Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Recharge dalam kehidupan - perlu ke?

Bismillah..

Apa tu recharge?

Recharge ni macam ni - kita kembalikan semula energy atau tenaga kita setelah kita penat dan dah melalui rutin sehari-hari kita..

Sebelum Kakak sekolah, weekend kami tetap Sabtu Ahad, walaupun kami ni duduk kat Johor. Sama macam orang-orang kat KL, Selangor, dan yang bukan weekend dia  Jumaat & Sabtu sebab kindy Kakak boleh pilih weekend yang mana - Jumaat Sabtu atau Sabtu Ahad. Kami ofkos la pilih Sabtu Ahad, senang sebab Ayah Kakak pun weekend dia memang Sabtu Ahad (kilang-kilang dan pihak swasta masih lagi weekend mereka Sabtu Ahad).

Masa weekend lah masa untuk Kak Sya recharge diri. Pergi taman untuk ambil angin, layan anak main di indoor playground, shopping, semua tu boleh kikis kepenatan yang Kak Sya kumpul untuk seminggu. Aktiviti-aktiviti yang kami buat memang bagus untuk Kak Sya recharge untuk minggu seterusnya.

Weekend yang bakal tiba lagi 3 hari adalah weekend ke lapan Kakak sekolah dihari Ahad. Kak Sya masih rasa 'sempit' dengan weekend macam ni. Hihi. Biasalah, benda baru memang takes time to adjust, kan?

Anda tahu tak, ada banyak lagi cara untuk kita recharge.

Antaranya:-

  • Pergi bercuti. Bercuti atau staycation sangat membantu kita beralih angin. Even kalau kita stay satu malam ni luar dari rumah kita, memang kita boleh kosongkan banyak space dalam fikiran kita untuk idea-idea baru
  • Balik kampung. Sama juga macam pergi holiday atau staycation, balik kampung dengan environment yang sangat boleh buat kita happy sangat membantu kita untuk relax dan recharge.
  • Baca Al-Quran. Kalau buat yang ni, confirm memang boleh recharge. Bila hati runsing, takde idea, stuck, silalah baca kalam Allah. Memang sangat membantu
  • Zikir. Zikir adalah perbuatan kita untuk mengingati Allah, yang mendekatkan kita dengannya. Zikir mampu membuat kita rasa energized, dan lebih relax
  • Bawa anak-anak mandi pool/pantai/pergi theme park. Bila anak-anak mandi, jangan lupa join sekali. Mesti segar dan bersemangat semula lepas tu!
Hihi. Ni lah yang Kak Sya selalu buat. Point nombor 1 tu tak selalu lah. Masih perlu ada kira-kira dan plan yang teliti sebelum execution. Hihi.

Tapi yang lain memang Kak Sya buat. InsyaaAllah memang membantu sangat lah!

Cuba lah! Especially mak-mak WAHM macam Kak Sya ni mesti selalu buat. Trust me, it really helps!

Gambar credit FB محمد رءيس اسماعيل
Ok tak cerita pasal recharge ni? Kalau anda minat nak tau lebih pasal recharge dalam bisnes, jangan lupa klik link kat bawah ni ye untuk Whatsapp Kak Sya ye..


Jaga diri 

Kak Sya
Masih gigih menyesuaikan diri dengan 3 days weekend

-tsunami2018 0701-

Macammana Kak Sya tarik minat kenalan baru untuk bisnes dengan Shaklee?

Bismillah..

Orang bisnes macam Kak Sya ni, nadi, nyawa bisnes ialah sales. Kalau takde sales maka tak bernyawa lah bisnes.

Orang bisnes mesti tak ada rasa malu untuk promote diri. Tuan punya bisnes kena bangga dengan produk jualan dan dagangan mereka. Dan orang bisnes mesti ringan mulut dengan orang lain.

Macam diminggu-minggu awal persekolahan, bila hantar Kakak, sementara tunggu Kakak beratur dan sampai dia masuk kelas, masa tu ramai juga mak-mak macam Kak Sya kat sekolah. Mak-mak ni pulak kalau dah bercerita mesti lah pasal anak-anak, topik wajib untuk seorang ibu. Hihi. Macam-macam cerita yang kami bualkan, tapi perkara pertama yang pasti ditanya  di awal perkenalan ialah soalan ini - "awak kerja kat mana?"
.
Haaa masa ni lah mulut ringan cerita pasal Kak Sya buat bisnes Shaklee. Kak Sya kalau dah start, mesti bagi mukadimah tentang macam mana Kak Sya boleh start kenal dan makan Shaklee. Kalau nak tahu sejarah perkenalan Kak Sya yang dulu susah sangat nak percaya dengan supplement (tapi bukan anti supplement yaa..) boleh cuba baca cerita tentang cinta pertama Kak Sya dengan Ostematrix

Kiki selalunya insyaaAllah kalau Kak Sya dah bercerita sungguh-sungguh tentanh Shaklee effect Kak Sya, mesti tersangkut seketul dua produk kat situ. Tak kisah la, at least mak-mak kawan anak Kak Sya yang sama-sama jadi 'penunggu' anak-anak kat sekolah tau Kak Sya ni SID. Mihmihmih

Dan Kak Sya kalau dah share pasal Shaklee tu, bukan hat produk je yang jadi fevret sharing, Kak Sya juga suka cerita sampai macam mana nak jadi member, kelebihan jadi member - dapat bonus, boleh beli harga confirm murah, macam-macam lah. Ala-ala strategi untuk tarik minat mak-mak surirumah untuk buat bisnes dari rumah, dan Kak Sya dapat kembangkan group juga. Sebab tak semua orang tahu pasal specialnya ber-MLM dengan Shaklee. Serious tak sama, memang istimewa!

Salah satu keistimewaan bisnes dengan Shaklee, kita sentiasa boleh berkepit dengan anak-anak. Restock supplement, COD semua buat bersama anak-anak

Anda yang baca pun mesti nak tau apa specialnya jadi member Shaklee kan? Hihi jangan malu, jangan segan, WA je Kak Sya ok!

http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/

Jaga diri

Kak Sya
Founder #TeamMagnifique Shaklee
Nak bantu ramai mak berjaya dari rumah

-tsunami2018 0601-

Kenapa saya sayang bisnes Shaklee?

Bismillah..


Biasa kalau Kak Sya pergi mana-mana, rumah kenduri sanak-saudara, pasti ada yang akan tanya, masih buat bisnes Shaklee? Jawapan Kak Sya ofkos lah YA!

YA tu bukan dengan nada yang marah tau. Tapi Kak Sya jawab dengan nada teruja. Nada bangga. Happy. Sebab Kak Sya tak pernah menyesal kenal dengan Shaklee. Nak tahu tak kenapa Kak Sya sayang sangat dengan bisnes Shaklee ni?

1. STOCK READINESS

Sebelum ni Kak Sya pernah jadi agen tudung kanak-kanak. Tapi tak lama. Sebab Kak Sya rasa susah jadi agen. Memang masa tu Kak Sya ada ready stock, tapi bukan semua design, bukan semua colour, bukan semua size. So Kak Sya tak dapat nak fulfill order customer. Dan bila tanya HQ selalunya stok takde. Payah juga sebab stock availability tak boleh nak confirm masa ada order

Tapi bila Kak Sya start buat Shaklee, kita sentiasa boleh check stock availability. Guna sistem online. So malam-malam pun tak perlu risau orang tak angkat call untuk check stok Vivix ade ke tak lagi.. Hihi..


2. SISTEM PEMBAYARAN BONUS


Kalau dah nama pun bisnes, mesti lah mau habuan kos berpenat lelah, ye dak? 

Alhamdulillah setakat 3 tahun Kak Sya buat bisnes Shaklee ni, sekalipun tak pernah Shaklee bayar bonus lewat. Not even a day! Dan yang paling menarik, sistem pembayaran bonus Shaklee ni dah dipatenkan - sistem pembayaran Shaklee ni infinity tau! Tiada had. 

Be it 3, 4, 5 atau 6 angka! Semua boleh! Janji anda memenuhi kriteria pembayaran bonus. Lagi banyak UV (point), lagi banyak la bonus yang anda akan dapat. Memang takde had. Pokok pangkalnya anda mahu! Anda azam dan usaha!


3. TOLONG RAMAI ORANG

Satu benda yang Kak Sya suka sangat ialah kepuasan sebab dapat tolong orang. Dapat tolong orang jadi lebih sihat, dapat tolong orang untuk jana pendapatan tambahan, tak kiralah orang tu ada kerjaya tetap atau sama-sama nak bisnes buat tambah duit belanja bulanan

Sejenis kepuasan yang takde bandingannya bila dapat tolong orang dan dapat gembiralah orang. Bayangkan, anda tolong satu pasangan yang dah lama TTC. Tiba-tiba satu pagi si isteri Whatsapp anda gambar pregnancy test kit dia yang ada garisan 'double line'. 

Ataupun bila anda dapat berita gembira dari seorang anak yang dah lama usahakan untuk pulihkan ibu dan ayah yang dah lama menderita penyakit gula dalam darah yang tinggi, sampai hampir kena potong kaki.

Anda rasa? Mestilah seronok! Rasa nak lompat sampai bintang. Rasa syukur sebab Allah pilih kita untuk jadi perantara kepada asbab kesembuhan orang lain. Alhamdulillah..


4. TIME FREEDOM



Sejak serious berbisnes Shaklee  - (maksudnya Kak Sya dah resign dan buat Shaklee fulltime) yang paling Kak Sya rasa ialah Kak Sya punya masa untuk diri sendiri dengan keluarga, dengan Dia dan untuk buat bisnes

Org kerja sendiri kan, anak cuti sekolah kita boleh blk kampung, seminggu, nak sebulan pun boleh. Bahagiakan mak ayah kat kampung

Macam Kak Sya, tahun depan ni dah start jadi tahun mencabar untuk kitorang nak balik Seremban, umah Atok dan Uwan, sebab weekend Kakak dah tak sama dengan Ayah 😔. Masa cuti sekolah atau cuti panjang je la kami dapat spend masa lama-lama dgn Atok Uwan 😭


5. SAMA TAPI TAK SERUPA

Dalam Shaklee, walaupun namanya MLM, tapi dia tak sama dengan sistem MLM yang lain. Tahukah anda bahawa sistem MLM yang ada didunia ni dipelopori oleh Shaklee? Dr. Shaklee buat MLM ni untuk tolong lebih ramai orang untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik. 

Dalam Shaklee, takde istilah downline kerja bagai nak rak, upline kerja goyang kaki duit masuk dek kerjaan downline. NO! Takde macam tu dalam Shaklee

Dalam Shaklee, YOU EARN YOUR MONEY. Makin banyak buat, makin banyak la dapat. Memang adil dan saksama.  That's what makes Shaklee the best!

Anda pun mesti ada sebab kenapa anda sayang dan masih kekal dalam bisnes yamg anda dah ceburi, kan? 😊

Doa Kak Sya semoga kite sama-sama berjaya dalam bisnes yang kita pilih dengan jayanya! Aameen

Mahu jd setia pada yang satu macam Kak Sya? Meh WA kita borak-borak..


http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/ http://shakleepasirgudang.wasap.my/



Jom bisnes dengan Shaklee!
Join #TeamMagnifique

Kak Sya
Founder #TeamMagnifique
Established 2016

Promosi Shaklee bulan Disember 2017

Hai semua!

Dah masuk hari ke 10 dah kita dalam bukan terakhir tahun ni. Kak Sya rasa masih belum terlambat untuk Kak Sya announce apa promo hebat bulan ni. Apa lagi kalau bukan supplement  hot selling kat Malaysia ni iaitu VIVIX!!


Bulan ni kalau anda beli 2 botol Vivix, anda bakal mendapat extra 5% diskaun. Nak lagi best, kalau anda beli 6 botol Vivix, anda bakal dapat sebotol Vivix bernilai RM503 secara PERCUMA!! Yaa PERCUMA!

Mau tambah ke-best-an promo bulan ni, anda juga layak beli beg merah gojes Vivix. Untuk setiap pembelian Vivix, anda layak beli beg Vivix, siap sudu lagi tau!

Ini bermakna, kalau anda beli 6 botol Vivix yang dapat percuma satu tu, anda boleh beli 6 set beg merah Vivix. Dahlah dapat beli beg, dapat bonus sudu pulak tu! Bestnyaaaa! Dan kalau anda beli 2 botol Vivix anda boleh beli 2 set beg. Janji beli. Mesti dapat. Hihi. Bestkan?


Ada lagi satu promosi khas untuk anda!!

Kalau anda teringin sangat nak beg Vivix yang merah menyala tu jangan risau, ada lagi satu cara untuk anda dapatkannya selain pembelian Vivix. Anda boleh juga mendapatkannya dengan setiap pembelian produk bersamaan dengan 100uv dalam satu resit.. Beg ni pun tak mahal, harganya tak sampai RM30!

Hubungi Kak Sya cepat-cepat ok kalau anda berminat nak dapat kan beg dan sudu Vivix yang sangat terhad ni!

Whatsapp Kak Sya : 013.7799.624



Salam sihat,
Kak Sya  (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

GMF mini gathering @ Jojo Rakit 18-19 November 2017

Bismillah..

Alhamdulillah, untuk tahun ketiga berturut-turut Kak Sya dapat berjumpa dengan pengasas group bisnes Shaklee GMF, iaitu Mami Noor Azmiah yang mesra kami sapa Mami Mia

Asalnya Mami Mai saje je tanya pasal trip pertama kami The Ismails ke Jojo Rakit yang terletak di Tanjung Buai. Tanya-tanya sket, lepas tu Mami Mai terus decide date dan terus minta Kak Sya p tanya availability bilik untuk date 18-19 November 2017. Memang cepat. Pantas.

Terus ada 'committee'. Haha. Kitorang orang Johor la yang kena siap2kan makanan untuk grand BBQ. 

Nak tengok gambar BBQ kitorg tak? 


Ada ayam, kambing, otak-otak, pepes, sotong dan ikan pari. Yummy sangat!


Hubby yang rajin


Sekitar kawasan BBQ
Untuk trip kali ni, seramai 7 keluarga yang sama-sama memeriahkan gathering kalini. Kak Sya sekeluarga memang sampai lewat lah sebab kami kena hadir ke majlis graduation Kakak Sara. Kalau nak tengok gambar-gambar sekitar majlis graduation boleh klik sini.

Lepas BBQ kami ber-coaching santai. Sesi luahan rasa la. Memang beremosi. Memang rasa puas lepas dapat luah.


Belanja wefie sekeping
Di penghujung sesi luahan rasa, kami dapat souviner dari Mami Mia. Setiap seorang dari kami mendapat daun maple kering khas dari Korea. Cantik!





Penutup malam kami ialah sesi bertukar-tukar hadiah..


Sesi tukar hadiah


Kak Sya dpt goodies dari Yanie. Yeay!

Pagi tadi, kami bersarapan sandwich sardin & telur saje. Habis licin 3 buku roti. Hihi. Minum pulak dengan kopi O panas. Pergggghh memang mengancam. Sambil-sambil mak2 borak-borak, bapak2 teruskan memancing. Anak-anak pulak seronok dengan kawan-kawan baru diorang.. Baru adil semua orang happy! Yippieee


Bahan-bahan mentah untuk sandwich









Dah siap sarapan, kami pun bersiaplah untuk balik. Kemas apa yg patut, ambil gambar group dan sayonara Jojo Rakit!

Official colour GMF, royal blue
Orang berhandbag gitu la..





Dari kiri : My Bonda Shaklee, Kak Liza & Moyang Shaklee, founder GMF, Mami Mia


I will always be here for you..
Tamatlah percutian 2D1N kami di Jojo Rakit Tanjung Buat. InsyaaAllah ada rezeki kami pasti datang lagi..


Kak Sya
Founder #TeamMagnifique🚀


Cara cari wang lebih - 5 bisnes yang mudah!

Bismillah..

Zaman sekarang ni, ramai yang memilih untuk mencari 'duit tepi' walaupun ada kerja hakiki. Zaman sekarang juga, kadangkala kehendak memang kena letak tapi disebabkan gawatnya ekonomi. Nak selesaikan bab keperluan pun ada masa sesak nafas, sebab tu ramai yang memilih untuk cari duit lebih atau lebih glemer dikenali sebagai side income secara mata.


Ada banyak jalan sebenarnya untuk kita pilih bila kita buat keputusan nak cari pendapatan tambahan. Yang penting, kita tahu sama ada kita nak buat secara online atau offline, dan kita juga tahu produk atau jenis barangan yang nak kita niagakan.  Kalau banyak modal, apa jenis bisnes pun kita boleh buat, minat tak minat je. Tapi, kalau takde modal macam mana pula?

Sekarangkan banyak dah bisnes yang memerlukan dropshipper atau ejen.. Boleh saja jadi salah satu. Yang anda perlu, cuma pengetahuan tentang produk jualan dan skill komunikasi dengan pelanggan. Kalau dropship dan ejen bukan pilihan anda, mungkin anda boleh tengok pilihan-pilihan dibawah:

1. Bisnes makanan/sarapan pagi

Kalau dah keperluan tu, salah satunya makanan lah. Tak perlu sampai nak buka restoran, anda boleh mula dengan perniagaan kuih-muih, ataupun makanan sarapan pagi seperti nasi lemak. Boleh mula berjualan di ofis, ataupun tumpang di kantin ataupun kedai/warung/gerai makan. Tapi kena ingat ye, bisnes makanan ni banyak senang jatuh. Pastikan makanan yang anda jual sedap dan buat masak sebab nak jual semata-mata tauu


2. Buat servis mobile/datang ke rumah

Dah lama dah Kak Sya perhatikan bisnes jenis ni. Masa Kak Sya kecik dulu suratkhabar je yang sampai depan pintu rumah, tapi sekarang kalau kita nak cuci permaidani, kusyen kereta dah tak perlu susah payah nak ke dobi / car wash. Call je insyaaAllah sampai la depan pintu. Facial dan SPA pun dah mobile juga tauu

3. Bina blog atau website

Kalau anda sejenis yang pandai dengan blog dan website, apa kata anda cuba bisnes pembinaan blog dan website? Kak Sya ada ramai kawan-kawan yang mencari duit tambahan dengan membina blog persendirian (termasuk make up blog) dan website untuk syarikat. Modalnya cuma sebuah computer atau laptop dan skill. Dan bayarannya boleh tahan juga, semestinya bergantung kepada skill dan kreativiti anda..


4. Mulakan bisnes mengikut skill anda!

Anda ada bakat dan minat baking? Sesuai sangat kalau anda mulakan bisnes baking - kek dan pastri. Ataupun jika anda pandai menjahit, boleh mula dengan mengambil tempahan kawan-kawan dan ahli keluarga.  Hal pemasaran? Sekarang kan internet dihujung jari. Jadi tak perlulah anda menyewa kedai untuk mulakan bisnes ini. Ramai yang bermula dari rumah, dan dah berjaya pun. Cubalah, anda mesti kagum dengan permintaan dan hasilnya!

Kredit gambar : rosebakes.com

5. Dropshipper/ejen

Yang ni yang paling mudah. Modal tak diperlukan, cuma perlu modal internet dan skill marketing dan menjual je. Ada banyak sangat cadang bisnes yang menggunakan khidmat dropshipper atau ejen ni. Anda pilih je. Tapi siasat dulu orang yang anda nak pilih tu. Jangan scammer sudahlah. Tak kanak-kanak anda yang menanggung penipuan orang!

Jika anda masih berkira-kira untuk memulakan bisnes dan sangat memerlukan wang tambahan, tapi takde modal, boleh hubungi Kak Sya. Kak Sya tau satu bisnes yang modalnya tak sampai RM100 tapi anda boleh dapat duit tepi yang tak bertepi! Anda rajin, anda sungguh-sungguh, anda dapat banyak ikut yang anda mahu!

Selamat berjaya!

Kak Sya
Founder bisnes group #TeamMagnifique🚀
6013.7799.624