Apa itu HFMD? Bagaimana HFMD merebak? Apakah punca HFMD?

Bismillah..


Setiap tahun, bilangan kes HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease atau Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut) yang dilaporkan semakin meningkat di negara kita. Tahun ini, menurut laporan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan dari pemantauan sehingga Februari 2017, terdapat peningkatan kes HFMD yang dilaporkan diseluruh negara iaitu sebanyak 1,257 kes, peningkatan sebanyak 272 kes (27.6%) berbanding purata kes 5 tahun sebanyak 479 kes.


HFMD adalah jangkitan yang biasa ditemui yang disebabkan oleh beberapa virus tertentu. Ia biasanya bermula dengan demam dan rasa tidak sedap badan. Ini diikuti oleh tumbuhnya bintik-bintik yang tidak berwarna di tangan, kaki dan mulut satu atau dua hari selepas demam bermula. Kadangkala, bintik-bintik ini juga boleh tumbuh di bahagian punggung dan pangkal peha. 

HFMD di bahagian kaki
HFMD dibahagian tangan

Tanda-tanda dan simptom HFMD pula akan muncul 3 - 6 hari selepas seseorang dijangkiti virus. Bintik-bintik selalunya akan hilang dalam masa seminggu. Kuku tangan dan kaki akan hilang dalam masa beberapa minggu kemudian tapi akan tumbuh semula seiring masa.

Bagaimana HFMD merebak?

Virus yang menyebabkan HFMD disebar melalui sentuhan, melalui udara yang tercemar oleh batuk dan daripada najis orang yang dijangkiti. Objek yang tercemar juga boleh menyebarkan virus HFMD.

Apakah punca HFMD?

Coxsackievirus A16 ialah penyebab utama dan Enterovirus 71 adalah virus punca kedua yang dikenalpasti. Terdapat juga virus dari kumpulan Coxsackievirus dan juga Enterovirus yang mungkin menjadi penyebab kepada HFMD. Ada individu yang membawa dan menyebarkan virus tanpa menunjukkan simptom-simptom penyakit tersebut.

Kak Sya akan kongsikan apakah simptom-simptom penyakit HFMD di entry seterusnya ya! Stay tune tau!

Salam hujung minggu,
Kak Sya (ID : 1168907)
PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG




No comments:

Post a Comment