Apa itu MASTITIS? Simptom Mastitis? Ibu menyusu wajib baca!

Assalamualaikum & good day readers

Semoga hari anda baik2 saja. Entry ni nak menceritakan pada anda apa itu MASTITIS dan bagaimana mastitis ni boleh diatasi?


Apa tu Mastitis?

Mastitis biasanya lebih dikenali sebagai jangkitan payudara. Selalunya berlaku pembengkakan (keradangan) payudara, kadangkala berlaku juga jangkitan bersama.  

Mastitis adalah masalah yang biasa berlaku dalam penyusuan ibu. Ia berlaku kepada 20% ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Selalunya mastitis terjadi dalam enam minggu pertama seleoas kelahiran bayi, atau bila-bila masa sepanjang penyusuan ibu berlangsung.

Tanda-tanda dan simptom Mastitis

• Kesakitan
• Bengkak, rasa panas pada payudara
• Kemerahan pada bahagian yang sakit
• Demam
• Seram sejuk
• Simptom demam selsema
• Lesu
• Sakit badan
• Loya

Penyebab Mastitis

Mastitis disebabkan oleh jangkitan. Anda boleh mendapat Mastitis melalui bakteria dan mikroorganisma lain yang masuk ke dalam badan anda melalui cracked nipple dan juga luka dibadan anda. Sekali bakteria dapat mengenalpasti jalan untuk masuk kem payudara anda, jangkitan boleh berlaku.

Satu lagi cara Mastitis boleh berlaku ialah apabila anda tidak mengosongkan payudara anda secara effisien dan tetap. 

Susu badan mungkin masih tidak dikeluarkan (masih tertinggal di dalam payudara bila:

 •  Bayi anda tidak melekap ke payudara dengan betul semasa menyusu.

Perbezaan pelekapan bayi pada payudara
• Bayi anda tidak menyusu dengan kerap.
• Bayi anda tidak menyusu dengan lama pada setiap sesi penyusuan.
• Bayi anda tidak sihat.
• Anda mempunyai bekalan susu badan yang melimpah ruah.
• Anda tidak sihat.
• Anda dan bayi anda bercerai susu terlalu awal.

Payudara yang bengkak dan saluran susu yang tersumbat juga boleh menjadi dua penyumbang berlakunya Mastitis.

Mastitis juga boleh disebabkan oleh:

• Bra yang terlalu ketat, bra yang mempunyai underwire dan juga jika anda memakai bra yang tidak padan dengan saiz anda
• Seriawan (thrush)
• Senaman yang berat terutamanya pada bahagian atas badan
• Tekanan
• Lesu
• Tidak cukup nutrien dalam pemakanan seharian

Anda ada tanda-tanda ini? Berjumpalah dengan doktor segera supaya keadaan anda boleh diperiksa secepat mungkin.

Saya akan sambung lagi tentang Mastitis ni di entry esok. Stay tune..

Happy breastfeeding! Don't ever giveup on breastfeeding! 

Jaga diri dan hargailah setiap titisan emas untuk anak anda!

Salam sayang,
Kak Sya

3 comments: