Showing posts with label Cinch. Show all posts
Showing posts with label Cinch. Show all posts

Testimoni Set Kurus Shaklee

Bismillah..

Anda dah kenal kan set kurus Shaklee yang hot tu? Jom kita tengok testimoni pula..

Testimoni 1



Sebenarnya nafsu makan nasi tu memang tak tipu memang kurang. Kalau nak ikutkan memang tak nak makan nasi tapi kekadang makan kat rumah orang dah dia cedok kan nasi tu makan juga tapi makan sesenduk je. Tu pun kadang tak habis tu breakfast pun minum ESP je.. Malam tak sentuh nasi pun makan tomyam pun boleh kongsi 2 orang..

Testimoni 2


Masih saya ingat saat dimana wanita berjiwa muda itu memegang belakang badan saya, katanya wanita biasa akan mempunyai lemak berlapis di bahagian belakang badan tanpa dia sedar. Iaitu bahagian tali pakaian dalam Biasanya ada spare tyre

"Oh nasib you tak ada spare tyre di sini".

Saya tergelak sambil senyum

Beliau yang telah berumur menghampiri 60 itu memulakan cerita:

Saya ni jenis suka makan nasi. Maka dulu saya menghadapi masalah spare tyre bukan sahaja di perut tetapi di belakang badan. Selepas itu saya amal makan lecithin dengan dos X x 3 sehari. Barulah spare tyre bukan sahaja di perut tetapi di belakang badan bahagian sini (sambil tangan kanannya memegang bahagian atas belakang badan saya).

Oh ya saya perasan perkara ini biasa terjadi pada wanita kerana ia tidak menonjol dia depan maka adakala kita pun tak ambil port sangat sampailah orang tegur

Hihi. Macam-macam kisah

InsyaaAllah nanti Kak Sya sambung lagi ok!

Jaga diri




Produk kurus terbaik Shaklee untuk turunkan berat dan kurangkan inci

Bismillah..

Anda sedang mencari produk untuk turunkan berat badan? Atau nak inch loss he? Janji kurus? Hihi

Sabar, sabar.. Kak Sya nak bagi anda info tentang produk untuk turunkan berat badan dari Shaklee. Nak tau apa dia?


Dalam Set Kurus yang hot ni, anda mesti ada sekurang-kurangnya ada 3 supplement dari kumpulan BAKAR LEMAK, BUANG TOKSIN dan BINA OTOT

BAKAR LEMAK

Omega Guard
  • Membantu memecahkan lemak yang berada pada bahagian organ dan di dalam salur darah
  • Membantu mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan membakar lemak untuk tenaga
  • Omega-3 juga boleh membantu menaikkan metabolisma dan membakar 40% lebih banyak lemak bila bersenam
  • Sangat sesuai diamalkan oleh ibu yang menyusu kerana minyak ikan Omega-3 juga baik untuk perkembangan otak bayi

Lecithin

  • Lecithin membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh
  • Lecithin juga membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang diambil

BUANG TOKSIN

Alfalfa


  • Kaya dengan serat yang membawa keluar lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega Guard 
  • Sangat sesuai diambil oleh ibu yang sedang berpantang kerana Alfalfa juga merupakan agen milkbooster yang baik

Herb-Lax
  • Mengandungi sienna iaitu salah satu herba yang terkenal dari zaman dahulu untuk membantu masalah ketidak hadaman dan untuk membantu pergerakan usus yang lebih baik
  • Membersihkan usus daripada toksin lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dan dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar

BINA OTOT

ESP
  • Sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah
  • Membantu mengurangkan berat badan dan mengawal selera makan selain membantu tubuh untuk Bertenaga sepanjang hari
  • Sesuai untuk ibu yang menyusukan kerana ESP juga merupakan salah satu suplemen milk booster yang juga meningkatkan kualiti susu

CINCH SHAKE MIX
  • Merupakan minuman protein soya yang membantu rasa kenyang lebih lama
  • Meningkatkan metabolisma badan kerana sing Shake mix mengandungi leucine yang membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat supaya badan tidak menggeleber bila berat turun kelak
  • Sangat sesuai digunakan sebagai meal replacement yang berupaya untuk memotong beratus-ratus nilai kalori harian 

Sebenarnya dengan Set Kurus Shaklee ni, ibu-ibu menyusu sesuai sangat tau untuk ambil supplement2 ni.

Kalau anda perasan, supplement dalam Set Kurus ni sebenarnya ada dalam Set Berpantang

Best ke best? Kalau anda tak sure supplement mana yang sesuai dengan anda, pastikan anda hubungi dulu SID yang bertauliah sebelum decide untuk beli ye!

Kalau nak Kak Sya consult pun boleh..

Whatsapp/call/SMS/Telegram je:
+6.013.7799.624
+6.013.7799.624


Jaga diri,
KAK SYA
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
ID: 1168907

Testimoni #1 produk kurus terbaik dari Shaklee!

Bismillah..

Sebelum tidur ni nak share ngan anda semua testimoni untuk produk kurus terbaik dari Shaklee.

Empunya testimoni ni berjaya menghilangkan 10kg berat beliau dalam masa 10 minggu!! MasyaaAllah!! Superb betul!

Jom kita tengok apa yang beliau buat sampai boleh turun banyak macam tu.

=============================

MEI 2016
TESTIMONI : NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA

[ HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU ]


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.

Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.

Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.

Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..

Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.

4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-

1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.

2- Saya mula membuat detox. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.

3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.

4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.

Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu. 

Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.

Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.

Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.

Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat  apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!

GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE.

===============================

Hubungi Kak Sya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee!!

Call/WhatsApp/Telegram/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

Sampai jumpa lagi di lain entry! Selamat malam..

Turunkan berat badan dengan cepat

Bismillah  


Hi readers!



Dalam entry kali ni Kak Sya nak share tentang macammana korang boleh turunkan berat bacan dengan cepat tanpa perlu berlapar. *Sebenarnya tips ni applicable untuk diri sendiri juga, hihihi*


Ada 3 langkah mudah yang kita sama-sama boleh ambil untuk turunkan berat badan dengan cepat. Kak Sya dah try semua ni masa Kak Sya buat Detox Parasit yang akan berakhir hari Selasa ni (22/11/16). Korang boleh baca tentang detox kat entry ni. Pasal detox parasit pulak kat sini.

Apa 3 step tu? Haa meh baca sini..

1. Kurangkan pengambilan gula dan kanji (karbohidrat la tuuu)

Gula dan karbohidrat adalah makanan yang merangsang rembesan insulin. Untuk pengetahuan korang, insulin ni adalah hormon penyimpan lemak terbesar dalam badan kita. Apabila insulin menurun, lemak lebih mudah untuk keluar daripada tempat penyimpanannya dan badan akan mula membakar lemak dan bukannya karbohidrat.

Satu lagi kelebihan bila insulin tak dirembeskan begitu banyak dalam badan adalah buah pinggang kita akan menyingkirkan garam dan air berlebihan. Ini akan mengelakkan kembung dan berat badan berlebihan akibat air.


2. Makan protein, lemak dan sayur-sayuran

Setiap satu dari hidangan korang mesti ada 3 makanan ni - makanan yang berasaskan protein, sumber lemak dan sayuran rendah karbohidrat. Dengan mengatur hidangan makanan korang macam ni, boleh menurunkan pengambilan karbohidrat kepada jumlah yang dicadangkan iaitu 20-50gram sehari.

Sumber protein boleh datang daripada:

  • Daging - lembu, kambing, ayam dan sebagainya
  • Ikan dan makanan laut - salmon, udang, lobster dan sebagainya
  • Telur - yang mengandungi omega-3 atau telur dipastur adalah yang terbaik
Diet protein tinggi boleh membuatkan korang berasa kenyang dan kurang rasa obses terhadap makanan.

Sayuran rendah karbohidrat pula adalah seperti:

  • Brokoli
  • Kobis bunga
  • Bayam
  • Tauge
  • Kobis
  • Celery
  • Timun dan sebagainya
Sumber lemak pula adalah seperti:

  • Minyak zaitun
  • Minyak kelapa
  • Minyak avocado
  • Mentega
Makan 2-3 kali sehari. Jika korang rasa lapar masa tengahari, tambah waktu makan sekali.


3. Angkat berat 3 kali seminggu

Dengan mengangkat berat 3 kali seminggu, sebenarnya korang dah bakar kalori dan mencegah metabolisme korang dari menurun tau! 

Kalau korang rasa angkat berat tu tak jiwa ngan korang, boleh je exercise cara lain - jogging ke, swimming, berlari dan sebagainya. Janji exercise! Hihi


Korang juga boleh try supplement Shaklee untuk bantu menurunkan berat dengan lebih cepat. Just ask me how, ok!

Jaga diri, moga sihat selalu!


========================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
========================




                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

10 makanan untuk turunkan kolestrol

Bismillah..

Assalamualaikum readers. Selamat berhujung minggu.

Dah sarapan? Jangan lupa, hujung minggu ni adalah masa terbaik terutamanya kepada yang bekerja untuk bersenam. Bersenam ni bukan aje untuk kurus, tapi untuk pastikan perjalanan darah kita lancar.

Cerita pasal kurus kan, korang tau tak orang kurus ni kan berisiko untuk mengalami masalah kolestrol tau? Meh baca sikit pasal kolestrol kat sini

Kak Sya suka nak share kat korang 12 makanan untuk turunkan kolestrol:

Oat
Jika korang sedang berusaha untuk menurunkan kadar kolestrol korang, cuba start dengan mengubah menu sarapan korang. Dengan mengambil 2 hidangan oat semasa sarapan boleh menurunkan LDL (kolestrol jahat) sehingga 5.3% dalam masa 6 minggu. Kunci untuk "membunuh" kolestrol jahat ni ialah beta-glucan, sejenis bahan yang menyerap LDL. 


Salmon
Lemak Omega-3 adalah salah satu keajaiban kesihatan yang mampu menghindari penyakit jantung, nyanyuk dan pelbagai penyakit lain, termasuklah menurunkan paras kolestrol. Menurut kajian yang dijalankan oleh Loma Linda University, dengan menggantikan lemak tepu dengan lemak omega-3 yang boleh didapati dari ikan salmon, sardin dan herring dapat meningkatkan kadar kolestrol baik sehingga 4%.


Kekacang
Jika korang gemar memakan snek, makan lah snek yang seperti kekacang yang mampu merendahkan paras kolestrol! Dalam satu jurnal yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition (AJCN), orang yang mengambil 1.5oz walnut 6 hari seminggu selama sebulan dapat menurunkan kolestrol mereka sehingga 5.4% dan kolestrol LDL sehingga 9.3%!! Wow banyak tuuu..


Teh
Ramai mengetahui bahawa teh adalah antioksidan pelawan kanser, dan ia juga adalah benteng terhadap kolestrol LDL! Menurut kajian  yang telah dijalankan dengan USDA, teh hitam (black tea) dapat menurunkan lipid darah sehingga 10% dalam masa 3 minggu! Dan daripada keputusan ini lebih banyak kajian dilakukan dan membuktikan bahawa teh dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari!

Coklat
Ya! Memang korang baca betul! Pengambilan coklat mamu meningkatkan paras kolestrol HDL! Dalam satu jurnal terbitan AJCN (diterbitkan pada 2007), mereka yang diberi serbuk koko selama 12 minggu berjaya menaikkan kadar HDL sebanyak 24% berbanding mereka yang tidak mengambil serbuk koko (5%). Ingat tau, coklat yang korang kena ambil hanyalah dari jenis dark atau bittersweet chocolate aje. Sebab dua2 coklat ni mengandungi antioksidan yang tinggi (3x lebih tinggi) berbanding coklat susu biasa. Antioksidan ni pulak berfungsi untuk platlet darah dari melekat antara satu sama lain dan menghalang penyumbatan salur darah

Marjerin
Pilih marjerin yang mempunyai sterol tumbuhan kerana ia boleh membantu merendahkan kolestrol. Sterol tumbuhan adalah unsur yang boleh merendahkan penyerapan kolestrol.

Bawang putih
Selain menyedapkan makanan, bawang putih juga dalam senarai makanan yang mampu menurunkan kolestrol. Bawang putih juga baik untuk mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan jangkitan. Ia boleh mengelakkan arteri tersumbat dengan cara menjaga zarah kolestrol daripada melekat pada dinding arteri. Cuba makan 2 hingga 4 labu bawang putih sehari



Minyak zaitun
Berita baik untuk pengguna minyak zaitun!! Minyak zaitun penuh dengan asid lemak monotaktepu (MUFA), yang merendahkan kolestrol LDL dan mempunyai kesan sampingan - ia boleh menyingkirkan lemak perut. Korang boleh gunakannya untuk membuat kuah salad, perap ayam dan ikan, atau guna untuk panggang sayur-sayuran.


Bayam
Sayur kegemaran Kak Sya ni sangat kaya dengan lutein - sejenis pigmen kuning matahari yang boleh didapati dalam sayuran hijau. Lutein ni memang dah dikenali sebagai pengelak degenerasi makula yang ada kaitan dengan usia, yang menjadi punca utama buta. Sekarang, kajian mendapat makanan yang kaya lutein mampu untuk menjaga kita dari penyakit jantung dengan 'menghalau' serangan kolestrol yang mampu membuatkan arteri tersumbat. 


Avocado
Avocado adalah sumber terbaik MUFA, yang mampu membantu meningkatkan kolestrol HDL dan menurunkan LDL. Dan lebih baik lagi, ia mengandungi beta-sitosterol sejenis lemak tumbuhan yang sangat bermanfaat yang membantu menurunkan jumlah kolestrol yang diserap dari makanan. 


Kak Sya harap perkongsian Kak Sya harini bermafaat lah untuk semua. Kalau korang rasa entry ni bermanfaat, silalah share, tak perlu minta izin.

Ok, jaga diri. Senyum selalu :)


============================
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
013.7799.624
============================