Showing posts with label Set Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan. Show all posts

7 Tips supaya cepat hamil

Bismillah.. 

Dah bersedia untuk hamil? Tak kisahlah hamil kali pertama atau hamil lebih dari sekali. Mana-mana perempuan, kalau dah bergelar isteri, mesti nak bergelar ibu juga, kan?

Jom kita tengok tips-tips bagaimana kita boleh buat untuk hamil cepat.


1. Ketahui hari subur
  • Ketahui berapa lama kitaran haid anda. Hari pertama kitaran bermula pada hari pertama haid anda bermula dan hari terakhir kitaran adalah hari sebelum kitaran haid seterusnya bermula
  • Umumnya ovulasi berlaku 2 minggu sebelum jangkaan hari pertama kitaran haid seterusnya bermula. 
  • Jika kitaran haid anda 28 hari, maka ovulasi akan berlaku sekitar hari ke-14, jadi hari paling subur anda adalah pada hari ke 12, 13 dan 14
  • Jika anda mempunyai kitaran haid yang lebih yang panjang, katakan 35 hari antara satu kitaran dengan kitaran yang lain, bermaksud anda akan berovulasi sekitar hari ke 21, dan hari paling subur anda adalah pada hari ke 19,20 dan 21
  • Jika anda mempunyai kitaran haid yang lebih pendek, katakan 21 hari antara kitaran, ovulasi akana berlaku sekitar hari ke 7, dan hari paling subur anda jatuh pada hari ke 5, 6 dan 7

Macam mana nak tau hari subur?

  • Tengok perubahan pada lendir (mucus) anda. Sekitar hari ovulasi, anda mungkin perasan yang lendir vagina anda tidak berwarna dan licin, macam putih telur. Ini adalah tanda terbaik yang anda sedang berovulasi.
  • Menggunakan kit peramal ovulasi (ovulation predictor kit/OPK). Kit ini boleh digunakan bermula beberapa hari sebelum hari ovulasi dijangka bermula.
Contoh kit peramal ovulasi

Rekodkan basal body temperature (BBT) setiap hari apabila bangun dari tidur. Terdapat thermometer khas untuk mengukur BBT, dan BBT menandakan anda sedang berovulasi apabila suhu badan anda meningkat setelah ovulasi. Anda perlu menandakan BBT dalam carta khas supaya anda dapat melihat peningkatan suhu dan mengetahui bila sebenarnya hari ovulasi anda.


2. Berjumpa dengan doktor anda

Penting untuk anda mengetahui sejarah kesihatan keluarga dan diri anda serta pasangan sebelum anda mencuba untuk hamil. Rekod kesihatan ini penting untuk menentukan jika anda mempunyai apa-apa risiko jika kehamilan berlaku

Terdapat banyak masalah kesuburan yang kita tidak tahu jika kita tidak berjumpa dengan doktor. Masalah kesuburan ini mungkin menjadi faktor anda lambat hamil.


3. Dapatkan berat badan yang ideal

Berat ideal iaitu pada BMI (body mass index) yang terbaik adalah pada 20-25. Jika anda mempunyai lebih atau kurang lemak, hormon anda mungkin akan terganggu dan ini akan menyukarkan usaha anda untuk hamil


4. Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok, berhentilah segera jika anda merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Kajian menunjukkan perokok mengambil masa lebih lama untuk hamil, lebih kurang 1.5 tahun lebih lama dari orang yang tidak merokok


5. Makan makanan yang boleh membantu anda dan pasangan lebih sihat

Makanan dan kesuburan saling berkaitan. Ada makanan yang boleh membantu anda untuk meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.

Kak Sya pernah kongsikan tentang pemakanan yang membantu kesuburan di entry sebelum ini. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang jenis makanan ini boleh klik si SINI




6. Membuat hubungan kelamin dengan pasangan sebelum masa ovulasi

Sperma lelaki mampu hidup dalam rahim dan tiub fallopio selama dua hingga tiga hari, tetapi ovum/telur wanita hanya mampu bertahan selama 12 hingga 24 jam sahaja. Maka, jika anda melakukan hubungan kelamin dengan pasangan sebelum ovulasi mampu meningkatkan peluang sperma untuk 'bertemu' dengan ovum sebaik saja ia dilepaskan.

Untuk anda yang mempunyai kitaran tipikal 28 hari, ini yang patut yang buat:
  • Mula melakukan hubungan kelamin beberapa kali dalam seminggu sesudah period anda tamat. Dengan kekerapan sedemikian insyaaAllah anda takkan miss masa subur anda, terutama jika kitaran haid anda berbeza setiap bulan
  • Melakukan hubungan kelamin selang sehari bermula hari ke-10
  • Apabila anda mendapat keputusan positif dari ujian OPK, lakukan hubungan kelamin pada hari tersebut dan dua hari berikutnya kerana ia meningkatkan peluang anda untuk hamil

7. Posisi selepas hubungan kelamin
  • Disebabkan posisi vagina yang menurun ke bawah, berbaring terlentang membenarkan sperma untuk bergerak ke arah uterus, seterusnya ke arah telur. Anda juga boleh meletakkan bantal dibahagian punggung untuk meninggikan bahagian rahim.
  • Lakukan hubungan kelamin sebelum tidur. Walaupun ada sumber yang menyatakan bahawa bilangan sperma adalah paling tinggi diawal pagi, sebenarnya tidak ada waktu optimum untuk melakukan hubungan kelamin. Melakukan hubungan sebelum tidur lebih baik kerana anda tentu-tentu dan akan terus baring (posisi yang sangat baik untuk memastikan sperma dapat bergerak dengan lancar kepada telur)


Inilah tujuh tips yang dapat Kak Sya kongsikan untuk anda. Kak Sya harap perkongsian ni dapat memberi manfaat untuk anda dalam usaha anda mendapatkan cahaya mata idaman.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan topik ini, silalah berhubung dengan Kak Sya di salah satu media dibawah:

WA/Call/SMS/Telegram : +60.13.7799.624
FB: Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak


Jaga diri
Jaga pemakanan, amalkan supplement untuk jadi lebih sihat

Salam ceria,
Kak Sya
ID : 1168907
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore 


Promosi bulan Ogos 2017

Bismillah

Assalamualaikum, apa khabar readers? Kak Sya harap semua sihatlah hendaknya, insyaaAllah.. Syawal dah beberapa hari berlalu, begitu juga dengan bulan Julai. Bulan Ogos datang dengan kehangatan bulan kemerdekaan, semangat itu juga Kak Sya harapkan pencapaian Kak Sya bulan ni, InsyaaAllah.. 

Mesti anda semua tertanya-tanya, apa laaa yang special yang Shaklee offer bulan ni? Dah lamaaaa sangat takde promotion, kan?

Haaaa ni Kak Sya nak share dengan anda apa yang best dengan Shaklee bulan ni. 

1. OMEGA GUARD
Omega Guard bulan ni kalau anda beli 5 botol, anda boleh dapat e-voucher bernilai RM60 tau!! Masyukk!


Tapi, anda kena comply dengan terma & syarat dibawah ni ye:-

• Anda boleh redeem RM20 e-voucher pada pembelian minimum RM100 produk Shaklee (dalam satu resit) pada urusniaga berikutnya.

• E-voucher tidak boleh digunakan dalam pembelian B Complex, serta produk-produk promosi, serta item PWP. 

• E-voucher ini sah sehingga 15 September 2017.

• E-voucher tidak boleh ditukarkan dengan wang ringgit.

Memasukkan e-voucher ni? Anda yang memang amalkan Omega Guard ni elok sangat la beli 5 botol terus buat stok.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan promosi Omega Guard ni boleh klik link di bawah ye!

http://bit.ly/2vlKLck

Anda juga berpeluang untuk dapat FREE MEMBERSHIP dengan pembelian ~ RM800. Untung sampai terus dapat HARGA AHLI!

2. Promosi PENDAFTARAN BARU

Sempena dengan sambutan kemerdekaan yang ke 60 tahun, Shaklee turut sama-sama menyambut kegemilangan kemerdekaan seperti yang Kak Sya share kat poster bawah ni.


Bila anda mendaftar ahli dengan pembelian minimum RM 100 dalam satu resit, anda boleh membeli:

• Shaker gojess dengan harga RM18.00 je. Eksklusif tau dengan logo Shaklee printed kat botol. Wow bestnyaaaa!!

• Atau, anda boleh beli sebotol Sustained  Release Vitamin C pada harga RM 60 je! Murahnyee! Jimat jimat jimat sangat tauuu!!

• Kalau nak rasa tamak haloba nak dua-dua pun boleh. Bayar aje RM78 untuk dapatkan kedua-duanya. **eh, ada tak yang nak jadi ahli tapi takmau dua-dua ni? Contact Kak Sya ok! 

3. Tumbler "Follow your heart" comel 
Hat ni memang menarik. Memang best. Tumbler gini bukan je special sebab Shaklee yang keluarkan, tapi tumbler ni sesuai sangat untuk anda yang sentiasa on the go!

Boleh simpan air sejuk atau air panas dalam tumbler ni. Macam mana nak dapat? Beli je mana-mana set kesihatan wanita. Pastu confirm boleh beli tumbler ni pada harga RM 23.32.

Cantik tau! 


4. Hot cooler bag dengan sudu Vivix yang super awesome!


Promosi yang ni pun menarik sangat! Kalau anda memang peminat setia Vivix, dan anda memang consume set-set dalam poster tu, dah boleh sangat collect 'rare' item Shaklee ni.

Mesti beli set tau! Baru boleh dapat.

Banyak sangat kan promosi bulan merdeka ni? Best best best. 

Kak Sya dah start collect collectables item ni. Anda bila lagi?

Boleh terus klik link ni ye untuk pertanyaan dan order:-

www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624
www.wasap.my/60137799624

Atau boleh follow dan like Kak Sya di media sosial ye!

FB : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com

COD - Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, Kong Kong, Taman Rinting, Permas Jaya, Plentong dan sekitar. Weekend boleh COD area Jusco Tebrau dan CS

POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

Produk Shaklee untuk ibu mengandung

Bismillah..

Semua ibu yang mengandung mesti nak yang terbaik untuk permata hati mereka. Macam-macam makanan ibu-ibu nak makan, bukan aje untuk badan mereka sendiri tapi untuk anak yang tersayang juga. 

Dari pengalaman Kak Sya (masa mengandungkan Yasmin memang Kak Sya ambil Set Mengandung complete) ada banyak Shaklee effect yang best yang Kak Sya rasa. Tapi sebelum tu meh Kak Sya nak cerita apa yang ada dalam Set Ibu Hamil Shaklee ni.


Dalam Set Ibu Hamil ni ada:-

1. ESP

2. B Complex 
• Lengkap dengan 8 vitamin B yang penting termasuk rumusan terpenting asid folik. Asid folik sangat penting untuk mencegah kecacatan kepada janin.
• Membantu pembentukan sel darah merah.
• Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh

3. Vitalea


4. Ostematrix


5. Omega Guard 

Untuk ibu
• Mengawal berat badan
• Mengurangkan risiko kemurungan
• Mengawal kolesterol ibu
• Meningkatkan daya tahan badan
• Mengurangkan risiko pre-eclampsia 

Untuk anak
• Perkembangan kognitif
• Mengurangkan risiko allergies bayi
• Perkembangan penglihatan
• Mencegah kelahiran pra-matang
• Baik untuk perkembangan sistem saraf bayi

6. SR Vitamin C 
Amacam? Menarikkan fungsi semua supplement yang Kak Sya cadangkan untuk ibu hamil ni?

Harini banyak info grafik so korang redha je la ok!

Kalau korang nak baca pengalaman Kak SYA consume Set Ibu Hamil ni boleh rujuk kat sini.

Kalau ada yang berminat untuk mencuba Set Ibu Hamil ni, jangan lupa roger Kak Sya ye! Kak Sya sedia untuk guide korang!


===========================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
Penggemar tegar Set Ibu Hamil 
013.7799.624
===========================

Testimoni Set Ibu Hamil Shaklee

Bismillah..

Salam Sabtu..

Jom baca kisah menarik seorang doktor yang dulunya anti supplement tapi akhirnya boleh jatuh cinta dengan ESP

Kisah Doktor Mengandung bersama ESP
----

Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sb APA, sb saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sb kwn saya pm so saya beli saja. Tapi sb saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sb sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya. Hanya amalkan calcium,obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung. Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bygkan mengandung nak kerja lama2. Sigh. Memang rasa nk nangis. Mmg nangis pun. Tp rezeki Allah S.W T nak bg juga. Anak kedua masih alahan. Tak suka tgkp gmbr sb asal letak gmbr kt fb, kwn2 doktor sibuk serbu.
Hb berapa?? Low?? Kenapa pucat??
Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 mlm saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dgr. Balik rumah nangis2 bgtahu suami saya dah tak tahan mcmni. Ada byk bulan lagi.

Saya penat. Setiap mlm 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.
Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.
Laa dah nak kalsium tak minum susu mcm mana.
Masin mulut dia gula saya tgi. Terus tersentak.
Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik utk cuba ESP. Saya yg anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya ak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam.
Beliau suggest Osteomatrix dan ESP.

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.

Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki mlm2. Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 mlm pun saya senyum, gelak2 usik pesakit saya. Saya happy sgt sb saya sihat dan kuat. Saya bertenaga.

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni?
Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.
Staff mula tegur doktor berseri skrg ni. Tak pucat.

Pesakit mula tegur doktor mengandung nmpk berseri. Kulit doktor cantik.
Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.
Hidung,pipi, dagu smua jd tegang. Mmg awet muda. Hahahaha.

Terus mana2 ibu mengandung yg nangis2 depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka smua ckp dah bleh bgn pagi2.

Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis. Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung. 

Saya enjoy mengandung.
Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal.
Bila Allah tarik baru kita terasa.
Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya tuk tlg ibu lain dri rasa apa yg saya rasa.

Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

==============


Seronok sangat baca testimoni ni. Teringat juga masa 1st time kenal Shaklee, macam ni juga la cerita nya. Syukur Allah temukan dengan Shaklee..

Eh, ibu-ibu kalau ada yang mengalami masalah macam ni boleh roger Kak Sya ye. Jangan seksa diri tu lama-lama.

Jaga diri.


============================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
Ibu anak tiga
013.7799.624
============================

Harga Vitamin C Shaklee yang super duper berbaloi!

Bismillah..


Belum tidur lagi? Takpe, takpe, meh baca sharing Kak Sya pasal Vitamin C Shaklee ni. 


Vitamin C ni ada 180 tablet dalam satu botol. Sehari korang hanya perlu consume setablet je. Bermakna, sebotol Vitamin C Shaklee boleh tahan sehingga 6 bulan.

Sebiji tablet Vitamin C mengandungi 500mg Vitamin C. Sebiji tablet Vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 biji buat oren.


Apa bestnya Vitamin C Shaklee ni?

1. Vitamin C Shaklee ni merupakan vitamin C pertama dalam dunia yang menggunakan teknologi sustained release. 

2. Ini bermakna, setiap satu jam, sebanyak 100mg Vitamin C dibebaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan untuk memaksimakan penyerapan. 

3. Vitamin C Shaklee datang bersama bioflavonoid yang sangat penting yang membantu penyerapan Vitamin C.

Menurut kajian, pengambilan 2 tablet Vitamin C dapat membekalkan Vitamin C yang cukup selama 24 jam!

Harga Vitamin C pun tak mahal. Sebiji hanya RM0.54 sahaja! Korang bandingkan kalau kena makan 7 biji oren? Banyaaakk jimat nya tauuu.

Best tak best? Kak Sya akan share entry pasal manfaat Vitamin C di lain post ye.

Stay tune! Jaga diri! Jangan lupa Vitamin C!


=============================
Kak Sya 
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
Pencint Vitamin C
013.7799.624
=============================

Kelebihan vitamin untuk ibu hamil Shaklee

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat hari Rabu


Hihi kejap je kan dah tengah minggu. Ibu-ibu yang sedang hamil tu tengah buat apa? Kalau Kak Sya dulu, masa keje dan tengah pregnant, mulut mesti nak mengunyah. Lapar sokmo.

Dulu masa mengandung kali pertama, Kak Sya tak kenal langsung Shaklee. Masa tu tak tau sangat pasal jamu2. Lagipun bersalinkan anak sulung ni tak terasa penatnya. Rehat dapat cukup, masa baby tidur kita pun boleh tidur juga. 

Bila mengandung kali kedua, masa tu dah terfikir mesti cari supplement masa mengandung sebab baru 3 bulan pregnant dah kena cramp. Tiap-tiap malam cramp sampai hubby belikan spray cramp yang atlit selalu guna tu. Masa tu la start beli Ostematrix, supplement kalsium Shaklee. Makan 3 hari, alhamdulillah cramp hilang! Syukur sangat dah tak payah bangun jerit2 tengah-tengah malam.

Dan selepas tu Kak Sya terus setia guna set hamil, set berpantang, menyusu dan slimming sampai la Kak Sya disahkan mengandung untuk kali ketiga. Alhamdulillah kali ni jarakkan anak kedua dan ketiga tak berapa jauh macam masa Kak Sya tunggu untuk dapatkan Kakak (Anak sulung) dan tunggu pula Laila yang lahir lebih kurang 3 tahun kemudian.  

Masa mengandung yang ketiga dengan dua puteri yang sedang membesar, Kak Sya tetap bertenaga dalam menguruskan aktiviti seharian kat office dan rumah. Cramp alhamdulillah, memang takde. Nak tau tak apa lagi yang Kak Sya rasa sepanjang mengandungkan Yasmin? 

 ♡ Masa mengandungkan Laila dan Yasmin, Hb Kak Sya  memang rendah start 2nd trimester. Sampai Dr Thokha buat test Thalasemia sebab Hb tak naik2 walaupun Dr dah bagi tablet iron yang power. Bila Kak Sya consume Vitalea dan Vitamin C, Hb naik dan alhamdulillah, dah tak payah cucuk untuk test darah lagi. Alhamdulillah

♡ Masalah GDM pun tak ada. Walaupun Dr suspect Kak Sya ada GDM (kencing manis semasa hamil), tapi alhamdulillah lepas continue ambil set kehamilan Shaklee, Kak Sya bebas GDM. Syukur sangat!

♡ Of course la masalah cramp dah tak ada. Dengan pengambilan kalsium  yang cukup untuk keperluan harian insyaaAllah korang tak perlu susah2 tahan sakit lagi..

♡ Say babai to sembelit. Perubahan hormon boleh buat korang terkena sembelit tau! Kandungan magnesium dalam Ostematrix membantu melembutkan najis. So bangun tidur terus ke toilet. Tak perlu nak bersarang lama2 dalam toilet lagi..hihihi.


Bestkan vitamin untuk ibu hamil ni? Banyak sangat manfaat dia untuk ibu-ibu. Yang paling best, set hamil ni boleh terus diambil selepas ibu-ibu melahirkan anak sebab vitamin dalam set hamil ni adalah vitamin asas untuk kesihatan optimum. Boleh share dengan suami jugak tau!

Ibu-ibu boleh hubungi Kak Sya untuk info lanjut dan kalau ibu-ibu berminat untuk mendapatkan set hamil ni.

Call/WA/SMS : 013.7799.624
FB : Syahridah Ishak 
IG : msishaque14
Twitter : syahridahishak 
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe 
Blog : mamysazu-lara.blogspot.com 

COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar. Weekend boleh hantar sampai Jusco Tebrau - CS 

POS ke alamat anda bila-bila masa saja !


❤, 
Kak Sya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang 
013.7799.624


PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG, TG LANGSAT, MASAI, PLENTONG, PERMAS JAYA, JOHOR

Bismillah..

Assalamualaikum dan hai semua..

Untuk yang baru pertama kali singgah di blog ni, Kak Sya nak kenalkan sikit la pasal diri Kak Sya..

Kak Sya adalah SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR (SID) atau orang Melayu kata PENGEDAR SAH SHAKLEE.

Macam mana Kak Sya kenal Shaklee?

Bibit-bibit perkenalan dengan Shaklee bermula semasa mengandungkan puteri kedua, Laila Humaira. Masa kandungan baru berusia lebih kurang 3 bulan, Kak Sya kerap terkena cramp (kalau di Johor ni diaorang panggil simpul biawak). 

Boleh kata setiap malam kena cramp, kesian suami tiap-tiap kali kena cramp, confirm dia pun terkejut bangun sama. Sampai satu hari tu, balik dari surau suami tunjukkan pada Kak Sya botol spray yang sportsmen guna kalau diorang cramp.
Bila pergi jumpa doktor untuk monthly check-up, doktor kata cramp dikalangan hamil ni disebabkan oleh kurangnya pengambilan kalsium. Ye lah kan, baby dalam perut ysng tengah membesar tu ambil kalsium yang si ibu.

Masa tu saja-saja cerita dengan kawan sekerja yang juga supervisor QC Kak Sya (sekarang dah jadi upline..hihihi). Masa tu dia memang rekemen supaya Kak Sya ambil OsteMatrix untuk atasi masalah cramp tu.

Biasa la kan, manusia yang tak percaya supplement mana nak telan kata2 orang pasal kebaikan supplement ni. Tapi sebab terdesak dan sebab takmau terkujat tengah2 malam dek kena cramp, ambil juga la sebotol OsteMatrix ni. Nak cuba kononnya.

Cukup 3 malam dengan konsistennya ambil OsteMatrix, alhamdulillah cramp pun hilang. Eh. Tiba-tiba rasa bestnyaaa Shaklee ni. Syukur sangat.

Bila dah rasa Shaklee effect, terus la Kak Sya repeat order, dan juga cuba set2 kehamilan, berpantang, menyusu, & slimming. Dan Kak Sya tak pernah tak sayang Shaklee ni sejak dari hari pertama kenal sampaiii harini.

Tu je lah kot nak cerita. Kalau korang mencari supplement untuk kesihatan diri & kesayangan korang, jangan lupa Kak Sya. Kak Sya selalu ada untuk beri konsultasi terbaik untuk korang, ready untuk COD. Kalau jauh sangat, Kak Sya boleh poskan vitamin-vitamin untuk korang


👍 Call/ WA/SMS : 013.7799.624
👍 FB : Syahridah Ishak
👍 IG : msishaque14
👍 FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
👍 Blog : mamysazu-lara.blogspot.com


🚄 COD area Pasir Gudang - Permas Jaya dan sekitar. Weekend boleh COD sampai area Jusco Tebrau - CS

🚀 POS ke alamat anda bila-bila masa saja!

Senang aje baaa..

Ok lah. Jaga diri selalu..


Salam sayang,
Kak Sya

❤ pertama

Bismillah..

Assalamualaikum readers. Dah berhabuk, bersawang akibat lama x update. Huhuhu sian betul. Kak Sya masih dalam fasa nak menyesuaikan diri bergelar WAHM (yes, I've resigned already meninggalkan kerjaya profesional yang dicintai sebab nak jaga anak2 kerana Allah..)

Entry kalini nak cerita pasal cinta pertama Kak Sya, bukan kat manusia tapi kat vitamin..hihihi. Coretan ni adalah apa yang Kak Sya kongsikan dalam IG dan wall FB Kak Sya, dah lama nak buat tapi tak tau nak start mcm mana.. So here goes.. Baca dengan tenang ye, tak panjang pun.

Inilah cinta pertama saya pada Shaklee.. Ostematrix ni adalah pil kalsium Shaklee yang saya kenal bila saya hamilkan puteri ke-2.

Disebabkan saya kerap kena cramp atau org melayu kata simpul biawak seawal kandungan berusia 3 bulan (sebab memang tak boleh minum susu langsung, bau je dah loya mual sampai termuntah), saya cuba tanyakan pada kawan2 tentang sumber kalsium lain yang boleh saya amalkan utk atasi masalah cramp ini. (Hubby sampai belikan spray yg atlet guna kalau cramp kat track 😅. Punya lah dasyat, mana taknya tiap2 malam tidur Hubby terganggu dek jeritan makcik yang kakinya disimpul sang biawak 😂😂)

Satu hari saya di approach oleh kawan sekerja yang kemudiannya sah menjadi upline saya (tag sikit @syliez) dan dia bercerita tentang kebaikan Ostematrix ni. Biasa la kan manusia ni susah nak percaya benda2 baru dalam hidup. Tapi kesian kat hubby dan diri sendiri punya pasal, try la beli sebotol.

Sebenarnya tak perasan langsung yang saya dah tak kena cramp lepas saya start makan Ostematrix. Bila dah 2 minggu tu macam "eh, dah takde series of bangun tanjat2 sambil jerit2". Bagusnye saya rasa. Bukan tu aje, rasa lawas sangat tauu bila makan Ostematrix ni. Celik je mata, confirm nak pergi melabur. Kikiki. Dan terus repeat order sampai tiba saat bersalin sebab saya serasi sangat makan dan kesannya pada saya sangat baik.

Lepas bersalin, saya teruskan makan Ostematrix ni, saya dapat tidur yang lebib berkualiti dan alhamdulillah sebab senang nak membuang, saya takde masalah sembelit bersalin puteri sulung dulu. Sebab tu kalau ada kawan2 atau saudara mara yg ada masalah sembelit, cepat2 saya nak rekemen Ostematrix ni.

Kalau nak tahu Ostematrix ni bukan saja sumber kalsium yang baik untuk tubuh kita (1 tablet Ostematrix bersamaan dengan segelas susu kalsium tinggi bersamaan dengan 80 biji badam), tapi baik juga untuk individu2 yang mempunyai masalah sendi, stress, pedih ulu hati dan banyak lagiiii.. Memang rugi tau sapa yang start makan Ostematrix ni harini!

Tu je lah nak cerita pasal supplement pertama yg berjaya buka mata saya pada Shaklee. I ❤ u lah, Ostematrix!! 💋💋💋

Salam sayang dari pencinta Ostematrix..


☎/WA : 013 7799 624
IG : msishaque14

COD area Pasir Gudang, Tg. Langsat, Masai, Permas Jaya, Taman Rinting, Seri Alam

POS ke seluruh Malaysia dan ke mana destinasi jua!


Pemakanan persediaan hamil - Tips buat suami isteri

Hai semua! Kali ni Kak Sya nak kongsi tips untuk pasangan yang sedang mempersiapkan diri untuk hamil. Tahu tak korang, pemakanan adalah salah satu faktor penting semasa korang dalam fasa merancang kehamilan. Ini kerana, pemakanan sihat bakal membantu korang menjalani fasa kehamilan yang sihat!

Nak tahu tips amalan pemakanan sihat? Jom baca kat bawah ni:-

♡ Perbaiki gaya makan - Banyakkan makan makanan berserat dan kurangkan makan makanan berlemak. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran, bijiran dan makanan yang kaya dengan kalsium.


♡ Ambil supplement tambahan - Walaupun kita selalu fikir diet kita dah cukup untuk cover zat pemakanan seharian, dengan mengambil supplement tambahan seperti vitamin C dan E serta asid folik dapat meningkatkan peluang kehamilan.

♡ Makan folik asid - Kajian menunjukkan selain penting dalam tiga bulan kehamilan, asid folik juga memainkan peranan untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil. Anda disarankan untuk mengambil asid folik sekurang2nya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan.


♡ Dapatkan berat badan ideal - Golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi masalah komplikasi kehamilan, manakala bagi yang terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang.


♡ Hindari tabiat buruk - Tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor. Kurangkan juga pengambilan minuman berkafein. Jauhi diri anda dari perokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.

Pemakanan isteri
Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan:

Asid folik
Ia boleh diperolehi daripada sayuran berdaun hijau, buah-buahan situs, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, ikan salmon, keju etc.

Zat besi dan protein
Sayur bayam sangat kaya dengan zat besides. Manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya dari makanan tenusu, telur dan soya.

Makanan lain
Antara jenis makanan yang dipercayai boleh menggalakkan kesuburan wanita ialah taugeh, kacang dal dan kacang botol.


Diet suami - makanan mengandungi zink
Fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat. Zink dapat membantu meningkatkan paras testosterone dan jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian ialah 11mg.

Contoh makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram. Selain itu, terdapat juga vitamin2 yang mengandungi zink. Antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate. 

Perlu dielakkan
Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan jika anda cuba untuk hamil.

Kafein 
Kajian menunjukkan dengan mengambil lebih daripada 3 cawan kopi sehari akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi.

Alkohol 
Elakkan dari mengambil alkohol untuk tempoh 3 bulan sebelum anda cuba untuk hamil. Dipihak suami, pengambilan alkohol secara berlebihan boleh menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosterone.

Rokok 
Perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan. Kajian di Finland mendapat bahawa 41.9% lelaki ysng merokok adalah mandul. Malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi. Perokok perlu berhenti merokok sekurang2nya 3 bulan sebelum cuba untuk hamil.

Makanan tertentu 
Daging yang diproses, sushi mentah dan produk tenusu tidak dipasteur harus dielakkan. Ia berkemungkinan mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mengakibatkan jangkitan yang menyebabkan keguguran dan kelahiran pramatang.

Itulah serba sedikit tips yang boleh Kak Sya kongsikan untuk bacaan kita bersama hari ni. Kalau korang nak tahu, semua zat dan vitamin yang diperlukan oleh bakal ibu dan bapa ada dalam supplement Shaklee.


Nak tahu lebih lanjut, boleh terus contact Kak Sya ok! Jangan malu. Kak Sya sedia membantu.

Salam sayang,
Kak Sya.


☎//WA : 013 7799 624
FB : Syahridah Ishak
IG : msishaque14