :)

Antara kebaikan Vivix untuk wanita lepas bersalin ialah:

1) Luka dalaman dan luaran segera sembuh

2) Badan cepat pulih daripada kelesuan dan keletihan selepas bertarung melahirkan anak

3) Susu badan melimpah ruah

4) Berat badan cepat turun

5) Kulit yang rosak akibat hormon semasa mengandung cepat pulih

So lepas masa promo ni Kak Sya mesti nak kena grab VIVIX ni. Masa bersalin Laila haritu belum kenal lagi so sekarang kena manfaatkan utk diri sendiri. Lagipun VIVIX ni merupakan supplement yang kaya dgn anti-oksidan. No wonder la dia boleh bg kesan thorrrbaikkk mcm kat atas tu, kann??

So kepada anda yang ada masalah KESIHATAN, KESUBURAN, KECANTIKAN dan NAK TURUNKAN BERAT BADAN, Kak Sya sangat sangat sangat syorkan anda grab VIVIX sementara tengah promo ni. Sebab lepas ni tak dapat dah harga special macam ni tau ;)

Utk Cik Abe plak boleh hadiahkan ZINC COMPLEX hokey! Elok utk dalaman dan kesuburan dia. Nak cerita memang tak habis la. Jom whatsapp Kak Sya utk maklumat lanjut. Nak tanya pon bolehh~~~

Cik Abe plak boleh hadiahkan ZINC COMPLEX ni utk isteri tercinta. Especially yang baru lepas bersalin sebab ZINC COMPLEX ni berfungsi utk cepatkan proses penyembuhan luka luar dan dalam tauu!! Elok sangat sangat utk ibu2.

Jangan tunggu lagi tau. Tangguh2 nanti takut lupa. Lupa nanti terlepas plak promo harga meletoppss ni.

Jom cepat2 hubungi Kak Sya:

☎ : 0137799624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14

Shaklee ID : 1168907

Boleh COD ke area sekitar Pasir Gudang
Boleh POS ke mana2 destinasi