Bismillah..
Deepavali lepas (18 - 20 October 2017) kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Perhentian di Terengganu. Sebenarnya hajat nak ke Terengganu ni dah lama, tapi keinginan tu tak berapa nak kuat untuk ke sana.
Kami mulakan perjalanan pada 17 November petang, memang bajet nak sampai Pekan malam, plannya nak bermalam di Pekan sebelum sambung semula perjalanan Subuh keesokan jadinya.
Tapi kita hanya merancang, sebab Hubby dah penat, anak-anak pun nampak restless, kami decide untuk bermalam di pekan Rompin. Check in je kat bajet hotel yang kitorang pass by. Hihi. Boleh la buat tidur 6 jam. Yang kitorang tau anak3 especially budak kecik setahun setengah bukan main excited ngan bilik tu. Kahkah. Memang kelakar..
|
Kegembiraan jelas terpancar diwajah beliau |
Esoknya dalam jam 5 pagi kami bergerak menuju ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Singgah sekejap di satu stesyen minyak untuk Subuh, lepas tu straight ke Jeti Kuala Besut. Alhamdulillah cuaca terang sangat haritu.
Sampai di jeti, dah siap beli tiket kami pun naik lah boat. Huh memang best. Kebetulan berombak sikit, laju pulak boat tu maka melambung2 lah kami. Orang lain relax je, Kak Sya dan Kakak kemain kuat jerit lawan takut.. Hahaha
|
Mamy kena peluk Nana kuat-kuat sebab bot laju sangat |
|
Muka Laila.. hahaha |
|
Nana yang ketakutan |
Di Pulau Perhentian Besar (rupanya ada Pulau Perhentian Kecil dan Besar), kami stay di Coral View Island Resort. Walaupun rate dia hanya 2 star, tapiiii bilik dia memang besar. Kami ambil bilik yg ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik air pun boleh tahan besar. Cuma bilik yang kami dapat tu tak sea view. Garden view. Tapi ok lah. Dekat juga dengan pantai.
|
Bilik memang besar, TV dia pun besaq |
|
Bilik ni selesa sangat kalau duduk 5 beranak |
|
Ruang tamu mini. Depan pintu betul2 |
Sebab kami sampai dah tengah hari, kami cuma relax je kat bilik. Mandi bersihkan badan, rupanya toiletries semua tak bawak!! Waaaa. Yang ada cuma anak3 punya head to toe wash je. Oh sedih. Bila Hubby pergi kedai pulak, diorang cuma ada berus gigi & syampu. Lain?Yillek. Sebatang berus gigi costs us RM8. Mahal woiii. Selamat cap Colgate. Hahaha
Maka takde la pencuci muka bagai Kak Sya haritu. Petang tu kami bawa anak3 main pasir je. Rupanya tepi pantai tu ada banyak sangat coral yang dah mati. Pantai bersih sangat. Air laut pun jernih sangat. Main2 pasir kejap, kami pun apa lagi.. keceburrr lah..
|
Chalet kami memang tak jauh dari pantai. Sebelah kiri isle ni ialah reception dan cafe |
|
Sebenarnya kaki Kak Sya dalam air ni tau. Jernihnya air Subhanallah!! |
|
Kami tak sangka Nana sangat pantai friendly. Langsung tak takut pasir. Yang baju hitam belakang tu takyah cite la.. Hahaha |
|
Sejenis kegembiraan |
|
Pantai depan chalet. Yg seluar pink tu control je tu.. Hihihi |
|
Ikan2 coral yg lapar biskut. Kami bawa biskut tiger. Lembik dlm masa 2 saat |
Nasib bawa biskut. Dapat juga bagi ikan2 kat situ makan. Seronok! Sebab banyak sangat! Laila dan Nana sampai ketakutan jadinya sebab ikan tu tolong gigit-gigit manja kaki diorang juga.. Hahaha
Lepas dah mandi, layan ikan-ikan, kami pun ajak la anak3 naik masuk bilik. Masing-masing confirm la takmau kan? Especially yg setahun setengah tu. Kami pujuk anak3 kena simpan tenaga sebab esoknya kami ada aktiviti snorkeling pulak..
|
Pengsan sepengsannya.. |
|
Ex-BF Kak Sya. InsyaaAllah suami sampai syurga |
|
Lepas dah berendam, confirm la kebuluran kan.. Hahaha. Ruang depan chalet. Ada kerusi malas-malasan |
Malamnya, kami keluar mencari dinner di sekitar kawasan chalet. Macam minat nak makan kat cafe resort sebelah, tapiii semua yang makan kat situ mat saleh, pastu setiap meja mesti ada tin beer. Hihi. Jalan lagi, jumpa Mama's Chalet, kalau tak salah la nama dia. Makan kat situ. Sedap. Sotong sebesar lengan Nana yang fresh. Costs us dalam RM45 sekali masak. Tu je la pun specialnya. Diorang pun tak banyak stok seafood, sebab minggu yang kitorang pergi tu ialah minggu terakhir diorang terima guest sebelum diorang completely shut down untuk monsoon season.
|
Dinner @ Mama's Chalet |
|
Dah kenyang, jom jalan2 amik angin pantai |
|
Sotong sambal fresh |
Baru tau.. kitorang pulak main book. Alhamdulillah sepanjang hari pertama cuaca baik, takde hujan langsung..
Dah kenyang, kami jalan2 ambil angin malam. Gambar tak banyak ambil sebab masing2 dah kepenatan, nak balik bilik tidoooo
Next entry kita sambung Part 2 pulak yee.. Hihihi
Thanks for reading,
Kak Sya
Makin suka dengan pulau
No comments:
Post a Comment