Recharge dalam kehidupan - perlu ke?

Bismillah..

Apa tu recharge?

Recharge ni macam ni - kita kembalikan semula energy atau tenaga kita setelah kita penat dan dah melalui rutin sehari-hari kita..

Sebelum Kakak sekolah, weekend kami tetap Sabtu Ahad, walaupun kami ni duduk kat Johor. Sama macam orang-orang kat KL, Selangor, dan yang bukan weekend dia  Jumaat & Sabtu sebab kindy Kakak boleh pilih weekend yang mana - Jumaat Sabtu atau Sabtu Ahad. Kami ofkos la pilih Sabtu Ahad, senang sebab Ayah Kakak pun weekend dia memang Sabtu Ahad (kilang-kilang dan pihak swasta masih lagi weekend mereka Sabtu Ahad).

Masa weekend lah masa untuk Kak Sya recharge diri. Pergi taman untuk ambil angin, layan anak main di indoor playground, shopping, semua tu boleh kikis kepenatan yang Kak Sya kumpul untuk seminggu. Aktiviti-aktiviti yang kami buat memang bagus untuk Kak Sya recharge untuk minggu seterusnya.

Weekend yang bakal tiba lagi 3 hari adalah weekend ke lapan Kakak sekolah dihari Ahad. Kak Sya masih rasa 'sempit' dengan weekend macam ni. Hihi. Biasalah, benda baru memang takes time to adjust, kan?

Anda tahu tak, ada banyak lagi cara untuk kita recharge.

Antaranya:-

  • Pergi bercuti. Bercuti atau staycation sangat membantu kita beralih angin. Even kalau kita stay satu malam ni luar dari rumah kita, memang kita boleh kosongkan banyak space dalam fikiran kita untuk idea-idea baru
  • Balik kampung. Sama juga macam pergi holiday atau staycation, balik kampung dengan environment yang sangat boleh buat kita happy sangat membantu kita untuk relax dan recharge.
  • Baca Al-Quran. Kalau buat yang ni, confirm memang boleh recharge. Bila hati runsing, takde idea, stuck, silalah baca kalam Allah. Memang sangat membantu
  • Zikir. Zikir adalah perbuatan kita untuk mengingati Allah, yang mendekatkan kita dengannya. Zikir mampu membuat kita rasa energized, dan lebih relax
  • Bawa anak-anak mandi pool/pantai/pergi theme park. Bila anak-anak mandi, jangan lupa join sekali. Mesti segar dan bersemangat semula lepas tu!
Hihi. Ni lah yang Kak Sya selalu buat. Point nombor 1 tu tak selalu lah. Masih perlu ada kira-kira dan plan yang teliti sebelum execution. Hihi.

Tapi yang lain memang Kak Sya buat. InsyaaAllah memang membantu sangat lah!

Cuba lah! Especially mak-mak WAHM macam Kak Sya ni mesti selalu buat. Trust me, it really helps!

Gambar credit FB محمد رءيس اسماعيل
Ok tak cerita pasal recharge ni? Kalau anda minat nak tau lebih pasal recharge dalam bisnes, jangan lupa klik link kat bawah ni ye untuk Whatsapp Kak Sya ye..


Jaga diri 

Kak Sya
Masih gigih menyesuaikan diri dengan 3 days weekend

-tsunami2018 0701-

Macammana Kak Sya tarik minat kenalan baru untuk bisnes dengan Shaklee?

Bismillah..

Orang bisnes macam Kak Sya ni, nadi, nyawa bisnes ialah sales. Kalau takde sales maka tak bernyawa lah bisnes.

Orang bisnes mesti tak ada rasa malu untuk promote diri. Tuan punya bisnes kena bangga dengan produk jualan dan dagangan mereka. Dan orang bisnes mesti ringan mulut dengan orang lain.

Macam diminggu-minggu awal persekolahan, bila hantar Kakak, sementara tunggu Kakak beratur dan sampai dia masuk kelas, masa tu ramai juga mak-mak macam Kak Sya kat sekolah. Mak-mak ni pulak kalau dah bercerita mesti lah pasal anak-anak, topik wajib untuk seorang ibu. Hihi. Macam-macam cerita yang kami bualkan, tapi perkara pertama yang pasti ditanya  di awal perkenalan ialah soalan ini - "awak kerja kat mana?"
.
Haaa masa ni lah mulut ringan cerita pasal Kak Sya buat bisnes Shaklee. Kak Sya kalau dah start, mesti bagi mukadimah tentang macam mana Kak Sya boleh start kenal dan makan Shaklee. Kalau nak tahu sejarah perkenalan Kak Sya yang dulu susah sangat nak percaya dengan supplement (tapi bukan anti supplement yaa..) boleh cuba baca cerita tentang cinta pertama Kak Sya dengan Ostematrix

Kiki selalunya insyaaAllah kalau Kak Sya dah bercerita sungguh-sungguh tentanh Shaklee effect Kak Sya, mesti tersangkut seketul dua produk kat situ. Tak kisah la, at least mak-mak kawan anak Kak Sya yang sama-sama jadi 'penunggu' anak-anak kat sekolah tau Kak Sya ni SID. Mihmihmih

Dan Kak Sya kalau dah share pasal Shaklee tu, bukan hat produk je yang jadi fevret sharing, Kak Sya juga suka cerita sampai macam mana nak jadi member, kelebihan jadi member - dapat bonus, boleh beli harga confirm murah, macam-macam lah. Ala-ala strategi untuk tarik minat mak-mak surirumah untuk buat bisnes dari rumah, dan Kak Sya dapat kembangkan group juga. Sebab tak semua orang tahu pasal specialnya ber-MLM dengan Shaklee. Serious tak sama, memang istimewa!

Salah satu keistimewaan bisnes dengan Shaklee, kita sentiasa boleh berkepit dengan anak-anak. Restock supplement, COD semua buat bersama anak-anak

Anda yang baca pun mesti nak tau apa specialnya jadi member Shaklee kan? Hihi jangan malu, jangan segan, WA je Kak Sya ok!

http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Jaga diri

Kak Sya
Founder #TeamMagnifique Shaklee
Nak bantu ramai mak berjaya dari rumah

-tsunami2018 0601-

Vision Board - penting ke untuk bisnes?

Bismillah..

Bila Kak Sya betul-betul serious nak berbisnes (sebenarnya dah start masa keje dulu, tapi tak berapa fokus sebab macam tak sempat, Kak Sya betul-betul buat bisnes lepas resign kerja, lepas tamat tempoh berpantang Nana), Kak Sya mula join banyak kelas-kelas yang upline Kak Sya anjurkan, tak kiralah secara online atau offline. 

Kami bukan saja di ajar ilmu produk dan ilmu yang berkaitan dengan bisnes, tapi kami juga diajar untuk ada target dalam bisnes. Lagipun takkan buat bisnes ni saja-saja nak buang masa, kan?

Dulu masa keje dalam bidang manufacturing, Kak Sya belajar pasal KPI. KPI bermaksud Key Performance Index. Maksudnya target kita untuk suatu jangkamasa tertentu. Haaa kalau kita buat sesuatu mesti nak kena ada target kan? Dah ada target mesti lah kena usaha untum capai target kita. Dulu masa kerja, KPI untuk department akan dibincang bersama dengan bos, dah finalize bubuh la dalam table . Pastu present kepada management. KPI tu kena realistic dan doable kan? Tahan je lah telinga dengan soalan-soalan killer dari management.

Sama je macam Vision Board (VB). Beza Vision Board dengan KPI masa kerja dulu ialah VB ni kita letak dalam bentuk gambar. Apa KPI yang kita nak capai pada bila masa yang kita nak capai? 

Bila dah buat dan faham tentang VB, VB tu buat Kak Sya lagi faham apa target sebenar Kak Sya dalam bisnes Shaklee. Lagi tahu kenapa Kak Sya nak kena buat bisnes ni betul-betul. Dah ada VB sebenarnya baru tahu apa BIG WHY sebenar Kak Sya, dan Kak Sya kena buat all out untuk realisasikan apa yang Kak Sya dah plan dalam VB. InsyaaAllah

Sebab bisnes ni kita buat untuk diri kita. Rajin kita, banyak lah kita dapat. Macam tu lah sebaliknya. Kita dah tak ada bos untuk pantau pencapaian kita dalam bisnes. Yang ada dengan kita dalam bisnes ialah diri sendiri dan CEO kita, Yang Maha Esa..

Kak Sya harap short term VB Kak Sya untuk 2018 ni akan tercapai. Ya Allah, mudahkanlah..

Nak tahu apa VB Kak Sya. WA ye. Nanti Kak Sya share. Sampai jumpa lagi


http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Tu link WA Kak Sya

Kak Sya
Macam-macam impian belum tertunai
+6.013.7799.624

-tsunami2018 0501-

Sejarah blog kesayangan Kak Sya

Bismillah..

Masa mula-mula start bisnes dulu, memang Kak Sya pilih untuk buat bisnes online, dan masa tu medium yang Kak Sya guna ialah Facebook & Instagram sahaja. Tu pun sebab Kak Sya memang dah ada dua-dua akaun untuk kedua-dua media sosial tu, dan paling Kak Sya suka sebab Kak Sya hanya update di Instagram, dan dia boleh update Facebook sekali. Konon-konon guna konsep 'serampang 2 mata' la. Hahaha..

Ok lah tu kan? Nama pun baru belajar

Bila dah lama sikit dalam bisnes, masa tu upline Kak Sya ada buat kelas blog dan buat sekali aktiviti untuk update blog setiap hari. Masa tu lah Kak Sya baru create blog ni.. Hihi.. Bila tak pernah terfikir untuk buat blog, jadi masalah negara sungguh nak fikir nama apa nak letak kat address blog tu. Sebab dah desperate tu yang jadi mamysazu-lara.blogspot.com tu. Haha. Kelakar sungguh bila ingat balik


Nak tau tak apa sebenarnya mamysazu-lara tu? 

SaZu = Sara Zulaikha
LaRa = Laila humaiRa

Haha. Sekarang bila dah ada Nana terfikir juga tang mana nak sumbat nama Nana. Tapi Kak Sya rasa untuk jadi adil, mungkin Kak Sya kena beli domain www.syahridahishak.com. Cun jugak tu, kan? InsyaaAllah memang ada dalam perancangan Kak Sya, tapi sebelum tu memang kena betul-betul rajin dan utilize blog ni dulu. Kena ada sekurang-kurangnya 350 entry baru Kak Sya boleh fikir pasal domain tu.

Kak Sya masih belum khatam ilmu blog ni lagi tapi sebab blog ni salah satu lubuk rezeki, Kak Sya tau Kak Sya mesti kena gali dalam-dalam ilmu blog supaya Kak Sya boleh dpt banyak lagi sales melalui dia. Ilmu blog terlalu luas, dan banyak sangat ilmu teknikal yang perlu Kak Sya dalami, dan kelas blog ni bukan boleh belajar ikut buku dan secara online saja, nak kena berguru tau!

InsyaaAllah Kak Sya akan cari guru untuk belajar ilmu blog ni banyak-banyak! Jom sama-sama kita!


Kak Sya
Masih merangkak dalam blogging
Berangan nak jadi blogger mama

-tsunami2018 0401-

Macam-macam orang bila pergi banyak-banyak tempat

Bismillah..

Hubby Kak Sya memang suka bawa kami sefamily jalan-jalan. Kalau dia tengok dalam kalendar ada long holiday, atau ada masa cuti sekolah yang masa tu jadual dia pun tak sibuk (Hubby pun ada side income juga tau, Hubby ni tokey kereta sewa - boleh ke website kereta sewa www.greenmatrix.com/pasirgudang), dia akan beritahu Kak Sya untuk plan ke mana destinasi yang kami nak pergi. Of course la destinasi yang difikirkan tu sesuai untuk bawa tiga dara kami ni. Sebab tujuan nya nak bagi anak-anak happy, kan?

Dan setiap bulan juga memang kami travel balik ke rumah AyahBonda Kak Sya di Seremban. Memang tak berapa jauh, tapi Kak Sya personally akan jumpa dengan macam-macam orang - tak kira lah kat toilet ke, kat surau atau kat food court. 

Jadi orang bisnes ni memang jadi ringan mulut. Bukan ringan nak menjual je. Memang rajin nak berborak dengan orang. Selalu starting point dia, anak lah. Tak kisah la anak orang tu ke, kisah anak-anak Kak Sya ke, dari satu soalan boleh jadi berjela-jela boraknya, sampai kadang-kadang hubby yang tunggu kat luar surau boleh call tanya dah siap solat ke belum?  Haha. Nampak sangat selalu nauu jadi macam tu..

Us @ Bandaraya Melaka, Disember 2017

Gambar ni masa kat Melaka Disember haritu. Masa ni kali on the way balik rumah, kami singgah di Melaka, stay overnight, nak layan anak-anak last kopek school holiday (walaupun yang kenit 2 orang tu memang holiday sokmo 😂)

Kat hotel yang kami stay tu ada waterpark, so masa bawa anak-anak mandi Kak Sya stay tepi je, sambil kaki main air, sambil tengok-tengokkan anak-anak seronok mandi manda, sempat juga borak-borak dengan seorang yang berpangkat 'kakak' dari Kak Sya. Anak bongsu beliau form 1, yang dah besar dah kerja. Umur 23 tahun. 

Beliau dah 3 kali bercuti kat situ. Bawa anak-anak bercuti sebab biasanya beliau kata beliau terlalu sibuk. Sibuk dengan urusan seharian. Akak yang Kak Sya jumpa masa tu ialah seorang ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak bersendirian. Suami beliau meninggal masa beliau sangat comfort di zon selesa. Sebab arwah suami beliau berpangkat besar di sebuah company besar.

Beliau bangkit dengan duit peninggalan suami dan hasil simpanan beliau. Alhamdulillah beliau masih survive sampai sekarang.

Takutnyaaa. 

Sekelip mata je Allah boleh turn ourlives upside down. Kak Sya kagum dengan kakak tu dan dia sempat pesan, jangan leka dengan dunia selesa sekarang. Kena beringat terutamanya bila titibe insan tercinta lebih awal dijemput Ilahi. 😭

Sebab tu Kak Sya tak pernah nak stop tolong hubby untuk jana income banyak-banyak dari bisnes kereta sewa. Dan Kak Sya tetap nak usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan income 4 angka minimum tiap-tiap bulan untuk simpanan masa depan. InsyaaAllah..

Panjang umur, boleh kami sama-sama travel satu dunia dengan anak-anak. Hihi

Doakan ye

Jaga diri 

Kak Sya
Isteri kaki jalan-jalan

-tsunami2018 0301-