Bismillah..
Dah bersedia untuk hamil? Tak kisahlah hamil kali pertama atau hamil lebih dari sekali. Mana-mana perempuan, kalau dah bergelar isteri, mesti nak bergelar ibu juga, kan?
1. Ketahui hari subur
- Ketahui berapa lama kitaran haid anda. Hari pertama kitaran bermula pada hari pertama haid anda bermula dan hari terakhir kitaran adalah hari sebelum kitaran haid seterusnya bermula
- Umumnya ovulasi berlaku 2 minggu sebelum jangkaan hari pertama kitaran haid seterusnya bermula.
- Jika kitaran haid anda 28 hari, maka ovulasi akan berlaku sekitar hari ke-14, jadi hari paling subur anda adalah pada hari ke 12, 13 dan 14
- Jika anda mempunyai kitaran haid yang lebih yang panjang, katakan 35 hari antara satu kitaran dengan kitaran yang lain, bermaksud anda akan berovulasi sekitar hari ke 21, dan hari paling subur anda adalah pada hari ke 19,20 dan 21
- Jika anda mempunyai kitaran haid yang lebih pendek, katakan 21 hari antara kitaran, ovulasi akana berlaku sekitar hari ke 7, dan hari paling subur anda jatuh pada hari ke 5, 6 dan 7
Macam mana nak tau hari subur?
- Tengok perubahan pada lendir (mucus) anda. Sekitar hari ovulasi, anda mungkin perasan yang lendir vagina anda tidak berwarna dan licin, macam putih telur. Ini adalah tanda terbaik yang anda sedang berovulasi.
- Menggunakan kit peramal ovulasi (ovulation predictor kit/OPK). Kit ini boleh digunakan bermula beberapa hari sebelum hari ovulasi dijangka bermula.
Contoh kit peramal ovulasi |
Rekodkan basal body temperature (BBT) setiap hari apabila bangun dari tidur. Terdapat thermometer khas untuk mengukur BBT, dan BBT menandakan anda sedang berovulasi apabila suhu badan anda meningkat setelah ovulasi. Anda perlu menandakan BBT dalam carta khas supaya anda dapat melihat peningkatan suhu dan mengetahui bila sebenarnya hari ovulasi anda.
2. Berjumpa dengan doktor anda
Penting untuk anda mengetahui sejarah kesihatan keluarga dan diri anda serta pasangan sebelum anda mencuba untuk hamil. Rekod kesihatan ini penting untuk menentukan jika anda mempunyai apa-apa risiko jika kehamilan berlaku
Terdapat banyak masalah kesuburan yang kita tidak tahu jika kita tidak berjumpa dengan doktor. Masalah kesuburan ini mungkin menjadi faktor anda lambat hamil.
Terdapat banyak masalah kesuburan yang kita tidak tahu jika kita tidak berjumpa dengan doktor. Masalah kesuburan ini mungkin menjadi faktor anda lambat hamil.
3. Dapatkan berat badan yang ideal
Berat ideal iaitu pada BMI (body mass index) yang terbaik adalah pada 20-25. Jika anda mempunyai lebih atau kurang lemak, hormon anda mungkin akan terganggu dan ini akan menyukarkan usaha anda untuk hamil
4. Berhenti merokok
Jika anda seorang perokok, berhentilah segera jika anda merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Kajian menunjukkan perokok mengambil masa lebih lama untuk hamil, lebih kurang 1.5 tahun lebih lama dari orang yang tidak merokok
5. Makan makanan yang boleh membantu anda dan pasangan lebih sihat
Makanan dan kesuburan saling berkaitan. Ada makanan yang boleh membantu anda untuk meningkatkan kesuburan anda dan pasangan.
Kak Sya pernah kongsikan tentang pemakanan yang membantu kesuburan di entry sebelum ini. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang jenis makanan ini boleh klik si SINI
6. Membuat hubungan kelamin dengan pasangan sebelum masa ovulasi
Sperma lelaki mampu hidup dalam rahim dan tiub fallopio selama dua hingga tiga hari, tetapi ovum/telur wanita hanya mampu bertahan selama 12 hingga 24 jam sahaja. Maka, jika anda melakukan hubungan kelamin dengan pasangan sebelum ovulasi mampu meningkatkan peluang sperma untuk 'bertemu' dengan ovum sebaik saja ia dilepaskan.
Untuk anda yang mempunyai kitaran tipikal 28 hari, ini yang patut yang buat:
- Mula melakukan hubungan kelamin beberapa kali dalam seminggu sesudah period anda tamat. Dengan kekerapan sedemikian insyaaAllah anda takkan miss masa subur anda, terutama jika kitaran haid anda berbeza setiap bulan
- Melakukan hubungan kelamin selang sehari bermula hari ke-10
- Apabila anda mendapat keputusan positif dari ujian OPK, lakukan hubungan kelamin pada hari tersebut dan dua hari berikutnya kerana ia meningkatkan peluang anda untuk hamil
7. Posisi selepas hubungan kelamin
- Disebabkan posisi vagina yang menurun ke bawah, berbaring terlentang membenarkan sperma untuk bergerak ke arah uterus, seterusnya ke arah telur. Anda juga boleh meletakkan bantal dibahagian punggung untuk meninggikan bahagian rahim.
- Lakukan hubungan kelamin sebelum tidur. Walaupun ada sumber yang menyatakan bahawa bilangan sperma adalah paling tinggi diawal pagi, sebenarnya tidak ada waktu optimum untuk melakukan hubungan kelamin. Melakukan hubungan sebelum tidur lebih baik kerana anda tentu-tentu dan akan terus baring (posisi yang sangat baik untuk memastikan sperma dapat bergerak dengan lancar kepada telur)
Inilah tujuh tips yang dapat Kak Sya kongsikan untuk anda. Kak Sya harap perkongsian ni dapat memberi manfaat untuk anda dalam usaha anda mendapatkan cahaya mata idaman.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan topik ini, silalah berhubung dengan Kak Sya di salah satu media dibawah:
WA/Call/SMS/Telegram : +60.13.7799.624
FB: Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
IG : msishaque14
IG : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak
Jaga diri
Jaga pemakanan, amalkan supplement untuk jadi lebih sihat
Salam ceria,
Kak Sya
ID : 1168907
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Permas Jaya, Plentong, JB dan Singapore
No comments:
Post a Comment