Showing posts with label Buasir. Show all posts
Showing posts with label Buasir. Show all posts

Ubat buasir - Rawat dengan Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum readers..

Dah sarapan?

Baru-baru ni masa Kak Sya bercuti di rumah mak (surirumah punya vacay lagi special tauu) ada seorang hamba Allah yang mencari ubat buasir. Beliau ni baru bersalin, tapi sebab beliau mengalami sembelit, terkena juga buasir.

Kesian..

Kalau korang nak baca pasal buasir jom baca disini

So Kak Sya yang kebetulan mengangkut stok ke rumah mak, suggestkan beliau set di bawah ni..



Jom baca testimoni Set Buasir kat sini

Kak Sya harap beliau cepat sembuh, InsyaaAllah. 

Kalau korang juga ada masalah sembelit contact Kak Sya cepat-cepat. Jangan biarkan buasir tu sampai jadi kritikal dan susah untuk sembuh.

Ok, sampai jumpa lagi. Jaga diri..

Call/WA/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

Buasir - sakitnya!!

Bismillah..

Assalamualaikum. Hai readers! 

Apa khabar? Harap semua sihatlah hendaknya. InsyaaAllah..

Entry ni Kak Sya nak share tentang buasir.

Apa tu buasir?



Buasir yang juga dikenali sebagai hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak dibahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran disekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh tekanan terlalu tinggi dalam darah dibahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memeri dan menonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. 

Jenis-jenis buasir

A. Buasir dalaman

Selalunya individu yang menghidap buasir dalaman ni tak rasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh didalam rektum. Buasir dalaman tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang rapuh dan menyebabkannya berdarah. 

B. Buasir luaran 

Buasir jenis ini yang selalu kita dengar yang mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), darah akan membeku didalamnya menyebabkan ia akan berasa teramat sakit. 

Apabila salur darah vena memeri ia akan menjadi sukar untuk dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan.

Simptom-simptom buasir

Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan yang boleh dirasai dibahagian dubur.

• Rasa gatal atau pedih dibahagian dubur.

• Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya semasa atau selepas membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.

• Rasa kurang selesa ketika duduk atau berdiri juga semasa berjalan, terutamanya jika memakai kasut tumit tinggi.

• Pucat, tekanan darah rendah, lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening dan mudah jatuh pengsan atau pitam sekiranya pendarahan dibiarkan terlalu lama.

Ya Allah seram jugak kan simptom-simptom buasir ni. Cuba korang check kat diri sendiri. 

Kak Sya akan share tentang rawatan sesuai untuk buasir ni di entry lain ok! Kalau korang memerlukan bantuan supplement untuk sakit buasir tu, korang boleh baca kat sini.

Ok. Jumpa lagi dilain kali.

Babai.


===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
SIDPRO anda
013.7799.624
===========================