Percutian 3D2N di Pulau Perhentian, Terengganu - Part 2

Bismillah..

Excited nak sambung kisah percutian 3 hari 2 malam kami di Pulau Perhentian Besar, Ganu kite.. Hihihi. Kalau anda belum baca kisah hari pertama kami di Pulau Perhentian, boleh klik di sini..

Pagi hari kedua, kami sarapan di cafe chalet saja. Tak mau buang masa sebab kami pun ada aktiviti snorkeling jam 11. Nama pun duduk pulau, so meja semua atas pasir. Yang paling happy of course la Nana. Belum sempat makanan sampai, Nana dah menyangkung main pasir. Sampai rambut pulak tu! 


Pandangan depan chalet

Ayah dan Puteri3

Breakfast by the sea

Kasih hati Ayah

Lapar makmek la tu. Roti bakar pun sodappp

Fevret - mihun goreng seafood

Dah siap sarapan, kami balik ke bilik. Kejap lepas tu pukul 11, kami ke jeti tunggu bot yang nak bawa kami snorkeling sampai. Rupanya ada 4 spots yang bot bawa kami snorkel, i) spot tgk penyu ii) spot tgk shark dan iii) dua spots tgk coral.


Sementara tunggu bot sampai

MasyaaAllah. Coral kemain lawa. Air laut memang jernih. Memang boleh nampak sampai 1 1/2 tingkat rumah kebawah (haha nak umpamakan berapa kaki Kak Sya pun taktau..)


Masa kami dibawa utk tengok penyu, macam biasa pemandu bot akan cari penyu kat mana. Once spotted, pemandu bot panggil kami ramai-ramai terjun laut. Snorkel tengok penyu. Subhanallah. Tak pernah terfikir nak tengok penyu sedekat tu. Kat laut lak tu. Sayang takde camera yg water proof untuk capture gambar penyu kat laut. Yang mampu amik pun ade plak minah saleh photo bomb. *sigh*

Penyu


Kakak memang enjoy aktiviti snorkeling. Berani, tak sangka Mamy

Turn Mamy turun tengok penyu. Ayah jaga anak3

Last spot yang kami pergi ialah tengok shark. Yang ni Kak Sya tak turun la. Takut. Kang buat nya dia teringin nak kunyah kaki manusia (nauzubillah), takut tak sempat lari (eh..berenang) je.

Yang spot snorking untuk coral pulak, 1st spot Kak Sya pergi tak dalam sangat. Yang kedua.. ya Allah dalamnya. Yg ni mcm 2 tingkat rumah tingginya! Memang amazing! Tak tahu nak ucap syukur macam mana sebab diberi peluang melihat ciptaan Allah kat pulau ni..

Lepas dah siap snorkeling, kami di bawa ke kampung nelayan di Pulau Perhentian Kecil untuk lunch. Makan ikan tongkol goreng lada memang layan.. Haha. Puas berendam apa tak laparnya. Kat kampung nelayan ni juga la first time Kak Sya rasa satay ikan. Sedap juga. Macam keropok tisu jugak rasanya.


Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Ambil dari atas bot je tauu
Lepas lunch balik bilik ZzZzZzZz kiki.. meh layan gambar2 lain yang sempat Kak Sya snap..


Dua orang budak takut snorkeling
Kampung Nelayan

Eh macam panjang pulak. Nanti kita sambung day 2 kat part 3 la ye.. 

Ok ke ok?


Selamat sihat,
Kak Sya
Masih belum move on


2 comments:

  1. Best nye tengok penyu. Budak kecik dua orang tu, tak mo terjun jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. memang best, lagiii baru 1st time tengok. Dia tidur kat dasar laut pun kami dapat tengok. Tapi sayang takde camera nak capture :(

      Delete