Showing posts with label MakAyah Hajj Journey. Show all posts
Showing posts with label MakAyah Hajj Journey. Show all posts

Kebaikan penyusuan ibu

Bismillah..

Assalamualaikum readers! Lama Kak Sya tak bersiaran kan? 

Harap2 semua sihat la hendaknya. 

Entry ni Kak Sya nak cerita sikit tentang kebaikan breastfeeding, orang Melayu panggil penyusuan ibu.



Setiap ibu yang disahkan hamil pasti sudah mengimpikan untuk menyusukan permata hati bila dia lahir kelak. Walaupun ada yang memilih untuk tidak menyusukan anak yang bakal lahir, Kak Sya percaya pasti mereka ada alasan tersendiri.

Sebenarnyakan, banyak tau kelebihan penyusuan ibu ni. Let's cekidaut apa kebaikan dia:-

1. Komposisi susu ibu yang lengkap nutrisi - cukup protein, lemak, vitamin, mineral, you name it - susu ibu ni Allah dah ciptakan cukup, ngam2, cantik2 je segala nutrien yang bayi kita perlukan untuk tumbesaran optimanya. Tak perlu tambah pape. Cukup secukup-cukupnya.

2. Penyusuan ibu menggalakkan perkembangan otak bayi anda

3. Mengurangkan pendedahan awal bayi terhadap gula (susu 🐄 tu tetap ade sugar tauu walaupun 🐄 kata takde gula) dan mengurangkan risiko kaviti kat anak di kemudian hari.

4. Mengurangkan insiden jangkitan telinga tengah (middle ear) dan jangkitan pernafasan.

5. Mengurangkan risiko ibu untuk mendapat kanser ovari, rahim dan payudara serta osteoporosis 

6. Mengurangkan risiko bayi untuk mendapat kencing manis, eczema, asthma, elergi, kanser, obesiti dan penyakit jantung kemudian hari.

7. Membantu ibu membakar sehingga 500 kalori setiap hari

8. Mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin dan risiko ibu terkena anemia.

9. Yang paling best, penyusuan ibu ni percuma, bersih, ready-to-drink & mesra alam.

So ibu2 pilih yang mana? Kak Sya mestilah pilih breastfeeding! 😍😍😍



Say YAY untuk breastfeeding!

Ibu2 tengah cari supplement untuk milk booster? Boleh baca tentang supplement penyusuan Shaklee kat sini ye


Happy breastfeeding, mommies!
Kak Sya 

Pengalaman pertama - Aidiladha 1436H

Hari Raya - tak kira la Raya Puasa ke, Raya Haji ke kalau kat Malaysia ni mesti meriah sambutannya,kan? Orang Malaysia ni kalau raya tak balik kampung memang tak sah (kalau kena kerja pagi raya pun confirm berdesup balik kampung lepas abis masa kerja). Lagi meriah kalau semua adik-beradik sambut raya bersama, lepas tu mak ayah kita pun ada bersama.

Memang lepas kahwin ni giliran berhari raya mesti ada antara rumah parents sendiri dengan rumah mentua. Janji ada orang tua, insyaAllah confirm meriah. Meriah bukan sekadar pada sambutan, tapi paling penting pada makanan, betul tak? Mesti semua setuju kan?

Aii bukan tak pernah sambut raya tanpa parents disisi (Cewah..). Pernah jugak sekali masa kat USM dulu. Masa tu Raya Haji, tengah exam. Nak balik alang2 sangat, sehari je pun cuti. Mak tak bagi balik. Dah la perjalanan 4 ke 5 jam. Buat penat je mak kata. Walaupun Aii nangis2 tapi mak tetap tegar dengan keputusan dia. TAK PAYAH BALIK kata dia. Ok la, sebab kawan2 pon ramai yang tak balik, dok je la campus. Tapi mak tetap ingat anak dia yg lembeng ni. Sehari sebelum raya, terkejut dapat parcel yang dikirim mak, ade baju raya seh dalam tu. Sedih, terharu, gembira dengan ingatan mak pada anakanda yang jauh.. huhuhu

Tu sekali, kali kedua (ni tak kira raya rumah mentua tau!) ialah masa Raya Aildiladha baru2 ni. Kami 7 beradik berkumpul kat rumah mak & ayah dikala mak & ayah jauh dimata, gigih menunaikan ibadah ke-5 dalam rukun Islam. Sedih memang sedih, tapi kami tau mak & ayah sentiasa doakan kami anak2 dan cucu2 disini, dan kami juga tak culas mendoakan keduanya setiap hari supaya keduanya sihat dan selamat kat sana.

Baju raya kami pon special tahun ni, datang jauh dari Kota Suci. Terima kasih mak & ayah atas ingatan pada kami. Cantik ngam2 je size semua org.

Lepas solat sunat terus snap2 gambar raya (maklumlaa pagi raya kami takde makanan raya, dah licin masa takbir malam sebelumnya)

Anak2 dan cucu2 Hj Ishak dan Hjh Siti Zaida

Nenits mamy
From left to right: Ukasyah, Nasuha, Hanzalah, Dahlia, Laila Humaira, Sara Zulaikha, Hamzah

Boboiboyzzz 2 Men

Gegirls dan Mak2

Our little family, insyaAllah tahun depan berlima

Lepas bergambar, adik2 semua bz tolong jemaah surau korban dan tolong masak2. Sampai tengahari jugak la nak settle sembelih sekor unta + 11 ekor lembu.

Memang pengalaman la raya kali ni. Semoga tahun depan lebih meriah lagi sebab mak  ngan ayah ada nak celebrate dengan kami! InsyaAllah!

Selamat Hari Raya semua!!



Aidiladha 1436H
10 Dzulhijjah 1436 - 24 September 2015