Siapa yang perlukan Vitalea Shaklee

Bismillah..


Sebelum ni kita dah tengok apakah Vitalea Shaklee dan apakah fungsinya? Serta apakah vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang terkandung dalam Vitalea dan fungsi setiap satu daripadanya.

Entry ini, Kak Sya akan kongsikan dengan anda siapakah yang patut mengambil Vitalea - multivitamin terbaik dalam diet seharian mereka?


1. Individu yang inginkan kesihatan terbaik - semua orang patut makan Vitalea!
  • Dizaman teknologi yang serba canggih dan serba cepat ni, kebanyakan pemakanan yang kita ambil dah 'dicerobohi' dengan pelbagai racun serangga dan herbisid serta pemprosesan bahan makanan yang dah banyak mengurangkan zat makanan itu sendiri
  • Walaupun kita dah makan 'cukup' nutrien yang diperlukan dari pemakanan harian, adakah anda pasti yang apa yang anda makan itu mencukupi? 
  • Disebabkan oleh Vitalea membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral, ia sangat lengkap dengan keperluan harian yang badan kita perlukan. 
  • Individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik boleh mengambil Vitalea dalam Set Kesihatan Asas 

2. Individu / ibu hamil yang mempunyai masalah darah rendah (Hb rendah/anemia)
  • Vitalea mempunyai zat besi yang berguna dalam pembentukan sel darah merah, dan sangat membantu ibu-ibu hamil untuk mendapatkan bacaan Hb normal disepanjang kehamilan

3. Ibu hamil
  • Kebanyakan ibu hamil mempunyai masalah alahan / mual diawal kehamilan atau semasa trimester pertama. Ada juga yang mempunyai masalah ini sehingga ke saat bersalin.
  • Vitalea sangat membantu ibu hamil untuk mendapatkan nutrien yang cukup untuk keperluan ibu dan bayi

Anda juga boleh merujuk pada entry fungsi setiap vitamin dan siapa yang perlukan setiap vitamin dan mineral itu disini


Siapa pula yang tidak digalakkan mengambil Vitalea?

1. Individu yang menghidap SLE
  • Dalam Vitalea ada Alfalfa, yang sangat tidak sesuai diambil oleh pesakit auto-immune seperti SLE. 
  • Alfalfa mengandungi asid amino L-Canavanine yang boleh menjadi pencetus dan meningkatkan risiko keradangan terhadap pesakit SLE

2. Pesakit Thalassemia
  • Pesakit thalassemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana Vitalea mengandungi zat besi.
  • Pesakit thalassemia memang sudah ada masalah zat besi yang berlebihan, maka mengambil Vitalea Iron formula memang akan mendatangkan masalah kepada mereka.

3. Individu yang alah kepada herba
  • Vitalea mengandungi Alfalfa yang tidak sesuai diambil oleh individu yang alah kepada herba

4. Pesakit hyperthyroid
  • Pesakit hyperthyroid tidak boleh mengambil iodin dalam diet mereka. Vitalea mengandungi iodin 

Oleh yang demikian, penting untuk anda kenalpasti akan keadaan diri anda sebelum anda mencuba apa-apa supplement. Pastikan anda memberitahu SID yang anda hubungi tentang keadaan diri anda supaya tiada kemudaratan kelak.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan kesihatan dan supplement, jangan segan untuk menghubungi Kak Sya di media ini ya

Facebook : Syahridah Ishak
FB Page : Precious Pearl Vitamin Shoppe
FB Page : Pengedar Shaklee Pasir Gudang 0137799624
Instagram : msishaque14
Instagram : shaklee.pasir.gudang
Twitter : syahridahishak

No comments:

Post a Comment