Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

Testimoni berjaya Set Kesuburan Shaklee

Bismillah..

Mana-mana pasangan, tak kisah la baru ke atau yang dah lama berkahwin, mesti akan kata mereka nak anak. Anak atau zuriat penyeri rumah tangga, penyambung keturunan.

Macam Kak Sya dulu, lepas 2 tahun tunggu anak sulung, Kak Sya dan suami usaha pergi ke LPPKN, buat macam-macam test untum sahkan kami berdua sihat dan boleh conceive secara normal. Masa tu Shaklee pun tak kenal lagi.. huhuhu (di entry yang lain insyaaAllah kalau sempat Kak Sya nak share pengalaman Kak Sya dulu. Supaya kita sama-sama dapat belajar dan usaha sehabis baik untuk dapatkan zuriat sendiri. InsyaaAllah

Sebenarnya dalam entry ni Kak Sya nak share testimoni Puan Yanie yang berjaya hamil asbab konsisten makan Set Kesuburan Shaklee. Happy reading!

==========
TESTIMONI : ELYANIE CHE ROS

[MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DAN BERJAYA HAMIL AWAL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE SECARA KONSISTEN]


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Saya Elyanie Binti Che Ros dan berusia 26 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berusia 1tahun 9 bulan yang diberi nama Ahmad Aryan Razin. 

Hari nie Yanie akan sharekan masalah yang Yanie hadapi dan akhirnya kemanisan yang Yanie dapat bila bertemu Shaklee 😘

Sebenarnya kata-kata en suami sebelum nie ada sebab kerana dia tahu masa Yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur. 

Bagi yang tak pernah baca entry blog Yanie berkaitan ini Yanie akan sharekan dengan korang semua. 

Masa belajar dekat POLIMAS pada tahun 2009-2012 Yanie hampir 6 bulan period tidak datang. Pada masa itu Yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan Yanie masa itu. 

Masa belajar dulu keluarga Yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3 tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6 bulan, akhirnya Yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.

Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.

Doktor cakap period Yanie ini akan teruk lagi apabila Yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat Yanie, doktor cakap risiko ingin timang cahaya mata sangat tipis atas sebab period Yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan Yanie masa itu. 

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri Yanie ubat untuk period, dan sampai bila Yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.

Shaklee ubah masalah kesihatan Yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period Yanie yang hampir 6 bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3 bulan tersebut, period Yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period Yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yanie memang konsisten makan ESP , GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX TANPA SKIP. En suami juga konsisten makan ESP , VITAMIN E & ZINC COMPLEX (out of stok) TANPA SKIP JUGA. 

Yang paling bahagia sebenarnya bagi Yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan Shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Kami mula ambil Shaklee jun 2013. Sudah 4 tahun kami sudah bersama Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada Yanie.

Pada tahun 2015 kami sah hidup sebagai suami isteri, kami makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya. 

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta UPT tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahaha.

Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana Yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan Yanie konsisten makan supplemen Shaklee daripada masalah kesuburan Yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa Yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan Yanie.

Selepas seminggu Yanie buat UPT, Yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu Yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim Yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.

Sebenarnya tak salah kalau kita nak ikhtiar dan cuba cari cara untuk mengatasi masalah kesihatan kita sebaik mungkin. Kerana Allah sangat suka bila hambanya berusaha dan terus berusaha. In Shaa Allah bila kita usaha sehabis mungkin kita akan rasa dan menikmati kemanisannya.

Salam sayang dariku,
Elyanie Che Ros,
Mama Ahmad Aryan Razin.
==========

Bestnyaa perkongsian Puan Yanie kan? Kak Sya harap ia dapat jadi sumber inspirasi yang baik untuk bakal-bakal bapa dan ibu supaya tak putus asa dalam usaha untuk hamil.

Anda nak cuba Set Kesuburan? Jom Whatsapp/DM Kak Sya. Kak Sya sedia membantu..


http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/
http://shakleepasirgudang.wasap.my/


FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Call/WA/Telegram : +6.013.7799.624

Jaga diri,
Kak Sya
Shaklee Pasir Gudang

Makanan yang membantu memanjangkan fasa luteal

Bismillah..

Hai semua! 

Anda mesti dah baca tentang kecacatan fasa luteal di entry sebelum ni. Untuk recap semula, fasa luteal adalah fasa ketiga kitaran haid wanita. Ia adalah fasa diantara ovulasi dan permulaan kitaran haid. Dalam fasa ini berlaku persenyawaan dan implantasi (jika seseorang itu cuba untuk hamil)

Fasa luteal adalah fasa terpanjang dalam kitaran haid. Sepatutnya ia mengambil masa 10-14 hari. Jika anda mempunyai fasa luteal kurang dari 10 hari, ini bermakna anda mempunyai masalah kecacatan fasa luteal yang mana ia merupakan masalah kesuburan biasa yang dijumpai dikalangan wanita.


Kitaran haid normal wanita

Nota kaki : Jika anda mempunyai fasa luteal melebihi 14 hari, ini bermakna anda mungkin tidak berovulasi secara berkala. Ini mungkin disebabkan oleh Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) atau isu lain yang menyebabkan gangguan ovulasi. InsyaaAllah Kak Sya akan kupaskan tentang PCOS di entry lain.

Secara semulajadi, sebarang gangguan terhadap fasa luteal memang membimbangkan. Ini kerana ia boleh mengganggu kitaran haid secara keseluruhan, dan menyebabkan masalah kesuburan. Jika anda mempunyai fasa luteal kurang dari 10 hari, dinding uterus tidak sempat untuk menebal untuk janin melekat, dan menyebabkan keguguran.

Penyebab utama kecacatan fasa luteal adalah hormon progesterone rendah. Progesterone dihasilkan disepanjang kitaran haid, dan kemuncaknya adalah semasa fasa luteal. Progesterone diperlukan untuk membina dan memelihara dinding uterus semasa fasa luteal dan mengekalkan kehamilan sepanjang trimester pertama. Jika progesterone tidak meningkat dengan cukup selepas ovulasi atau ia turun mendadak sebelum anda datang haid, anda mungkin mempunyai masalah kecacatan fasa luteal.

Anda mungkin berminat untuk mengetahui penyebab kadar progesterone rendah disini.

Apakah pemakanan yang sesuai untuk masalah kecacatan fasa luteal? 

1. Vitamin C - Vitamin C adalah satu-satunya vitamin yang boleh membantu meningkatkan hormon progesterone untuk wanita. Makanan yang kaya dengan Vitamin C adalah seperti lada benggala, brokoli, kubis bulat, betik, strawberi dan oren. 



2. Sayuran hijau - Kale, collard green, bayam, swiss chard dan mustard green adalah sayuran hijau terbaik yang patut anda ambil setiap hari! Sayuran hijau sangat kaya dengan B-Complex yang sangat penting untuk menyeimbangkan hormon. Ia juga kaya dengan magnesium dan kalsium yang membantu masalah berkaitan dengan PMS & progesterone rendah.



3. Asid lemak penting - Asid lemak yang dimaksudkan adalah asid lemak Omega-3. Anda boleh mendapatkan bekalan semulajadi asid lemak Omega-3 dari ikan salmon dan halibut. Sardin, kacang walnut dan chia seed juga kaya dengan Omega-3.


Ikan halibut. Sekali tengok macam ikan sebelah :)

4. Diet kolestrol yang mencukupi - Semua hormon steroid termasuk progesterone, di sintesis daripada pregnenolone, yang diperolehi dari kolestrol. Dan bekalan kolestrol ini boleh didapati dari makanan seperti protein dari haiwan, telur di pastur dan mentega dari sumber haiwan yang diberi makan rumput

5. Kunyit - Kunyit didapati sangat berkesan dalam menangani simptom progestrone rendah seperti senggugut, PMS dan kemurungan. Kunyit sangat kaya dengan Vitamin C, zat besi, magnesium dan vitamin B6

Banyak juga makanan yang boleh membantu kita untuk menghadapi masalah kecacatan fasa luteal ni. Cara mudah, anda boleh mencuba set kesuburan Shaklee

Atau anda boleh menghubungi Kak Sya untuk mengetahui lebih lanjut tentang set kesuburan Shaklee atau tentang entry ini.

www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624

Follow dan like Kak Sya di:

FB - Syahridah Ishak
FB Page - Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG - msishaque14
IG biz - shaklee.pasir.gudang
Twitter -  syahridahishak



Kecacatan fasa luteal (Luteal phase defect)

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam Selasa penuh cerita to all mamysazu-lara readers!

Entry kali ni Kak Sya nak story sket pasal Luteal Phase Defect atau nama Melayunya kecacatan fasa luteal.

Sistem pembiakan wanita

Apa tu LUTEAL PHASE?

Luteal phase atau fasa luteal adalah salah satu peringkat dalam kitaran haid seseorang wanita. Ia berlaku selepas ovulasi (selepas ovari melepaskan telur) dan sebelum haid bermula. Pada masa ini, dinding uterus selalunya menebal sebagai persediaan jika berlakunya kehamilan. 

Bagaimana berlakunya kecacatan fasa luteal?

Kecacatan fasa luteal berlaku apabila dinding uterus tidak menebal setiap bulan, yang menjadi punca sukar untuk hamil atau sukar untuk mengekalkan kehamilan



Punca-punca kecacatan fasa luteal

Fasa luteal biasanya mengambil masa antara 10 hingga 14 hari. Dalam jangka masa ini, ovari anda menghasilkan hormon progestron. Hormon ini memberitahu dinding uterus anda untuk menebal. 

Jika anda hamil, bayi anda yang sedang membesar akan melekat pada dinding yang sedang menebal. Jika anda tidak hamil, dinding uterus akan menipis, dan bermulalah kitaran period.

Kecacatan fasa luteal berlaku apabila ovari tidak merembeskan hormon estrogen yang mencukupi, atau dinding uterus tidak memberi tindakbalas kepada hormon tersebut.


Perubahan hormon semasa kitaran haid

Keadaan ini bersangkut paut kepada banyak faktor:-


  • Aneroxia
  • Endometriosis 
  • Senaman yang berlebihan 
  • Hyperprolactinemia (mempunyai hormon yang membuat susu badan yang terlalu banyak)
  • PCOS
  • Kegemukan 
  • Masalah tripod

Simptom-simptom kecacatan fasa luteal yang perlu anda ketahui
  • Datang haid dengan kerap 
  • Keguguran 
  • Susah nak mengandungi
  • Tompokan diantara period

Rawatan kecacatan fasa luteal
  • Clomiphene citrate (clomid) - Ia membantu meransang ovari membentuk folikel yang membebaskan telur.
  • Human chorionic gonadotropin (hCG) - membantu memulakan ovulasi dan menghasilkan lebih banyak progesterone.
  • Suntikan/ubat progesteron - Ia diberikan selepas ovulasi untuk membantu menebalkan dinding uterus

Anda mungkin berminat dengan tajuk Makanan yang membantu memanjangkan fasa luteal. Di dalam entry ini, anda akan didedahkan tentang jenis pemakanan yang sesuai untuk anda amalkan bagi memanjangkan fasa luteal.

Kak Sya harap anda dapat manfaat dengan perkongsian Kak Sya kali ini. 

Stay healthy ya!


Kak Sya
Founder #TeamMagnifique 🚀

Hilangkan parut chicken pox dengan vitamin untuk kulit cantik Shaklee!

Bismillah..

Assalamualaikum semua

Selamat berhujung minggu. Cuti-cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin kan? Boleh kata setiap hujung minggu orang dok pulun pergi kenduri. Hihi

Eh, tapi kenduri bukan ada kena mengena pun dengan entry ni. Cuma musim kenduri ni kena jaga jaga, bila dah ramai-ramai penyakit berjangkit macam chicken pox memang guna senang nak merebak kalau pembawa tak dikuarantin.

Kalau anak-anak yang terkena chicken pox tu normal, dan penjagaan anak-anak yang terkena chicken pox ni lebih mudah berbanding orang dewasa. Jom kita tengok macam mana Puan Daya yang menjangkit chicken pox dari anak beliau dengan Set Kulit Cantik Shaklee


Meh kita tengok macam mana kulit Puan Daya sebelum dan selepas berjaya menghilangkan parut chicken pox dengan Set Kulit Cantik Shaklee ni


Puan Daya ambil Vitamin C, Vitamin E, B Complex, GLA dan ESP untuk menghilangkan parut chicken  pox di muka beliau. Alhamdulillah, dengan izin Allah kulit Puan Daya bersih cantik seperti sebelumnya.

Jom baca tentang Set Kulit Cantik kat sini.

Kak Sya nak share la lagi satu testimoni power tentang seorang abang sado yang alhamdulillah berjaya juga pulihkan kulit beliau dari parut chicken pox yang scary itu.

Stay tuned tau!

Untuk order set untuk hilangkan parut chicken pox ni boleh contact Kak Sya ok!

Call/WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 


Testimoni Set Kesuburan Shaklee #2

Haaa mari kita cekidaut testimoni set Kesuburan yang ke-2. Kalau nak tengok tesimoni #1 yang Kak Sya dalam entry sebelum ni boleh klik kat sini.

Yang ni macam kes Kak Sya la. Tapi beliau ni lagi cepat dari Kak Sya. Siapa sangka Allah nak beri rezeki cahaya mata ketiga cepat lepas lima tahun menunggu cahaya mata kedua.


Mesti melompat sampai bintang kan kalau jadi macam ni?




Semoga lebih ramai yang izinkan Kak Sya untuk bantu mereka untuk dapatkan zuriat idaman. 

InsyaaAllah semuanya mustahil dengan  izin-Nya.

Usaha je. Doa jangan lupa.

Mari Kak Sya bantu anda..


🌱 Call/WA/SMS : 013.7799.624
🌱 FB : Syahridah Ishak 
🌱 IG : msishaque14
🌱 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌱 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 



🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

Testimoni Set Kesuburan Shaklee #1

Hai semua!

Dah baca entry tentang supplement untuk kesuburan? Kalau belum jom baca disini

Jom layan testimoni set kesuburan Shaklee..



Customer ni asalnya ada masalah keputihan, tapi kerana beliau mempunyai masalah hormon yang tidak stabil dan keputihan yang banyak.

Beliau bermula bercinta dengan Shaklee bila beliau mula mengambil GLA dan Alfalfa untuk membetulkan hormon. Kemudian beliau teruskan pengambilan set kesuburan Shaklee dengan menambah ESP, B Complex, manakala suami beliau mengambil Vitamin E untuk dirinya. 

Alhamdulillah, tak sampai 2 bulan pengambilan set kesuburan Shaklee, beliau disahkan hamil! 

Seronokkan baca testimoni ni?

Jika anda masih menantikan cahaya mata, tapi mempunyai masalah kesuburan, inilah masa yang paling sesuai untuk anda cuba set kesuburan Shaklee ni. Ramai dah berjaya hamil, sihat dan cergas dengan set ini.

Boleh rujuk dan order dengan Kak Sya ok!


🌱 Call/WA/SMS : 013.7799.624
🌱 FB : Syahridah Ishak 
🌱 IG : msishaque14
🌱 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌱 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

SUPPLEMENT UNTUK KESUBURAN

Assalamualaikum, hai readers!

Bila kita cerita tentang makanan yang meningkatkan kesuburan, pasti ramai yang berfikir dua, tiga kali.. Mana tak nya, bukan satu, dua jenis makanan yang nak kena makan, banyaaakk pulak tu. Iyelah, setiap makanan yang nak diambil membekalkan nutrisi yang berbeza-beza. 

Nak kena cari bahan mentah, nak kena siang, nak kena masak. Lepas tu salah cara masak hilang pulak nutrien yang kita nak. Kesiann..

Macam Kak Sya, memang dah tak fikir panjang. Senang ambil supplement je. Nak ingatkan korang ni, nak makan supplement pun bukan sebarang je tau. Silap haribulan, subur pun tidak, dapat pulak pakej penyakit lain. Nauzubillahi minzaalik..

Nak tahu tak apa supplement untuk kesuburan yang Shaklee ada?

Set kesuburan wanita 



Set kesuburan wanita ni ada:-
🌼 ESP - Diperbuat dari soya non-GMO. Mengandungi isoflavone yang membantu menyihatkan sel-sel rahim untuk persediaan implantasi. 

🌼 Alfalfa - Jamu moden Shaklee. Membantu mengatasi masalah keputihan dan membantu mengetatkan Ms V.

🌼 GLA Complex - Mengandungi Omega-6 yang membantu menstabilkan hormon.

🌼 B Complex - Mengandungi asid folik yang baik untuk mengurangkan kecacatan tiub neural.

🌼 Vivix - Kaya dengan antioksidan yang melindungi sel dan telur dari kerosakan dan penuaan. 


Set kesuburan lelaki 


Set kesuburan lelaki ada:-
💪 Vitamin E - Meningkatkan kualiti air mani, membantu pembentukan sel sperma yang sihat dan sempurna. 

💪 Vivix - Kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi sel dan sperma dari kerosakan dan penuaan. 

💪 Omega Guard - Supplement omega-3 yang melancarkan darah ke bahagian organ pembiakan dan meningkatkan bilangan sperma.

Untuk anda yang masih mencari produk terbaik untuk bantu kesuburan anda, ini lah dia!

Memang tak rugi untuk anda cuba. InsyaaAllah, zuriat untuk anda pasti hadir bila dah berusaha!

Nak baca testimoni-testimoni pasal set kesuburan ni?


Kalau anda berminat untuk mencuba supplement kesuburan Shaklee ni, boleh hujung2 Kak Sya untuk matlamat lanjut dan order.


🌱 Call/WA/SMS : 013.7799.624
🌱 FB : Syahridah Ishak 
🌱 IG : msishaque14
🌱 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
🌱 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!


Jaga diri.

Kak Sya.