Bahaya kesihatan asap rokok terhadap secondary smoker

Bismillah..



Asap rokok 'secondhand smoke' adalah gabungan asap rokok daripada puntung rokok dan asap rokok yang dihembus keluar oleh perokok. Secondhand smoke mengandungi lebih daripada 7,000 bahan kimia. Beratus daripadanya bertoksik dan lebih kurang 70 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

Sejak 1964 Surgeon General's Report dikeluarkan, dilaporkan 2.5 juta orang dewasa yang tidak merokok meninggal dunia kerana mereka menghidu secondhand smoke.

Tiada tahap bebas risiko terhadap pendedahan kepada secondhand smoke ini.
  • Secondhand smoke menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terhadap kanak-kanak dan bayi, termasuklah serangan asthma yang teruk dan kerap, jangkitan pada sistem pernafasan, jangkitan telinga dan sindrom kematian mengejut bayi (sudden infant death syndrome/SIDS).
  • Merokok semasa hamil menyebabkan lebih dari 1,000 kes kematian bayi setiap tahun.
  • Antara kesan kesihatan akibat menghidu secondhand smoke terhadap orang dewasa termasuklah penyakit jantung koronari, strok dan kanser paru-paru.
Toksin berbahaya dalam secondhand smoke

Secondhand smoke menyebabkan penyakit kardiovaskular
  • Secondhand smoke menyebabkan hampir 34,000 kematian pra-matang akibat penyakit jantung setiap tahun dikalangan individu yang tidak merokok di US
  • Individu yang tidak merokok yang terdedah kepada secondhand smoke samada di rumah atau di tempat kerja meningkatkan risiko terkena penyakit jantung sebanyak 25-30%
  • Secondhand smoke meningkatkan risiko strok sebanyak 20-30%
  • Pendedahan terhadap secondhand smoke menyebabkan lebih dari 8,000 kematian akibat strok setiap tahun.

Menyedut secondhand smoke boleh mendatangkan kesan buruk yang cepat terhadap darah dan saluran darah, dan meningkatkan risiko terhadap serangan jantung
  • Menghidu secondhand smoke mengganggu fungsi normal jantung, darah dan sistem vaskular dalam pelbagai cara - sekaligus meningkatkan risiko terhadap serangan jantung
  • Walaupun seseorang individu hanya terdedah sedikit sahaja terhadap secondhand smoke, ia mampu menipiskan dinding saluran darah, lalu menyebabkan platlet darah menjadi lebih pekat. Perubahan kepekatan darah boleh menyebabkan kematian akibat serangan jantung.
Individu yang mempunyai masalah jantung sangat berisiko tinggi untuk mendapat kesan buruk daripada secondhand smoke, dan perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan pendedahan yang lebih banyak


Secondhand smoke boleh menyebabkan kanser paru-paru
  • Individu bukan perokok yang terdedah kepada secondhand smoke di rumah atau di tempat kerja meningkatkan risiko terhadap kanser paru-paru sebanyak 20-30%
  • Secondhand smoke menyebabkan lebih dari 7,3000 kematian akibat kanser tulang dikalangan individu bukan perokok di US setiap tahun.
  • Individu yang tidak merokok yang terdedah kepada secondhand smoke menyedut bahan-bahan penyebab kanser dan racun sama seperti perokok
  • Walaupun dengan hanya menyedut sedikit asap rokok, ia tetap boleh merosakkan sell sama seperti bagaimana proses pembentukan kanser.
  • Sama seperti perokok aktif, semakin lama seseorang bukan perokok terdedah kepada asap perokok, dan semakin tinggi kadar pendedahan kepada secondhand smoke, semakin tinggi risiko untuk kanser paru-paru terbentuk

Secondhand smoke menyebabkan Sindrom Kematian Mengejut Bayi (SIDS)

Sindrom Kematian Mengejut Bayi (SIDS), adalah kematian secara tiba-tiba yang tidak dapat dijelaskan, dan tidak dijangka ditahun pertama kehidupan seorang bayi. SIDS juga adalah penyebab kematian utama bayi yang sihat. 
  • Ibu mengandung yang merokok meningkatkan risiko SIDS
  • Bayi yang terdedah kepada secondhand smoke juga sangat berisiko terhadap SIDS
  • Bahan kimia yang terdapat dalam secondhand smoke memberi kesan kepada otak - dimana ia mengganggu pernafasan normal bayi
  • Bayi yang meninggal dunia akibat SIDS mempunyai kepekatan nikotin yang tinggi didalam paru-paru mereka, begitu juga kadar cotininie (penanda biologi kepada pendedahan secondhand smoke) berbanding bayi yang meninggal dunia disebabkan faktor lain.

Ibubapa boleh melindungi bayi mereka daripada SIDS dengan mengambil langkah-langkah berikut:
  • Tidak merokok semasa hamil
  • Tidak merokok semasa berada di rumah atau apabila berada berhampiran dengan bayi
  • Apabila menidurkan bayi, letak bayi dalam posisi terlentang

Secondhand smoke membahayakan kanak-kanak


Bahaya secondhand smoke kepada kanak-kanak
  • Kajian menunjukkan kanak-kanak yang ibubapanya merokok jatuh sakit lebih kerap. Paru-paru mereka membesar kurang daripada kanak-kanak yang tidak menghidu secondhand smoke. Mereka lebih mudah mendapat penyakit pneumonia dan bronkitis
  • Berdeham dan batuk adalah masalah yang biasa ditemui pada kanak-kanak yang kerap menghidu secondhand smoke
  • Secondhand smoke adalah pencetus kepada serangan asthma dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah asthma dan selalu berada dekat dengan secondhand smoke mudah terkena serangan asma yang teruk dan kerap. Asthmayang teruk sangat berbahaya kepada nyawa kanak-kanak. 
  • Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa perokok sering mendapat jangkitan di telinga mereka. Mereka juga kerap mempunyai bendalir dalam telinga dan selalu perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bendalir tersebut.
Ibubapa boleh mencegah anak-anak dari menghidu secondhand smoke dengan mengambil langkah-langkah berikut:- 
  • Melarang sesiapa merokok di dalam atau di kawasan rumah
  • Melarang sesiapa pun merokok di dalam kereta, walaupun tingkap diturunkan
  • Memastikan pihak taska dan sekolah anak-anak menguatkuasakan kawasan larangan merokok
  • Seboleh-bolehnya pilih tempat yang tidak membenarkan merokok jika anda ingin membawa anak-anak bersiar-siar. Kawasan larangan merokok tidak menjamin anak-anak anda selamat dari secondhand smoke
Disebabkan kita semua dah baca dan dah tahu keburukan asap rokok untuk orang-orang yang tak merokok terutamanya bayi dan kanak-kanak, Kak Sya merayu sangat supaya semua lebih prihatin terhadap bahaya asap rokok kepada anak-anak kita.

Anda nak berhenti merokok dan dah cuba pelbagai cara tapi masih belum berjaya? Kak Sya ada kongsikan tentang bagaimana Vivix boleh membantu untuk berhenti merokok. Testimoni individu yang berjaya berhenti merokok juga ada Kak Sya serta kan di entry ini dan ini.

Salam sihat,
Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya, JB dan Singapore 

No comments:

Post a Comment