Kecacatan fasa luteal (Luteal phase defect)

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam Selasa penuh cerita to all mamysazu-lara readers!

Entry kali ni Kak Sya nak story sket pasal Luteal Phase Defect atau nama Melayunya kecacatan fasa luteal.

Sistem pembiakan wanita

Apa tu LUTEAL PHASE?

Luteal phase atau fasa luteal adalah salah satu peringkat dalam kitaran haid seseorang wanita. Ia berlaku selepas ovulasi (selepas ovari melepaskan telur) dan sebelum haid bermula. Pada masa ini, dinding uterus selalunya menebal sebagai persediaan jika berlakunya kehamilan. 

Bagaimana berlakunya kecacatan fasa luteal?

Kecacatan fasa luteal berlaku apabila dinding uterus tidak menebal setiap bulan, yang menjadi punca sukar untuk hamil atau sukar untuk mengekalkan kehamilan



Punca-punca kecacatan fasa luteal

Fasa luteal biasanya mengambil masa antara 10 hingga 14 hari. Dalam jangka masa ini, ovari anda menghasilkan hormon progestron. Hormon ini memberitahu dinding uterus anda untuk menebal. 

Jika anda hamil, bayi anda yang sedang membesar akan melekat pada dinding yang sedang menebal. Jika anda tidak hamil, dinding uterus akan menipis, dan bermulalah kitaran period.

Kecacatan fasa luteal berlaku apabila ovari tidak merembeskan hormon estrogen yang mencukupi, atau dinding uterus tidak memberi tindakbalas kepada hormon tersebut.


Perubahan hormon semasa kitaran haid

Keadaan ini bersangkut paut kepada banyak faktor:-


  • Aneroxia
  • Endometriosis 
  • Senaman yang berlebihan 
  • Hyperprolactinemia (mempunyai hormon yang membuat susu badan yang terlalu banyak)
  • PCOS
  • Kegemukan 
  • Masalah tripod

Simptom-simptom kecacatan fasa luteal yang perlu anda ketahui
  • Datang haid dengan kerap 
  • Keguguran 
  • Susah nak mengandungi
  • Tompokan diantara period

Rawatan kecacatan fasa luteal
  • Clomiphene citrate (clomid) - Ia membantu meransang ovari membentuk folikel yang membebaskan telur.
  • Human chorionic gonadotropin (hCG) - membantu memulakan ovulasi dan menghasilkan lebih banyak progesterone.
  • Suntikan/ubat progesteron - Ia diberikan selepas ovulasi untuk membantu menebalkan dinding uterus

Anda mungkin berminat dengan tajuk Makanan yang membantu memanjangkan fasa luteal. Di dalam entry ini, anda akan didedahkan tentang jenis pemakanan yang sesuai untuk anda amalkan bagi memanjangkan fasa luteal.

Kak Sya harap anda dapat manfaat dengan perkongsian Kak Sya kali ini. 

Stay healthy ya!


Kak Sya
Founder #TeamMagnifique 🚀

No comments:

Post a Comment