Rawatan yang sesuai untuk endometriosis

Bismillah

Tiada penawar untuk endometriosis tapi rawatan boleh membantu mengurangkan kesakitan dan ketidaksuburan. Rawatan bergantung kepada betapa teruk simptom yang anda hadapi dan sama ada jika anda ingin hamil. 

Jika anda hanya menghadapi simptom kesakitan, anda boleh mendapatkan rawatan terapi hormon (hormone theraphy) untuk mengurangkan tahap estrogen dalam badan.

Tetapi jika anda merancang untuk hamil, anda boleh mendapatkan rawatan kesuburan atau pembedahan atau kedua-duanya.

Tidak semua wanita yang mempunyai masalah endometriosis merasa sakit. Dan endometriosis tidak selalunya menjadi lebih teruk. Selalunya semasa kehamilan endometriosis menjadi lebih baik begitu juga selepas menopos. Tetapi jika anda mempunyai kesakitan yang ringan dan tiada perancangan untuk kehamilan masa depan atau menghampiri menopause baru semua (dalam lingkungan 50 tahun). Anda mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan dan keputusan ini terletak di tangan anda.

Ubat-ubatan

Jika anda mengalami kesakitan atau pendarahan tetapi tidak merancang untuk hamil hormon kawalan kehamilan atau anti-radang Mungkin berkesan untuk anda gunakan untuk mengawal kesakitan. Hormon kawalan kehamilan selalunya digunakan untuk mengelakkan endometriosis menjadi lebih teruk

Pembedahan

Jika terapi hormon tidak berkesan atau jika endometriosis merebak sehingga memberi kesan kepada organ lain pembedahan adalah cara seterusnya untuk merawat endometriosis. Ini boleh dilakukan melalui satu atau lebih pembedahan menggunakan laparoscopy

Laparoscopy boleh mengurangkan kesakitan dan meningkatkan peluang untuk hamil

Dalam kes-kes yang teruk Anda mungkin akan diberi pilihan sama ada untuk membuang Rahim dan ovari histerektomi dan oophorectomy. Pembedahan jenis ini akan menyebabkan menopause awal. Ia hanya akan dipilih Jika anda Tiada perancangan untuk hamil dan hanya mendapat sedikit kelegaan daripada rawatan lain

Nak tahu tak supplement yang boleh anda ambil untuk membantu anda yang ada endometriosis?

Klik sini ye


Boleh terus WA Kak Sya kalau ada soalan yeee..


Kak Sya (ID : 1168907)
Pengedar Shaklee Pasir Gudang

No comments:

Post a Comment